Gangguan Di Rumah Kawan

Assalamualaikum. Terima kasih admin FS kalau cerita aku ni disiarkan.

 

Nama aku Uni (bukan nama sebenar). Cerita ni aku dengan kawan-kawan aku sendiri yang alami. Baru juga terjadi. Sekitar tahun 2015. Waktu tu malam tahun baru. Aku dengan kawan-kawan aku yang lain dah plan nak mandi dekat sungai besoknya. So, aku dengan kawan aku, Wana nak tidur dekat rumah kawan aku yg lagi satu, Fify. Rumah Fify ni memang keras tempatnya. Rumah dia dekat dengan sungai dan banyak pokok pisang.

Baiklah, cerita pun bermula. Waktu tu, aku nak pergi ke tandas. Tandas rumah Fify ni tak ada lampu. Aku kena guna tourchlight hp je. Kebetulan waktu tu aku tengah guna hp tu untuk ber-chatting dengan kawan aku, Farid. Tengah menjalankan urusan, aku pun letak je hp aku tu dekat atas para tandas tu dengan torchlight terpasang. Teranglah sikit. Tapi entah kenapa, sepanjang aku berada dalam tandas tu, hati aku berasa tak sedap. Selesai urusan, aku pun cepat-cepat keluar. Tak teringat pula nak capai hp atas para tu. Sampai saja dekat bilik, baru Fify tanya hp aku mana. Wana pun ada juga dalam bilik tu. Aku pun bergegas semula ke tandas untuk ambil hp aku. Tiba-tiba masuk notification chat dari Farid.

“Apa kau cakap ni?” Katanya.

Aku pun blur sekejap. Scroll balik chat sampai atas, aku tengok elok je.

“Kau yg cakap apa? Elok je pun chat kita tu aku tengok.” Balas aku sambil send screenshot chat kami tu kepada Farid.

 

“Memanglah. Sbb ko dah padam.” Balas Farid lagi.

 

Memang mengelirukan. Kami dekat dalam bilik tu pun dah rasa lain macam. Tak tahu samada si Farid ni tengah main-main ke apa.
Tiba-tiba notification chat masuk. Farid send screenshot. And you know what? Betul-betul ada chat lain yang dihantar atas nama aku. Tapi seriously, bukan aku yang send. Aku rasa nak nangis dah time tu. Wana dengan Fify pun dah pucat. Betul-betul bukan aku yang send. Nak kata Wana dengan Fify yang send pun tak mungkinlah. Sebab diorang dekat bilik je masa tu. Kalau nak kata adik-adik Fify lagilah tak mungkin, sebab diorang kecil lagi kot. Cara “dia” type pun memang macam aku. Betul-betul tiru cara aku. Tapi chat dia tu tak masuk cerita aku dengan farid pun. Aku dah lupa dah apa yg dia chat masa tu. Tapi memang tak masuk cerita kami pun. Farid cakap lain, dia cakap lain.

Gangguan belum habis lagi.

Semasa aku, Wana dan Fify cerita dekat mak bapa Fify, aku rasa macam ada orang dok tarik-tarik rambut aku. Masa tu, aku dengan Wana duduk dekat atas kerusi. Yang lain duduk atas lantai. Aku pun selitkan rambut aku dekat belakang kerusi. Tiba-tiba rambut aku ditarik lagi sekali.

“Wana, janganlah tarik rambut aku! Sakitlah!” Jerkah aku.

 

“Mana ada aku tarik rambut kau.” Balas Wana sambil tunjuk kedua-dua tangan dia.

 

Lepas tu, aku masih terasa rambut aku macam ditarik-tarik. First time tu tak kuat sangatlah. Tapi lepas aku tegur tu, terus tarikannya terasa makin kuat. Macam nak tercabut rambut aku. Yang lain semua dah pelik tengok aku. Muka masing-masing dah pucat. Sebaik sahaja aku rasa tarikan tu dah dilepaskan, cepat-cepat aku bangun dari kerusi tu. Memang tak ada apa-apa pun dekat situ. Mak bapa Fify pun rasa lain macam dah. Diorang pun tegur kami.

“Itulah korang, terlalu bising sangat. Sampai penunggu dekat sini dah terganggu.”

Mula dari tu, kami bercakap bisik-bisik je. Tak berani nak bersuara sangat macam tadi. Tapi syukur jugalah, sebab benda tu tak muncul depan mata kami. Alhamdulillah.

Ada lagi cerita yang berlaku selepas kejadian tu. Waktu tu dekat rumah Fify juga. Kami lepak-lepak je kat situ. Ramai jugalah waktu tu. Kami bising lagi. Macam tak serik-serik kena kacau pula. Kami tengah bersembang dekat luar rumah Fify. Tiba-tiba je ada patung melayang keluar. Macam ada orang campak. Waktu tu, aku, Fify, dengan kawan aku, Nizam duduk sebelah pintu. Memang kami nampak ada tangan yang baling patung tu. Kami ingatkan mak Fify atau adik-adik Fify yang baling. Aku pun capai patung tu dan masuk ke dalam. Fify ikut aku. Aku tengok mak Fify tengah duduk dekat ruang tamu. Aku pun hulur patung tu dekat dia. Muka dia dah pelik tengok aku.

“Eh, bukan makcik baling ke?” Tanya aku. Muka dia berkerut.

 

“Eh, taklah. Makcik dari tadi dok tidurkan adik (adik Fify) ni ha.” Jawab mak Fify sambil dok buai anak dia.

“Adik-adik mana?” Tanya Fify pula.

“Adik-adik kau dah tidur dalam bilik tu.” Jawab mak Fify selamba.

Aku nampak muka Fify berubah pucat. Aku pun tarik tanyan Fify keluar semula. Niat nak buat dia lupa. Kami mula berborak semula. Nizam pula entah apa angin, dok lipat-lipat rocket kertas. Bosan mungkin. Siap lipat, dia layangkanlah rocket kertas tu. Beberapa kali jugalah dia sempat main rocket kertas tu sebelum rocket tu tersangkut dekat pokok pisang. Aku dengan Fify buat endah tak endah je sebab kami tengah berborak. Disebabkan rocket dia dah tersangkut dekat pokok pisang, Nizam pun join bersembang dengan kami semula. Sembang punya sembang, tiba-tiba rocket kertas tadi terbang ke arah kami. Melompat juga kami bertiga. Nizam yang paling kelam-kabut. Automatik dia toleh ke arah pokok pisang tadi. Rocket kertas yang tersangkut tadi dah tak ada! Nak kata angin, memang langsung tak berangin time tu. Perbualan yang tadinya rancak, jadi terbantut. Masing-masing dah hilang semangat dan kami buat keputusan untuk balik ke rumah.

 

Okay sampai sini sajala cerita yg tak berapa seram dari aku. Minta maaf sebab ayat-ayat aku tu terbelit-belit. Sebab first time ni aku karang panjang-panjang. Tolong jangan kecam. Banyak lagi yang aku alami. Tapi cukuplah ini je yang aku share. Terima kasih sebab sudi baca.

Sekian, assalamualaikum.

Loading...

6 comments

      1. ko Penulis ke??hihihi

        kena redha lah.perbaiki ok.
        habis tak kan nak bagi 10/10??

        ko pikir ko buat cite annabelle?kikikiki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *