GANGGUAN MISTIK PART 1

As salam dan salam sejahtera warga FS.
Nama saya Lia. Dah lama saya follow fs ni. Dalam takut berani kan diri gak nak baca pengalaman mistik ahli kelab ni. Saya sendiri banyak mengalami pengalaman seram. Cuma sekarang sahaja sudah berkurangan. Biarlah saya teruskan kongsi pengalaman saya ni.

Sekitar penghujung tahun 90an, saya dan suami serta adik perempuan saya telah menyewa di sebuah rumah teres 2 tingkat di suatu kawasan dlm negeri Perak. Rumah itu mempunyai tanah di bahagian dapur yg luas. Di luar pagar rumah bahagian hadapan pula ada sepohon mangga yg buahnya besar. Tetapi hampir ke semua buah itu merekah dan gugur muda. Bilik utama mengadap pokok mangga tersebut. Dari tingkap bilik utama memang boleh Nampak daun-daun kering yang gugur dan berlonggok di atas bumbung carporch.

Suatu hari, saya telah meminta suami panjat carporch untuk membuang daun-daun mangga kerana risau akan menjadi sarang binatang berbisa pula. Sementara suami dan adik membersihkan bahagian hadapan rumah, saya pula mengambil tugas membersihkan bahagian belakang rumah. Semasa membersih, saya terpandang sisa makanan yang terlupa untuk dibuang. Bimbang ia berulat, saya mengambil keputusan untuk menanam sisa makanan tersebut di belakang rumah. Kebetulan ada cangkul yang mungkin ditinggalkan tuan rumah, saya mencari tempat sesuai untuk mengorek lubang.

Tak sampai lima kali hanyunan mata cangkul ke tanah, saya tergamam melihat 1 bungkusan kain (tak ingat samada kain tersebut berwarna kuning atau putih) yang telah terburai isi kandungannya kerana terkena mata cangkul. Kalau tak silap saya, kandungan bungkusan tersebut adalah tahi besi yang digunakan untuk memagar rumah. Ketika itu saya kaku berdiri. Mujur sikap pelik saya, suami dan adik perasan. Ketika itu mereka berdua masih sempat ketawa melihat saya. Suami mengambil cangkul dan menanam semula bungkusan tersebut. Adik pula mengusik saya yang kononnya saya telah tergali ‘pagar rumah’. Memang agak pelik sebenarnya kerana seluas-luas kawasan, bagaimana saya boleh mengorek lubang di tempat sama bungkusan itu ditanam.

Penat mengemas, saya berehat di ruang tamu. Manakala adik pula masuk ke dalam bilik. Suami pula sedang membaiki radio yang rosak. Entah bagaimana saya tertidur di atas lantai. Dalam mimpi saya, saya melihat seorang nenek tua keluar dari ruang dapur dan berdiri di hadapan saya. Sebelah tangannya memegang tongkat manakala sebelah lagi memegang mangkuk plastik saya. Gayanya seolah2 dia meminta makan. Saya hanya dapat melihat dia jelas dari kepala ke pinggang. Manakala dari pinggang ke kaki tidak kelihatan. Timbul rasa kasihan pada nenek tersebut. Hati seakan mahu memberinya makanan. Namun mulut pula terkunci.

Ajaibnya, walaupun nenek tersebut tidak membuka mulut, tapi hati kami bagai berbicara. Saya bertanya kepada nenek tersebut. “nenek nak kemana?” lantas nenek itu menjawab, “Dari belakang nak tumpang lalu. Nak tumpang duk kat pokok mangga.” saya pula membalas, “pergilah nenek. Tapi jangan diganggu kami.” Nenek itu bergerak ke pintu utama dan terus lenyap.
Ketika itu, saya merasakan lantai tempat saya baring (saya baring terlentang ketika itu) bagaikan ada lubang. Yang semakin lama semakin dalam dan lebar. Bagaikan hamper mahu terbenam saya di dalam lubang tersebut. saya cuba buka mata tapi tak berjaya. Nak bergerak pon tak mampu. Saya cuba baca ayat qursi, selesai sahaja ayat qursi, terasa macam lubang itu terbang.

Saya boleh menggerakkan badan, namun mata masih tidak boleh terbuka. Risau lubang itu kembali, dengan susah payah saya meniarap pula. Kali ni terasa bermula hujung kaki dipijak. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Seperti ada sesuatu yang meniti atas badan saya. Bermula dari hujung kaki hingga ke kepala. Kemudian terdengar bunyi tangga papan dipijak. Dan tombol pintu di pulas. Seketika kemudian, sekali lagi bunyi tangga dipijak turun. Dan sekali lagi badan saya dipijak. Kali ini dari kepala ke kaki. Saya hanya mampu mengerang sahaja.

Mujur ketika itu, suami saya terdengar. Dia lantas membangunkan saya. Mendengar bunyi kecoh di bawah, adik saya berlari turun. Saya terus bercerita apa yang berlaku. Adik saya mengakui dia turut mendengar bunyi tangga di pijak dan tombol pintu di pulas. Sejak dari hari itu, bermacam2 gangguan muncul di rumah yang kami duduki. Pernah jua saya pergi ke belakang rumah di suatu petang kerana ingin mengangkat kain di ampaian, saya terjumpa berpuluh2 kuku panjang. Kalau nak cakap kuku itu, kuku palsu sudah pasti saya kenal bentuknya. Kuku yang saya jumpa seperti kuku orang yang telah di potong. Padahal sebelum ini, tidak pernah pula kami jumpa kuku2 tersebut.

Ada satu ketika, saya dalam cuti sakit kerana demam akibat cabut gigi. Suami meminta saya berehat dalam bilik. Selepas makan ubat, saya tidur. Antara sedar dengan tidak, saya nampak kelibat seorang budak datang menghampiri saya. Dengan mata saya yang separuh terbuka, budak itu merapatkan muka nya ke muka saya. Rapatnya seolah2 hidungnya dan hidung saya boleh bersentuhan. Budak itu bermata sepet sebelah. Telinga yang tirus seperti telinga kucing. Giginya pula halus dan tajam. Budak itu menyerengih kepada saya. Jari budak itu seperti jari katak. Sejuk macam baru keluar dari ais. Dia sentuh tangan saya sambil mengoncang2 seolah2 menyuruh saya bangun (tak pasti nak suruh saya bangun atau saja nak test samada saya boleh bergerak atau tak). Air mata mula mencurah2. Saya mengigil2. Nak bergerak badan dah rasa macam terkunci. Nak baca ayat2 Al-Quran. Dah tak ingat apa dah. Bercampur aduk. Yang boleh saya buat ketika itu, hanya menyebut nama Allah dan berdoa. Mujur ketika itu, hati suami tergerak untuk menjernguk saya. Bila dia melihat saya, dia terus bangunkan saya yang ketika itu katanya saya bagai orang kena strok.

Kerana tak tahan dengan gangguan tersebut, kami mengambil keputusan untuk pindah. Kebetulan ada sebuah rumah hanya sebaris dengan rumah kami untuk disewa. Petang itu, kami mula memindahkan barang2 rumah. Akibat lambat mula, maka lambat lah abisnya. Selepas maghrib suami mengambil keputusan untuk pergi ke rumah lama untuk mandi. (tak tahu kenapa dia nak balik ke rumah lama untuk mandi). Sibuk mengemas rumah baru, saya tak amik kesah sangat apa yang dia nak buat. Namun setelah hampir setengah jam, saya mula pelik kerana dia tak pulang2. Nak pergi ke rumah lama, memang saya tak berani. Saya terus sabar menanti.

Akhirnya, suami muncul juga depan pintu rumah. Muka nya cuak. Bila saya Tanya, dia mula bercerita. Semasa dia sedang mandi, dia terdengar bunyi tangga di pijak naik. Dia pon menjerit. “Sayang, awak ke tuh?” selepas itu dia mendengar orang menjawab, “Ye, saya.” Suami pikir saya kembali ke rumah lama kerana nak mengambil barang yang tertinggal mungkin. Dia keluar dari bilik air dan menunggu saya turun. Namun tidak juga turun2. Lantas dia mengambil keputusan untuk naik ke atas. Sebaik sahaja dia buka pintu bilik, yang dilihat nya tiada siapa di dalam. Dia terus keluar dari rumah lama dan pulang. Berkali-kali dia bertanya ada atau tidak saya ke rumah lama semasa dia tengah mandi. Sudah tentulah tiada kerana saya ketika itu sibuk mengemas.

Ini adalah sebahagian dari pengalaman saya sahaja. Selepas setahun tinggal di rumah baru ini, kami sekali lagi pindah ke rumah lain kerana ingin dekat dengan tempat kerja. Di rumah ketiga ini, gangguan semakin pelik. Antaranya adik saya diserang histeria. Bunyi cakaran di dinding rumah. Bunyi benda jatuh dari atas siling dan banyak lagi. Di rumah keempat juga berlaku gangguan. Kali ini sesuatu telah menyerupai wajah adik saya. In shaa Allah, jika ada masa saya akan cerita satu persatu. Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya.

Sila hantar kisah anda ke : fiksyenshasha.com/submit

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

3 Comments on "GANGGUAN MISTIK PART 1"

avatar
Kak Yulie

Hashtag #kakakpelam …
Hahahahahha…

Terserlah kakak ni jenis manusia ghajen kemas umah…
Sisa mknn pn gigih nk tanam, baguusss…
Den ni dh 10x pindah umh sejak 10tahun kawen…
Alhamdulillah blom ade pengalaman pelik2 wpon satu umh tu dh TERBIAR selama 13tahun…
Kot kena mcm kakak ni, asal pindah ade jer ceritanya, nayoooo wei…
Udahler penat nk membiasekan diri kt umh baru, kena kaco plak…
Setereeeessss…

Tatie

Huhu.. tu la.. klu kalau sya pn xtahan mcm ni.. tiap kali pndah je kena.. tp setakat ni.. sya 3 kali pndah.. mmg ketiga2 pn rsa la jga kna2 usik2 ni…
Tp xteruk sgt la..
Sekali pndah msa kecik dgn femly, rmh tu setahun je kosong, bunian duduk blkng rmh.. tp xkcau pn kami pn..

Kali kdua rsa msa lpas kawen, ikut somi, rmh tu xtaw history, sbb sewa je.. tp kna tndih n mimpi2 je..

Kali ketiga, rmh skrg duduk sewa, dah 3 tahun duduk.. tahn pertma xde mende pn, sejak lpas stahun lebey bru rsa mende pelik2 tu… tp xde la truk.. bese2 je..

Na

bahasa akak ni tersusun je.. baguih2.. sambung lagi kak..

wpDiscuz