Gangguan di Rumah Mertua

Assalamualaikum semua..

Saya just nak share kisah menakutkan yang terjadi sejak tinggal di rumah pusaka mertua saya. Rumah ni memang dah ada kisah ngeri nya.. Family terakhir yang tinggal di rumah ni adalah abang ipar saya.. Dia berpindah kerana isterinya selalu di ganggu.

Suami tak pernah citer tentang rumah ni dan dia tak tau sejarah rumah ni. Saya tahu segalanya dari biras. Dia lah yang ceritakan segalanya.. Dan dialah yang pernah diganggu.
Suami hanya cakap, biras saya lemah semangat sebab tu kerap kerasukan.

Mula-mula duduk rumah ni level panas nya memang teruk. Yallah.. Macam sedang bersauna. Anak sulung saya pernah cuba di ganggu. Ada sekali tu anak saya jerit dan lari masuk bilik, dia senyap je dan terus lari masuk dalam selimut. Esok harinya dia cakap taknak duduk rumah ni sebab ada hantu dekat dapur. Saya pun terus cakap pada suami dan suami tak percaya sebab saya dan anak suka tengok citer hantu. Jadi dia fikir kami ni berilusi.

Saya tak pernah stop berdoa. Hari-hari saya mengaji quran. Saya pura-pura berani tapi takut sebenarnya. Tapi mungkin makhluk tu marah. Jadi dia ganggu saya saat saya datang bulan. Saya pasang surah al-baqarah di radio tapi siaran bertukar lagu india. Ya Allah.. Saya memang takut masa tu sebab nampaknya dia nak bagitau yang dia wujud. Saya call suami &dansuami terus balik rumah.

Malam tu saya tak boleh tido lena walaupun suami ada.. saya tak boleh nak tido. Baru nak lelap tiba-tiba seperti ada sesuatu dalam selimut.. Saya terus menjerit. Suami saya yang tido m**i pun terjaga bila dengar saya jerit. Dia cakap saya mengigau. Dan saya dah panas hati. Saya nak pegi bilik anak tapi jari kaki tetiba sakit. Rupanya jari kaki saya luka!

Saya marah laki saya. Pada siapa lagi saya nak mengadu kalau suami sendiri tak percaya!!! Saya jerit pada suami dan tetiba ada orang ketuk pintu. Peniaga thailand depan rumah datang. Dia datang sebab dengar saya menjerit. Dia minta izin masuk rumah nak bantu. Masa tu pukul 3.30 pagi. Peniaga tu baru settle tutup kedai makan. Rumah saya ni betul-betul berdekatan area kedai makan Alam Suria tu.

Ya Allah.. Perasaan saya lega bila akak thailand tu cakap anak dia boleh tolong halau mahluk tu.. Anaknya baru belasan tahun tapi ada kelebihan berubat dari nenek moyangnya. Suami saya terdiam bila dengar segala penjelasan dari budak tu. Budak tu tunjuk bukti 1 gambar. Suami naik motor dengan anak sulung dan belakang anak ada yg ikut. Gambar makhluk tu jelas tertangkap di photo.

Terus saya teringat sesuatu. Tiap kali beli makanan di kedai tu, mesti budak tu tanya makcik ok ke duduk di rumah? saya jawab ok je walaupun sebenarnya tak ok. Rupanya budak tu dah tau keadaan rumah pusaka ni dan dia snap gambar masa suami saya dengan anak datang kedai dia. Dan bermulah proses mengubat rumah tu. Alhamdulillah.. Settle sekejap sahaja kerana budak tu cakap rumah ni memang biasa jadi tempat singgah makhluk2 tu. Jadi, teruskan mengaji katanya. Dan budak tu cakap, kalau nak tahu ada yang singgah lagi ke rumah saya sejak kejadian kucing saya di langgar berlaku dalam minggu yang berturut..

Dan nampaknya ada lagi yang singgah kot. Sebab last week kucing suami di langgar. Dan hari ni 2 ekor sekaligus m**i dilanggar depan rumah. Saya dah risau sebab saya datang bulan juga. Semoga segalanya baik-baik sahaja.. 😭😭😭😭 peniaga thailand depan rumah ni tak lepas nak masuk malaysia sejak isu virus kobis. Kalau tak dialah tempat saya rujuk.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Isteri Risau Puncak Alam

2 thoughts on “Gangguan di Rumah Mertua”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.