Assalamualaikum kepada pembaca cerita seram di Fiksyen Shasha. Disini aku ingin kongsikan cerita daripada sahabatku sendiri iaitu Muhammad. Sebelum itu, aku berterima kasih kepada admin Fiksyen Shasha jika cerita aku ini disiarkan. Jika tidak disiarkan biarlah kenangan cerita ini hanya aku sahaja yang tahu.
Macam biasa aku, Muhammad dan Udin akan lepak mamak selepas sahaja pulang dari kerja. Biasalah orang bujang. Selepas sahaja kami menunaikan solat isyak. Kami terus singgah kedai mamak yang berdekatan di rumah kami.
Semasa makan, Muhammad berkata “weyh aku ada cerita nak cerita dekat korang, kome nak dengar tak” si Muhammad ni cakap. So kami dua orang ini hanya mampu mengangguk tanda setuju untuk dengar. Memandangkan esok hari hujung minggu tak salah kami mendengar mamat ni membebel ujar aku dalam hati. Cerita Muhammad, kisah ini berlaku dua tahun lepas semasa zaman belajar. Dia memberitahu kami yang dia pernah mengalami ngangguan sihir.
Ujarnya, semasa dia melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti Pahang. Semasa akhir semester, ngangguan yang dialaminya sangat menakutkan. Kerana, sebelum ini pernah sahaja benda itu mengacaunya tetapi tidaklah sampai tahap yang sangat menakutkan. Si Muhammad ni kira dia boleh nampak benda itu. So senang bagi dia untuk tengok.
Semasa dia dalam perjalanan pulang ke bilik selesai sahaja tamat kelas. Dia suka duduk sorang-sorang. Kadang-kadang dia belajar pun sorang-sorang. Semasa dia tidur, dia dapat merasakan ada seseorang memerhati dia dari sudut meja belajar.
Tanpa menghiraukan rasa tidak senang, dia pun mula ambik wudhuk dan duduk di lobi luar untuk mengulangkaji pelajaran. Kata Muhammad, sedang dia duduk menghafal untuk get ready untuk exam esok. Datang, Amirul untuk join sekali ulang kaji bersama-sama. Selesai sahaja ulang kaji. Muhammad tidak dapat melelapkan mata. Dia seperti tidur-tidur ayam. Dia sering bermimpi tempat yang tinggi, mimpi budak-budak dan mimpi-mimpi pelik sering menghantui dia.
Sehinggalah, pada satu hari badan dia terasa panas, seperti udang kena bakar di bara api. Kemudian, dia sering meracau-racau sehingga roommate dia pun takut untuk berkawan dengan dia.
Warden menyuruh keluarga Muhammad untuk berubat dengan dia. Setelah sekian lama. Baru keluarga Muhammad tahu yang anaknya disihir oleh seseoarang. Keluarganya, pernah bertanya siapa yang menghantar sihir dan terdapat dalam badan dia ada sesusuk tubuh perempuan tua. Kata Ustaz, orang yang menghantar sihir ini dia mahu tuju ke ayah Muhammad. Tapi, terkena kepada Muhammad dari angin. Kata Muhammad lagi ini adalah sihir angin.
Sesiapa sahaja yang terkena pasti akan rasa sakit. Dan alhamdulilah, keadaan Muhammad selepas itu baik dan semakin aktif dalam pendidikan dan beliau menamatkan zaman belajar dengan cemerlang.
Selesai sahaja Muhammad bercerita, barulah kami faham kenapa sebelum ini dia banyak berdiam diri dan tidak suka bergaul.
Aku, Udin dan Muhammad kami kenal dari bangku sekolah. Dan alhamdulilah, selepas sahaja masing-masing menamatkan pelajaran. Kami mendapat tawaran kerja di satu tempat yang sama.
Okey itu sahaja ceritanya, mungkin bagi korang tidak seram. Tapi bagi aku pula, ia sangat seram meskipun aku tidak melaluinya. Sebab kita boleh tahu setiap sihir yang dihantar tiada yang baik untuk diri, semuanya akan membinasakan dan menghancurkan hidup.
Cerita yang disampaikan oleh Muhammad adalah dengan apa yang aku ingat semasa dia ceritakan.. Sekian terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Admin FS!
Admin FS!
Admin FS!
Kenapa tema FS ni menghilangkan “tarikh” tayang/publish cerita seram dalam FS???
Pastikan “tarikh” terpapar, senang sikit nak tahu cerita seram lama dan cerita seram baru melalui “tarikh”.
geram geram je baca cerita ni. jump jump. ceh.