Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Kalau sesiapa yang sudah baca cerita GADIS RAMBUT PANJANG DI AIR TERJUN yang diterbitkan pada 1 Februari haritu, jadi korang mesti ingat pasal ANIS yang tersampuk oleh puntianak di Lata Kinjang, Tapah tu kan. Selepas je Anis tersampuk pada malam tu, masih lagi berlaku gangguan tetapi kali ini lebih menyeramkan. Kisahnya begini….
Selepas selesai memulangkan batu yang dikatakan menjadi punca Anis disampuk maka keadaan menjadi tenang malam tu. Semua peserta tidur lena di khemah masing-masing dan jurulatih berkawal mengikut giliran yang telah di tetapkan di pondok utama campsite.
Dalam pukul 4 pagi tu aku terjaga pasal nak terkencing. Jadi aku pun keluar khemah dan pergi ke pondok utama. Jarak khemah jurulatih dengan pondok utama sekitar 20 meter sahaja. Manakala khemah peserta berada agak jauh sedikit dari pondok utama sekitar 50 meter.
Masa tu ade 2 orang (Emal dan Akil) yang tengah berkawal kat situ. Sampai je aku kat situ terus aku memandang kat arah sungai yang samar- samar dengan cahaya lampu limpah dan terus aku berkata dengan nada yang kuat ke kawan-kawan aku yang berkawal tu sambal menunjuk ke arah sungai.
“WEIII…TU BUKAN ANIS KE?..”
Jelas kelihatan Anis dengan baju tshirt yang dipakai tadi menuju ke arah sungai. Keadaan menjadi sedikit panik di pondok tu. Akil mengambil keputusan untuk mengikuti Anis kerana risau jika terjadi apa-apa yang tak diingini kepadanya. Jadi Akil dan Emal terus bergegas ke arah sungai untuk mendapatkan Anis yang sudah tidak kelihatan lagi. Mereka meminta aku untuk berada di pondok utama bagi menggantikan mereka seketika.
Selepas sahaja Akil dan Emal hilang dari pandangan mata aku, aku terus ke khemah untuk mengejutkan Zul yang sedang lena di ulit mimpi untuk menemankan aku yang ditinggalkan kesorangan mengawal pondok itu. Zul yang masih lagi mamai hanya menurut kata dan terus mengikut aku sambil aku menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi.
Lebih kurang 15 minit kemudian kelihatan Emal dan Akil muncul dari arah sungai sambil memimpin Anis. Aku dan Zul menarik nafas lega kerana Anis selamat dijumpai. Sesampai sahaja mereka di pondok utama aku bertanya kepada mereka apa yang berlaku. Emal menyatakan yang mereka jumpa Anis sedang menangis di tepi sungai. Aku juga bertanya kepada Anis samada dia ok atau tidak. Anis hanya mengangguk lemah dan tersenyum padaku. Dia cuma berkata yang dia sangat letih dan ingin tidur di pondok itu. Kami semua tidak bersetuju dan menyuruh Anis untuk kembali ke khemahnya.
Oleh kerana keadaan Anis yang agak lemah, Akil meminta aku untuk memanggil rakan sekhemah dengan Anis untuk memimpin Anis ke khemah. Jadi aku dan Zul bergerak la menuju ke khemah Anis yang terletak agak jauh dari pondok itu. Sesampainya di depan khemah aku memberi salam dan salam aku di jawab dengan pantas dari mereka yang ade dalam khemah sambil mereka membuka sedikit zip pintu khemah. Kelihatan Hidayah iaitu rakan sekhemah Anis mengeluarkan sedikit kepalanya sambil bertanya tujuan apa kami ke khemah mereka.
“Korang tak tidur lagi ke..?” tanya aku… “ Belum coach…kami tak boleh tidur, kesian kat Anis kejap-kejap dia bangun menangis je dari malam tadi..” ujarnya. Aku dengan Zul saling berpandangan dan meminta mereka membuka pintu khemah kerana ingin memastikan keberadaan Anis di dalam khemah itu. Memang sah Anis ada di dalam khemah itu sedang baring di dalam sleeping bagnya. “Habis tu siapa yang Akil ngan Emal bawak balik tadi..?” bisik Zul kepada aku. Aku hanya menunjukkan isyarat senyap kepada Zul kerana tidak mahu Dayah panik sekiranya mereka tahu apa yang sedang berlaku.
Aku dan Zul serba salah untuk kembali ke pondok utama kerana sudah pasti yang ada bersama Akil dan Emal tu adalah bukan Anis tetapi makhluk lain. Jadi aku mengambil keputusan untuk mengejutkan rakan-rakan jurulatih yang lain dengan alasan ‘ lagi ramai lagi berani’. Memang dasar pengecut kami ni. Hahahahaha… Hanya 3 orang sahaja yang berjaya dikejutkan dan kami berlima terus menuju ke pondok utama.
Sesampainya di pondok itu Akil dan Emal sedang rancak berbual dengan Anis. Anis pula kelihatan biasa-biasa sahaja dari pandangan mata kasar. Kami berlima berada sedikit jauh dari pondok itu. Yerla..gila apa nak dok dekat-dekat dengan hantu kat pondok tu..Emal bertanya kepada aku “ Larh…mana kawan-kawan Anis…dia dah mengantok ni..” Zul menjawab “ Kawan-kawan dia tak datang pasal Anis memang ade dalam khemah..” Emal dan Akil terus memandang serius kea arah Zul sambil berkata “Klu Anis ada kat khemah habis ni siapa..?” Sambil menunjukkan kearah Anis.
Dengan tiba-tiba Anis terus melompat dan bertenggek di atas tunggul pokok besar di tepi pondok tadi sambal mengilai kuat. “Anis tiada tapi aku ada…hiiiiiiihhhhiiiiihhhhhhhiiiiii…” makhluk tu bertukar ke wajah yang sebenarnya. Mukanya pucat, matanya putih semua, rambutnya panjang kusut serta bajunya putih lusuh. Aku lihat Akil dan Emal sudah terkulai pengsan di khemah itu. Aku menjerit ke arah makhluk itu “Pergi kau dari sini, kami dah pulangkan apa yang kau mahu tadi kan..jangan kacau kami lagi..” benda tu terus mengilai kuat sambil bergerak semakin menjauh ke arah sungai. Semakin lama semakin sayup suara hilaia itu.
Kami semua terus mendapatkan Akil dan Emal. Setelah direnjis air ke muka, barulah mereka sedar. Keadaan kembali tenang pabila sayup azan Subuh berkumandang dari jauh. Setelah hari cerah kami semua mengarahkan peserta untuk segera berkhemas dan meninggalkan Lata Kijang dengan secepat mungkin. Pagi itu kami sarapan di Pekan Tapah dan semasa di sana barulah aku dan rakan-rakan menceritakan apa yang terjadi pada subuh tadi kepada rakan-rakan jurulatih lain. Sesungguhnya pengalaman kali ini memang cukup bermakna bagi kami sebagai jurulatih rekreasi.
Sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Gila kentang …dia main sembang2 …derr …
Itu adalah Jin semata ….
Mereka tu dalam fitrah begitu pun …
Lata Kinjang tu port teman ngan geng budak2 kampung teman dok melepak mandi manda…kami mmg x mandi kt bwh..kami naik kt belah atas lg best tempat tu kalo nk mandi…ada sekali adik teman hampir m**i bila dok jd kepala ayor…mmg dh jd fobia kt situ…mmg dh puluh tahun teman x jejak kt situ..sepanjang kt situ x pernah lg kn mcm komer tu lg…maybe sbb org luar kot tu yg komer kn kaco
Ater ler Epong… Merioh benor kome nyembang. Rase nak join sekali jer bile kluor ayat perok miker.