GANGGUAN DI RESORT GUNUNG LEDANG

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Hai, apa khabar semua? Bertemu lagi kita pada kali ini menerusi kisah atau pengalaman seram yang dialami oleh aku dan rakan-rakan.

………………………………

Kisah ini berlaku tidaklah begitu lama, kalau tidak silap kisah ini terjadi pada tahun 2007 dan ketika itu aku dan rakan-rakan berada di tingkatan lima. Macam biasalah, bila terlibat dengan peperiksaan besar pasti pihak sekolah akan menganjurkan berbagai kursus atau sesi motivasi di luar kawasan sekolah.

Gunung ledang telah mejadi pilihan untuk kem motivasi ketika itu. Sebagai orang johor, aku tak berapa excited sangatlah waktu tu sebab dah berkali-kali aku dan keluarga ke sana. Namun, bagi sesetengah rakan yang lain, yang berasal daripada luar Johor memang diorang teruja sangat-sangat.

Tak kurang juga ada yang mulut agak celupar, antara kata-kata yang dituturkan oleh mereka

“nanti, bila daki gunung dan aku berjaya sampai ke puncak, aku nak cari kesan tapak kaki puteri gunung ledang. Aku nak ukur. Pastu aku nak beli kasut untuk dia.”

“ada hantu tak agak-agak kat resort tu nanti? Kalau ada mesti best sebab hantu tu mesti akan kacau cikgu jun.” (CIKGU JUN ADALAH CIKGU YANG PALING GARANG DAN RAMAI PELAJAR TAK PUAS HATI DENGAN CIKGU TERSEBUT.)

“orang kata, puteri gunung ledang pandai menari, kalau aku jumpa dia aku nak suruh dia ajar aku menari sampai pandai.”

Itu antara kata-kata yang masih aku ingat yang pernah dituturkan oleh beberapa rakan aku. Kesemua kata-kata tersebut dituturkan sewaktu dalam perjalanan menuju ke resort yang dinyatakan.

…………………………………..

Setibanya di resort tersebut, Aku, Zaha, Syukur dan Ajid seakan dapat merasakan sesuatu. Kami berempat memang kawan baik tapi kami di asrama tidak tinggal dalam bilik yang sama.

“sunyi ek tempat ni? macam takda orang lain je?”, tiba-tiba ajid besuara, meluahkan apa yang sedang bermain di mindanya.
“erm, itulah. Tadi kat depan tu aku ada nampak deretan kedai tetapi semuanya tutup. Tak laku kot.” Balas syukur yang turut terfikirkan benda yang sama.

Aku cuma diamkan diri, Zaha pula sibuk melihat keadaan sekliling. Sekejap dia ke sana dan sekejap dia ke sini. Mundar-mandir gitu.

………………..

“okay pelajar semua, sekejap lagi cikgu akan berikan kunci bilik. Setiap bilik cuma ada satu anak kunci saja dan setiap bilik duduk empat orang. Kamu pilihlah dengan siapa kamu mahu duduk.” Ujar cikgu Shasha dengan nada yang agak tinggi. Yelah pelajar waktu tu ada lebih kurang empat puluh orang.

Aku, ajid, syukur dan zaha kami tinggal sebilik. Sebaik saja mendapatkan kunci bilik, kami terus menuju ke arah yang diberitahu. Resort ni tak begitu besar, kalau tak silap cuma ada tiga bahagian sahaja dan setiap bahagian ada bangunan setinggi dua tingkat iaitu masing-masing bangunan yang menempatkan bilik-bilik untuk disewa oleh para tetamu.

Setibanya di bilik, aku sekali lagi dapat merasakan sesuatu. Suasana bilik agak suram dan keadaan bilik itu juga seperti sudah lama tidak berpenghuni. Buka saja pintu bilik, kau akan jumpa bilik air di sebelah kanan. Sebelah kiri atau depan bilik air tersebut Cuma ada satu meja untuk kau letak apa-apa barang gitu.

Di bahagian dalamnya pula, kau jalan terus dan melepasi bilik air kau akan jumpa dua katil saiz king di sebelah kanan, di sebelah kiri pula ada almari dan di pakaian dan di sebelah almari tersebut ada meja TV dan Tv lah.

……………………………

Seperti biasa, masing-masing akan memilih tempat tidur. Ajid dia berani sikit so dia pilih katil sebelah tingkap. Dia tidur sekatil dengan Zaha. Aku pula memilih katil yang bersebelahan dengan bilik air dan sekatil dengan syukur.

Selesai memilih tempat tidur, kami pun mengemas barang dan mandi. Semuanya terasa biasa-biasa saja walaupun bagi aku ketika itu sudah rasa tidak sedap hati dengan bilik tersebut.

…………………………………………..

Setelah kepenatan round sekitar resort tersebut, kami berempat decide untuk tidak menyertai rakan-rakan lain pada malamnya. Rakan-rakan lain pada malam itu ada menjalankan beberapa aktiviti kerana program motivasi akan bermula pada keesokan harinya. Maka, episode seram pun bermula.

………………………………………

“ajid, apa nak buat ey? Badan terasa letih tapi mata aku taknak lelaplah pulak.” Syukur memulakan bicara, sebelum tu kami berempat memang masing-masing layan perasaan sendiri je. Susana ketika itu memang sunyi. Sunyinya lain macam sekali.
“entahlah… aku pun sama. mata ni takmau lelap. Aku pun letih juga.” Balas ajid.

“apakata kita main satu game?” Zaha memberi cadangan, kan aku dah kata tadi. Zaha ni berani dia lain macam sikit. Kadang-kadang berani dia tu tak boleh diikut.
“main game? Tapi game apa?” aku bertanya, walau dalam kepala ni dah fikir Zaha akan beri caadangan yang bukan bukan.

“ala… game senang je, main sambung sambung huruf.” Bebudak kat hostel aku memang mahir main game ni. kitaorang memang expert lah. Kat tempat aku, inilah antara game paling popular, kat tempat korang aku tak pastilah.
“owh… boleh juga. Aku nak nombor dua.” Balasku ringkas.

“aku nak nombor tiga.” Sampuk Syukur. Zaha pilih nombor satu dan ajid terpaksalah ambil nombor empat sebab kami berempat je kan.

Tiba-tiba… sedang kami hendak memulakan game tersebut, terdengar satu suara halus berkata “saya nak nombor lima, boleh ke?”, jelas suara tersebut seperti suara seorang perempuan.

Aku terdiam dan saja buat-buat tak dengar. Tapi, cilaka punya zaha, dia pergi tegur suara tu. “boleh boleh… nak nombor berapa berapa pun boleh. Jomlah join sekali.”

“weh zaha, kau cakap dengan siaapa? Mana ada orang lain nak ambil nombor lima? Mengarutlah kau ni.” suara ajid agak tinggi, dia seakan sangat marah kepada zaha.
“eh, tadi aku ada dengar suara orang, dia nak pilih nombor lima. Relaxlah, tu mesti suara syukur. dia kan suara tak aqil baligh lagi.” balas Zaha selamba. Tapi memang pun, suara Syukur ni sangat halus. Macam suara perempuan, tak taulah kenapa suara dia lambat pecah.

“bukalah pintu… saya nak masuk… saya nak main sekali…” sekali lagi suara itu kedengaran daripada luar bilik.
“kau dengar tu? Syukur kan? Mesti dia sengaja dengki kita.” Zaha takpuas hati.

“Gila kau, Syukur ada je sebelah aku ni, mana ada dia keluar bilik. Kan dia pilih nombor tiga tadi.” tegas aku pula. Yelah, elok ja syukur tengah baring sebelah aku, boleh pula dia kata Syukur kat luar. Tapi, kalau Syukur betul betul di luar, siapa pula yang sebelah aku ni? Berbagai persoalan mula menerjah ke benak fikiran.

Dia bunyi lagi. kali ni lebih jelas dan lebih hamper dengan pintu bilik kami. “Cepatlah… bukalah pintu… saya nak masuk… saya nak masuk….”
“Siapa kau? Pergi dari sini. Kami tak nak bermain dengan kau!.” Jerit Zaha tiba-tiba. Mamat tu punya terejal memang takboleh diubati. Ikut dan dia je nak cakap apa. Huh!

……………………………………………

Tak tahulah kenapa, masa pada ketika itu terasa sangat lambat berlalu. Sekejap sekejap aku tengok jam tapi baru sepuluh minit berlalu. Kali terakir aku lihat jam, ketika itu tepat pukul dua belas setengah tengah malam. Dalam hati ni, debarannya cuma Allah saja yang tahu. Ironinya, sejak suara perempuan tu kedengaran, Syukur langsung tidak besuara. Aku, Ajid dan Zaha saja yang bercakap sesame sendiri. Mula-mula aku biarkan je sebab takut nak tegur tapi bila dah dapat kekuatan, aku beranikan diri untuk menegur Sykur.

“weh, kau tidur ey? Orang tengah cemas ni, kau boleh tidur. Cisss!.” Bentaku dengan penuh rasa geram. Serius, Syukur tidur, siap berdengkur lagi. Hmmmmmm tapi kenapa aku taperasan dia tidur tadi? Aku sekadar bertanya sendiri.

……………………………

Dumm!!!! Dummm!!! Almari pakaian yang berada di depan kami seperti dihentak dengan kuat sekali. Kami terkejut, memang tak boleh kata apa-apa waktu tu. Kalau kena cekik kea pa ke, memang serah diri bulat bulat ler.

“Naz! Buatlah sesuatu. Aku tahu kau boleh.” Ujar ajid setelah keadaan kembali tenang. Aku cuma mampu dengar, lidah masih kelu untuk berkata-kata.

Dumm!!! Dum!!! sekali lagi almari itu seperti dihempas. Pada masa yang sama, TV ON dengan sendirinya tapi tanpa siaran.

“Naz! Kau dengar tak apa aku cakap ni, buatlah sesuatu. Kau boleh! Kau boleh! Jangan lemah!.” Jerit Ajid lagi. kali ni aku seperti tersentak dengan jeritan Ajid tadi. Lidahku sudah mampu untuk begerak dan pantas aku membaca beberapa surah yang tidak bersifat panas. Kata ustaz aku dulu, kalau kita berdepan dengan gangguan makhluk halus, baca ayat-ayat yang sejuk-sejuk je dulu. Jangan ajak dia main kasar terus. Bimbang kita tak kuat untuk menghadapinya.

Pintu bilik air pula dibuat mainnya. Dibuka tutup dibuka tutup dengan kuat. Tommm! Tom!!!tom!!! Aku terus gigih membaca beberapa lagi surah. Walaupun lidah aku agak terketar-ketar aku baca sedaya yang mampu.

“Naz! Zaha pengsan. Apa kita nak buat ni?” jerit Ajid lagi. Aduhai… mamat ni memang kerja jerit je kot agaknya. Pada masa yang sama aku bimbang kalau kalau ada antara kami yang dirasuk.
“biarkan dia, kau jaga dia. Tengok kalau agak lain macam, bagitahu aku.” arah aku dengan nafas yang tercungap-cungap.

Suuuuuu riram rammmm rammm suuuuu riram. Suriam yang manis. Aduhai… suriam sayang, makin dipandang betambah manis…

Kali ni suara perempuan menyanyi pula kedengaran sayu sayu. Lagu-lagu yang dinyanyikannya semuanya lagu-lagu lama. Air pasang malamlah, suriam lah, dan yang paling seram, aku ada juga terdengar dia nyanyi lagu dalam bahasa jawa ke apa ke macam tu lah lebih kurang.

………………………………………

Aku terus membaca segala ayat yang mampu aku ingat ketika itu, akhirnya. Setelah bersedia dengan sebarang kemungkinan, aku membaca ayatul qursi dan beberapa lagi ayat yang bersifat panas atau senang cerita kita ajak makhluk tu main kasarlah. Sungguh, dia pun respon dengan lebih kasar lagi.

Naz! Tolong… tolong… tolong aku naz… buka pintu ni… buka pintu ni…” suara Zaha di luar bilik. Mula-mula aku buat deq je, aku teruskan membaca ayatulqursi tetapi setelah dua tiga kali aku dengar rayuan Zaha, aku seakan tewas. Aku bangun dan dengan pantas Ajid menjerit sekali lagi.

“jangan! Jangan naz! Tu bukan Zaha, Zaha pengsan.” Serentak dengan itu Zaha yang berada di sebelah Ajid tesedar dn berkata “ aku bukan Zaha, aku bukan Zaha.” Dengan suara garau.

Ajid yang tadi duduk tenang di sisi Zaha pun terus melompat ke arah aku dan Syukur. Tapi si Syukur tu tetap masih tidur lena. Sampai sekarang aku tak dapat jawapan kenapa dia tidak diganggu. Malah, bila kami kejut untuk membantu, dia seakan tidur mati.

Pantas aku dan Ajid bersama-sama membaca ayatulqursi dan beberapa lagi potongan ayat lain yang kami diajar pada sebelum sebelum ini. Aku dan Ajid rakan seperguruan. Setelah berapa lama kami bertarung. Tiba-tiba pintu bilik kami diketuk. Terdengar suara cikgu Najib memberi salam.

“assalamu’alaikum… assalamu’alaikum.” Mula-mula aku cuak juga untuk buka pintu tapi bila dengar suara cikgu beri salam dengan jelas, aku percaya itu manusia bukan jelmaan syaitan.

………………………………………….

“Naz! Ajid! Kamu kenapa ni? nampak macam cemas?” soal cikgu Najib kehairanan.

Aku pun jelaskan satu persatu tapi ironinya. Cikgu Najib kata jam baru pukul sebelas malam. Cikgu datang sebab nak beri t-shirt yang perlu dipakai pada pagi esok. Menurut cikgu Najib lagi, dia takda dengar apa-apa pun. Dia ada je kat bilik sebelah. Serius, kami taktau cikgu Najib dan dua orang lagi cikgu lelaki tinggal di bilik sebelah bilik kami.

So, cikgu Najib kata, kami berkhayal dan banyak befikir yang bukan-bukan. Tu yang mengarut macam-macam. Entahlah… aku pun tak tau nak jelaskan macam mana kepada mereka. Yang benar-benar merasai gangguan tersebut adalah aku dan Ajid saja.

Ada orang kata, penunggu kawasan resort tu nak uji ilmu kami tapi apalah sangat ilmu yang kami pelajari, masih di tahap biasa biasa. Agaknya, orang yang memiliki ilmu yang jauh lebih tinggi pasti lebih hebat ujiannya.

Apapun, ini kisah benar dan maaf kerana agak panjang. Malas nak buat sambungan. Aku tamatkan terus kisah ini. Sebelum tu, lupa nak beritahu cikgu Jun pun kena ganggu. Dia teruk kena demam panas sampai masuk ICU, menurut apa yang diceritakan mulut dia yang lancang sangat tu yang mendapat.

Okaylah.. jumpa lagi nanti.

16 thoughts on “GANGGUAN DI RESORT GUNUNG LEDANG”

  1. Part sy nak nombor limaa..boleh? Pehh leh bayang n layan citer ko ni..cara penceritaan ringkas n mudah difahami..n yg penting leh rase cm ade disitu..bapak ahh meremang2 bulu roma bile bace..hahahaha

    Reply
  2. “Serentak dengan itu Zaha yang berada di sebelah Ajid tesedar dn berkata “ aku bukan Zaha, aku bukan Zaha.” Dengan suara garau”

    Abis tu siapakah yg sebelah Ajid tu????
    Kot Zaha kena sampuk xkan die boleh ok sendiri…???
    Siot kan Zaha tu…
    Mulut die yg ramah tup2 die pengsan plak…
    Ceeehhhh…

    Reply
  3. xtanya ke kat syukur kenapa dia x diganggu lepas tu? then apa jadi sebenarnya kt zaha? maksudnya yg kt luar tu btol2 bkn zahar la? aishh rse cam tergantung lak.

    Reply
  4. Syukur tu buat apa ptg tadi? Sampai mcm2 jd kat korang pun dia blh layan tidur x bngn2. Dasyat benor letih dia tu. Maybe ada lah tu yg tutup telinga dia… Btw, kalau rasa rajin tu datang, buatlah smbngn lagi. Best!

    Reply
  5. Saya pun dlu penah jgk berkhemah di gunung ledang gate c yg kena msuk ladang kelapa sawit tu..masa panjat gunung tu ada la jgk peristiwa mistik nmpk kelibat dgn suara geng yg lain bila kejar nk catch up skali tgk takde org pun..nasib masa tu berlima cikgu lelaki 2 org kami pmpuan 3 org sbb kawan habis stamina ngn kaki cramp lagi..nk catch up yg lain mmg lmbat..lpas tu ada nmpk cik pon kt chalet tmpt guru menginap cuma tak kecoh je la sbb bila bdan penat letih senang kan bnda2 mcm tu nk menumpang..

    Reply
  6. saya nak nombor lima boleh?
    boleh.. boleh.. pilih la nak nombor berapa pon…

    haha! kuajak betei boleh persilakan lagi “kawan” tu nak join sekaki.

    Reply

Leave a Comment