Gadis Sabah & Misteri Keturunannya

Assalammualaikum wbt. Terima kasih admin sekiranya sudi menyiarkan coretan aku yang tak seberapa ni. Dan maaf sekiranya penulisan aku ni sangat panjang.

Sebenarnya aku bukan ingin menulis fiksyen semata. Ini merupakan fakta sebab aku tulis ni berdasarkan kehidupan sebenar aku. Nama aku C. Bukan orang melayu kerana aku berasal dari Sabah, dimana bermaksud aku mempunyai pelbagai campuran kaum (bukan racist tapi aku nak korang faham perbezaan dan persoalan yang masih bermain diminda mengenai keturunan aku ni ) dan juga ayah aku sebenarnya seorang mualaf. Sebelum bernikah dengan mak aku, beliau merupakan seorang penganut Christian-Roman Catholic (ikut atuk) , namun nenek aku belah ayah merupakan penganut Buddha. Aku telah tinggal di Semenanjung sejak berumur 5 tahun, dan kawan2 ku majoritinya semua orang Melayu. Ada sedikit major difference mengenai budaya kita dan sejujurnya aku berasa sedikit segan sebab tak macam typical keluarga Melayu, keluargaku tidak berapa mahir mengenai soal agama.

Okay cukup dengan pengenalan. Kita teruskan dengan ceritera yang sebenar. Begini bermulanya cerita apabila beberapa tahun lepas semasa aku masih berumur 7-8 tahun, aku dan mak pulang ke kampung halaman seperti biasa (setahun sekali). Aku dan mak berkunjung kerumah kawan beliau dan ketika itu ada seorang pembantu berbangsa Suluk yang pandai menilik nasib menggunakan daun terup. Lalu, mak pun apalagi. Saja nak cuba2 kan. Tiba2 pembantu itu berkata dengan penuh rasa takjub “Kak… keturunan kakak ni besar sangat. Tinggi berkatnya “. Mak aku pun pelik. Lalu pembantu itu terus menerangkan kenapa hidup & perwatakan mak aku ni tak seberapa elok.

Beliau kata, semua adik-beradik lelaki (7 orang) mak aku telah disumpah oleh keturunan kami! Dan antara 5 orang adik-beradik perempuan ( 2 dah meninggal), mak aku seorang saja yang kena sumpahan ni. Dipendekkan cerita, semua pakcik2 aku ni ada yang kaki minum, berjudi dan juga makan batu (lol). Mak aku pula, seorang yang sangat tradisional berbanding adik-beradik perempuannya yang lain. Beliau langsung tak pandai melaram dan tak pernah pakai jeans. Beliau juga tidak memakai pakaian yang menjolok mata tapi beliau belum memakai tudung lagi. Namun beliau ni seorang yang sangat boros dan suka berjudi. Bayangkan kami sudah mempunyai 2 rumah pada dulu kala sebelum saya lahir lagi namun kedua-dua itu dijual balik sebab masalah kewangan. Alhamdulillah nasib baik dikurniakan suami yang sangat penyabar hehe dan antara makcik2,kakak2, sepupu2 aku … rumahtangga mak aku yang paling stabil dan bahagia walaupun hidup beliau tak seberapa indah. Tak apa, rumahtangga lagi penting kan?

Selepas itu, mak aku pergi lagi bertanya kepada orang lain. Dan perempuan itu mengatakan benda yang sama. Pada masa ni, aku berasa sedikit takut sekiranya kehidupanku ditafsir dan dibongkarkan kerana aku merupakan mangsa pedofilia oleh orang luar. Tiada sesiapa daripada keluarga aku yang tahu. Tapi mak aku cuma bertanya kenapa aku terlalu keras hati dan keras kepala. Ahli tilik itu berkata kembarku yang berperwatakan sedemikian.

Rupa-rupanya begini, semasa mak aku masih membawa aku dalam kandungan beliau, doktor mengatakan mak aku mengandung kembar! Kerana ada 2 degupan jantung dan ada 2 imej. Namun semasa waktu bersalin, yang keluarnya hanya 1 bayi yang comel iaitu aku hahaha. Langsung tiada kesan atau apa2 kaitan menunjukkan patutnya ada lagi seorang bayi. Mak aku hanya berbuat bodoh.

Jadi kononnya kembar aku yang hilang itu yang menunjukkan lagak yang tak elok melalui diriku. Kerana dia ‘kehausan’ (cemburu/dengki) dengan apa yang aku ada seperti kehidupan dan kasih sayang yang mak aku berikan kepda aku. Lalu beliau disarankan untuk membeli 2 cincin emas dengan berniat untuk dihadiahkan kepada aku dan kembarku agar adil. Cincin tersebut disarungkan ke kedua2 jari hantu/manisku (tak ingat).

Berbalik kepada cerita mengenai keturunan aku, jadi mak aku pun buat keputusan untuk pergi mencari satu-satunya saudara atuk aku yang masih hidup dan tinggal berdekatan iaitu pakcik kepada mak aku memandangkan atuk tak nak bercerita.

Kami pun bertandanglah ke rumah pakcik mak. Mak berasa sedikit hiba kerana atuk tak pernah ceritakan apa2 kepada kami.

Pakcik itu cerita bahwa keturunan keluarga kami yang dulu2 ni ada kena mengena dengan makhluk dari alam lain (sampai sekarang saya tertanya makhluk apa). Beliau cerita lagi, ‘keturunan’ tersebut marahkan atuk sebab tak menjaga hubungan antara mereka & berkelakuan buruk (minum arak & berjudi, tidak menitikberatkan soal agama). Sebab itu kami ni kononnya disumpah. Jadi mak pun bertanyalah kepada pakcik beliau, bagaimana ingin menghapuskan sumpahan ini.

Beberapa hari selepas itu, kami pun bertandang lagi kerumah pakcik mak bagi melakukan ritual iaitu menyediakan lauk-pauk kicap kurma etc tapi ada yang guna hati ayam (dan lagi satu tu lupa pula apa term dia hehe) berserta dengan pulut kuning. Lauk-pauk tersebut langsung tak boleh dimakan oleh siapa2 dan hanya akan dihidangkan kepada ‘mereka’. Masa tu aku bermain dibawah rumah (rumah kayu tinggi) dan nampak ada seperti kertas yang dibakar di beberapa penjuru. Aku tiada sewaktu mak berada menjalankan ritual tersebut di atas/dalam rumah. Tapi mak menceritakan bahwa beliau diarahkan untuk duduk diatas bantal ala2 bantal perlaminan dan sewaktu pakcik beliau berkumat-kamit membaca sesuatu, mak merasakan seperti ada hembusan angin di sekeliling beliau.

Mak dibekalkan oleh pakcik beliau beberapa azimat kerana mak meminta sedekimian (ye mak saya tak tahu soal syirik etc). Azimat tu buat diletakkan didalam botol tabung dan dalam dompet. Dan pakcik mak juga berpesan supaya tiap malam Jumaat sebelum maghrib, kalau tak baca Quran sekurang-kurangnya bakarlah beberapa batang corot (? di sabah kami panggil STANGGI’) dan diletakkan dalam gelas yang diisikan dengan sedikit beras dan segelas air disisi corot tersebut.

Ritual ini dilakukan selama beberapa tahun tapi kadang2 terlupa dan semenjak 3-4 tahun ni ritual ni telah tidak diendahkan.

Semasa aku berumur 11 tahun, atuk telah meninggal dunia. Mak saja yang balik, aku dan ayah dan adik beradik yang lain di semenanjung. 2 minggu selepas itu, aku dimasukkan ke wad kerana perlu menjalani pembedahan penyakit Appendix. Mak tak dapat balik lagi kerana masih menjalankan kenduri arwah (3-7-14 hari selepas dikebumikan kalau tak silap). Aku mendapat tahu nama atuk ditambah Awang di batu nisannya = Awang _ bin Awang _. Padahal sebelum ini arwah atuk dan arwah moyang mana ada term Awang tu, tapi aku dengar itu wajib diletakkan setelah meninggal kerana itu merupakan keturunan mereka.

Menginjak umur 12 tahun aku pernah membuka azimat tersebut. Ia merupakan kain kecil yang berwarna jingga kekuningan, dimana bertulis huruf2 yang sangat pelik. Seperti huruf jawi tapi bercampur siam (sedangkan Siam dan Sabah agak jauh dan kami tiada keturunan Siam, malah amat susah nak cari orang Siam di Sabah) Aku pun pelik dan aku pun terfikir mana boleh gunakan azimat jadi aku pun menegur keluarga aku namun diabaikan.

Mak aku juga pernah bercerita tentang arwah moyang perempuan aku. Katanya, moyang sangat cantik tapi bukan cantik awet muda seperti
susuk tu. Mak cakap mata nenek tak perlu pun pakai celak sebab bulu mata dia membuatkan beliau seperti memakai celak. Lepastu mak cerita lagi yang moyang ni punya tenaga yang kuat. Moyang boleh angkat tong dram yang berwarna biru tu di belakang beliau sambil naik/turun bukit.

Dan pernah sekali tu, moyang ingin ke Kudat dari Sandakan. Beliau hanya melunjurkan kaki di atas pasir pantai sambil memejamkan mata dan dalam sekelip mata beliau sudah sampai di Kudat. Bayangkan jalan darat pun mengambil kira2 5-6 jam (paling minima kalau tak silap). Yang paling saya rasa unik dan mistiknya ialah, moyang mempunyai 3 orang anak. Sepatutnya moyang juga melahirkan anak kembar semasa mengandungkan atuk. Namun semasa sesi bersalin tu, atuk saya dulu yang keluar dan yang sepatutnya kembar itu hilang. Yang keluarnya ialah seekor ular hitam yang telah m**i!

Tak ada banyak cerita mengenai atuk. Tapi pernah lah dulu atuk ni pergi menjala di tengah laut, membawa bot seorang diri (perkara normal dalam kalangan orang sungai). Namun bot yang dinaiki beliau karam dan semalaman atuk belum pulang2 kerumah lagi. Ini membuatkan keluargaku berasa gelisah, jadi mereka membuat keputusan untuk pergi mencari atuk pada subuh esok.

Apa yang mengejutkan mereka ialah, mereka temui atuk dalam keadaan tidak menyedarkan diri sambil separuh badannya sedang ditampung enjin bot. Lokasi tersebut berdekatan dengan pantai depan rumah kami.

Panjang sangat dah cerita ni. Minta maaf ye. Okay ni bahagian terakhir. Pasal aku pula hehe.

Aku tak pernah nampak apa2 yang mistik. Alhamdulillah. Tapi kadang2 bila secara tiba2 aku rasa takut, bagi aku itu tandanya ada sesuatu berdekatan dengan aku. Namun pada umur aku 12-13, aku selalu terhidu bau yang sangat sangat harum. Bau tu seperti bau bunga Lavender yang segar dengan sedikit sentuhan Vanilla. Ya Allah, aku memang sukakan bau tu sangat2.

Aku langsung tak fikir negatif/seram2 sebab ketika tu aku tergila-gilakan Edward Cullen. Jadi aku anggap bau tu bau dia hahahah. Lagipun, selalunya bau tu datang apabila aku berada di rumah sahabat aku ni, dan pada masa tu keluarga dia ada gunakan sabun tangan lavender kalau tak silap. Pernah juga beberapa kali aku tegur bau ni pada sahabat aku tu tapi dia kata mereka sudah lama tak gunakan apa2 sabun tangan lagi2 yang berbau bunga Lavender. Dan beliau langsung tak ada pula terbau bunga lavender. Pelik tapi aku tak peduli sangat.

Masa aku berumur 16 tahun di rumah sepupu aku pun, tiba2 bau tu datang balik setelah beberapa tahun lamanya dia tak ada (masa ni dah lama move on daripada Edward). Aku cakap ‘ Ish bau ni! Aku pernah terbau benda ni tapi dia selalu hilang2 …. tetiba sekarang ada pula dia ‘. Lalu sepupu aku membalas ‘ Eh apa kau cakap ni gila? Mana ada bau apa2. Dah lah tak payah cakap ‘ dengan muka berkerut dia. Aku pun mendiamkan diri dan tak berapa lama tu bau tu hilang balik. Sampai sekarang bau tu belum pernah lagi melawat aku. Sedih juga lah sebab bau tu tak ada lagi dekat mana2, dah lah harum sangat!

Kadang2 aku rasa aku diperhatikan. Kadang2 rasa macam dilindungi pula. Ke perasaan aku je tu?

Mengenai kembar aku tu, jujur aku cakap memang dulu kadang2 aku rasa aku ada 2 jiwa. Aku terlalu keras kepala dan kurang ajar terhadap mak aku tapi Alhamdulillah sekarang ni dah jadi solehah sikit in shaa Allah. Kalau dulu aku keras kepala, sekarang ni aku lebih suka bersendirian. Mak selalu fikir aku ni kemurungan tapi sebenarnya aku malas nak bersosial dengan orang sebab sekarang ni zaman ikut trend membodek orang & menjadi fake. Aku lebih rela duduk dalam bilik baca apa2 yang patut.

Dari sudut psikologi, mungkin korang akan fikir kelakuan aku yang memberontak dan menyendiri ni disebabkan kesan menjadi mangsa pedo. Tapi sebenarnya aku sudah mula pandai memberontak sebelum perkara itu terjadi lagi. Dan aku tak ada lah trauma sangat dekat lelaki (dulu ye sikit tapi sekarang aku cuba positif, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya kan?). Tapi aku masih berjaga2 lah dengan kaum Adam ni.

Ada beberapa persoalan yang sebenarnya masih bermain dalam kepala ni. Sebenarnya siapakah dan apakah keturunan aku ni? Bunian ke jin ke? Islam ke kafir ke? Kenapa atuk aku kembar dengan ular? Mana hilangnya kembar aku? Betul ke tidak segala sumpahan ni? Adakah keturunan aku tu masih ada? Aku pun keliru juga dengan term saka sebab selalu aku ada dengar daripada kawan2 melayu aku, mereka pun lebih kurang juga tapi bagi aku macam tak ada persamaan sangat. Ntahlah.

Apa yang aku boleh harap ialah, semoga sumpahan tu memang sudah berakhir. Kalaupun aku terkena, aku harap dia tak ganggu hubungan rumahtangga aku pada masa akan datang sebab hidup aku sendiri dah cukup juga dengan ujian Allah. Korang doakan lah aku sekeluarga menjadi keluarga yang diredhaiNya ya?

Itu sahaja coretan yang ingin aku kongsikan berdasarkan kisah benar dalam hidup aku. Terima kasih sekiranya korang baca dari awal hingga akhir.
-c.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

42 thoughts on “Gadis Sabah & Misteri Keturunannya”

  1. cerita ok. tapi kurang jelas la.
    Bercampur aduk. Sekejap pasal kembar kau,
    Sekejap pasal mak kau,
    Sekejap pasal moyang kau.
    Sekejap edward cullen punya bau.

    Nanti susun dulu cerita ye. Penulisan tak apa asal orang faham.

    Reply
  2. Sumpahan tu tak perlu percaya ar tp kalu nk berubat, gunalah rawatan Islam ?… Allah kan ada. Cuma perlu dekat kan diri dengan-Nya saja.. k? InsyaAllah

    Reply
  3. Actually, x perlu kot percaya kata2 org yang menilik tu..percayalah hanya kepada ALLAH yang maha Esa. 🙂 anyway, biasalah orang2 tua pada zaman dahulu kala sememangnya mempunyai pendamping mahupun saka. Rajin2 lah beribadah agar dijauhi dari segala aniaya fitnah manusia dan juga kejahatan jin, iblis dan syaitan.amiin..semoga penulis dan keluarga dirahmati Allah SWT

    Reply
  4. Kadang² memang cerita tu betul ..kita tidak boleh menafikan..memang org yg tidak pernah nampak akan rasa cerita tu hanya semata² ..Tapi berlainan dengan org yg pernah nampak dn rasa benda tu..sebb masa sy kecil pun selalu nampak benda yg pelik² ..kampung sy dekat SABAH kampung merampung ,keningau ,sabah…

    Reply
  5. Yg psl kembar tu brkaitan dgn doa sbnrnya. Islam ajarkan doa sblm buat smua perkata trmsk doa sblm makan, doa sblm msuk tndas, doa sblm bersetubuh dan smua perbuatan ada doa sblm mahupun slps melakukan sesuatu. Dlm hal ni doa sblm brsetubuh brperanan pnting supaya masa nk setubuh tu tak diganggu olh syaitan dan jin..klau xbc doa, persetubuhan akan disertai syaitan dan jin sbb tu la ada kembar ghaib atau kembar binatang dsbnya..jin syaitan akan menyetubuhi pasangan yg tak bc doa..biasanya bila dh pikir seronok je jarang dh nk ingt bc doa..kita manusia je yg xnmpk psl bnda tu mkhluk halus..sama jgk klau xbc doa mkn..makanan yg dimakan tu akan dimakan jugak olh syaitan..jd bab doa ni xblh dianggap remeh dlm apa skalipun yg kita org2 islam ni bila nk buat apa2..wallahu a’lam

    Reply
  6. Assalamualaikum,

    Aku sebenarnya sedih baca cerita ni, macam mana kejahilan kita dengan agama boleh bawa kita jauh dr tuhan, sampai ke tahap menyekutukan tuhan. Tuhan itu Esa, Ahad, satu, jauh kan lah diri dari perkara2 syirik ni. Dan tukang tilik ni termasuklah perkara yg sangat dilarang agama. Alhamdulillah awak pun dah semakin dekatkan diri kepada Allah, pertambahkan lagi amalan dan belajar ilmu agama. Semoga awak menjadi contoh dan teladan kepada keluarga awak, ni pun satu bentuk dakwah yg awk boleh mendapat manfaat darinya. Berdakwah dengan teladan dulu, dan sentiasa berdoa setulus hati agar keluarga awak pun menggapai hidayah Allah, semoga dibukakan hati mereka utk mendekatkan diri dengan Allah dan menjauhi yang mungkar. Semoga perlahan2 mereka pun mencontohi awak. Jangan putus asa.
    Jangan percaya dengan kata2 tukang tilik ataupun bomoh2 yg sudah tentu menyekutukan Allah, kalaupun kadang dengar macam ada benarnya itu semua tipu daya shaitan utk menyesatkan manusia. Percayalah kepada kekuasan Allah, apapun yg manusia dan jin lakukan pada kita takkan berlaku tanpa izin Allah. Dan bila Allah izinkan nya berlaku, pasti ada hikmah nya kepada kita, sama ada sebagai ujian, kifarah, peringatan atau cara Allah utk membawa kita dekat padanya, Allahualam, itu Allah saj yang tahu. Yang pasti pilihan ditangan kita sama ada mahu memilih yang mana, hidayah Allah atau kesesatan syaitan.

    Semoga awak dan keluarga sentiasa dilindungi, Semoga kita sentiasa di bawah rahmat Allah, Allah maha pengampun dan penyayang. Allahualam.

    Reply
  7. Pendapat makcik:
    1. Keturunan penulis memang keturunan manusia yakni nabi adam sebab zarah manusia dan jin berlainan.beruntunglah kita dr keturunan manusia y Allah pilih mjadi khalifah di bumi & diajar pula ilmu2 y tidak Allah ajari walau malaikat ketika itu..kenapa pula teringinkn mjadi bunian/jin.
    2. spt kata saudara ezam, Rasul telah menunjukkan jalan kpd umatnya supaya berdoa dalam apa jua y hendak dilakukan,termasuk bersetubuh.moga tidak disertai syaitan dan mendapat zuriat dan soleh.
    3.apa jua superpower y dimiliki oleh manusia hanya berpunca dari 2 sumber.sama ada kurniaan Allah spt mukjizat kpd rasul/nabi2 atau wali2nya.atau pula dperolehi mlalui perjanjian/syirik/bersekutu/tangkal azimat syaitan/jin kafir.
    4.mengenai kembar y hilang,kita pon biasa tdgar diklgn msyarakat melayu ttg hilangnya bayi dlm kandungan kan.
    5.yakin dgn kekuasaan Allah.tidak ada y memberi mudarat melainkan itu atas izinNya.contohnya mkcik sdiri.disebabkn keturunan tertentu,semasa bersalin ibu mberikn kain kuning buat pelapik.adat itu telah diamal beratus tahun kerana mgkin dikuatiri bayi tersekat kot.mkcik ambil kain tu &berdoa dlm hati.YaAllah,ampunilah kami..ibuku dan ku..tidak terniat utk ku mengsyirikkanmu dgn kpercayaan karut ini.maka mudahknlah ku bersalin kerana ketaatanku pada perintah ibu.tawakkalku hanya padaMu..alhamdulillah anak sulong lahir dlm tmpoh setengh jam saja..utk anak2 seterusnya makcik tak letak pun si kuning tu..hanya satu,yakinlah dengan kekuasaanNya..tidak ada y memberikan mudarat melainkan dgn izinNya.
    6.moga penulis sentiasa diredhai dan dahagakan ilmu2 agama dan mengamalknnya.selalulah mbaca Quran,moga hati saudari selalu tenang.

    Reply
  8. Hakak rasa ne ada kaitan dgan saka la dik. Cuba la..cari org2 pandai berubat ne tp yg guna ruqyah mcmtu.. Hakak doakan kau jauh dri sbrg pkra buruk n kmu skeluarga,kita semua la dpt hidayah. Aamiin.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.