GANGGUAN DI BEREK KLINIK

Assalamualaikum. Terima kasih FS dkerana sudi kongsikan penulisan aku “penunggu klinik”. terima kasih jugak buat pembaca yang setia tunggu cerita aku. Yang mana belum baca cerita aku sebelum ni, ada 2 part.

Kali ni aku nak berkongsi cerita tentang gangguan yang aku alami setelah aku tinggal dirumah berek klinik ni. Tapi kali ni aku akan cerita bagi habis. Sebab lepas cerita ni mungkin aku berehat lama sikit untuk kumpul kisah2 seram yang lain untuk dijadikan cerita. Sebelum mula, aku akan terangkan kedudukan2 rumah kakitangan dalam kawasan klinik ni. Ada 5 buah rumah jenis berek. Susunan rumah berek pula terbahagi dua. Satu berkembar dua dan satu lagi bersambung 3. Kedudukan berek pula terletak dibelakang klinik.

Sebuah rumah kuarters dan sebuah rumah transit yang terletak betul2 bersebelahan klinik. Rumah berek ni pula terdapat 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur dan toilet. Kalau nak pergi dapur and toilet pulak kena turun tangga kecil dari ruang tamu yang hanya dipisahkan dengan pintu. Lupa nak bagitau, ada beranda jugak kat depan rumah. Rumah pulak jenis kayu, cuma dapur dan toilet dibuat dari batu. Rumah aku pula terletak kat tengah2 rumah berek yang bersambung tiga tersebut. Kira berek yang bersambung tiga ni terletak paling belakang sekali.

Belakang rumah aku pulak,semak dan hutan kecil. Dari dapur rumah aku boleh nampak rumah Lan. Cuma dipisahkan pagar klinik dan semak samun je. Tapi kalau nak betegur sapa dengan Lan boleh lagi dari dapur rumah aku ni. Hahaha, panjang pulak intro pasal rumah. Nak tak nak sebab cerita aku ni nanti korang perlu fahami dari sudut kedudukan dalam rumah ni jugak. Ok, aku sambung cerita balik.

Ingat lagi tak masa Shah macam tak bagi aku duduk rumah kuarters tu dulu dalam cerita aku sebelum ni? Sebenarnya ada sebab kenapa dia tak bagi aku duduk rumah tu. Sebab masa dia baru mula2 bekerja kat klinik ni dulu dia sendiri pernah tinggal kat situ. Tapi tak sampai seminggu pun dia duduk situ. Dia terus mintak pindah rumah berek. Sebab 3 malam dia tak cukup tidur kat rumah tu. Dia dengar bunyi orang berjalan, bunyi orang main pintu and banyak lagi kot. Sebab tu dia suruh aku ambik rumah berek je. Rumah aku pulak kebetulan bersebelahan rumah dia. Rumah dia hujung belah kiri.

So selalu jugak kitorang borak2 dari beranda rumah masing2. Aku pulak dekat sebulan lebih jugak duduk kat rumah transit tu. Tapi kebanyakan masa aku tidur kat rumah Lan la. Hahahaha. Lepas MA yang aku ganti berpindah tu settle kosongkan rumah dia, aku start angkut barang2 aku dari rumah transit ke rumah berek. Memandangkan penghuni rumah sebelum aku tu Muslim, masa masuk tu cukup aku baca ayat kursi dan hembus kedalam rumah. Then aku kemas apa2 yang patut. Masa tu aku dah decide nak tidur terus kat rumah tu hari tu jugak. Seharian jugak aku mengemas. Kebetulan masa tu hujung minggu.

Aku gunakan masa sebaik mungkin. Dalam bilik tidur ada satu alamri kayu besar. Ala almari kayu lama yang berat tu. Aku rasa usia alamari tu muda 4 tahun je dari aku kot. Tapi pintu almari pulak tertutup dan diikat dengan tali. Dalam bilik yang lagi satu pun sama jugak ada almari tu. Aku ambik keputusan nak guna bilik yang bersebelahan dengan rumah Shah tu sebagai bilik tidur aku. Dan bilik lagi satu tu aku nak jadikan stor untuk letak almari dan barang2 lain. Aku rasa setengah jam jugak kot masa habis untuk aku angkut almari dari bilik aku bawak ke bilik lagi satu tu. Bukan aku tak kuat, almari tu memang betul2 berat kot dan masa tu aku sorang je yang kemas rumah tu. Nasib baik la penghuni sebelum tu tak tinggal banyak barang, mudahlah sikit kerja aku.

Aku siap kemas dalam tengah hari. Lepas aku siap makan (masa ni aku tapau je), aku sambung kemas bilik yang aku nak jadikan stor tu. Aku bukak la pintu almari tu untuk letak apa2 barang yang patut supaya bilik tu nanti takde la nampak semak sangat. Dah ready? Kat sini lah cerita baru nak start.. Haahahaha.

Bukak2 je pintu almari, perghhh. Penuh habuk dengan sawang. Aku tengok almari tu pun elok lagi. Bila aku toleh tengok dekat pintu almari yang bahagian dalam pulak banyak tulisan2 peringatan untuk penghuni2 rumah ni. Kira untuk penghuni2 rumah sebelum ni dengan aku skali la. Yang tulis ni pulak bekas2 pelatih MA yang pernah duduk kat rumah tu masa diorang praktikal kat klinik tu sekitar tahun 1999. Dulu klinik ni memang ada menerima pelatih2 untuk praktikal. Sekarang je dah takda.
Antara ayat2 dalam almari tu, (aku buat 100% ikut yang diorang tulis)

“beware coz this is the room where the occupant who lives here was died at 38 years old for heart case! She died alone and nobody knew it before. You and others that will come next just pray always to your God.. there are one soul still around that will turn out your braveness to the ery frightened or scary life!!!” – adiey
“di bilik ini ada penunggu ‘hantu’. Berhati-hati” – pesanan dari STMA Tom
“catatan sejarah! Disini, dibilik ini ada hantu. Pay attention!” – STMA satu geng stella

Aku masa tu takde lah rasa takut ke apa. Cuma penuh persoalan “betul ke ni?” je dalam kepala aku. Aku siap ambik gambar ayat2 tu dan post dalam FB. Hahahaha. Lepas letak barang aku tutup balik almari tu. Lepas tu aku rehat2 and fikir nak buat design macamana dengan rumah ni nanti nak bagi cantik. Hahahaha.

Malam tu aku lepak warung, aku cerita la kat kawan2 aku kat situ apa yang aku jumpa dalam almari tu. Aku siap cakap aku ambik gambar dan upload dalam Fb. Then diorang bukak cerita. tapi sebelum tu aku nak bagitau yang MA yang aku ganti berpindah ni pun rapat dengan budak2 kampung ni dan selalu lepak sama.

Khairul; “rumah tu memang seram. Sebab tu Uncle (uncle ni panggilan MA yang aku ganti tu) dok pasang ayat al quran memanjang dalam rumah dia tu. Kalau dia keluar rumah pun dia bagi terpasang je bacaan quran guna radio dia. Kitorang dulu memang selalu lepak rumah dia, sebab dia rajin masak. Tengok tv ramai2. Kalau kau nak kitorang lepak rumah kau, kau beli tv dulu then rajin masak. Nanti kitorang lepak. Hahahaha”

Zul; “baik kau delete gambar tu, takut nanti dia kacau kau pulak. Aku, Khairul dengan Erol sendiri dah kena ganggu dalam rumah tu. Malam tu kitorang tengok Maharaja Lawak kat rumah uncle. Kebetulan masa tu uncle pergi rujuk pesakit ke hospital. Tengah2 syok gelak, kitorang dengar ada bunyi orang naik tangga dan bukak pagar beranda kat luar tu. Mula tu kitorang ingat uncle dah balik ke apa, tak pun ingat ada pesakit yang datang. Memang jelas bunyi orang berjalan. Tunggu2 takde pulak orang ketuk pintu. Kitorang dah rasa semacam dah. Dari gelak semua senyap. Sorang pandang sorang”

Erol; “kalau sorang dua je dengar mungkin la perasaan je. Ni kitorang bertiga dengar dengan jelas.”
Lepastu aku terus padam post aku yang kat FB tadi. Dan malam tu sekali lagi aku menumpang tidur rumah Lan. Hahahaha. Kalau diorang tak cerita memang aku dah tidur rumah tu dah.
Keesokan hari tu aku decide nak tak nak aku kena beranikan diri tidur kat rumah tu jugak. sampai bila aku nak menumpang tidur rumah Lan. Malam tu masa kat warung aku siap bagitau diorang yang malam tu aku nak tidur kat rumah tu jugak. hasilnya diorang cuma menakut2 kan aku. Hahaha. Ingat ada yang volunteer nak teman ke apa.

Sah, rumah tu memang seram. Malam tu macam2 bunyi yang aku dengar. Bila aku nak lelap, aku dengar macam ada orang tengah bercakap. Bila aku fokuskan pendengaran aku, suara tu hilang. Aku dengar jugak bunyi orang berjalan naik tangga ke rumah aku. Aku ingat ada pesakit datang sebab kecemasan ke apa. Tapi takda orang ketuk pintu pun. Lagi satu aku dengar bunyi ayam. Bukan ayam tengah berkokok tapi bunyi yang ayam selalu buat masa diorang tengah kuis2 tanah cari makan tu.

Aku sedapkan hati mungkin ayam peliharaan Lan kot. Tapi Lan mana ada bela ayam. Ada ke ayam buat bunyi tengah2 malam. Ayam malam biasa tidur la. Selain bunyi ayam aku dengar bunyi burung berkicauan betul2 kat bumbung rumah aku. Bunyi kicauan tu pulak bukan kicauan merdu tu, kicauan yang ntah macam susah aku nak describe. Meriah pulak bunyi kicauan tu. Nasib baik malam tu aku dapat tidur. Tapi agak lewat jugak baru aku dapat lelapkan mata. Keesokan pagi tu masa aku tengah mandi nk siap turun kerja aku dengar ada orang bagi salam. Cuma kedengaran agak sayup macam orang panggil kau dari jauh. Aku tengok la dari tingkap, tapi takda orang pun.
Masa kerja tu aku tanya aku tanya seorang staff aku yang boleh dikatakan sudah lama berkhidmat diklinik ni dan penduduk kampung tu sendiri.

Aku; “ bang, betul ke berek yang saya tinggal tu dulu ada staff mati?”
Staff; “betul, perempuan. Orang pelik tengok dia tak turun kerja pagi tu. Mula ingat dia turun lambat ke apa, sampai tengah hari pun masih tak turun kerja. Kitorang pergi rumah dia, panggil2 tak de jawapan. Bila masuk rumah dia, dia dah meninggal. Orang cakap dia ada penyakit jantung”

Bermula hari tu gangguan2 bunyi memang selalu bermain dirumah. Kalau dia nak buat bunyi dia tak memilih malam ke siang. Sampai aku dah terbiasa. Yang panggil dari luar rumah pun selalu jugak. kadang2 dia bagi “assalamualaikum”, kadang2 “oii”. Kadang2 dia panggil nama. Cuma kalau dia panggil tu tak lebih dari 2 kali. Orang kata kalau panggil lebih dari 2 kali, manusia. Kalau kurang dari tu paham2 lah. Suara yang panggil tu pulak sayup2 kedengaran dari jauh. Orang kata kalau bunyi tu dekat, maksud dia jauh. Kalau bunyi tu jauh, maksudnya dia dekat. Wallahualam. Bila tengok luar

takde pulak orang. Lama kelamaan aku jadi dah biasa. Kawan2 aku yang kat Kuching ramai dah sedia maklum gangguan yang aku alami ni. Sebab aku akan cerita kat dorang apa yang aku alami. Bila aku balik Kuching je diorang akan tanya, “ada gangguan lagi tak?” aku cuma menjawab sinis, “kalau nak rasa sendiri jemputlah datang rumah aku jadi tetamu. Hahahaha ”.

Cerita Ashraf, Boy & Sham
Ingat lagi diorang? Ashraf & sham yang hantar aku masa aku mula kerja kat sini dulu. Boy pulak masa ni join diorang sebab masa tu dia penganggur terhormat. Sebab bosan kat rumah jadi dia ikut yang dua orang ni sekali. Beberapa kali jugak diorang ni ada datang melawat aku. Tapi kat sini aku akan highlightkan masa diorang mula2 datang and teman aku kat rumah berek ni.

Malam tu masa aku tengah masak Boy dengan Ashraf duduk kat ruang tamu. Sham pulak temankan aku memasak. Memandangkan ruang dapur aku kecik dan Asraf & Sham berbadan sado lemak (chubby) so kitorang makan kat ruang tamu berlapikkan surat khabar (bujang style). Masa sham siap2 angkut pinggan, periuk nasi dengan makanan naik ke ruang tamu sementara aku cuci semua bekas masakan, pintu yang menghubungkan ruang tamu menuju ke dapur tu tiba2 terbuka. Masa tu Ashraf dengan boy dah siap duduk depan lapik surat khabar tu dah.

Kira dah ready nak makan. Rumah ni pulak condong ke ruang tamu. Jadi tiap kali kau bukak pintu tu dia akan automatic tertutup sebab berat ke sebelah dalam. Lain pulak kali ni, pintu tu terbukak sendiri. Kalau dia tertutup sendiri tu tak jadi pelik. Tapi dia terbukak sendiri tu pelik. Ashraf & Boy ni pulak jenis yang masuk air sikit. Mula2 diorang senyap sebab jadi hairan dengan pintu tu. Dua2 tengok pintu. Lepas tu Boy dengan selamba cakap “waalaikumsalam”. Ashraf gelak sebab respon Boy yang rawak .

Maksud dia Boy dah paham situasi masa tu. Cuma diorang tak cerita kat aku dengan Sham malam tu. Lepas makan kitorang letak tilam kat ruang tamu tu sebab nk tidur kat situ ramai2. Masa ni semua baring dan menghadap phone masing2. Lampu pulak dah tutup, cuma lampu phone je yang menerangi muka masing2. Susunan masa tu aku, Ashraf, Boy & Sham. Tiba2 Ashraf tolak kaki dia dan tegur, “jangan la main2 tarik kaki orang”.

Masa ni semua baring sama pattern. Maksud aku kepala kitorang menuju ke bilik yang aku jadikan stor tu dan kaki pulak menuju ke bilik tidur aku. Aku tak tahulah masa tu Boy dengan Sham perasan ke tak sebab masing2 fokus main phone. Lapas tu aku duduk, aku cakap kat Ashraf “mana ada orang Tarik kaki kau, semua kepala sama kat atas. Mana ada orang kat bawah.” Sebab masa ni aku ingatkan dia tuduh aku main tarik kaki dia. Ashraf terus senyap. Tak lama lepas tu aku terus tido. Yang lain tu aku tak tahu pukul berapa diorang tidur.

Keesokan pagi tu aku bangun awal. Sebab aku ni jenis yang automatik bangun awal. Aku pergi warung tapau roti canai buat breakfast. Yang lain sedap tidur lagi masa tu. Balik dari tapau tu aku tengok boy dah duduk baru bangun. Masa ni dia nampak lesu, tak tahu lesu sebab lewat tidur atau tak boleh tidur. Dia tiba2 tanya,

Boy: “ramai budak kecik ke kawasan ni?”
Aku: “kenapa?”
Boy: “awal pagi tadi aku tersedar sebab dengar ramai budak tengah main kat bawah rumah kau ni”
Aku: “mana ada ramai budak, ada budak pun sorang je anak driver. Tak pernah pulak dia main bawah rumah aku. Biasa dia main bawah rumah dia je.”
Boy: “serius, aku dengar bunyi ramai budak tengah bermain. Siap gelak2 lagi”
Aku: “pukul berapa tido semalam?
Boy: “tak la lewat sangat. Tapi masa nk lelap macam ada je bunyi orang bercakap. Bila aku tengok, beruang2 panda ni dah sedap tidur dah”

Lepastu boy terus bangun menuju ke toilet, aku pulak kejutkan Ashraf & Sham.
Masa tengah bersarapan tu, sorang2 buka cerita.
Ashraf: “Irfan, kau mengigau ke apa semalam?”
Aku: “kenapa?”
Ashraf: “aku tersedar malam tadi tengok kau tengah duduk. Dahlah tengah menghadap tengok kitorang. Creepy kot”
Aku: “Lepas tu kau buat apa?”
Ashraf: “aku pusing mengadap Sham, lepas tu tidur. Tapi serius, rumah kau ni lain macam sikit la.

Malam tadi aku betul2 rasa ada benda tarik2 ibu jari kaki aku. Bukan sekali, berkali2. Tu yang aku marah. Aku tak tuduh korang yang buat pun. Cuma aku marahkan benda tu nak tengok dia takut ke tak dengan aku. Tapi malam tadi macam2 bunyi jugak aku dengar. Aku malas ambik port, aku anggap angin je la. Hahaha”

Boy: “aku pun dengar jugak. siap dengar bunyi macam orang tengah bercakap. Lepastu pagi tadi aku dengar ramai budak2 tengah main kat bawah ni. Irfan cakap ada sorang je budak kt sini”
Sham: “aku sedap tidur. Sebab aku penat driving semalam. Takde pulak aku dengar apa2.”

Lepas tu Ashraf dan Boy ceritakan pasal kejadian pintu semalam. Aku rasa mungkin diorang kena ganggu sebab main2 pasal benda tu. Yelah, dua2 masuk air bergabung meletup la gelak2 diorang kat rumah tu masa aku dengan Sham kat dapur. Yang pasal aku mengigau tu aku tak pasti, tak pernah pulak aku mengigau duduk. Kalau setakat meracau sikit2 tu biasala kalau aku mimpi seram ke apa.

Tapi malam tu aku tidur nyenyak. Aku tak tahu la yang ashraf nampak tu aku ke bukan.
Mesti korang pelik tak banyak sangat conversation Sham kan. Dia ni jenis pendiam jugakla. Dia suka buat hal dia sendiri. Dia cuma bersuara bila kitorang usik dia. Dan dia ni jenis tidur mati. Sebab tu dulu kitorang banyak simpan gambar dia tidur untuk dijadikan bahan. Hahahaha. Lagi satu, family aku pernah datang melawat and tidur kat rumah aku ni. Kakak aku ada cerita malam tu dia tidur dengan adik bongsu aku dalam bilik yang aku jadikan stor tu (masa ni bilik tu aku dah kemas bagi elok).

Malam tu dia tersedar dari tidur dia tengok ada perempuan baring sebelah dia bagi belakang. Dia ingatkan mak aku ikut diorang tidur kat bilik tu so dia sambung tidur. Tapi malam tu mak dengan bapak aku tidur kat bilik aku. Pagi tu baru dia perasan yang mak aku tak tidur kat situ. Dia ni pulak jenis yang boleh nampak benda2 ni. Tak lah selalu, kadang2 je.

Itulah antara cerita2 yang aku dan rakan2 ku yang lain pernah alami pernah alami kat rumah ni. BukanAshraf, Shah dengan Sham je yang pernah aku bawak ke rumah ni untuk rasa pengalaman tu. Ada bebarapa orang lagi yang mana semua ada pengalaman yang sama jugak. bila diorang tidur kat rumah aku pagi tu aku pasti akan tanya diorang, “ada dengar apa2 tak semalam?” dan mereka pastinya mengiyakan apa yang aku sendiri pernah alami.

Cuma setakat ni aku tak pernah lagi tengok kemunculan2 makhluk tu kat rumah ni. Aku harap takde lah. Sekarang gangguan bunyi tu pun dah berkurangan dan jarang berlaku. Bagi aku mungkin benda2 ni nak berkenalan dengan aku je kot. Nak bagitahu yang diorang ada kat situ tinggal kat situ jugak. Dunia ni memang kita kongsi dengan diorang. Cuma berlainan alam je. Aku percaya mungkin dekat rumah aku tu macam tempat laluan or tempat tinggal diorang memandangkan tempat ni betul2 menghadap dan tak jauh dari laut. Pakcik google cakap tempat2 macam ni la laluan diorang. Hahaha.

Setakat ni saja dulu cerita aku mengenai klinik ni. Ada masa aku akan tulis lagi cerita yang lain. Sejak fefeeling jadi writer ni macam rajin pulak aku korek cerita dari staff2 dan rakan2 aku. Hahaha. Keep reading guys. Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Assalamualaikum

Leave a Reply

6 Comments on "GANGGUAN DI BEREK KLINIK"

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kris

Best cerita ni…suka baca..share la lg kalau ada ye
.

Aina hussin

Bgus cara penulisannya. Cari byk2 cte seram ye pstu share kt sini.

Warda

suke cite ni..best..korek cite bnyk sket…nant share kt sini ekk

Jerangkung

guna tiga perenggan utk menerangkan kedudukan tmpt…..hilang trus selera nak bace… lainkali ‘straight to the point’ je…

Yibo

aloh. kalau straight to the point sangat pun takleh jugak. nak juga tau selok belok lokasi kejadian, haha.
baca laa sampai habis, citer dia best wooo

Imahumaira

Seram..mmg kuat semangat.klau sy ntahhh..cpt2 sikit pos cerita yang lain.pastu mention kt sini yer..hehe

wpDiscuz