Gangguan Di Rumah Idaman

Hai readers. Short intro dari aku. Aku Sha seorang suri rumah dan mempunyai sepasang anak kembar. Ketika aku baru berkahwin, aku dan suamiku telah pon membeli sebuah rumah idaman kami di Muar, Johor. Pada mulanya rumah tu nampak normal bagi aku dan takda apa-apa pon yang nampak pelik or tak kena pon yg aku tengok.

So masa kami mula-mula berpindah ke rumah tu, aku perasan yang kucing kami mula berperangai pelik, dia selalu je pandang ke siling dan selalu nampak tak senang duduk. Pada mulanya aku pikir tu mungkin sebab dia tak biasa lagi di tempat baru, so aku pon takda la pikir yang bukan-bukan. Tak lama selepas kami berpindah aku disahkan di sahkan hamil 2 minggu hihi.

Dan bermula lah satu kejadian pelik berlaku pada aku. Semasa aku mengemas di tingkat bawah, aku tetiba terdengar bunyi tapak kaki bermundar-mandir di tingkat atas. Aku pon memberanikan diri pi check siapa kat atas tapi takda sesiapa pon aku tengok. Aku fikir tu mungkin perasaan aku je, so aku cuba abaikan.

Dan ada satu hari tu ketika aku sedang menuruni tangga and tinggal lagi dua step, tiba-tiba aku aku terasa seperti ditolak seseorang. Aku pon terjatuh dan mengalami pendarahan. Panik jgk la aku masa tu. Aku cepat-cepat panggil husband aku yg masa tu tengah basuh kereta kat luar. Dalam panik tu sempat jugak la aku pandang ke tangga kot-kot ada orang kat tangga tu tapi tiada.

So bila hubby aku tengok aku dah bleeding dia pon cepat-cepat hantar g hospital. Syukur la kandungan aku masih dapat diselamatkan. 2 minggu aku kena tahan di wad sebelum dibenarkan pulang. Tapi doktor nasihatkan aku banyakkan rehat n jangan banyak bergerak or buat kerja. So bila balik je ke rumah, aku banyak berbaring je di dalam bilik sementara kerja rumah hubby yang handlekan hihi.

Beberapa hari selepas tu bila hubby aku keluar gi kerja, tinggal la aku sensorang kat rumah. Baring je sampai tertidur. Tak lama lepas tu aku terjaga, sebab aku terdengar sesuatu mengetuk pintu bilik aku. (btw masa tu pintu bilik aku di biarkan terbuka supaya senang aku nak melihat kalau ada orang dlm rumah)

And aku tiba-tiba aku ternampak satu bayangan hitam berdiri dekat pintu. Aku pon tutup mata rapat-rapat dan cuba baca apa yang patut sepenuh hati. Syukur la bila aku buka mata je “benda” tu terus hilang dari situ, tapi still aku terasa seakan-akan diperhatikan sesuatu. Disebabkan aku takut sangat tinggal berseorangan, so aku call adik aku (Lia) yang kebetulan tinggal tak jauh dari rumah aku. Bila dia sampai je aku terus cerita apa yang berlaku. Tapi dia kata mungkin tu semua perasaan aku je. Sebab dia memang kurang percaya dengan benda-benda ni, mungkin sebab tak pernah mengalaminya.

So aku pon mintak la dia tuk temankan aku sampai hubby aku balik kerja. Dia pon setuju untuk temankan aku. Lagi pon dia free pada hari tu. So sementara nak tunggu hubby aku balik, kitorang pon berborak-borak la sampai terlupa apa yang berlaku tadi. Dalam pukul 7 hubby aku pon balik dari kerja, so Lia pon minta diri balik ke rumah dia. Aku pon ok kan je sebab dia pon dah temankan aku dari tengah hari tadi.

Tapi bila dia nak balik tu, engine kereta dia plak tetiba tak boleh start padahal sebelum tu elok je. Setelah dicuba beberapa kali, engine kereta dia still tak boleh nak start. Disebabkan takda mekanik yang kitorang boleh cari aku masa tu, aku pon offer Lia untuk bermalam je kat sini.

Mula-mula dia memang keberatan tapi setelah dipujuk dia pon setuju. Malam tu sesuatu berlaku pada Lia dalam pukul 2:30 am. Aku & hubby aku terjaga disebabkan kami terdengar jeritan dari bilik Lia. Kitorang pon cepat-cepat ke bilik Lia untuk tanya apa yang berlaku. Aku cuba tenangkan dia yang jelas ketakutan ketika itu. Setelah keadaan semakin tenang, Lia ceritakan apa yg berlaku. Lia kata masa dia tengah sedap tidur, entah macam mana kucing aku boleh masuk dalam bilik dia and tiba-tiba melompat kat badan dia.

Bukan tu saja sebab dia menjerit, tapi dia kata dia ternampak sesuatu bayangan hitam dengan mata yang merah memandang dia kat atas siling katil dia tu. Bersambung…

13 comments

  1. admin…kalau ada cerita sambung2 ni xpayah la post sampai dia bagi sambungan…semua grup2 cerita seram dah buat gimik2 cerita sambung.konon nak ramai follow…kalau kat grup kot la susah nak control..sbb bebas sapa2 post…kat sini admin ada kuasa xnak post lg cerita….xkan kat sini pun dah kena jangkitan penyakit sawan sambung ni pulak..

  2. stress jugak banyak cerita dalam FS ni asyik bersambung je…hmmm..tulis lah sampai habis kalau nak bercerita betul2..huhuhu

  3. Lahabau…aku rasa admin dah cakap awal2 cerita klau tulis takleh bersambung2…ni mesti cita2 nk jdi pengarah drama tp tk jadi…so dia buat cerita sambung2 dgn harapan orang suka dan sruh “sambung laa lagi,sambung laa lagi..” acik kauuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *