Bila sebut balik kampung, siapa sahaja pasti akan gembira dan teruja. Begitu juga aku yang sememangnya lahir dikampung, dirumah yang usang malah serba kekurangan.
Pada hari yang dinanti seperti dirancang, aku bersama saudara baik aku bernama Arif telah bersiap untuk pulang ke kampung halaman atuk kami yang terletak di Tanjung Kupang, Gelang Patah. Kami bukanlah remaja yang yang takut pada cerita-cerita karut dan seram yang pernah dimomokkan pada kami. Kedudukan rumah atuk aku yang berada betul-betul dihadapan tanah perkuburan juga tidak mengugatkan hati kami untuk pulang pada 11:30pm malam itu.
“Wei Jai, barang dah siap packing ke?” Tanya Arif sambil memanaskan motor scuternya.
“Dah semua,” Jawab aku ringkas, sambil berlari anak menuju ke Arif.
Aku hanya membonceng dibelakang, kerana ketika itu aku tiada kenderaan dan ketempat kerja dengan menaiki Bas yang disediakan kilang.
“Kita sampai kampung mungkin 12 malam ni” kata Arif kuat, mungkin sengaja ajak aku berbual.
“Tak kisah, pukul berapa pun. Kita kan dah biasa” Jawab aku separuh menjerit.
Scuter berwarna hijau Arif membelah kesunyian malam, adakala hanya kami sahaja di atas jalan raya. Arif masih segar dan begitu juga aku, semangat dan keseronokkan untuk sampai di kampung membuatkan aku tidak mengantuk. Apabila sampai di pekan Gelang Patah, Arif dan aku duduk minum merehatkan badan sebelum sambung perjalanan. Jam ketika itu sudah 12:15am.
“Wei nak lalu paya mengkuang ke? Atau lalu Jalan Gohak?” Tanya Arif sambil menghirup Nescafe ais nya.
“Jalan Gohak la, dekat sikit” Cadang aku.
“Tapi jalan tu orang cakap bahaya, dulu tak silap aku dia orang cakap penah jumpa mayat dekat jalan tu” Arif cuba memberi amaran dalam ceritanya.
“Ala, kita berdua. Aku ada bawa pisau rambo ni” Jawab aku, sambil menepuk betis kaki yang tersemat sebilah pisau rambo diikat rapi.
“Okay,” Arif bersetuju, sambil melemparkan senyuman.
Selepas siap minum dan berrehat, kami menyambung perjalanan semula. Perjalanan kami berjalan lancar, apatah lagi pada waktu itu hanya ada kami sahaja di jalan raya. Semakin lama, kami masuk ke jalan yang semakin dalam. Lampu jalan juga semakin berkurangan, ada yang jarak hampir 200-300meter. Dengan bertemankan lampu motor, kami membelah kegelapan malam, sehinggalah akhirnya sampai ke jalan gohak yang menjadi sebutan.
“Ingat tau, kalau ada pokok tumbang kita pusing jangan berhenti” Pesan aku.
Arif hanya mengangguk paham, panjang jalan gohak itu lebih kurang 1km dan bagai ular dipalu, selekohnya sangat bahaya malah adakala haiwan liar lintas. Aku sediakan tubuh badan untuk menghadapi segala kemungkinan. Arif juga begitu.
Baru sahaja 100meter melalui jalan tersebut, kelihatan ular melintas, Arif hanya memperlahankan sedikit motor. Tiba-tiba hidung aku disajikan dengan haruman yang kurang enak, pada sangkaan aku itu hanyalah bau sampah sarap yang dibuang oleh orang disisi jalan, Arif memandu dengan berhati-hati sehinggalah tiba-tiba dia melibaskan tangannya ke muka. Sesekali dia menyapu tangan dimuka, aku mulai pelik melihat kelakuan Arif.
“Wei Ko kenapa? Okay tak?” tanya aku.
“Ada rambut libas muka aku” Jawab Arif bersahaja.
“Allah! Jangan tengok atas, pusingkan side mirror ke depan” Jerit aku sebaik perasan ada sesuatu terbang diatas kami.
Dengan keadaan yang sangat gelap itu, aku hanya mampu melihat mengunakan ekor mata, sesuatu sedang terlentang di atas kepala aku dan Arif. Rambut makhluk itu melibas-libas ke bawah. Aku hanya diam membatu sambil membaca beberapa ayat suci al-Quran. Tangan kanan aku sudah sedia memegang pisau yang tersisip dibetis.
Arif dengan semangat yang ada, meneruskan perjalanan dalam keadaan berhati-hati, jika tersalah, nescaya kami akan terperosok kedalam hutan dan semak samun. Apabila melepasi jalan berpuaka itu, aku dan Arif berasa lega sedikit. Bukan hantu yang aku lebih bimbangkan, tetapi manusia yang mungkin boleh menyerang kami dengan mudah.
Sampai sahaja di hadapan rumah atuk, aku tanpa berfikir panjang terus lompat dari motor dan berlari menuju ke pintu, begitu juga Arif.
Kah…Kah…Kah..
Gelak tawa kami memecah kesunyian malam, membuatkan atuk kami terjaga dan membuka pintu.
“Apa yang korang gelak memalam ni?” Tanya atuk aku.
“Tak ada apa tok, Cuma kena kacau hantu” Jawab Arif bersahaja.
“Kan atuk dah ajar Silat Wang Silat Ri” Kata atuk ku sambil duduk bersandar dikerusi malas nya.
“Hahaha dah guna tok, baru je tadi” Jawab aku sambil ketawa.
Maka tergelaklah atok aku dan Arif ketika itu, kami tidak bersembang lama kerana aku dan Arif sudah mengantuk. Jam ketika itu juga sudah pukul 1am. Aku memang mudah lena dengan suasana kampung, apatah lagi di dalam hutan seperti rumah atuk aku.
Sedang lena itu, tiba-tiba aku tersentak dari tidur. Kesejukan malam membuatkan aku ingin membuang air kecil, perlahan aku bangun dan menuju ke dapur, sebaik sahaja kaki ingin melangkah ke dapur, tiba-tiba aku terbayang pocong sedang menunggu di dalam bilik air. Maka aku kembali ke katil dan mengejut Arif untuk menemani aku. Jantung aku ketika itu berdegup laju. Arif bangkit dalam mamai tanpa mengeluh.
Selesai aku buang ari kecil dan memakai seluar, ketika hendak membasuh kaki, tiba-tiba tangan aku terhenti. Air digayung tercurah keluar bukan dikaki. “Allah!” Jerit aku sebaik melihat ada satu kaki di antara kaki aku. Aku pusing ke belakang dan lagi terkejut apabila melihat kaki itu tidak bertubuh, hanya kaki paras lutut hingga ke bawah. Waktu itu panic membuatkan aku tidak mampu melihat pintu bilik air, aku berpusing didalam bilik air mencari jalan keluar. Kaki itu bergerak kehadapan menghampiri aku, membuatkan aku jadi semakin huru hara. Dalam sedang mencari pintu bilik air, aku cuba berdiri diam dan tenang memejam mata. Apabila mata dibuka, pintu sudah ada dihadapan mata aku. Aku membuka pintu bilik air lalu menjengah sedikit keluar sebelum membuka habis, kerana bimbang jika disergah makhluk berbungkus putih.
Apabila pasti keadaan selamat, aku lihat Arif sudah tiada menemani aku, tanpa berfikir panjang, aku berlari anak ke bilik dan kembali tidur, sebelum tidur sempat aku sumpah seranah Arif kerana meninggalkan aku.
Keesokkan harinya aku cerita perkara itu pada Arif, dan dia buat pengakuan bahawa dia tidak bangun ketika itu, malah dia tidur lena sehingga pagi. Jadi siapa yang menemani aku pada malam itu?
Semenjak dari kejadian itu, aku sangat berhati-hati ketika untuk buang air kecil dimalam hari, aku bimbang jika kaki itu muncul kembali. Anda yang baca cerita ini, ingatlah bahawa sisi ghaib sentiasa ada disebalik kita, Cuma waktu sahaja memisahkan alam kita. Dah basuh kaki ke tu?
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
hahaha boleh buat drama ni
Haahhahahahahahahah