Gangguan Saka Tak Bertuan

Kisah ini berlaku pada 2008 di mana aku dan isteri telah dikurniakan anak pertama pada tahun tersebut..sememangnya setiap kali musim perayaan kami akan balik ke kampung sebelah isteri kerana keluarga aku tinggal berdekatan dengan kami kat sini.
Pertama kali kami pulang berhari raya bertiga dengan anak perempuan kami ketika itu mencecah usia 6 bulan.Kami adalah keluarga terawal sampai di kampung ketika itu.Anak aku ni menyusu badan selalunya ok je tapi kali ni lain skit.. setiap kali isteri aku nak menyusu,anak aku menangis teruk kadang – kadang sampai lembik.Walaupun dia hisap gak susu tapi tak macam selalu minum sikit je pastu menangis lagi sampai tertido.Benda ni berlarutan dua hari.Pada mulanya,aku takde la syak pape mungkin sebab anak aku tak selesa lagi kat sana..jadi aku anggap anak aku menangis tu biasa la..
Malam raya macam biasa la kaum perempuan paling sibuk..masa tu pun adik beradik isteri aku dah ada kat situ jadi meriahlah suasana malam tu..masa tu aku dari ruang tamu nak ke dapur..tiba-tiba aku terhidu bau kemenyan yang kuat sangat..sampai kat dapur aku tanya la dengan isteri aku “eh!sape pulak yang rajin bakar kemenyan malam-malam ni”..isteri aku balas “mana ada orang masa rendang guna kemenyan bang..tapi saya pun memang ada bau kemenyan gak daripada tadi”..daripada riuh nak sambut raya bertukar jadi riuh semua duk cari daripada mana punca bau kemenyan tu..untuk pengetahuan..kat situ ada dua biji rumah je..rumah mak mertua dengan rumah adik dia..memang sah takde sape-sape bakar kemenyan..lama-lama bau tu pun hilang..jadi semua sambung keje yang tertangguh tadi..
Tiba-tiba anak aku terjaga dan menangis..macam biasa la nk susu la tu..tangisan anak aku makin lama makin kuat..mcm nk terkeluar anak tekak..aku pun bangun masuk dalam bilik..aku tanya la apahal ni?..isteri aku jawab dengan nada agak tinggi “ntah laa..nak susu tapi bila bagi taknak..ntah apa la yg dia nak ni” ..masa tu mak mertua dan kakak ipar pun ada kat situ..anak aku masih menangis walaupun mak mertua aku cuba pujuk..isteri aku bangun dan terus menuju ke tandas..dia masuk bilik dan capai telekung untuk menunaikan solat isya’..isteri aku ni jenis yg memang solat awal waktu..tapi apsal malam ni lewat pulak..mungkin tadi sibuk kat dapur kot tu yang terlewat solat..selesai solat isteri aku cuba menyusu kan anak kami..anak kami nampak sedikit selesa menyusu dan terus tertido
Hari raya pertama kami lalui mcm biasa melawat sanak saudara di rumah mereka..sehari suntuk jugak la beraya..

Alhamdulillah anak aku pun ok..Azan Maghrib berkumandang..aku tengok isteri aku masih relaks layan henpon..aku diamkan je..selepas itu isteri aku ambil giliran untuk solat..daripada Maghrib sampai ke Isya’ anak aku masih menangis..menyusu taknak..letak dalam buai taknak..aku dah pening sbb kesian tengok dia menangis..aku hilang punca..isteri aku dah mula membebel..bertambah pening aku dibuatnya..yang lain pun cuba pujuk tapi takde hasil gak..
Mak mertua aku telefon seorang abang ni..abis je dia bercakap terus aku tanya “macam mana mak?”..”Abang Mat suruh sumbat kain dalam mulut anak aku supaya tak menangis” jawab mak mertua aku..fuhhh!panas je telinga aku dengar jawapan Abang Mat tu..dia ingat anak aku ni menangis saja-saja ke?..telefon berdering..mak mertua aku jawab panggilan tersebut..jom siap kita pegi rumah Abang Mat..aku ikutkan je walaupun hati aku panas pasal jawapan yg dia bagi kat mak mertua aku tu..dalam hati aku cakap sampai sana dia bagi jawapan pelik lagi memang aku tinju muka dia..masuk dalam kereta terus anak aku senyap..bagi susu pun ok je..takde masalah..
Sampai je rumah Abang Mat tu..mak mertua aku pun cerita la apa yang jadi..Abang Mat tu tengok anak aku..”baik budak ni..takde apa pun”..kata Abang Mat..dia minta isterinya pegang anak aku tu..Abang Mat minta izin untuk tengok isteri aku..dia minta isteri aku buka semua gelang dan rantai sambil duduk berlunjur..”taknak mak..taknak..tolong” rayu isteriku kepada mak mertua aku..dia punya merayu lain macam..Abang Mat cakap takde pape berlunjur je..”tolong buka sliding door tu luas-luas” arah Abang Mat kepadaku..Abang Mat mengeluarkan kayu kecil daripada poketnya..isteri aku menangis sayu..sayu yang menyeramkan!..aku terpaku..sedih pun ada..cuak pun ada..perasaan bercampur baur..dia selit kayu tu diantara ibu jari kaki isteriku..”kau keluar sekarang..ini bukan tempat kau..

kau nak balik sendiri atau aku yang hantar kau balik?..kau melawan kau sakit!” kata Abang Mat sedikit tegas..”taknak..taknak..aku suka duduk sini..aku tak kacau orang pun”..kata isteriku sambil menangis dan suara sedikit lain..”kalau kau taknak keluar memang kau saja cari sakit..kau tak kacau apa..sampai anak dia nak menyusu pun takut..” kata Abang Mat sambil memandang tepat ke arah isteriku..isteri aku terus menangis dan merayu..Abang Mat membaca sesuatu “baik-baik aku keluar..aku janji takkan kacau dia lagi”..keluar perkataan tu daripada mulut isteriku..”kau janji kau keluar..kau main-main..siap kau!”..tegas Abang Mat..
Bagai ada satu angin laju menuju keluar rumah dan isteri aku terus lembik..”Alhamdulillah dah ok..bagi isteri awak minum air ”kata Abang Mat..”biasalah benda tak bertuan ni..ikut dia je nk singgah” Abang Mat menyambung ayatnya..selepas selesai,aku tanya beberapa soalan kepada Abang Mat..”apa benda yang jadi ni?..nape anak saya yang menangis..nape Abang Mat soh sumbat kain dalam mulut anak saya? “soalku bertalu..”ni jenis saka tak bertuan..saka harimau..dia takde anak jadi dia tumpang isteri awak..kebetulan awak yang pertama sampai rumah dengan anak kecik..ye laa dah budak tu nangis..sumbat la kain..saja saya bergurau..sebab benda tu kena kat ibu dia”kata Abang Mat memberi penjelasan..”macam mana anak tu nak menyusu..tiap kali dia nak menyusu bukan muka ibu dia..tapi muka harimau..takutlah budak tu..”sambung Abang Mat..aku terkesima jap..”selain tu? “soalku lagi..”bila dia dah duduk dalam badan..kita nak solat pun jadi malas..nak buat apa pun tak kena”kata Abang Mat..jadi soalan pasal isteri aku lambat-lambatkan solat dah terjawab..
Alhamdulillah segalanya selesai malam tu..Semuanya kembali normal..itu antara kejadian yang pernah aku lalui..InsyaAllah kalau ada masa lagi aku akan coretkan kisah – kisah lain yang pernah dilalui..terima kasih

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.8]

7 thoughts on “Gangguan Saka Tak Bertuan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.