Gangguan Ladam Kuda

Nama aku Najib Ariyan. Sebelum diteruskan, aku terpaksa menaip dalam bahasa pasar, mudah menceritakan dengan emosi sekali.

Aku penggemar barangan antik dan tempat kegemaran aku ialah pasar-pasar karat di mana-mana bandar pun tapi yang paling aku gemar ialah di Amcorp Mall, PJ yg di buat setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang hari. Kalau pun aku tak membeli sebab tak mampu (biasanya barangan antik ni mahal harganya), aku suka jalan-jalan melihat-lihat saja.

Baru-baru ni kami (aku ngan member) ke PJ tujuan training dan cuti santai santai dan kebetulan tempat penginapan kami ialah di Amcorp Mall, dekat dengan tempat training. Selain dari tujuan tersebut, kami juga berjumpa ahli keluarga dan kebetulan Mummy (mak member) berniaga di pasar karat di situ.

Hari Ahad petang dijadualkan berjumpa Mummy selepas habis pasar karat dan sebelum habis tu kami berjalan2 melihat kedai di situ. Suasana di pasar karat Amcorp Mall selesa sebab di buat di dalam Mall jadi tidak lah panas dan selain dari berjalan-jalan boleh lah minum minum kemudian sambung semula window shopping. Tidak hanya meja-meja yang penuh dengan barangan antik, di dalam Mall itu sendiri terdapat banyak sekali kedai-kedai menjual barangan antik termasuk buku-buku dan majalah2 lama.

Tiba-tiba aku tertarik pada sepasang ladam kuda yang sudah berkarat dijual oleh seorang pakcik. Mengikut adat kuno jawa, ladam kuda bawa tuah kepada pemiliknya, syaratnya ladam itu tidak boleh dicari atau dipesan, mesti yang terjumpa, jadi macam kes aku tu lah, terjumpa… kononnya. Bila tanya dijual dengan harga RM30 sepasang dan boleh beli satu satu. Maka aku sambar satu RM15. Bila habis pusing memusing dua tiga tingkat dan kami dah tapau nasi bungkus, kami pun naik ke rumah.

Tuah atau gangguan pun bermula. Masuk ke rumah (homestay) je, rumah tu terus blackout. Tapi setelah diusik sana sini, hidup balik, heran juga sebab kalau petir mesti dia tendang jer dan senang nak hidupkan balik. Tapi since dah hidup semua takder rasa apa2 lah. Selepas pasar karat habis, Mummy dan pembantu dibawa naik ke atas dan kami borak2 diatas berberapa jam bercerita banyak hal. Habis borak Mummy pun balik dan kami siap2 nak berkemas sebab besoknya ke KK. Plan asal nak cuci pakaian tapi berkali kali dicuba, washing machine boleh hidup tapi airnya tak keluar. Pelik sungguh, terpaksa lah dikeluarkan kain tu dan bungkus untuk dicuci balik ke KK nanti, sabun pun dah ditabur atas kain tu.

Tak berjaya mencuci dan badan pun dah penat sehari suntuk berjalan ke sana ke mari, kami pun siap-siap untuk tidur. Aku mandi dulu dan terus naik katil nak tido. Tiba2 sekali lagi lampu padam dan kali ni lebih parah lagi sebab dah tak boleh hidup langsung walau habis semua diusik dicuba. Terpaksa panggil tuan rumah. Kejadian yang tak pernah berlaku sebelum ni. Seolah2 peti fius tu rosak habis. Masa ni hati aku tak sedap, apa sebenarnya yang aku telah bawa balik dari pasar karat ni? Semua kes-kes ni adalah kes yang tak biasa. Kami tambah penat bila maintanance tak boleh nak repair malam tu dan kami terpaksa pindah ke tempat lain. Wang untuk malam tu dikembalikan. Kami pindah ke hotel Shah Village bersebelahan dengan A & W dan kami diingatkan bilik yang ada cuma bilik yg menghadap sebuah kelab malam. Tapi apa boleh buat terpaksa juga ambil.

Bila masuk aduhai sangatlah antiknya hotel ni, semua perabut, alas katil meja dan seluruhnya sudah lama tapi terpaksa terima lah sebab dah lewat, dah hampir tengah malam dan oh yer ladam kuda tu aku bawa bersama. Baru saja kami nak lelap, kelab disebelah pun bergegar dengan kuatnya sampai lah ke pukul 3 pagi, terpaksa bersabar dan memang tak dapat tidur sampai lah mereka habis. Masa ni hati aku semakin kuat mengatakan benda yg aku beli ni tidak lah bawa tuah sebaliknya bawa malang. Baru 3 jam tertidur, tiba2 dari bilik sebelah yang tipis dindingnya, alarm hp mereka berbunyi dengan kuatnya dan mereka berdua tidur m4ti. Bukan satu tapi dua hp, berbakul2 lah sumpah seranah aku pagi tu. Lagi lagi gangguan demi gangguan demi gangguan. Plan nya bila orang sebelah tu dah bangun, nak sambung tido sebelah siang, tapi langsir nipis hotel tu menyebabkan cahaya matahari masuk dengan terang benderang. Aduhai, tambah tambah letih dan stress. Pada masa ni aku menyalahkan ladam kuda tu yang bawa masalah. Ini lah hotel paling teruk pernah aku tidur dan ini lah cuti paling memenatkan dan stress sekali. Nasib baik itulah hari nak balik.

Bila dah check out, kami cuba ambil grab dan masa tu dah pukul 2 petang, luar waktu lunch tapi herannya tak satu pun nak ambil kami. Tiba2 ada satu teksi grab sudi ambil bawa ke KLIA2. Mula nya dah sudi nak ambil tapi kemudian dia kata lambat 20 minit sebab jem di PJ. Kami tak reject teksi tu dan biar dia datang. Tapi tak sampai 10 minit dia dah sampai. Mukanya nampak kurang mesra dan dia diam sepanjang perjalanan tu sampai ke KLIA2, hanya sesekali berbasa basi. Bila kami dan sampai dah turun teksi, member beritahu ada kemungkinan teksi ni tak sengaja tertekan tapi dia tak boleh kensel. Kalau kensel nanti ada penalti dari grab dan alasan jem 20 minit tu dengan harapan kami lah yang akan kensel. Kesian, heran juga kenapa tiada orang sudi ambil kami yer.

Kami pun secepatnya menguruskan check in barang dan siap2 nak makan di mana2. Kami makan di Texas, ayam goreng dan manisan dia yang sedap tu. Tiba-tiba tanpa sengaja air mineral yang aku baru minum tumpah membasahkan seluar aku di bahagian tengah. Bayangkan seluar cerah dibasahkan oleh air, sangat jelas dari jauh seolah-olah aku kencing dalam seluar pulak, seluar dalam cotton, lagi lah melambatkan seluar tu kering. Ingat nak jalan2 dalam Mall KLIA2 tu pun tak jadi, tebalkan muka dan jalan selamba jer. Biarlah orang nampak pun, apa boleh buat, semua seluar lain dah di check in dan ladam kuda tu aku bawak hand carry. Malang lagi, nasib badan.

Bila lalu di x-ray polis, dalam banyak2 barang dalam beg tu, ladam kuda tu nampak terlalu terang macam keluar cahaya padahal dia disebelah bawah. Masa ni tak syak apa apa tapi polis tu tanya, “Apa tu?” Selalu nya barang begini akan dirampas sebab boleh jadi senjata tapi bila kami explain itu cenderamata ladam kuda, polis tu cakap… “ohh ladam kuda… boleh buat ubat tu”… dan dia lepas kan. Lega pun ada heran pun ada. Kami pun terus ke pintu J9 tempat sepatutnya kami masuk ke kapalterbang. Sampai di J9 diberitahu tempat masuk kami ditukar ke K2. Bagi orang macam aku ni jarak nya tu dah macam 10km jauhnya, berjalan lah sampai ke K2 dengan termengah2 sebab dah dekat time masuk. Beza J9 dengan K2 ialah bilik J9 yang besar dan selesa sementara K2 biliknya sempit dan dengan cepat jadi panas.

Tunggu punya tunggu, kapalterbang pun sampai, kami semua disiap-siapkan untuk masuk pesawat. Tapi sebelum semua passanger keluar, ada drama di depan pintu masuk kami, satu keluarga dari Jakarta marah-marah kerana tidak disiapkan wheelchair tiga bijik sebab ada tiga orang yang uzur dalam keluarga tu dan mereka dakwa telah buat tempaahan awal di Jakarta. Mereka cuma transit dan kami semua nampak ahli keluarga yang uzur tu… memang sesungguhnya uzur bertongkat lagi. Akibatnya flight kami delay, hati aku semakin kuat ladam kuda ni sudah banyak kali bawak malang pada aku. Lepas ni entah apa lagi agaknya. Bila drama selesai, mereka pun diberi wheelchair maka yang membeli hotseat dibenarkan masuk. Separuh jalan, seorang anak kapal meluru keluar beritahu boarding dibatalkan dan semua kembali duduk tunggu pengumuman. Kami diberitahu pesawat kami ada kerosakkan.

That’s it, puas sudah hati aku, kalau aku terus bawa benda ni ntah apa lagi jadi kat udara nanti dan lebih parah kalau lepas di udara selamat, ntah apa malang lain lagi di KK nanti. Aku nekad aku keluar dari bilik K2, aku buang dalam tong recycle dan terus ke tandas. Di tandas, lepas aku flush toilet, aku dapati air flush tu tak berhenti2 keluar sampai hampir melimpah. Dalam hati aku baca ayat kursi, aku dengar dari Ustaz Azhar Idrus, kalau dalam tandas boleh baca ayat suci dalam hati tapi jangan dilidah. Bila di baca baru tandas tu kembali normal. Aku keluar cuci muka terus kembali ke bilik K2. Belum beberapa saat duduk, kami diminta bertukar ke J4, dengan sepantas kilat kami capai beg dan bergerak ke sana, tinggalkan K2 dan ladam kuda tu di sana. Mudah2an tiada lagi gangguan dan malang atau masalah begini.

Alhamdullilah, tak lama tunggu di J4, pesawat lain sampai tapi sebab kami delay maka terpaksa menunggu lama untuk terbang. Berkali-kali member ingatkan aku, jangan suka suka beli barang pelik-pelik ni, nasib sedar awal. Siapa-siapa yg terjumpa ladam kuda kat tong recycle pintu K2 tu, sila biarkan, jangan ambil. Berhati2 lah membeli barang antik, banyak sudah kes-kes pelik macam ni, nasib je kami tak diganggu dengan yg lebih menakutkan lagi. Kami sampai KK hampir tengah malam dengan selamat tanpa masalah selepas tu. Serik dah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Najib Ariyan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

10 thoughts on “Gangguan Ladam Kuda”

  1. Hokay…lain dr lain…1st time tau pasal ladam kuda antik ni…agaknyer jin tu marah sbb beli 1 kot hehe….pisahkan dia ngan pasangan dia hehe….siap dok bygkan korang berlari2 tukar gate huhu…jauh ooo gate K ni bila nk masuk…J santai sket …

    Reply
  2. Aku penah dgr ustaz dari..orang-orang dulu letak ladam kuda depan rumah,bagi mengelak dari jin atau syaitan masuk rumah la…Aku pun tak tau betul ker tak.Yang pasti ustaz tu cakap benda-benda nih boleh jatuh syirik.

    Reply
  3. Tu psl jgn dok lakukan syirik…sbb tu syirik ni dosa beso…takder kuasa yg maha besar selain dr kekuasaan Allah…ladam kuda nk percaya buat tuah @ malang…mmg free2 lah dpt dosa besar…tu kan benda x bernyawa ciptaan manusia…yg jd mcm tu sbb dok perdaya setan…nk kasi korang sesat akidah…elok bertaubat…taubat nasuha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.