Gangguan di hotel

Gangguan di Hotel.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca fiksyen shasha. Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah seram saya sebelum ini. Kali ini saya ingin berkongsi sekali lagi kisah seram saya yang terjadi di tempat kerja saya. Saya berkerja sebagai reception di salah sebuah hotel di Ipoh Perak. Selain saya, saya juga ingin berkongsikan pengalaman seram staff yang berkerja di hotel ini.

Kisah saya : Kelibat kepala seseorang sedang mengintai.

Sejurus selepas kerajaan membuat pengumuman perintah kawalan pergerakkan bersyarat, hotel kembali beroperasi seperti biasa. Cuma keadaan agak berbeza kerana kekurangan tetamu-tetamu hotel yang menginap. Seminggu beroperasi, saya bekerja shiff malam berseorangan. Seperti biasa datang kerja buat opening shiff. Agak bosan juga pada ketika itu kerana suasana agak sunyi sepi. Untuk menghilangkan rasa bosan dan sunyi, aku layan movie kat komputer. 2 jam berlalu.., mata sudah mula rasa berat dan mula rasa mengantuk. Untuk menghilang kan rasa mengantuk, aku bancuh nescafe O panas. Kemudian aku mula memeriksa reservation yang akan masuk pada hari esok. Tak banyak pun perlu diperiksa kerana tak banyak reservation pada esok hari kerana masih lagi PKPB.

Tiba-tiba aku rasa seperti diperhatikan tetapi aku abaikan sahaja. Mata tiba-tiba tertumpu kearah tandas dan pada masa itu juga lah aku terlihat kepala seseorang sedang mengintai dari arah tandas. Tergamam seketika, aku pandang kearah lain. Aku cuba pandang skali lagi alhamdulillah kelibat kepala tu hilang. Setahu aku, memang tiada orang yang turun kebawah atau sesiapa yang masuk dalam kawasan lobby. Kemudian aku terdengar pula kerusi dekat bahagian cafe ditarik oleh seseorang. Allah.. Ujian apa yang cuba engkau bagi kat aku ini. Aku beranikan diri untuk melihat cctv. Sah memang tiada sesiapa di situ. Aku Kemudian istigfar dan selawat, berharap supaya entiti itu tidak muncul di depan mata. Memang berisiko kalau bekerja malam ni.

Kisah kedua : Bayang-bayang hitam.

Kisah ini terjadi pada waktu petang ketika aku hendak memeriksa bilik family di tingkat 2. Ketika hendak masuk ke bilik, tiada apa-apa yang aneh. Seperti biasa, aku periksa katil, sofa, dan juga perabot-perabot lain supaya tidak kelihatan berhabuk dan kotor. Ketika aku hendak memeriksa suhu penghawa dingin, aku terdengar sesuatu seperti ada seseorang mengetap gigi. Aku buat tak tahu sahaja bunyi itu. Ketika aku hendak memeriksa tandas, dan pada ketika itu juga aku terpandang satu sosok bayang-bayang hitam kat bahagian pintu tandas yang terbuka sedikit. Seperti ada seseorang sedang berdiri dalam tandas. Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar dari bilik dan menuju ke lobby.

Kisah ketiga : Kelibat pocong.

Kisah ni terjadi pada staff saya sendiri yang berkerja pada night shiff. Staff saya dikenali sebagai Faiz. Seperti biasa Faiz memulakan night duty seperti membuat opening shiff. Tiada apa-apa yang berlaku sekitar waktu tersebut sehingga pada jam 3.42 minit pagi setelah menyelesaikan tugas, Faiz Kemudian duduk di sofa lobby bermain game candy crush.

Faiz bermain game sehingga dia terasa mengantuk. Ketika Fariz cuba meregangkan badan, mata Faiz tertumpu kearah pejabat admin. Mata beliau tertumpu pada satu sosok putih seakan-akan pocong. Faiz tidak percaya dengan apa yang dilihat, Faiz Cuba memerhatikan sekali lagi. Memang jelas sosok itu adalah pocong. Faiz menundukkan kepala untuk menenangkan diri dan untuk beberapa ketika, beliau melirikan mata kearah pekabat sekali lagi. Sosok pocong itu ghaib dan tidak kelihatan lagi. Mengucap panjang Faiz dibuatnya.

Kisah keempat : Kelibat berselubung.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh staff housekeeper sendiri.
Mereka selesa mengemas bilik, Mereka kemudian berehat di bilik “rest room”. Salah seorang staff housekeeper mahu memeriksa beberapa bilik yang kosong. Ketika hendak masuk salah satu bilik berdekatan dengan “rest room” Mereka, dia terlihat seseorang sedang berselubung dengan selimut menghadap tingkap. Dia yang terkejut lalu bertanyakan kepada reception bilik tersebut ada orang sudah check in. Dia terkejut dengan jawapan receptionist kerana receptionist memberi tahu tiada tetamu yang check in bilik tersebut. Dia kemudian memanggil beberapa housekeeper untuk menemaninya. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka dan menyalakan lampu, kelibat itu seolah-olah ghaib dalam selimut daan selimut tersebut jatuh secara perlahan lahan. Agak menyeramkan juga jika terjadi kat aku sendiri.

Memang betol apa yang diperkatakan. Setiap hotel tak kiralah dimana mana tempat, mesti akan ada penunggu atau gangguan. Kita sebagai manusia tidak perlu takut sangat dengan mereka kerana mereka bukan makhluk yang sempurna. Manusia lah sebaik-baik kejadian Allah. Sekian sahaja kisah kali ini. Assalamualaikum….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]
Khairul ikhwan

1 thought on “Gangguan di hotel”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.