sekolah

Gangguan Di Sekolah Agama

Assalamualaikum buat semua pembaca FS. Aku salah sorang pembaca tegar cerita2 yg FS publish sebelum2 ni hihi. Dan aku rasa terpanggil utk cerita pengalaman yg aku alami sendiri lima tahun lpas. Tpi mintak maaf klau bagi korang tak seram mana. Huhu

Benda ni berlaku lima tahun yg lepas. Skrg ni umur aku dh 20. Masa tu aku masih bersekolah di sebuah sekolah agama yg ada kat malaysia ni. Dan aku mmg dari form 1 mak ayah aku sruh stay hostel. Aku pun ok jela sbb aku takde la manja sgt. Boleh lagi la nk brpisah dgn family utk sminggu dua. Benda ni jadi masa aku form 3.

Dekat aku punya hostel ada dua blok saja utk pelajar prempuan. Satu depan dan satu belakang. Blok depan ada 2 tingkat. Blok baru. Manakala satu lagi blok blakang setingkat je. Blok lama. Blok lama tu mmg keras siket. Dan ditakdirkan pulak tahun tu aku dapat bilik dkat blok blakang tu. Dan lagi mnyedihkan bila aku dpat bilik yg org ckp mmg center makhluk2 halus tu duduk. Dlam bnyk2 bilik, bilik tu jgk yg aku dapat. First, aku rasa ok je. Sbb aku fikir klau kita tak kcau diorang inshaAllah diorang takkan kcau kita. Dan aku takde lah penakut sgt. Biasa biasa je.

Tak silap aku bnda ni jadi pertengahan tahun tu. Kawan aku si sara ni suka lepak lepak bilik aku. Dan tiba tiba je hari tu dia ckp nk tidur bilik aku. Aku pun ok jela. Tak kesah pun. Bgi prempuan mcm aku klau tidur sekali dgn kawan2 hostel tu bnda biasa je. Klau laki aku tak tahu la pulak.

Masa malam tu sara tu dtg la bilik aku sbb dah janji nk tido blik aku. Sara dtg blik aku dlm pkul 12++ mcm tu. Dia ckp dia kemas dia punya locker dulu sbb tu lambat siket dtg bilik aku. Masa tu smua bdk bdk blik aku dh tidur. Biasa la bdk hostel mmg tido awal. Tapi ttp tido dlam klas. Huhu. Lepas aku kunci pintu tingkap semua tu, aku pun panjat la aku punya katil. Katil dkat hostel aku semua yg jenis double decker. Dan aku mmg pilih utk duk atas sbb dkat dgn kipas. Sara dh mmg naik katil awal awal. Lpas naik katil terus aku tarik selimut dan pejam mata nk tido.

Beberapa mnit aku tutup mata si sara ni duk kejut kejut aku ckp takut. Aku dh rasa lain mcm malam tu. Aku suruh sara ni tido je. Masuk kepala dlm selimut. Lpas beberapa minit sara ni diam. Dah tido. Aku pulak yg tak dapat tido. Kuangjar betul. Tapi aku paksa jgk tido sbb besok sekolah. Tiba tiba aku dgr kuat gila kucing mengiau(aku tak tahu korang pggil apa) duk meow meow. Dalam bilik aku. Bunyi mcm kucing nk gaduh tu. Haa bunyi mcm tu la. Kuat gila. Nk kata kucing mmg tak la. Mmg kucing tak boleh masuk. Dan tiap tiap malam kitorang akan pastikan takde apa dlm blik sblum kunci pintu tingkap smua tu. Aku masa tu berdebar gila. Pastu dgr pulak ade benda langgar locker dlm bilik aku tu. Pun kuat gila sampai aku tersentak.

Tapi aku paksa jgk pejam mata. Aku baca ayat ayat yg patut dan benda tu tiba tiba diam. Aku igt dh habis. Bila aku baru je nk lena tiba tiba aku dgr suara garau ketawa betul betul tepi telinga kiri aku. Pastu badan aku start takleh gerak. Aku cuba jerit tapi tak keluar. Lagi sekali aku dgr suara garau tu ketawa tepi telinga kiri aku. Aku masa tu berdebar takyah cita la. Aku try baca ayat kursi, 4 qul semua tu dlm hati tapi ttp tak jadi. Last skali aku azan terus. Baru la aku bleh gerakkan badan aku dan dh tak dgr suara tu. Aku terus selubung dlm selimut aku dan tertido. Sedar sedar org dh azan subuh. Sara pun balik bilik dia utk mandi mcm biasa. Nasib tak jadi benda yg lagi teruk malam tu.

Pagi tu dkat sekolah, masa rehat. Aku jumpa la si sara ni. Pastu dia tanya aku. Aku rasa tak apa yg dia rasa semalam. Aku tanya la rasa apa sbb tak silap aku masa aku kena tu sara ni dah tido. Dia ckp la sebelum yg dia duk kejut aku ckp takut takut tu, dia rasa ada ‘benda’ duk mainkan rambut atas muka dia. Dua tiga kali dia kena mcm tu. Nk ckp rambut aku yg terbang atas muka dia mmg tak la sbb aku ikat rambut aku dan kipas duk belah si sara ni. Mcm mna rambut aku bleh terbang ke sana pulak . Nk ckp rambut sara pun bukan sbb rambut dia pendek. Last sekali kitorang buat tak tahu je. Malas fikir.

Roommate aku pun penah kena. Tapi hari dan waktu yg lain la. Roommate aku ni junior. Muda setahun dari aku. Dia ni duk bawah katil aku. Dia penah cerita yg benda tu betul betul atas dia punya muka bila dia tiba tiba tersedar pkul 2/3 pagi mcm tu. That’s mean bawah katil aku je. Dia apa lagi. Terus masuk kepala dlm selimut dan baca ayat ayat yg patut. Esok tu dia demam. Demam terkejut mungkin. Lagi kesian. Junior aku ni nampak depan mata terus. Nasib lah aku dgr je. Taknak tgk. Tak sanggup. Huhu

Lepas je kejadian tu aku dh tak penah kena ganggu. Masa stay dkat bilik tu la. Setiap kali sebelum tido aku baca 4 qul dan sbgainya sbb takut bnda tu jadi lagi. Huhu. Nasib baik la duk situ setahun je. Tahun depan tu aku dpat duk blok baru tu. Blok depan. Baru la rasa selamat siket.

Kejadian yg aku alami tu aku tak penah cerita kat sape2. Ni la first time aku cerita kat public. Bagi aku bnda tu scary gila. Sory klau crita aku ni membosankan dan tak menarik. Aku mmg tak reti sgt nk susun ayat. Pengajaran nya, sebelum tido tu baca la ayat kursi, 4 qul dan selawat tu semua. Bukan apa, inshaAllah boleh dijadikan ssbagai pelindung diri. Ok tu je yg aku nk cerita. Thanks FS klau sudi publish cerita ni.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *