Gangguan Kehidupan

Assalamualaikum semua. Pertama sekali, nak ucapkan terima kasih kepada Fiksyen Shasha andai sudi menyiarkan penulisan dari saya. Nama saya bermaksud Cahaya Yang Utama. Boleh panggil Cahaya. Hehe.. Mesti dah ada yang tahu nama sebenar Cahaya. Cahaya menulis kerana ingin berkongsi pengalaman dan pengajaran buat yang berminat. Kisah ini merupakan kisah diri Cahaya sendiri. Maafkan Cahaya andai terlalu panjang.

Cahaya sebenarnya bekas jururawat. Cahaya kerja sebentar sahaja kerana Cahaya punya masalah kesihatan yang tidak berapa relevan dengan dunia moden. Jadi begini ceritanya.

Cahaya ini punya masalah tulang belakang (scoliocis), didiagnose semenjak berumur 14 tahun. Cahaya pernah ditawarkan pembedahan tetapi ibu dan Cahaya menolak, jadi Cahaya hanya lakukan fisioterapi setiap hari dan semakin lama semakin jarak harinya sehinggalah Cahaya discaj semasa Cahaya memasuki alam pra-universiti (STPM). Bila memasuki alam perkerjaan selama setahun, Cahaya mendirikan rumahtangga. Cahaya tidak perlu menunggu lama untuk berbadan dua, dua bulan selepas menikah Cahaya positif UPT. Dari sinilah kehidupan Cahaya bermula huru-hara. Sebelum mengandung, Cahaya dulu telah bermimpi Cahaya menyusukan bayi,mula-mula Cahaya fikirkan masalah saka, tetapi setelah buat ujian UPT, rupanya memang benar Cahaya hamil.

Cahaya muntah teruk sehingga lembik, kadang termuntah dalam ‘injection tray’, kadang sampai merangkak dalam tandas klinik. Hingga tekak Cahaya luka dan berdarah. Bila usia kandungan Cahaya 5 bulan, Cahaya sakit belakang, pada mulanya Cahaya tidak ambil kisah, tapi bila lama kelamaan kaki Cahaya tiba-tiba hilang sensasinya, Cahaya mula berasa tidak sedap hati.

Kebetulan sangat doktor tempat Cahaya berkerja sangat baik, dia lihat Cahaya tidak pernah ambil cuti kerja walaupun muntah teruk, jadi doktor suruh Cahaya cuti 2 minggu. Cahaya suka sangat sebab Cahaya ingat nak minta cuti seminggu sahaja. Pulang ke kampung, keadaan Cahaya semakin teruk sehingga suami perlu papah Cahaya untuk ke mana-mana. Kadang2 terpaksa peha Cahaya ditepuk kuat kerana Cahaya tidak rasa kaki Cahaya sendiri. Akhirnya Cahaya berhenti kerja.

Bila dah beranak, Cahaya masih sakit, Cahaya pun minta suami dan ibu Cahaya temankan ke hospital pakar. Namun hampa, jawapan doktor, Cahaya tidak sakit. Di depan doktor itu juga, Cahaya terdetik dalam hati, “Cara moden dah sudah aku usahakan, aku nak cuba perubatan Islam pula. Aku tak pernah cuba sepanjang aku sakit”, dan malam itu Cahaya terus didatangi mimpi.

Cahaya berada di kampung sebelah ayah Cahaya bersama adik dan anak Cahaya. Dalam mimpi itu Cahaya berkunjung ke rumah jiran yang juga sanak saudara kami. Tiba-tiba datang ayah Cahaya suruh balik lekas kerana ada perkara yang tidak baik akan berlaku kepada Cahaya katanya. Turun sahaja Cahaya ke tanah bersama bayi yang di dalam gendongan, muncullah dua ekor ular. Seekor hitam berkilat, sangat besar sebesar pokok kelapa yang tinggi, dan seekor lagi hijau muda, kecil sahaja sebesar peha. Ular itu mengejar Cahaya, Cahaya lari bersama anak Cahaya. Adik Cahaya turut berlari dan dimintanya anak Cahaya supaya Cahaya boleh berlari lebih cepat. Ular itu memang tidak endahkan adik Cahaya. Bila Cahaya beri anak kepada adik, Cahaya lajukan larian. Namun, ular hitam itu sangat licik, dia tahu ada arah yang lain untuk menyekat Cahaya. Namun, si ular hijau yang kecil itu seakan memahami keadaan Cahaya, lalu ia mematuk ular hitam walaupun ular hitam itu lebih besar darinya. Waktu kedua ular itu bergelut, Cahaya cuba melarikan diri. Cahaya merasakan ular hijau cuba selamatkan Cahaya.

Namun sayangnya, si ular hijau tewas jua. Ular hitam kembali mengejar Cahaya. Ular hitam itu semakin mendekati Cahaya dan ingin mematuk Cahaya. Sewaktu patukannya tinggal sejengkal sahaja dari tubuh Cahaya, Cahaya mendengar teriakan dari adik Cahaya. Lantas Cahaya terbangun dari tidur. Rupanya azan subuh sedang berkumandang. Cahaya berniat untuk bangun mandi dan solat sahaja. Namun, rupanya badan Cahaya tidak dapat digerakkan, perlahan-lahan dari atas ubun kepala, ke setiap ceruk liang roma ditubuh Cahaya terasa sakit mencucuk-cucuk. Umpama dicucuk dengan beribu jarum. Hendak memanggil suami di sebelah pun Cahaya tidak mampu. Akhirnya Cahaya bergelut sendirian dan entah bila Cahaya tidak sedar umpama tidur semula.

Tiba-tiba Cahaya terbangun, Cahaya masih rasa cucukan pada badan, tetapi Cahaya sudah boleh bergerak. Cahaya capai telefon bimbit dan melihat jam sudah pukul 7 lebih, Cahaya panggil suami sambil menangis. Cahaya ceritakan keadaan Cahaya yang sakit, dan Cahaya ingin bergeas ke tandas. Letak sajaha kaki ke lantai, Cahaya jatuh terduduk semula, kaki Cahaya sakit teramat umpama tusukan jarum yang banyak di setiap ruang tapak kaki. Cahaya bertekad dalam hati, “Aku tak boleh kalah. Aku mesti lawan, aku tahu ia buat aku begini kerana aku berniat ingin cuba perubatan Islam. Jadi inilah selama ini!” Bisik hati Cahaya sambil menangis, Cahaya hampir dapat jawapannya, jadi Cahaya perlu kuat.

Cahaya pun bangun juga, berjalang berjengket sambil dipapah suami Cahaya. Anak Cahaya, ibu pegang, Cahaya minta tolong ibu alihkan perhatiannya supaya dia tidak mahu susu, Cahaya risaukan dia. Padahal beberapa minggu sebelum itu memang anak Cahaya tidak boleh melihat rupa Cahaya, dia inginkan susu, tapi bila melihat muka Cahaya, dia menangis teruk.

Cahaya cuba mandi. Rupanya tidak mudah mandi, air itu Cahaya rasakan amat sejuk dan mencucuk sekali. Sehingga Cahaya rasa seperti badan Cahaya melecur, malah Cahaya membelek tubuh Cahaya untuk melihat sama ada ia betul-betul melecur, namun badan Cahaya seperti biasa sahaja.

Usai mandi, Cahaya cuba juga solat subuh walaupun sudah lewat. Cahaya pun ajak suami bertemu ustaz, namun rupanya ustaz Hasim (bukan nama sebenar) yang tinggal di tepi masjid itu tidak berubat pada hari jumaat. Cahaya pun ajak suami bertemu ustaz Man (bukan nama sebenar) pula yang rumahnya sedikit jauh. Suami bersetuju.

Baru sahaja kereta bergerak, tiba- tiba tangan Cahaya kejang dan mengerekot. Cahaya sendiri terkejut, apatah lagi suami. Sebelah tangannya memegang tangan Cahaya, sambil membaca surah lazim, sambil urut tangan Cahaya, sambil bawa kereta. Namun keadaan Cahaya semakin teruk. Mulut Cahaya menjadi herot, air liur dan air mata keluar dengan sendirinya. Badan Cahaya bergoyang sperti ratib dengan sendiri. Pada mulanya, Cahaya fikirkan Cahaya stroke, trtapi mana mungkin orang stroke tiba-tiba badan ratib sendiri.

Sesampai di rumah ustaz. Cahaya masih waras, cuma keadaan fizikal Cahaya amat memalukan, dengan air liur dan air mata membasahi tudung. Cahaya malu kerana ramai yang menunggu giliran, tapi Cahaya turun jua kerana sudah tidak tahan.

Cahaya duduk di kerusi menunduk, kerana malu sewaktu berjalan, semua mata memandang Cahaya termasuklah ustaz, Cahaya berjalan tidak ubah seperti nenek kebayan. Bongkok dan terketar-ketar dengan mulur dan tangan yang tidak normal.

Tiba-tiba Cahaya terbau asap rokok, dada Cahaya jadi sempit, Cahaya merengus hendak marah. Cahaya minta suami papah ke tempat lain, tapi ia menjadi semakin teruk, mata Cahaya berputar ke atas, memperlihatkan sisi putihnya sahaja. Namun Cahaya masih waras, Cahaya minta suami beritahu ustaz supaya Cqhaya dibenarkan ke klinik. Cahaya sudah tidak tahan sakit dan hampir hilang nafas, air liur yang berkembur semasa Cahaya bercakap itu tidak kami hiraukan.

Namun ustaz man menahan kami, katanya ustaz sudah melihat masalah Cahaya. Katanya Cahaya bukan stroke, ustaz minta izin pada yang lain untuk rawat Cahaya dahulu. Semasa ustaz merawat, Cahaya rebah dan baran Cahaya terkunci walaupun Cahaya masih mendengar, kata ustaz pada suami, ini memang biasa berlaku pada pesakit yang memang rohnya berada di alam lain. Ustaz sampaikan menggeleng kepala, katanya “Kenapa Cahaya tidak berubat awal-awal. Benda ini sudah bertahun berada di dalam tubuh Cahaya sehingga sudah sebati di dalam d***h. Ustaz katakan lagi, dalam kes ini, perawatan Islam itu perlu, tetapi Cahaya sendiri perlu kuatkan semangat, sering dekatkan diri kepada Allah. Tidak lewatkan solat dan berbuatlah ibadah yang lain dengan betul. Hanya itu cara orang seperti Cahaya bertahan hidup supaya tidak jatuh kepada mereka di alam sana.

Bila Cahaya renungkan nasihat ustaz, barulah Cahaya sedar, hidup Cahaya memang dari dahulu bermimpikan segala macam benda pelik. Mimpi terbang tinggi, mimpi dikejar hantu, mimpi susukan anak, dan mimpi nenek kebayan beberapa kali. Dari situ kehidupan Cahaya banyak berubah. Cahaya cuba kuatkan diri demi kehidupan dan kematian yang sempurna sebagai seorang hamba Allah… Cahaya masih mencari CAHAYA… Sekian sahaja cerita kali ini, sudah terlalu panjang, lain kali Cahaya cerita lagi…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Cahaya Yang Utama

13 thoughts on “Gangguan Kehidupan”

  1. Cerita dah best cuma tak berapa jelas…
    ada saka ataupun kena buatan orang… Betul better tukar kepada aku lagi senang nk faham…

    Reply
  2. Tulah.. takyah ah guna nama cahaya. Mcm tak syok pulk baca. Cer teman tulis saya ke..aku ke.. haa kn best baca.

    Reply
  3. Saya kalau sebut perkataan cahaya aksn bertukar jadik Kamen rider …jadik berapa banyak perkataan dalam citer Sodari nih …penat sangat tau bertukar 157 kali nak abis citer nih …
    tapi citer memang best,menarki tipikal masala Kebangsaan Melayu yang masih stuck dengan amalan Tantra dan kanuragan era mahayana berterusan meskipun Islam telah menyinari Alam Melayu sejak seribu tahun yang lalu …
    teruskan kisah pengalaman sodari …rasa cam pendek lak citernya ..cuma nama nun wau ro jer banyak …

    Reply
  4. Sori la nk gtau. Ceritanya ok. Best. Tapi penggunaan nama ‘cahaya’ terlalu kerap. Bila baca tu boleh jd x focus, and kekadang tu rasa annoying. Better pki aku or saya, supaya pembaca x pening and x cepat bosan 🙁

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.