Gadis Misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Bertemu lagi dengan aku, nama aku Nurul. Hari ini aku nak menceritakan tentang kejadian pelik yang menimpa aku sekeluarga.
Pada malam itu, aku dan keluarga aku dalam perjalanan pulang ke rumah daripada pergi makan tahlil arwah bapa mak saudara aku.

Dalam perjalanan pulang, kami okay je semua tak ada apa-apa yang pelik bila dah nak sampai di kawasan perumahan kami tiba-tiba bapa ku berkata “tunggu kejap kita limpas dulu jangan belok dulu ke lorong rumah kita.” kami pun okay je sebab merasakan perkara tu biasa je tapi tak ku duga aku dan adik lelaki aku (Naufal) mula perasan kepada sesuatu iaitu ada seorang wanita yang berpakaian jubah putih dan rambutnya kembang mengurai berlari dari hujung lorong dan berhenti betul-betul di hadapan rumah jiran aku. Walaupun wajah tak terlihat tapi tetap juga menyeramkan saat itu.

Aku pun berkata “Pa, ada orang la dekat hadapan rumah jiran kita.” lalu Naufal pun menyahut aku dan berkata “Yalah pa memang ada seseorang sedang berlari dan berhenti betul-betul di hadapan rumah jiran kita.” dan bapa aku pun menjawab “Ya betul lah, bapa ingat bapa seorang yang perasan tapi korang pun perasan jugak.”. Bapa aku tetap meneruskan perjalanan dan terus belok masuk ke lorong rumah kami alangkah terkejutnya kami apabila baru je kami masuk ke lorong tiba-tiba orang itu berlari masuk menuju ke rumah jiran aku tetapi yang paling buat kami hairan ialah ianya berlalu dengan pantas. Kalau nak difikirkan lagi memang tidak logik la kalau ianya seorang manusia kerana pintu pagar rumah jiran aku itu berkunci dan kalau kita nak masuk mestilah kita buka kan dulu pintu pagar itu baru lah dapat masuk tapi benda tu dia hanya macam melanggar sahaja pintu pagar tu dan terus hilang.

Belum lama kami sampai di hadapan rumah kami, jiran kami itu pun baru pulang dan itu lagi membuatkan kami lebih pelik dan hairan sebab kami baru je nak berfikiran positif iaitu mungkin yang orang tu jiran kami masuk ke rumah ke apa kan tetapi rupanya bukan pun. Kesemua adik beradik ku tidak seorang pun berani untuk keluar membuka pintu pagar kerana semua sudah dalam ketakutan. Lalu bapaku berkata “Tak apalah korang tunggu je dalam kereta nanti bapa yang buka pintu pagar tu.” lalu bapa ku keluar dan terus dengan cepatnya membuka pintu pagar.

Selesai sahaja masuk di dalam kawasan rumah kami, kami tunggu dalam kereta dalam beberapa minit sebelum keluar dari kereta. Selepas bapaku memeriksa semua nya barulah kami semua keluar dan masuk ke dalam rumah sebab masa tu kami tetap positif iaitu beranggapan benda tu adalah pencuri ke atau perompak ke sebab masa tu suasana sunyi sangat. Bila semua dah masuk ke dalam rumah kami semua cuba tenangkan hati masing-masing dan mula memberanikan diri sebab orang tua dulu-dulu kata kalau kita berani dengan benda tu dia akan takut untuk kacau kita.

Jadi pada malam tu kami semua tidur dalam satu bilik yang sama sebab sekiranya ada sesuatu yang pelik berlaku kami dapat atasinya bersama-sama dan lebih berwaspada dan berani sebab kami ramai. Jadi inilah cerita yang paling pelik bagi aku sekeluarga sebab kami masih belum mengetahui apakah benda tu kerana ia masih lagi misteri dan membuat kami sukar untuk melupakannya. Itu sahaja cerita aku dan terima kasih kepada semua pembaca FS kerana sudi menerima dan membaca ceritaku.

Hantar kisah seram : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
Nurul

5 thoughts on “Gadis Misteri”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.