Gara-gara telur

Assalamualaikum semua pembaca FS.. Saya dah pun dichop sebagai fan di FB FS, yeay! Hehe

Dalam duk scroll page FS, terjumpa banyak kisah dari hostel di Pandan Indan. Ye saya juga pernah menginap di sana untuk 1 semester sahaja. Sem2, kami decide menyewa di depan kolej beramai-ramai.

Hostel tu, tahun 2002, penghuninya terdiri daripada penuntut dari 3 kolej. 1 kolej Islam, 1 kolej kat Maluri lagi 1 kolej Mara. Kolej kami yang di Maluri. Pada tahun tu, setiap tingkat diasingkan lelaki dan perempuan, namun begitu setiap tingkat ada penghuni daripada tiap kolej. Kami di tingkat 4, semuanya pelajar perempuan. Jarak kami dengan lift agak jauh, ada 4 pintu sebelum sampai ke hostel kami, kami yang kedua dari hujung. Jiran depan kami dari kolej Mara, jiran kanan, kolej Islam, jiran kiri, dari kolej yang sama. Tingkat 3 & 5 adalah pelajar lelaki.

Dalam setiap hostel ada 3 bilik, setiap bilik ada 4 orang. Bilik kami yang paling kecil, paling dekat dengan dapur & pintu masuk. Roomate saya, Dikna, Shima, Baby dan saya, MZ. Bilik master ada 3 pelajar je masa tu, Lyn, Nor dan Eda, seorang dah berhenti. Bilik tengah ada Mira, Adeq, Wani & K. Penghuni hostel kami terdiri daripada pelajar yang berbeza course. Hanya saya seorang dari Sains Komputer. Jiran sebelah kiri tu baru ada coursemate saya.

Eda & teman lelakinya masa tu Aie, kawan baik Aie, Man dan teman wanita Man, Siti, Dikna dan saya, kami berenam selalu lepak bersama-sama. Kalau naik kereta Aie tu, memang muat-muat la.

Masa di hujung semester pertama, sebelum exam, kami berenam ada menyertai perkhemahan di Janda Baik bersama-sama dengan kawan-kawan kolej yang lain. Malangnya masa di Janda Baik, ada antara kami yang telah melanggar pantang larang.

Semasa di tapak perkhemahan, kami dibahagikan ikut kumpulan, setiap kumpulan diamanahkan dengan sebiji telur mentah, kalau telur tu pecah dikira kalah. Aie & saya 1 kumpulan, dia ketua.

Aie ni ada perangai baran nya. Apa perintah dia, tak boleh cakap tak. Contoh kalau dia lapar, makan dipaksanya kami berlima teman dia makan. Kadang-kadang Shima & Baby pun ikut bersama kalau kami jalan kaki ke kedai mamak belakang hostel tu.

Ok, maafkan saya melompat-lompat pula. Banyak yang terjadi masa perkhemahan tu, kalau saya ada masa, saya tulis lain kali ye. Malam terakhir kami dihutan ada gangguan yang buat kami tak dapat tidur, kami berenam baring atas tanah je sampai ke pagi. Takut untuk lelap mata. Dipendekkan cerita, hari terakhir tu, kumpulan kami kalah, muka semua orang disapu dengan telur mentah. Aie tak puas hati, dia ambil telur yang belum di masak, dia campak ke atas tanah, boleh pula budak lelaki lain ikut serta, habis 2 papan telur mentah mereka campak merata-rata.

Sekembalinya kami ke hostel baru lepas azan Asar. Ingatkan dapat la rehat, esok dah start kuliah. Petang tu juga, sebelum maghrib, rumah kami didatangi tetamu. Aie & Man. Pelik, dah kenapa dorang ni datang, tak penat ke. Aie cakap dia lapar. Disebabkan penat, saya menolak, hanya Dikna & Eda yg teman dia. Yang lagi pelik, diaorang keluar sebelum Maghrib, tapi balik lepas tengah malam.

Saya tengah study kat luar, meja study kami penuh kat ruang tamu. Eda & Dikna balik dengan muka yang penat. Mereka kelihatan resah. Saya pun tanya kenapa.

“Aie macam pelik. Dia taknak balik. Dia tak bagi kami balik juga.” Dikna bersungut. Tiba-tiba sms Eda berbunyi, muka Eda berubah menjadi pucat. Dia menunjukkan screen telefon nya pada kami.

‘Kenapa nak kena bercerita tentang aku? ‘ sms dari Aie. Bulu roma kami semua meremang. Angin sejuk menerpa masuk. Kami hanya mampu membalas pandangan. Malas nak tanya lebih, kami decide untuk tutup semua tingkap kat ruang tamu dan terus masuk tidur. Dalam bilik saya tanya khabar Man pada Dikna. Kata Dikna, Man nampak pucat macam kami yang penat. Hanya Aie yang yang cergas dapat memandu berjam-jam. Pelik.

Esoknya, kami ke kuliah seperti biasa. Petang tu, kami sebilik dan kawan-kawan bilik master decide untuk masak sahaja. Terlalu penat untuk keluar semula. Kami makan awal, jam 6. Sesudah makan, pintu hostel kami diketuk bertalu-talu. Masa tu hanya saya dan Shima sedang basuh pinggan di sinki.

Shima pergi membuka pintu, Aie dan Man meluru masuk ke dalam tanpa salam.
“Eda mana Eda?” Mata Aie kelihatan merah menyala menjerit memanggil Eda. Saya dengan Shima panik. Kami tak sempat nak capai tudung. Saya berlari ke bilik untuk ambil tudung sambil menjerit kepada kawan-kawan yang lain ‘Pakai tudung semua!’.

Aie mendengus-dengus, duduk di meja makan ditemani oleh Man yang kelihatan sangat penat. Rakan-rakan yang lain keluar melihat keadaan kecoh tersebut. Eda & Man memujuk Aie untuk keluar dari hostel kami, tapi tetap Aie tak bergerak. Seorang demi seorang ditenungnya dengan mata merah dan senyum seringai. Saya berdiri agak ke belakang berhampiran bilik kami, hanya mampu memandang perbuatan Aie tersebut. Beberapa minit selepas kawan-kawan dari bilik tengah menjerit menghalau Aie, dia ditemani Man, Eda & Nor keluar dari hostel kami. Selang beberapa minit lepas tu azan Maghrib kedengaran. Kami masing-masing masuk ke bilik untuk solat. Kebetulan saya dan Dikna tengah cuti, saya ambil kesempatan untuk mengorek cerita dari Dikna.

Dari cerita Dikna, macam tu la keadan Aie dari semalam. Dikna, Eda, Aie & Man, mereka course mate. Aie lansung taknak berenggang dari Eda. Kata Man, Aie tak tido semalaman, asyik sebut nak jumpa Eda, tapi dia tak dapat nak ingat yang mana satu hostel Eda. Hostel Aie & Man di tingkat 7, blok lain dari kami. Man halang Aie keluar sepanjang malam tu.

Selepas waktu Isyak, kedengaran bunyi jeritan dari bilik tengah. Wani berlari keluar bilik, masuk bilik kami lalu mengunci pintu. Kami kehairanan, mukanya pucat berpeluh-peluh.

“Kau kenapa?” tanya Shima. Wani menunjukkan tangan dia, terdapat kesan calar memanjang lebih 6inci.
“Adeq cakar aku.” menggigil-gigil badan Wani memulakan cerita. Katanya Mira sedang tidur. Dia sedang baca novel bila tiba-tiba K duduk menegak di katilnya. Katil K ditingkat bawah, Mira diatasnya. Katil Wani juga di sebelah bawah. Bahu K tersengguk-sengguk. Wani sangkakan K sedang menangis. Tiba-tiba Adeq pula menjerit dan menampar Wani. Dia menerkam Wani seolah-olah harimau yang sedang kelaparan. Wani menolak Adeq yang berisi tu, terus berlari ke bilik kami.

Kami semua terdiam. Saya mula risaukan Lyn yang keseorangan dalam bilik Master. Kami membuat keputusan untuk keluar dari bilik beramai-ramai untuk meninjau ke bilik tengah.

Pintu rumah kami menganga luas, Baby dan Shima pergi menutup & kunci rapat pintu tersebut. Dalam bilik tengah, hanya Mira yang kelihatan, masih tidur sambil membelakangi kami. Kami meminta K untuk kejutkan Mira dari tidur, harap dia betul-betul tidur bukan yang lain. Mira terjaga sambil terpisat-pisat mengelap matanya. Kami lega. Lyn juga keluar dari biliknya dengan telekung yang masih disarung. Kami berkumpul di ruang tamu membincangkan kejadian hari ini. Lyn, yang juga merupakan senior kami mengarahkan kami untuk mengambil wuduk & surah Yasin.

Kami yang cuti turut mengambil wuduk. Tingkap dan semua pintu bilik dibiarkan terbuka. Sesudah habis bacaan Yasin yang pertama kami, pintu rumah diketuk. Eda dan Nor sudah kembali. Mereka turut mengambil wuduk dan menyertai kami. Seketika selepas itu, sekali lagi pintu kami di ketuk keras, kami membuka pintu dgn bacaan ayat Qursi al-Fatihah & 3Qul. Adeq & K masuk, terus meluru ke bilik, dan menutup pintu. Satu yang kami perasan, mata mereka masih merah.

Setelah berbincang, kami ambil keputusan untuk memanggil jiran Kolej Islam untuk bantu kami. Mereka datang berempat. Kami yang cuti diasingkan di bilik master. Walaupun begitu, kami berzikir tak putus-putus. Apa yg jadi kat luar, kami tak tau. Dengar bunyi orang mengaji je.

Seketika kemudian, pintu dibuka, kami dimaklumkan, jiran Kolej Islam kami akan bawa Adeq & K ke bilik mereka. Of course kat bilik sana lebih ramai boleh bantu. Kami terlalu takut untuk ditinggalkan sendiri, jadi kami semua ikut dari belakang.

Jarak pintu kami dengan rumah sebelah cuma beberapa langkah je, tapi terasa macam kami sedang berjalan keliling blok. Wani & Mira ambil keputusan untuk membaca Al-Fatihah & 3 Qul, belum pun habis dibaca Al-Fatihah, suara gelak yang keras kedengaran dari depan. Adeq yang agak kelakian perwatakannya memandang ke belakang sambil ketawa terbahak-bahak.
“Kau tak payah baca apa-apa! Aku pun boleh baca! Setakat baca tapi tak faham, bodoh!! Sembahyang pun kau tinggal!” Wani & Mira terdiam. Pelajar kolej Islam meminta kami untuk diam. Sampai ke hostel jiran tu, baru la kamo dengar suara K, dengan mata yang terbeliak, K berlari-lari anak di ruang tamu.

“Aku suka sini, aku suka. Sejuk. Rumah sana panas aku tak suka.” Dah macam Chandramuki saya tengok perangai K tu. Jiran kami minta untuk kami tinggalkan Adeq & K dengan mereka. Saya, Shima & Dikna ambil keputusan untuk laporkan pada warden di tingkat 3. Oleh kerana salah seorang warden tu, lecturer saya, maka saya la yang mengetuai perjalanan kami. Turun tangga yang gelap. Dikna pun cuti hanya Shima yang terkumat kamit membaca ayat Quran. Kawan-kawan yang lain sudah pun pulang ke hostel kami.

Kami ketuk pintu warden berkali-kali, setelah saya call nombor beliau baru la En Wan terpacul. Dah la koridor tingkat 3 tu agak suram, ada lampu rosak. Setelah menceritakan apa yang terjadi, En Wan memanggil En Nik untuk teman beliau ke tingkat atas. Kebetulan En Nik juga merupakan fasilitator kami semasa perkhemahan hari tu. Mereka berdua ni dari pantai timur. Since saya membesar di negeri Serambi Mekah, kami takde masalah komunikasi pun.

Setelah melawat rumah kami, warden nasihatkan untuk kami tidur. Yelah masa tu dah pun pukul 12malam. Mereka berdua pergi melawat hostel Aie & Man pula kemudiannya. Sempat En Wan beritahu saya dia akan uruskan untuk panggil ustaz datang pulihkan semangat kami esok hari nya. Soal Adeq dan K juga mereka akan uruskan.

Kami terlalu penat untuk buat apa-apa malam tu. Kami tidur di ruang tamu beramai-ramai dengan semua lampu terpasang. Tapi, benda tu tak habis kat situ. Lepas sorang-sorang kena histeria. Sekali lagi saya melefon warden untuk datang. Kami mengurung mereka yang histeria di dalam bilik tengah, tombol pintu bilik kami masa tu tombol yang ada lubang kunci, boleh intai tu, jadi kami kunci pintu bilik tu dari luar. Kami yang lain membaca surah Yasin dan teruskan baca ayat Qursi sambil berpegangan tangan,duduk dalam bulatan. Satu ketika, badan saya mula melayang-layang, dada jadi sesak, saya senyum sorang-sorang, tanpa sedar, dari ayat Qursi, saya baca zikir biasa. Shima yang disebelah saya menampar-nampar pipi saya dengan kuatnya dan terus baca 3Qul hembus ke muka saya, Lyn yang di sebelah kanan baca ayat Qursi ditelinga saya. Saya kembali sedar dan terus mengikut bacaan yang lain. Kata Shima, kalau saya pun kena histeria, mereka terpaksa keluar dari rumah beramai-ramai, kerana saya la yang paling sado dikalangan kami. Takkan ada yang mampu untuk halang saya nanti.

Jam 3pagi, warden datang dengan seorang ustaz. Rupanya ustaz tu dah pun pulihkan semangat Aie, Adeq dan K. Kami dinasihatkan untuk mengurung diri dalam satu bilik sementara mereka pulihkan semangat yang lain.

Dipendekkan cerita, awal pagi tu semua kembali tenang. Esoknya kami ke kuliah seperti biasa, takde pilihan sebab kami dari kampung yang jauh. Ada beberapa orang dari kami dah pun pulang ke rumah saudara mereka untuk berehat. Bila dah sampai waktu untuk balik hostel, kami berkumpul beramai-ramai di kafeteria baru la bergerak balik. Walaupun ada antara kami habis kelas jam 12, sanggup tunggu sampi 5 petang, untuk balik.

Malam tu, warden datang bersama ustaz untuk pagarkan hostel kami dan pulihkan semangat kami. En Wan cerita pada kami, bahawa kami yang pergi ke Janda Baik telah bawa balik ‘tetamu’ dari sana. ‘Tetamu’ tu marah sebab kami buat kotor di tempat mereka. Seingat kami, sebelum tinggalkan tapak perkhemahan, semua sampah kami bawa bersama kecuali kulit-kulit telur yang pecah sebab pada logik akal kami, telur tu bahan semula jadi, boleh jadi baja. Rupanya itu yang jadi punca kemarahan ‘mereka’.

Kami masih hidup dalam ketakutan untuk beberapa ketika. Sekiranya tiada orang di rumah, kami tak pulang ke rumah. Sanggup tunggu berjam-jam di kafeteria atau perpustakaan. Ketakutan itu hilang lepas kami pindah ke rumah baru di depan kolej. Sekian dari saya. Terima kasih kerana membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 3.4]
MZ

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.