Gangguan aku dan adik

Assalamualaikum dan hai . Namaku mira (bukan nama sebenar) . Harini aku nak cerita satu cerita pasal gangguan yang terjadi kat adik aku .

Okay kejadian ni jadi sekitar 2016 . Masa ni aku dan keluarga aku pergi ke Batu Pahat atas urusan keluarga . Kami stay situ dalam 3 hari 2 malam je . Ayah aku menyewa salah satu homestay kat situ . Tapi aku tak ingat apa nama homestay tu .

Bila kami semua dah sampai homestay tu , aku je yang paling teruja nak masuk . Jakun la hahahahaha . First masa sampai tu aku tengok rumah tu agak suram , penuh dengan daun kering bersepah .

Kejadian nya bermula masa hari pertama kit orang stay situ . Malam tu memang aku dan abang aku tidur sama(aku kecil lagi masa tu) . Pastu disebabkan katil tu macam nak roboh aku dengan abang aku terpaksa lah tidur lagi satu bilik . Satu bilik dengan mak ayah aku . Aku tidur atas katil dan abang aku tidur kat lantai guna tilam . Sebelah katil aku tu ada tingkap . Malam tu aku betul betul tak boleh tidur . Pastu masa aku nak terlelap dalam pukul 2-3 pagi tu , aku terdengar ada orang ketuk tingkap sebelah katil aku tu . Aku pun dah mula berdebar . Memang aku sorang je belum tidur masa tu . Aku tak tahu apa apa masa tu dan aku cuma sebut “Allah” je . Yela budak kecil kan . Pagi tu aku bangun aku diam je tak nak bagitahu apa apa kat mak ayah aku .

Kejadian yang kedua berlaku ialah masa hari kedua aku stay situ . Tapi kali ni bukan aku yang kena . Tapi adik aku . Malam tu kitorang satu keluarga tidur ruang tamu sebab tak selesa dengan keadaan bilik yang seram . Nasib baiklah ada tilam lebih . Kitorang angkut tilam tu bawak pegi ruang tamu sebagai persediaan untuk tidur . Malam tu , Alhamdulillah aku dah boleh tidur lena . Pastu tak lama tu aku terjaga . Aku nampak adik aku tengok satu “benda” kat pintu homestay kitorang . Bawah bantal adik aku ada dah Yassin . Pastu tiba tiba adik aku nangis . Pastu aku buat buat tidur sebab tak nak jadi mangsa aku yang nangiskan adik aku hahahaha sebab mak aku ni jenis yang suka tuduh tuduh orang hahahaha .

Then mak aku bangun dia tanya adik aku kenapa nangis . Adik aku tunjuk tunjuk kat pintu homestay tu . Mak aku pun segera kejutkan ayah aku . Ayah aku baca ayat kursi pastu tiup atas kepala adik aku . And last aku tak ingat apa jadi .

Okay ni kejadian yang berlaku tahun lepas 2018 . Aku dan family belah ayah aku pergi Perak sebab abang ipar ayah aku punya abang kahwin . Ayah dan atuk aku berkongsi duit sewa satu banglo untuk 2hari 1 malam. Aku , ayah , mak dan adik aku tidur satu bilik sebab ada 2 bilik je . 1 bilik lagi bilik family belah ayah aku . Aku sampai rumah tu dalam pukul 7.00 malam . Aku pun mandi apa semua nak solat maghrib . Mak aku nak temankan aku malam tu . Aku cakap lah ‘tak payah teman kakak boleh solat sorang sorang kat bilik ni , mama turun dulu lah makan ke apa’ . Btw mak aku masa ni tak boleh solat (cuti) . Pastu mak aku iyakan jela . Masa rakaat kedua tu , aku rasa diperhatikan . Then aku dengar macam ada orang masuk bilik air . Bilik air tu belakang tempat aku solat . Aku pun fikir positif , mungkin ayah aku nak mandi . Tapi aku teruskan solat . Nasib baik tinggal satu rakaat je lagi . Pastu bila aku pusing belakang , apa jadi ?? Meremang do bulu roma aku bila tengok kat bilik air belakang aku tu tak ada sesiapa ! Aku cepat cepat lipat telekung dan lipat sejadah dan cepat cepat turun bawah . Nasib baik takda yang tegur muka aku tengah pucat masa tu hahaha .

Last , malam masa masing masing nak tidur , adik aku ni mula mula tidur di tengah tengah mak dan ayah aku . Biasalah budak 4 tahun macam tulah . Aku tidur kat sofa lipat sebelah mak aku . Pastu adik aku datang kat aku baring sebelah aku . Aku pelik . Bukan apa , aku ni dah lah suka gaduh dengan adik aku tiba tiba jadi baik pulak hahaha . Tak lama tu aku tidur sekejap , aku bangun balik tengok adik still tak tidur lagi . Mata dia duk tuju kat tempat aku solat tadi . Pastu dia terus baring dengan mak aku . Adik aku dapat tidur sekejap je . Aku dapat tahu yang mak aku cakap adik aku nampak something kat tempat aku solat tu . Esoknya kitorang balik . sampai rumah petang pukul 5-6 gitu . Malam kitorang pergi rumah ustaz dekat je dengan rumah kitorang . Pastu mak ak cerita segala apa yang jadi masa kat Perak and kat Batu Pahat tu . Ustaz tu kata masa kat Batu Pahat tu adik aku ada nampak ‘benda’ putih , tinggi , dan berpakaian lusuh . Masa kat perak pulak ustaz tu kata adik aku nampak budak kecil yang duk ajak adik aku main . Aku dan keluarga aku terkejut lah . Ustaz tu bagi air yang dia dah bacakan ayat ayat suci semua.

Ustaz tu kata kalau nak pergi bercuti ke apa , pastikan jangan adik aku yang masuk dulu . Ayah aku je yang kena masuk dulu sebab nak renjis air yang diberi tu . Dan alhamdulillah sekarang ni dah takde apa apa yang jadi sejak kitorang ikut cakap ustaz tu .

So korang , yang mana ada nampak ‘benda’ tu cepat cepat lah berubat ya . Adik aku lambat berubat aku sebabnya . Ada masa lagi aku cerita lagi pengalaman aku . Maaf kalau tak seram dan maaf kalau ada tersalah taip ya . Assalamualaikum

Cik tinggi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

6 thoughts on “Gangguan aku dan adik”

  1. Umur ko ni sebenarnya berapa?

    Tahun 2016 cakap ko budak kecik lagi. Dengan adik.

    Tahun 2018 tetiba dah besar tapi adik masih lagi umur 4 tahun. Maknanya masa 2016 adik ko baru 2 tahun.

    Confuse baca.

    Reply
  2. Ni budak form 1 ni yang mengarang pengalaman diri. Sorry but aku takleh move on budak2 kecik pun baca FS siap anta story lagi. Haihh zaman gadget. Satu lagi. Banglo apa cuma ada 2 bilik je?

    Reply
    • Tu pun betul gak, mana ada banglo 2 bilik. Apartment pun dah 3 bilik. Kalau 2 bilik bukan banglo namanya. Tu rumah flat. Ha ha ha…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.