Gangguan Hostel di Matrikulasi di PJ

Assalamualaikum semua readers , sekian lama asyik jadi pembaca tegar fs, nak jugak share satu cerita masa zaman belajar dulu masa tu tahun 2012.
Kejadian ni berlaku masa aku belajar di sebuah matrikulasi di PJ.

Matrikulasi tu sekarang dah pindah dah, so aku rasa ada yang tau atau dapat agak nama kolej tu. kolej tu ada tiga hostel lelaki dan dua hostel perempuan. gangguan ni berlaku di hostel yang aku duduk masa tu. hostel tu 5 tingkat, atap warna biru dan tingkat bawah ada staff dan fellow yang duduk sekali.

Hostel tu style apartment, satu rumah ada la 3 bilik satu bilik boleh muat 3-4 orang. masa tu roommate aku nama dia din. kami sangat rapat sbb sama2 nak survive nak habiskan study plus sama2 kongsi duit timenak makan,. ops lupa nak mention bilik aku masa tu tingkat 5 atas sekali.

Suatu tengahari, aku ingat lagi masa tu hari sabtu, aku dengan din lepak je dalam bilik layan movie lepak2 apa semua dan tiba2 takde ribut takde apa hujan selebat2nya turun. kan rumah aku style apartment sikit, so aku pergi la tutup sliding door balkoni tu xnak bagi tempias masuk. bila masa je aku nak tarik sliding door tu, anak mata aku terpandang macam ada kelibat kat balkoni sebelah, tapi aku buat tak layan je la kot budak rumah sebelah tengah angkat baju ke apa. aku tutup sliding door tarik langfsir apa semua dan aku tarik tilam bawak gi ruang tamu, “hujan hujan ni rugi kalau tak tidur” aku cakap sorang2.

Aku cakap kat roommate aku “din, aku ngantuk lah, aku tidur jap, kalau nak keluar ke apa tutup pintu” aku pesan kat dia. masa tu, dalam rumah ada aku dengan din je, budak2 lain hujung minggu diorang balik rumah, rumah masing2 area2 kl je untung la diorang.

“Ok” Din jawab. aku pun baring layan2 mata masa tu aku dah rasa dah macam ada orang perhati je tapi aku tetap tak layan, aku tau aku nak tido. tengah lena tidur, tiba selimut aku disentap dengan kuat. “apa ni din! jangan kacau aku” aku mengomel dalam mamai2 tu. aku tarik semula selimut kain nipis yang ada corak bunga2 tu sambil selit bawah kaki. bila masa aku dah start lena je ‘dia’ sentap lagi selimut aku kali ni sampai selimut tu melayang.

Aku tak sedar lagi yang aku kena kacau masa tu. “nak kena din ni!” aku geram dalam hati. aku terus bangun berdiri bukak pintu bilik nak marahkan si din, tengok2 takde orang langsung, bukan setakat takde orang, gelap siap tutup lampu lagi bilik aku. “ah sudah” aku jawab sorang dalam hati.

Aku pergi check bilik lain pun sama, tapi yang peliknya aku takde la takut sangat masa tu, tapi lebih pada geram. haha mungkin sbb dia kacau aku tidur kot. aku pun berdiri tengah2 ruang tamu, buka lampu semua bilik bagi terang, aku cakap “aku tak kacau kau, aku nak tidur siang ni, kalau kau nak kacau pergi bilik lain, aku tau aku nak tido” entah kenapa aku boleh ada rasa nak cakap macam tu, mungkin tengah mamai2 sedar kot.

Aku capai bantal selimut masuk bilik sambung tidur sampai asar. petang tu aku sedar din balik aku tanya dia pergi mana. rupanya dia terus keluar lepas aku tidur . dia tanya aku “hang tidoq sorang2 hang ok ka?” aku dah agak dah ni mesti ada something ni, gila apa tinggal aku sorang2 tidoq, tak guna punya kawan. haha!! “aku kena kacau tadi, kena tarik selimut” aku kata.

Rupanya din kena kacau jugak. dia tengah syiok layan movie tiba2 lampu bilik aku tertutup sendiri, lepas tu dia nampak tuala yang dekat dia gantung tepi katilΒ  kena tarik, tapi bukan sentap, ni tarik slow2 slide elok je tepi katil. dia kata dia capai baju terus blah dah xnampak dah aku. kuajaq!!

Nak dijadikan cerita, seminggu tu memang blok aku ada gangguan kak ponti, cerita yang paling famous tersebar bila ada budak2 nampak kak pon tu bertenggek kat birai tangga tingkat 5 memandang kebawah. yang mana tau ni kolej dengan hostel yang mana tau la kot cerita ni.

Sorry kalau tak seram. aku ingat2 balik ni jadi rasa seram pulak.
malam ni korang tidur kalau selimut kena tarik tu ubah je la tempat tidur, takut2 dia tukar selimut korang dengan kain dia.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

4 thoughts on “Gangguan Hostel di Matrikulasi di PJ”

  1. Semenjak dua menjak ni penulis di fiksyen shasha pandai bergurau dalam bercerita. Baguslah tu. Seram pun dapat, lawak pun dapat. Sesuai la untuk mengurangkan rasa kurang berani di hati pembaca di kala waktu tengah malam. Contoh macam sayalah tu. Haha.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.