Gangguan Tak Berupa.

Thanks admin FS post cerita aku. Actually aku nak cerita pengalaman aku yang banyak sangat tanda tanya. Aku ni bebetul terlibat dengan makhlus halus ke? Ke imaginasi je? Korang ada yang berpengalaman macam aku tak? Cer komen 2x…

Aku sekarang ni dah jadi pembaca tegar FS la pulak. Walaupun takut tapi baca jugok. Aishhh… Okay, intro sikit, umur aku dah 3 series dah. Ni cerita first pengalaman aku time aku tadika. Aku masa tu balik dari tadika dengan van sekolah. Masa nak hant

 

ar bebudak di satu area ni, aku tengok la kawasan-kawasan rumah tu (aku dok tepi tingkap). Lepastu mata aku tertengok pakcik ni duduk kat bangku satu rumah tu tapi yang buat aku amati dia betul-betul adalah pakcik tu bertanduk! Serius ar aku memang nampak. Bila balik kat rumah aku tanya bapak aku and jawapan dia mestilah cliché “ eh tak ada apa-apa lah tuu”. Hmmm…..

Next, kejadian kat sekolah rendah. Biasa la time membesar ni banyak omokan cerita hantu dari senior-senior. Memacam jenis hantu ade, jepun la Ponti la jari hantu merayap la. ohhoioii seram kot! So masa aku darjah 5, ada satu program kene tido kat sekolah 1 malam.

Nak dijadikan cerita malam tu aku huzuuurrr (akil baligh awal katekan) so tak join solat Jemaah lah. Sekolah rendah aku ada 4 blok je. A&B bangunan lama, C&D bangunan baru 2 tingkat. Pompuan2 stay kat blok C laki blok D. Dah boleh lepak sendiri memang aku dengan kawan aku ni lepak la tepi tingkap (menghadap blok B) sambil makan buah jambu. Dalam tengah asyik kunyah tu aku tertangkap bunyi orang menangis.

Sayu gila weiii… sedih dengar. 3 kali esakan panjang aku dengar. Panjang. Yang esakan last tu buat aku tersedar and tersentak apakah ini???? Automatik mata aku pandang mata kawan aku sorang ni. Dua-dua kaget, diam lepastu kaki kami jalankan tugasnya sendiri. Cabut! Cabut ke bilik sebelah (bilik senior, bebudak darjah 6). Dorang tanye korang dah kenapa lari masuk sini, kitorg dua serentak cakap tak de pape. Esoknya baru bukak cerita dengan kawan-kawan lain. Menurut lagenda (lagenda sangattt) ada satu bilik darjah di blok B yang didiami cik ponti. Nasibla tak nampak weiii…seriau mak..

And story ni sambung plak malam tido tu. Lepas aktiviti semua tu kitorg ni kena tido lah. Aku ambik port tido dekat pintu. Suasana sebelum tido tu memang menyakitkan hati aku la sebab ade bebudak lain main-main plak gelak kuat bagai. Then bila dah sunyi semua aku pon tido lah. Tengah kusyuk tido tu aku rasa cuitan kat bahu aku. Sakit mamps kot cuitan tu, rasa macam kena cungkil dengan jari macam tu laa.

Dua kali cuitan aku kena. Tapi tah kenapa instinct aku cakap abaikan je tido je. Esoknya tamat la program tu. Datang pulak isnin tu, aku bukak la cerita kat kawan-kawan aku. Yang musyikil nya kan, kawan aku sorang ni tak ikot program tu tapi dia mimpi yang ada sorang perempuan tak berkepala, tapi kepala dia diseret sepanjang koridor bilik kitaorang exactly malam kitorg tido kat sekolah tu sambil dia mundar mandir depan pintu bilik ktorg. Hmmm suratan atau kebetulan ni? Wallahualam…

Disebabkan aku ni jenis yang amphibia, bole jadi berani and bole jadi takut, aku tak pikir sangat la pasal benda-benda ni. Even kat U pon aku kene gak. Tapi aku ni jenis yang tak bole nampak, mintak simpang la tak nak tengok pon. Masa kat U la aku baru tahu pasal “tindih”ni.. aku selalu kot kena tindih. Ingat dulu tu mimpi je la sebab tak bole gerak, cakap etc. kan. Lepas tahu tu memang asal kena tindih je aku dah baca ayat-ayat suci ni.

Alhamdulillah berkesan. Sekarang aku still kena tindih lagi, tak tahu la kenapa gemar sangat. Okeh, actually banyak gak cerita aku alami tapi ni ada satu yang aku takkan lupa. Masa kat U time aku junior lagi la, blok kediaman aku ade bilik aktiviti.

Ade aircond. Aku dengan kawan-kawan aku nak masuk bilik tu tido sebab panas sangat malam tu. Sepatutnya bilik tu tak bole la digunakan tapi ehem-ehem kitorg ceroboh jugak (caranya tak bole didedahkan). So kami 3 orang tido situ bawak toto selimut bantal la.. aku ni habit kalau tido aku akan cek keliling aku and aku akan letakkan towel & spek aku kat hujung kepala.

Means nak make sure tempat aku nak letak spek aku tu okay ke tak la. So hujung kepala aku clear, dalam 2meter ade kerusi sofa besar. Takde la aku main campak je kan barang aku. Spek tu penting tuuu.. so bila dah semua tido and lewat dah, aku terjaga. Aku tengok la kawan-kawan aku tido sebelah. Okay je la kan. Nak la tido balik.

Sambil tu tangan aku ni luncur la ke atas kepala ni. Of course la akan terkena towel or spek aku kan? Tapi aku terpegang bende yang lembut-lembut tapi keras. Aku picit k. haha… Rasa dia sejuk. Lembut. Tebal. Aku raba-raba ade macam lipatan-lipatan. Ooww man! Instinct aku cakap dah tak usah kau pegang lagi. Tido lah tutup mata. Hahaha…

Segala ayat suci al-Quran aku baca tak henti sampai aku tertido la. Esok nye aku cerita la kat dorang. Ape bole buat, dorang tak kene pape. Pelik dan hairan la.. mane ade sape-sape dah dalam tu. Apebende plak kan. Towel aku towel muka je. Kecik je. Bangun pagi tu pon memang tak de pape bende lain pon. Huhu… bila dah lama skit dok U, pelbagai la cerita seram yang ada rupanya kat U aku ni. Scaryyyy siot cerita-cerita lain yang aku tahu…

Ade lagi la beberapa peristiwa aneh aku hadapi. Tapi aku ni dah jenis redho and tabah so tak de la pikir teruk sangat. Memang kawan-kawan aku ingat aku ni berani sebab aku bole stay sorang time cuti sem, basuh baju pukul 1-2 pagi tapi aku ni penakut la jugak.

Aku ni perempuan, just in case ade tertanya-tanya jantina aku. Huhu… Sehingga sekarang pon aku still boleh rasa sesuatu tak elok, dengar guli, ditindih dll tapi aku tak ambil pusing sangat. Motto aku, Allah tu ada. Nak takut buatpe. Ingat lah Dia selalu, bukan time takut kena kacau je nak cari Dia. Peace. Sorry kalau story tak best. Assalamualaikum.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

nor walida ain

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 4.7]

3 thoughts on “Gangguan Tak Berupa.”

  1. kalau aku yg jd hantu time ko maraba2 cari tuala n spek ko tu, memg aku cubit balik tgn ko tu. gatal nk raba2 pulak.. haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.