Assalamualaikum dan terlebih dahulu, terima kasih Fiksyen Shasha kerana sekali lagi memilih untuk menyiarkan pengalaman sebenar aku. Sedikit cebisan pengenalan diri bagi pembaca yang tidak mengenali aku, nama pena aku adalah Lubna. Aku merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik dan aku membesar di Klang.
Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku bekerja didalam bidang perhotelan dan pengalaman misteri sepanjang bekerja di hotel yang terletak di selatan tanah air. Hotel ini merupakan antara hotel yang terkenal di Malaysia dan kedudukan lokasinya berdekatan sungai ditengah-tengah kota yang sesak namun tersimpan pengalaman yang tak dapat aku dan teman-teman aku lupakan sehingga ke hari ini. Oleh kerana aku dan teman-teman bukan berasal dari kawasan berdekatan, kami diberikan kemudahan hostel oleh pihak pengurusan. Hostel kami pula sangat dekat dengan hotel tempat kami bekerja. Kami hanya berjalan kaki sahaja untuk pergi dah balik kerja. Memang jimat masa dan jimat tenaga!
Namun kisah misteri bermula setelah aku dan teman-teman mula selesa bekerja. Oleh kerana berkerja shift, hostel kami kerap sunyi dan jarang-jarang kami dapat berkumpul bersama. Hostel kami mempunyai dua tingkat. Housemate aku yang ditingkat atas kerap mengadu bunyi bising di bawah,dimana terletaknya bilik aku dan kawan aku (2 bilik). Sedangkan pada waktu tu dan hari tu kami semua bekerja dan bilik dibawah kosong. Aku malas ambil pusing dan teruskan rutin seperti biasa. Nak dijadikan cerita sewaktu aku balik dari kerja shift malam, seperti biasa aku mandi dan solat lepastu terus tidur. Waktu aku sedang lena tidur dan tiba-tiba terdengar bunyi loceng yang agak sayup-sayup. Aku terpisat-pisat bangun dari katil dan perlahan-lahan buka pintu bilik. Aku betul-betul terkejut besar sebab betul-betul didepan mata aku ade seorang sami Buddha yang memakai pakaian berwarna oren kekuningan sedang membunyikan loceng dan seperti sedang melakukan ritual.
Keesokan harinya, aku pun buat-buat tanya pihak security Hotel.
“assalamualaikum abang Osman”
“waalaikumsalam”
“saye nak tanya sikit ni, boleh ke?”
“Macam serius je ko ni, tanye aje lah..”
“Semalam ada bagi kebenaran siapa-siapa masuk hostel ke?..malam pulak tu”
“kejap saye cek dalam buku report..tak adelahhh..dah kenape pulak?
“ tak adelah abg Osman,semalam saya ternampak ada orang lain dlm hostel…saye tak kenal..tu saje tanye kot owner hostel ade nak datang ke kan?”
“owner hostel tu Chinese, busy manjang… memang jenis ape-ape ikut undang-undang. Tak ade nye nak datang malam-malam..macam pelik aje kau ni”
“tak adelah bang..ok la saye masuk keje dulu”..
Cerita pun tergantung macam tu je..sebab aku tak nak besarkan ceita dan takut juga mungkin aku mimpi ke kan..maklumlah waktu malam lepastu penat bekerja..
Selang beberapa minggu, roommate aku bagitahu yang sewaktu tunang dia hantar dia balik ke hostel. Tunang dia ternampak frame yg agak pelik diletakkan diatas pintu hostel. Didalam frame itu kelihatan tulisan yang memang tak dapat kami jelaskan sebab tulisan yang memang kami tak faham. Sebenarnya frame tu memang ade sejak dari mula kami masuk hostel. Tunang roommate aku pun turunkan frame tu dan dia kate nanti buang, sebab takut ada bahan khurafat memandangkan kami solat semua dalam hostel tu kan. Dalam hati aku terdetik jugak tak ape ke turunkan macam tu aje. Tak payah rujuk siapa-siapa dulu ke.
Bermula je dari tu, gangguan di hostel semakin teruk sehinggakan ade yang tak nak duduk hostel berseorangan dan sampai sanggup tunggu dikedai makan sehingga housemate yang lain habis shift. Rakan rapat aku, biliknya terletak bersebelahan bilik aku. Satu hari tu dia demam panas dan aku teman dia ke klinik panel yang jaraknya juga dekat dengan hostel. Kamipun pergi berjalan kaki. Peliknya, bila rakan aku mengadu. Kaki dia sebelah kiri kebas dan dia seumpama susah untuk jejak kan kaki. Doktor klinik panel lakukan pemeriksaan termasuk kaki, namun doktor tak dapat kesan dan terus buat surat untuk kami merujuk pakar. Hari tu juga kami ke pakar dan lakukan xtray. Namun buntu juga. Rakan aku semakin hari semakin sukar untuk berjalan.
Roomate aku pula diganggu sewaktu dia habis shift jam 7 ptg. Sewaktu dia ingin ke bilik air untuk mandi terdengar bunyi siraman air. Setelah menunggu agak lama. Rupanya tiada orang didalam bilik air. Rakan aku dibilik atas pulak kerap kali mengadu bunyi terlalu bising dan kerap terdengar bunyi orang berjalan naik dan turun tangga.
Kemuncaknya apabila aku diganggu. Tiba-tiba aku demam panas dan badan aku terasa sakit terutama dibahagian bahu. Roomate aku cuba membantu dengan membawa kenalan dia untuk melihat hostel kami dan bantu berubat. Nasib kami bertambah malang, rakan roommate aku terus berlari laju keluar dari hostel kami dan menunjuk kearah aku.
“zanaaaa..ape atas bahu member ko tu???…”sambil menunjuk kearah aku. Dengar saje dia cakap macam tu. Terus aku terdengar bisikan suara ditelinga, kalimah ayatul kursi yang tidak teratur susunan ayatnya. Aku cuba pejam mata dan menutup telinga kerana terlalu takut. Housemate yang lain berkumpul berdekatan aku dan terus menghubungi ayah aku. Seperti biasa, ayah aku sentiasa tenang. Bayangkan jarak diantara rumah ayah aku ke hostel ni mengambil masa dalam paling lama 3 jam tetapi berubah menjadi hampir 13 jam.
Aku terus diambil oleh abang sepupu dikampung yang jaraknya antara 2 jam ke hostel atas arahan ayah. Ayah aku diberikan halangan atas izin Allah, tayar kereta keempat-empat pancit secara tiba-tiba. Setelah itu, kereta break down. Sehinggakan ayah,mak dan adik lelaki aku menaiki towing truck untuk sampai kekampung aku. Setelah ayah sampai, terus ayah ikhtiar memulihkan semangat aku dan ayah ade pesan pade aku untuk mengamalkan sedikit bacaan surah-surah al-quran, Keesokan nya aku dihantar balik ke hostel dan ayah serta sepupu membersihkan kawasan hostel dan sempat membuang frame tu. Sekian, sedikit perkongsian pengalaman akibat kekangan masa. Semoga panjang umur jumpa lagi.
cerita yg ringkas dan padat. mudah difahami. boleh share lg next time 🙂
yea2 btl tue. .senang nk paham. .lg best kalu citenye di smbung cpt2 ar kn. .hahah. .t.t