sleep-paralysis-7

Gangguan Saka Melalui Mimpi

assalamualaikum
thanks to fs kalau sudi siar cerita ni .. bukan rekaan tp benar2 berlaku ..

adik beradik aku ada 4 orang , 2 org abang dan sorg adik perempuan. masa aku kecil2 mak ayah aku selalu ajar aku untuk tidur sorang2 .tak bagi tidur bercampur dengan abang2 aku. so abang2 aku tidur berdua sebilik dan aku tidur seorang diri . masa tu adik aku masih baby kan . so dia mestilah tidur dan dalam jagaan mk ayah aku . masa tu umur aku dalam darjah 2 ke 3 (maaf lupa😂) .

pernah suatu malam tu aku terjaga pukul 1 pagi . sebab aku ni jenis tidur lasak so bantal semua jatuh . dalam gelap2 tu aku terus capai bantal2 yg jatuh kat bawah katil walaupun masa tu aku tengah dalam keadaan mamai mengantuk . aku ni jenis selain tidur lasak, aku suka selimut berselubung tutup satu badan . so after aku dah tarik smua bantal naik ke atas katil aku, aku terus selubung dan tutup mata .

tapi secara tiba tiba je aku terdengar bunyi sesuatu bunyi koyakkan kertas bawah katil aku dan aku ni dah la penakut . memang dah rasa lain macam . bunyi macam ada kertas dikoyak dan dicarik2 memang kuat . sebab bawah katil je bunyi tu .lama jugak la aku mengigil dalam selimut .

tiba2 bunyi tu senyap dan bunyi guli jatuh sebelah katil aku pulak yang menguasai keadaan . lepastu serentak bunyi orang main mainan bola kecil yg kalau baling ke dinding melantun balik tu keluar masuk bilik aku . macam ada sesuatu yang baling .aku memang tak berani nk mengintai dari sebalik selimut sebab aku ni memang jenis penakut yang amat .

last aku kene malam tu rasa macam kena sebiji penumbuk dari arah bawah katil kene betul2 kat belakang badan bahagian pingang aku dan benda tu serentak dengan kaki kiri aku kena tarik ke bawah katil . tapi aku cepat2 tarik balik kaki aku, tetap ditarik jugak(nasib dia tak main rambut aku, Alhamdulillah)

lastly aku memang dah tak tahan, mengigil tahap berpeluh peluh, aku terus nekad lari keluar gi tempat tidur abang2 aku dan selit tidur celah-celah diorang.
esoknya aku masuk je bilik dan tengok bawah katil, tiada sehelai mahupun secebis kertas yang dikoyak2 tu dan kertas lagi lah tak ada. aku diam tak bgtau ayah aku, sebab ayah aku akan cakap tiada apa apa padahal ayah aku tau . mungkin dia taknak aku rasa takut .

pernah jugak aku kene gangguan masa kat asrama . bantal aku kena tarik serentak dengan pipi dan telinga aku kena tiup. aku terus ambil keputusan pergi berubat dengan ayah kawan aku . ayah kawan aku pula ada kawan yang memang tentang habis habisan kalau berkaitan saka ni . masa tu ayah kawan aku cakap, “selain pakcik, ada kawan pakcik ni memang boleh tolong buangkan saka . tapi sakit jugak . kena tahan .” aku angguk je.dan malam tu lepas isyak terus gerak pergi rumah pakcik yang ayah kawan aku cakap tadi tu.

dan aku lupa nak cakap yang keturunan aku ada saka .tp belah ayah aku. dulu arwah atuk aku ambil benda tu kat ladang kelapa sawit dan benda tu menjelmakan diri macam lipan bara . aku tak tau la apa perjanjian arwah atuk aku dengan benda tu. tapi yang aku dengar dari adik beradik ayah aku yang arwah atuk aku ambil benda tu hanya untuk meminta tolong jagakan ladang kelapa sawit dan jagakan rumah arwah atuk aku .

masa arwah atuk aku nak meninggal, semua anak2 termasuk ayah aku duduk keliling dia . dan yang aku pasti ayah aku ada ambil waris saka tu masa saat2 arwah atuk aku nk hembuskan nafas trakhir. aku tak pasti macam mana sebab masa tu aku masih kecil . tapi ayah aku selalu menafikannya mungkin taknak aku takut.

dan masa aku berubat tu, bunyi salakan anjing bersilih ganti macam ada berekor2 anjing menyalak serentak .lagi satu , rumah yang ayah kawan aku bawak pergi berubat tu kawasan rumah yang dah berpagar dan sape yang dah pernah berubat tapi dengan cara kena picit, kikis, hancurkan tempat duduk benda tu dalam badan dan paling banyak yang melibatkan jari tangan dan kaki , dia mesti tau sakitnya macam mana .

masa benda tu dimasukkan dalam botol kosong dan diletakkan atas meja ,depan mata aku, kawan aku dan ayah dia nampak botol tu bergerak laju ke kanan kiri walaupun tiada angin langsung.

dalam pukul 11 balik ke rumah kawan aku . esoknya ayah kawan aku bagitau yang pakcik tu call dan cakap lepas je kami beredar balik, tempat yang aku duduk masa berubat tadi tu keluar lipan bara . mungkin tu saka yang arwah atuk aku pernah ambil.

andai sesiapa yang pernah ada ganguan saka melalui mimpi atau apa sekalipun segeralah berubat dan solat jangan tinggal . lagi pun pakcik tu cakap, boleh hentikan saka dari merebak, dengan syarat ada seorang dari satu keturunan tu yang sedar tentang saka tu dan menentangnya.

wallahu’alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *