GANGGUAN MAKHLUK TAK DIUNDANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua readers FS . nama aku Aaiman , dan asal dari negeri melaka . Tak tahu nak intro panjang sangat . Okay aku terdetik nak kongsi pengalaman aku . Pengalaman aku kena kacau pocong . Benda ni berlaku waktu aku tingkatan 1, walaupun umur aku masih dalam lingkungan belasan, namun daya ingatanku masih kuat sehingga hari ini untuk mengenangkan apa yang terjadi. Aku masih tak dapat terima apa yang telah berlaku. Sebenarnya aku tak ingat sangat kisah ni untuk diceritakan seperatus, tapi aku cerita mana yang aku ingat je . Okay jom start .

Nak dijadikan cerita, sebelum malam kejadian , mak ayah aku pergi melawat saudara aku dekat penang sana . Mak ayah aku tak bagi aku ikut sebab ini urusan orang dewasa dan kakak aku pula ada dekat kolej . Jadi , aku terpaksa duduk rumah sorang – sorang, mak ayah aku pergi tak lama pun , sehari je sebenarnya.

Okay aku nak cerita kisah malam kejadian tu . Okay kisahnya macam ni. Semasa waktu maghrib , aku terleka main phone sampai terlupa nak tutup pintu dan perlahankan suara tv bila waktu maghrib . Dalam pukul 8 malam macam tu , aku gelabah la , nak urus rumah lagi , nak solat lagi, ini semua aku terleka punya pasal . Jadi , aku pergi ambil wudhu dan solat . Pintu rumah aku tutup nanti dulu . Oleh kerana arah sujud aku betul – betul dekat arah pintu bilik , semasa aku nak rukuk tu , aku rasa macam ada orang lompat – lompat melintasi bilik aku . Masa tu jantung aku dah berdebar debar dah . benda lompat lompat tu macam ‘pocong’ . Tapi aku buang prasangka tu jauh jauh dan berharap tu semua imaginasi aku je dan sepanjang aku solat tuh , aku rasa diperhati oleh ‘sesuatu’ dari ruang tamu . Lepas dah habis solat , baru lah aku tutup pintu rumah .

Selepas aku dah buat perkara yang aku patut buat malam tuh . aku terus tidur atas katil . aku pastikan yang semua pintu dan tingkap ditutup rapat dan berkunci . Yelah kot – kot pencuri nak masuk ke . Aku terus lelapkan mata , tapi tak boleh . aku rasa panas duduk dalam rumah . Kau bukak lah aircond sekali pun , rasa panas dalam rumah tu tetap ada . jadi aku lelapkan lah mata tidur tidur ayam (lelap mata tapi tak tidur) .

“Assalamualaikum…” sekali aku terdengar bunyi orang bagi salam, halus je bunyi tu . Aku rasa malas nak bangun , lagi – lagi waktu pukul 2 pagi . aku terus menuju pintu rumah , kot – kot ibu ayah sampai rumah awal ke . Aku terkejut , sekali …

“eh awal ibu ayah sampai” ayat pertama yang keluar dari mulut aku .

Tapi mereka langsung tak beri sebarang respon . Lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah . Muka mereka pucat kebiruan dalam hati aku “mungkin diorang penat kot . yelah jalan jauh dari penang ke melaka” . Lalu mereka masuk ke dalam bilik dan aku terus sambung tidur . aku lega sekurang kurangnya ibu ayah dah balik daripada aku tidur sorang sorang dalam rumah .

Masa aku nak tidur , aku pelik . katil aku macam bergoyang da aku terus bangun , check dekat bawah katil . tapi takda apa . Sekali aku ternampak guli keluar dari bawah katil aku . Guli tu berguling menuju ke ruang tamu . Jadi aku ikut lah arah guli tu . Tapi guli tu berhenti apabila terkena sekujur mayat . Bila aku perhatikan betul – betul … aku menjerit sekuat hati aku . Yaaa betul ituadalah satu tubuh yang berbalut dega kain putih.

Aku ternampak sekujur mayat berbalut kain kafan baring betul-betul menghadap kiblat . Wajahnya sangat buruk , mata dia tepat memandang aku .

“IBUUUUUUU” aku menjerit sambil ketuk bilik ibu ayah . Aku ketuk bagaikan orang gila . Aku ketuk sekuat hati . Malangnya mereka tak bagi sebarang respon . Perlahan lahan mayat tu mula bangun . Aku pusing tombol pintu kuat kuat dengan harapan boleh bukak . tapi tak boleh . Mayat tu dah mula berdiri tegak , lalu mayat tu melompat lompat ke arah aku .

Aku ketuk bilik mereka kuat kuat . Aku menangis ketakutan . “PLAK” ayah membuka pintu . Aku terus masuk bilik mereka . “ibu ayah tadi ada pocong dalam rumah” aku memberitahu kepada mereka . Tapi mereka langsung diam . “pocong ada dalam rumah kitaaa” , aku cuba memberitahu mereka . Tapi mereka diam . langsung tak berkata . Aku pelik , takkan diorang tak takut ? teruss aku tidur kat tepi bawah katil , tanpa bantal dan selimut . Aku menganggap tiada perkara berlaku tadi dan terus tidur sambil ketakutan . jam berapa tah , aku pun terlena .

Esok paginya , aku terbangun dalam pukul 10 macam tu . Aku bangun , tapi aku pelik . aku dalam keadaan bebaring menghadap kiblat . Tangan diletak atas perut . Kaki diluruskan rapat macam jenazah, dan yang peliknya , aku tidur dekat ruang tamu .

Dengan pantas aku bangun . terus berlari ke bilik ibu ayah . Tapi mereka takda . Aku beranggapan mereka keluar ke pasar . Terus aku menuju ke bilik air . Perasaan takut tu ada sampai sekarang .

Selepas habis mandi , baru ibu ayah aku tiba di rumah .

Tapi beberapa hari kemudian , baru aku tahu , ibu ayah yang tiba rumah waktu pagi buta tu . Bukan ibu ayah aku sebenar . Habis ? dengan sapa aku tidur malam tadi ? … Aku sendiri pun tak tahu, adakah itu sebahagian daipada jin atau makhluk yang lain.

Pengajaran : Jangan biar pintu terbuka bila waktu maghrib . Kita taktahu siapa yang masuk ke dalam rumah kita, sebab dalam dunia ni yang pasti kita tahu bukan kita sahaja makhluk Allah yang tinggal di muka bumi ini…Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3]

5 thoughts on “GANGGUAN MAKHLUK TAK DIUNDANG”

  1. wahai admin FIKSYEN SHASHA.
    mohon tukar template bole ko. apesal besar sgt font semua. dah tak mcm dulu. p****g stim nak baca.. mohon sgt.
    korang readers lain sama ke. aku dah ubat setting, sama je besar besar. tolonggggla kecikkan . TERIMAKASIH

    Reply
  2. Aku ada kejadian tapi masa tu saya tido dalam kereta mak saya mau menghantar abang saya ke Kuantan….masa tu telah tiba di Karak masa tu pukul 12 setengah …..saya tido di depan hanya abang saya tidor di belakang keseorangan dia mak aku kata pada ku ada benda di atas bumbung kereta tapi mak aku tidak tegur abang aku pun takut dan benda tu ketuk tingkap di tingkap mak aku dan masa tu nasib baik tiada apa-apa kejadian…. alhamdulillah ……siapa nak lalu jalan Karak jangan lupa baca ayat kursi….sekian terima kasih

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.