Gangguan Resort Pulau Tioman

Aku nk share pengalaman kena ganggu masa bercuti di Pulau Tioman. Waktu tu lepas PKP dalam tahun 2021. Kami berempat (kawan aku Zaid, Arjun & Din termasuklah aku) Kitorang naik feri dari Tg gemok ke Tioman. Mulanya si Din & Arjun yang plan ajak kitorang pegi Tioman ni sbb saja nak healing2 bercuti kat pulau.

Aku mulanya taknak tapi disebabkan Arjun ni beriya ajak aku & dia ckp dia dapat promosi penginapan ni agak murah (mungkin sebab nak tarik pelancong datang semula slps PKP) so aku on la. Tak silap aku nama resort tu Dum** B** T*****.
Kisahnya bermula bila kitorang sampai di jeti kg Genting. Dari jeti tu kitorang nak ke resort tu tak jauh pun, rasanya dlm 5 minit jalan kaki dah sampai. Resort tu betul-betul berada di kaki bukit.

Bila sampai kat kawasan resort tu aku tgk resort tu memang cantik cuma tak ramai org. Yang adanya 1 atau 2 couple mat saleh kat situ. Depan resort tu menghadap Pantai & belakang resort tu betul2 kaki bukit. Masa tu jam dah dekat pukul 6 petang.

Bila dah dapat kunci bilik, zaid terus bukak pintu dan bawa masuk beg semua dan terus landing atas katil (kitorang dapat chalet yg hujung skali). Masa masuk bilik tu aku dah mula rasa meremang satu badan macam ada yg tak kena je dgn tempat ni. Bilik tu agak suram mungkin sebab hujung skali dan bersebelahan hutan.

Ok part yg aku kenanya malam tu.. lepas mandi & mkn semua, aku keluar depan chalet tu untuk smoking. Aku ajak Din & Arjun lepak dekat beranda depan chalet tu sambil borak2 kosong.
Masa kitorang borak tu hidung aku ada bau busuk. Aku ingatkan bau bangkai kucing ke ape tapi bau tu seimbas lalu je dekat hidung lepas tu hilang. Dah habis smoking tu Arjun tanya aku, jom masuk mi…aku ckp masuk la dulu aku nak habiskan rokok ni..

Lepas tu Arjun dan Din pun masuk semula tinggal la aku sorang je kat depan tu.
Masa tu aku ada bunyi macam suara kera kat atas pokok sebelah chalet tu (sbb area situ mmg banyak kera) so aku buat tak endah je sambil keluarkan HP & teruskan smoking.
Dalam 10 minit lepas tu ada ranting kayu jatuh betul2 atas tanah depan beranda tu mcm ada org baling. Aku pandang sekeliling & ke arah pokok tu tapi takde ape2. Aku buat bodoh je sambil layan video kt Tiktok.

Selang beberapa minit lepas tu ada lagi ranting yang jatuh depan aku, bila aku pandang je ke pokok tu tiba2 aku nampak jelas ada puntianak kaku je duduk kat atas dahan pokok tu. Aku terkejut giler..
benda tu tunduk je tapi tak nampak muka. Aku istighfar sambal berlari masuk dalam chalet.
Zaid, Din & Arjun tergelak tengok aku tergopoh2 masuk.. masa tu muka aku pucat lesi..
Din tanya, ko nampak benda tu ek?
Aku senyap je..

Pastu Arjun cakap, sebenarnye kitorang dah nampak dah benda tu kat pokok cuma kawasan situ agak gelap..nampak kain putih kat atas pokok tu.. Sebab tu kitorang masuk dulu..
Rupanya Din dengan Arjun dah tahu yg diorang nampak tu puntianak.
Aku yg masih berdebar ni ckp, Sial la ko tak bgtau aku pun..
Aku tgk Din senyum je..
Zaid pulak bangun pergi buka pintu nak tgk kot2 benda tu ada lg kt pokok tu tapi dah takde..

Malam tu kitorang tido dengan lampu terbuka sambil tu Din pasang surah quran tapi volume perlahan je..
Aku bisik kat Arjun, Jun esok kita blah la check out terus…aku meremang mcm nak demam dah ni..
Arjun, Din & Zaid cakap Ok pagi esok kita terus gerak balik..
Mulanya kitorang plan nak stay 2 malam sebab tak berbaloi dtg jauh2 stay 1 mlm je. Tapi bila aku dah kena mcm ni elok check out je la terus esok pagi & plan nak check in dekat Mersing 1 mlm sebelum balik kL nanti.

Dalam Pukul 3 ke 4 pagi tu aku terjaga sbb bunyi org ketuk tingkap. Masa tu bilik gelap gelita & surah yg Din pasang tu dah terpadam.
Dahla tepi tingkap tu hutan. Dia punya ketuk tu kuat giler sampai nak pecah.. aku yg tengah berdebar ni jadi mcm nak marah pun ada sbb kalau kata tingkap tu pecah tak psl2 kitorang yg kena ganti dgn owner..
Aku tgk Din dengan Arjun tido lena siap berdengkur lg..

Zaid pulak bangun dengan keadaan mamai tanya aku, sape tu weh? Aku cakap tak tahu..
Aku pun bangun petik suis lampu. Bila lampu on je benda tu terus berhenti ketuk tingkap. Zaid kejutkan Din dan Arjun.. lepas tu diorang bangun tanya kenapa? Zaid citer la ada benda ketuk tingkap sampai nak pecah.. Din yg mamai ni bangun & pasang semula surah quran yg terpadam mlm tadi. Din cakap, tak boleh jadi ni weh kita tunggu hari cerah sikit pastu kita blah la..benda tu mmg nak kacau kitorang ni..

Pagi tu kitorang semua tak tido. Sejak Din pasang quran tu dah takde gangguan lagi sampai ke waktu pagi dalam pukul 7 mcm tu kitorang terus packing brg dan check out terus.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Muhammad Azmi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 41 Average: 4.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.