Gangguan Makhluk Ghaib.
Assalamualaikum admin dan Pembaca FS.
Aku Fi,
Kisah pertama
2015
Pada malam tu, jam pukul 11.30pm seperti kebiasaan suami aku mahu keluar bertugas. Sesudah salam suami aku berlalu pergi.
Aku pun berjalan menuju ke arah bilik untuk masuk tidur, aku buka je pintu bilik dan tutup balik pintu supaya aircond tak keluar, lepas tu aku tutup lampu dan naik ke katil.
Masa aku tutup lampu tu aku ternampak lembaga hitam besar di penjuru katil dalam keadaan gelap gelita yang bertemankan lampu LED aircond je, aku terus buka lampu balik tapi tak nampak apa dah, walaupun dah berdebar-debar sebab terkejut macam nak jatuh jantung, aku gagahkan juga naik ke katil tanpa tutup lampu.
Masa aku baru nak terlena, aku terdengar seperti orang tolak sofa di ruang tamu,bunyinya sebijik macam sofa aku bila ditolak (sriit sriiit bunyi seretan kaki sofa di lantai marma dalam bergema malam)
Jam dah pukul 12.10am suami aku call lega la sikit. Tapi ingat habis dah di situ,
Aku pun nak cuba tidur tapi susah,dalam masa sama aku dengar pula orang berjalan macam hentak-hentak kaki tu bunyi seperti di ruang tamu, aku pun cuba la bangun duduk atas katil dan lihat ikut bawah pintu bilik, tiada apa.
Takut la kan orang pecah masuk rumah ke tu je dalam kepala aku.
Masa dah baring balik, aku terasa seperti panas sebelah badan,dan dengar nafas dihelahkan di sebelah telinga. Terus meremang bulu roma aku.
Aku terus cuba nak pasang ayat kursi di YouTube, tapi tah macam mana tiba-tiba line fon aku ada 1 bar je dan video loading. Sedangkan quota internet masih penuh dan line di area rumah aku sangat bagus.
Aku baring dan selimut,cuba pejamkan mata. Tapi, aku terasa seperti ada yang pijak tilam aku sebab terasa tergelam sebelah dan setempat. Aku dah menggigil tak payah cakap la hampir nak menangis!
cuba baca ayat kursi dan al-fatihah 7 kali dan berdoa agar dijauhkan dari makhluk-makhluk ghaib. Tak lama aku baru rasa aircond aku sejuk, dari sebelumnya terasa bahang walaupun dah letak suhu 20c dan katil terasa ringan dan tiada rasa seperti dipijak.
Aku terlelap dalam keadaan ketakutan.
Kisah kedua
Dari mula pindah sampai sekarang aku memang pelik setiap jam 12am ke atas aku sentiasa dengar orang mandi dan ketuk-ketuk di dalam bilik air bilik aku, tah la macam ketuk pisau cukur ke singki pun ada. Setiap hari!
Aku mula perasan bila dah lepas 2-3tahun keadaan sama berlaku, aku mula tanya jiran2 atas bawah tepi kiri aku , aku rumah paling hujung, so cuma kiri saja dan sebelah kanan tangga.
Jiran-jiran bagitahu tiada pula yang mandi waktu malam, kerana suami mereka semua pulang awal dan tidur awal. Nak kata anak-anak diorang tidak.
Aku hairan.
Dan aku selalu cek bilik air di bilik aku walaupun jarang guna tapi selalu basah seperti orang baru lepas mandi di waktu aku nak bangun ke tandas. Sebab suami aku jarang guna tandas aku, dia suka mandi di bilik air ruang tamu walaupun bangun ketandas di waktu malam.
Lebih besar katanya dan keperluan mandi di bilik air aku dan dia berbeza. Jadi sehingga sekarang dia tak pernah mandi bilik air aku. Boleh dikatakan bilik air aku tu kalau tak guna memang kering lantai.
Korang rasa siapa mandi?
Kisah ke-tiga 2019
Kisah anak pertama aku yang selalu nampak tu. Nama panggilan “kakak”
Ada satu malam tu jam pukul 9lebih malam, anak-anak aku sibuk bermain lagi di bilik tengah ruang mainan diorang dan kadang-kadang keruang tamu diorang heret mainan-mainan tu.
kakak kebetulan dia nak masuk bilik tu untuk ambil mainan dan keluar, Tiba-tiba kakak lari keluar sambil panggil “mumy mumyyy” dan peluk peha aku yang tengah berdiri membasuh botol susu di dapur, aku tanya “kenapa”?
Anak aku jawab “ada atok dalam bilik kakak” (memang dia gelar bilik dia)
Aku pun pelik, aah sudah siapa pula atok tu (bisik hati)
Selesai sudah basuh, aku pergi la tengok, tak ada apa pun mungkin aku tak nampak kot kan, anak aku siap tunjuk, dan cakap
“Tu mumy tuu.. dia ada kat tepi tu”
Aku terus tutup pintu bilik tu dan lampu bilik mainan tu.
Yang adik dia syok je layan kartun di ruangtamu diam-diam.
Aku pun pergi buat susu diorang untuk
Masuk tidur..
Tiba-tibaaaaa… berus pencuci botol yang aku baru gantung tadi terjatuh sedangkan memang tak pernah jatuh kalau gantung sebab kukuh hooks dia tu.
Aku terkejut! Cepat-cepat aku buat susu diorang dan aku betul kan balik berus tu tergantung dan masuk ke bilik semua.
Lepas habis anak-anak minum susu baru aku tutup lampu bagi tidur.
Tak lama tu aku terdengar seperti meja makan aku dilanggar sesuatu, (“sreett”. )
Lepas tu kakak pun dengar, dia siap cakap “apa tolak-tolak meja tu momy? atok ke” dan bunyi lagi seperti barang jatuh di ruang dapur..
Ahh sudah! Aku memang dah takut cepat-cepat call suami aku bagitahu. Tapi biasa la suami aku ni dia rileks je, siap suruh pasang surah dan tidur sementara tunggu dia balik jam 12am.
Kami pun terlelap sampai la pagi.
Kisah ke-Empat
2020
Bila kakak dah besar ni baru aku perasan, Ya! Memang kakak ada kelebihan seperti boleh rasa dan nampak.
Satu malam tu, aku dah memang yakin yang aku dah tutup semua tingkap di bilik aku, tengah nak usaha tidur, dalam jam lebih kurang 12malam.
Kakak masih belum tidur, dan tiba-tiba dia bagitahu “momy ada orang buka tingkap tu” aku pun balas
“mana ada momy dah tutup la”.
Kakak diam. Dan kami terlena sampai pagi.
Bangun pagi tu aku dah kemas-kemas tilam semua dan buka langsir nak bagi masuk cahaya, dan ya! Memang tingkap aku terbuka separuh. Aku teringat kakak ada bagitahu semalam. Bermakna betul memang ada yang buka, tak kan penyamun kan? Sebab aku ditingkat 3. Macam mana kakak boleh tahu dan nampak sedangkan tingkap tu disebalik langsir warna kelabu tebal tidak jarang.
Aku abaikan je dan buat routine harian seperti biasa.
Kisah ke-Lima
2020 masa kuarantin ni.
Macam biasa malam je suami aku kerja dan tinggal aku dan anak-anak. (Ops-Covid19)
Aku macam biasa lewat tidur sebab busy scroll fb. Tiba-tiba, aku terdengar seperti ayam berkokok, “mana datang pula ayam malam-malam ni” (bisik hati)
Tengok jam dah pukul 2pagi terkejut juga sebab tak sedar dah lewat sangat, aku pun terus tutup phone dan tidur.
Dalam berusaha nak lelapkan mata, aku terdengar lagi “kok kok kok kok” macam ayam kokok sambil berjalan tu. Aku tak reti nak jelaskan macam mana tapi bukan berkokok waktu pagi yang panjang-panjang tu. Entah la.
Tap!! Bunyi tingkap bilik aku seperti di baling batu kecil. Aku terkejut macam nak luruh jantung ni. Aku abaikan dan cuba peluk anak-anak aku untuk lena, tak lama lepas tu aku dah terlena.
Kriiikkkkkkbamm!! Jelas Bunyi seperti pintu bilik aku di hempas! Aku tersentak dan terjaga, aku peratikan pintu bilik aku tertutup rapat.. memang aku tidur tutup pintukan sebab guna aircond. Jadi aku pasang surah dan terus tidur sampai pagi.
Walaupun rumah aku tu setiap hari pagi dan lepas maghrib memang aku pasang surah Al-baqarah dan yasin, tetap juga ada dengar seperti bigfood berlari diwaktu malam,sofa di tolak tarik,meja makan dilanggar. Entah la aku abaikan je sebab fikir tak apa, kau makhluk Allah aku juga sama-sama di bumi Allah,bezanya cuma alam kita.aku tak kacau kau,tolong jangan kacau aku dan anak-anak. Itu lah yang aku bercakap sorang-sorang bila dengar-dengar benda tu, itu pun masa suami ada je kat rumah baru aku berani pesan macam tu. Haha!
Maaf jika penulisan aku tidak bagus.
Selamat membaca!👻
Sekian
Fi.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Bertahun dah kena takkan tak ajak ustaz dtg?
Gangguan kuat jek tu.cari yg pakar kak….scan umah akak..
Sebaiknya puan sendiri yg mengaji.. Bukan harap pada audio sahaja.. Bila sendiri yg mengaji lebih berkesan..sebab benda hidup yg baca bukan alat yg baca.. Pasang rukyah dari waktu maghrib hingga subuh.. Byk kan mengaji dan zikir.. Mengaji selang seli di setiap ruang rumah.. Di bilik2.. Di ruang tamu… Lama2 benda tu akan panas dan pergi tempat lain.. Saya pernah alami kes mcm ni masa mula2 pindah rumah.. Skrg alhamdulillah dah tiada.. Saya, suami dan anak2 mengaji di setiap ruang rumah hingga kini.. Rumah akan terang dan jin setan akan lari di setiap rumah yg di baca Quran.. Setiap mlm malaikat akan melihat rumah mana yg ada dibaca Quran..
lintang pukang penulisan..macam jakun tak pernah rasa aircond ke? lagi satu apa guna kawin kalau laki asyik takda je nak jaga awak malam2
Bagus:)
setakat pasang je baqarah tu wat apa..mmg la dia berlari jer lagi….ko tu yg patut membaca..bkn harap kat suara mp3 tu…
banyakkan solat, mengaji dan berzikir di rumah.
lagi satyu, boleh nampak makhluk halus bukan kelebihan, tapi kekurangan sebenarnya. elok bawa berubat ke perubatan islam