Gangguan Di Tempat Praktikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak Fiksyen Shasha kerana sudi memparkan kisah aku disini. Terima kasih juga pada korang sebab sudi luangkan masa baca cerita aku. Kisah ini adalah pengalaman aku masa aku tengah pratikal di salah sebuah syarikat event planner. Haaa terlupa plak nak pekenalkan diri aku ni. Sorryyy hehehe.

Aku lebih prefer orang kenal aku sebagai Anjee. Kahkahkah. Nak muntah? Sila sediakan baldi dulu. Haha. Aku belajar kat salah sebuah IPTA di Melaka. Aku harap korang ambil kisah aku dan pengalaman aku sebagai pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan korang.

Alkisah dia bermula masa aku kena tinggal sesorang kat pejabat. Tempat praktikal aku ni, salah seorang mesti kena stay kat office. Paling2 pon seorang. Dan selalu mangsa keadaan aku sebab majikan aku kata muka aku garang and susah nak senyum lagi2 depan customer. Tapi bagi aku la kan, aku cun dan comel apa. Hahahaha. Naik lif tekan sendiri. Hihihi. Okay back to the topic. Sebelum tu, pernah la member kat pejabat tu cerita pasal pejabat ni ada benda2 ni. Dan salah seorang dari mereka sendiri boleh nampak benda makhluk halus ni.

Nak dijadikan ceritanya, petang tu aku kena tinggal berdua dengan salah seorang member pejabat ni sebab yang lain kena pergi site visit dengan majikan aku. Tapi disebabkan dia ni lelaki, makanya aku duduk di ruang luar pejabat sambung kerja aku kat situ untuk elakkan fitnah dan sewaktu dengannya. Tetiba member tu kata dia nak balik awal sebab nak jumpa customer dia kat luar. Masa tu dalam pukul 5.15 petang. Waktu asar. Dalam hati aku cuak la juga sebab member yang lain belum balik lagi dari site visit dengan majikan aku tu.

Aku sambung buat kerja aku kat luar ruang pejabat tu. Tengah ralit buat kerja, masa pun dah berganjak sampai pukul 6.30 petang. Mereka belum balik lagi. So aku decided, whatsapp salah seorang member aku yang ikut majikan aku tu, Tanya bila nak balik. Yela tak mau aku duduk sesorang kat pejabat tu sampai maghrib. Errrrrr. Seram. Aku sambung balik buat kerja aku. Tetiba benda alah tu main lampu pula. Berkelip lampu kat pejabat tu. Aku buat tak tahu je. Dalam hati aku tawakal banyak kat Allah. Aku ambil handphone dan terus baca Al-Mathurat.

Masa aku tengah baca Al- Mathurat tu, keyboard kat computer member aku yang balik tadi ada orang main. Aku tahu takde orang kat situ dan benda alah tu macam test aku je. Aku baca Al-Mathurat dengan suara yang agak kuat. Makin aku kuatkan suara, makin kuat bunyi keyboard tu. Aku kuatkan lagi suara aku. Dalam seminit atau 2 minit gitu, senyap bunyi keyboard tu. Dah selesai baca Al-Mathurat, aku sambung baca Surah Al-Baqarah sementara tunggu mereka balik. Aku tak berganjak dari luar ruang pejabat tu.

Dalam pukul 7++, meraka pon balik. Balik waktu maghrib. Hati aku lega sangat3. Alhamdulilah aku ucapkan dalam hati sebab benda alah tu tak muncul dan mereka pon balik. Masa dalam perjalanan nak balik rumah, aku pun cerita kat member yang baru balik dari site visit. Nak kata mereka terkejut takde la sebab sebelum ni pun, mereka dah kena. Bagi aku ni bukan kali pertama aku kena ganggu. Dengan pengalaman yang sebelum ni dan alhamdulilah aku sendiri pun belajar ilmu syifa ni dari pengamal perubatan islam dan ustaz yang lain.

Okay la sampai disini cerita aku. Yang baik tu datang dari Allah, yang kurang tu dari aku sendiri dan maaf atas kekurangan tu. Bagi mereka yang kena gangguan makhluk halus, nasihat aku, jangan lupa banyak tawakal kepada Allah. Benda ni satu je, mereka nak sesatkan orang Islam sendiri. Banyak amalkan zikirullah, jangan tinggalkan solat dan mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Besar. Jangan sesekali menyekutukan Allah.

4 thoughts on “Gangguan Di Tempat Praktikal”

  1. Hmmm… punyer la ramai kaki komen, tkkn sorang pun tk nk singgah kot… kesian ko Anjeelina Juli.. Insyaallah pesanan ko tu aku akan ingat sampai bila2..

    Reply

Leave a Comment