Gelapnya Malam Semakin Kelam

Assalamualaikum & salam sejahtera bagi semua peminat FS. Terima kasih admin sekiranya tulisan saya ni di publishkan. Selama ini saya hanya silance reader je tapi akhirnya terketuk juga nak kongsi pengalaman seram saya (bagi saya tu seram sangat2 tapi tak tau bagi para pembaca). Kisah ini dari kisah sebenar yang saya alami sendiri. Adik dalam cerita ini adalah panggilan sayang suami terhadap saya. Dan babe (baca babe not beb) adalah panggilan saya terhadap suami yang berasal dari bahasa betawi yang artinya ayah. Ok lets begin…

Kejadian ni pun belum lama lagi, baru beberapa bulan lepas di tahun 2017 jugak. Hari tu saya ngan suami saja borak-borak kat bilik, tetibe je suami cakap nak try cari rumah sewa dekat kota Sragen, Jawa Tengah (yup it’s not in Malaysia but happen when I’m in Indonesia). Ok cerita sikit pasal suami supaya lebih faham dengan alur cerita yang dibawakan nanti.

————————————————

Dia ni berasal dari bandar “P” jelah ya, Jawa Tengah. Beberapa tahun silam telah berkahwin ngan orang dari bandar “M”, Jawa Timur punya 2 orang anak tapi sayangnya rumah tangga dia putus di tengah jalan. Dia orang bercerai sebab suami tak boleh tahan amarah yang telah dipendam selama bertahun-tahun dekat sang isteri sehingga menjadi duri dalam daging semenjak isteri dia bekerja dekat luar negara (sehinggakan ke hari ini masih berada kat luar negara). Mulut berkata maaf tapi hati tak boleh nak terima. Bukan saya nak buka aib sesiape (jika terasa saya membuka aib seseorang, beribu ampun saya pinta) tapi ni betul2 boleh dijadikan pengajaran yang amat sangat berharga untuk kita menapak kaki dalam hidup ni. Hal ni pun pernah terjadi jugak terhadap beberapa orang yang saya kenal yang bekerja di luar negara.

Keluarga dirumah ternanti-nanti kedatangan beliau tapi beliau di negara orang telah bermain api dengan orang lain (jika ada yang bagi comment nantinya, sy harap takde yang comment memaki). Itupun yang jadi dekat keluarga kecil suami. Suami cakap yang dia dah bagi second chance masa tu tapi sayangnya istri buat silap lagi sehinggakan masa istri balik kampung tu suami tak bagi lagi balik luar negara tapi berkeras jugak nak balik, akhirnya suami pun akur dan biarkan istri balik negara orang, tapi dalam hati suami dah terluka sangat2 dan takde keredhaan kepada sang istri sehinggakan susah nak bagi maaf. Nak terus jatuh talak tu anak2 dia masih kecik2 lagi, tak sanggup jika anak2 membesar dengan kedua orang tua berpisah sehinggakan 2,5 tahun berlalu suami dah tak tahan & diceraikannya si istri.

Lepas tu barulah suami berkahwin ngan saya. Memang betul suami berkahwin dengan saya pun perceraian dia orang belum jatuh mahkamah lagi disebabkan ex istri masih belum balik dari luar negara untuk memfailkan surat2 cerai dia. Disebabkan hal tu lah keluarga ex istri ingat saya lah penyebab dia orang bercerai berai, walhal sy bernikah lepas lebih dari 6 or 7 bulan dia orang bercerai. Dari 5 bulan lepas bernikah tulah mulai ada gangguan-gangguan. Ok back to story when I was in my room with husband..

————————————————

“Adik coba cari info kontrakan (rumah sewa) di Sragen, Babe kemarin konsultasi sama boss mau buka office baru di Sragen. Adik tolong cariin ya.”

Pastu saya iyakan je tanpa banyak tanya. Then kita orang cari melalui facebook dan dapatlah beberapa info rumah untuk disewa. Then saya ngan suami plan nak gi hari kamis pagi je sebab hari sabtu dah buat janji ngan pemilik rumah sewa, senang la kita nanti boleh rehat dulu sebelum check rumah sewa tu. Tapi tetibe hari isnin malam tu suami cakap..

“Adik, kita pergi besok pagi aja ya, biar nanti bisa ketemu dulu sama anak2.”

Nak pegi kota Sragen tu nak kena lewati bandar “M”-Magetan-Ngawi-Sragen (kami tinggal dekat kota Sidoarjo). Then saya cakap ok ja lah sebab hari selasa saya free takde temu janji ngan klien, lagipun hari rabu pun hari cuti nasional. Pergi lah kita dua orang pepagi lepas sholat subuh naik motosikal (motosikal je yg kami ada sebab takde kereta lagi huhu). Sampai bandar “M” dah siang, perjalanan Sidoarjo-bandar “M” about 3-4 hours kalau tak banyak singgah, tapi sebab selama perjalanan kami banyak singgah dulu untuk buang penat, so perjalanan kami tu ada lah buang masa 6-7 jam (mau nak kena buasir duduk lama2 atas motor haha). Sampai je bandar “M” nak terus jumpa anak2 tapi tak jadi sebab tak dibaginya berjumpa bila suami datang dengan saya.

Kami pun lanjutkan perjalanan je lagi, nak pegi rumah kawan kami dekat Ngawi n menumpang tidur kat situ. Panggil je kawan kami tu Abil. Tapi sebelum pegi rumah Abil tu kami ada pegi pusing2 bandar “M” tu, pastu pegi rumah customer suami yang dekat bandar “M” tu. Sebab Abil masih kat luar, cakap lepas isya’ baru sampai rumah. Jalan pegi Ngawi tu beerrgghh teruk betul (sebetulnya ada jalan yang bagus n senang dilalui hanya saja suami tak tau hehe) sebab banyak sangat lori angkut pasir yang lalu. Tempat tu dekat dengan galian pasir so memang banyak sangat lori yang angkut pasir lalu. Belum lagi debu dia banyak sangat sampai hitam muka ni kena debu2 pasir n asap kederaan yang lalu lalang. Kami gerak sebelum maghrib then berhenti kejap kat mesjid bila dah masuk kota Ngawi untuk sholat maghrib. Lepas sholat pun kami kembali lanjutkan perjalanan.

Selama dalam perjalanan tu memang gelap sangat2, jarang2 ada lampu penyuluh jalan. Lagi2 rumah Abil tu masuk sangat dekat kampung, so kena lalui hutan dan sawah2 serta kebun2 lah, sebab tu takde lampu penyuluh jalan. Dekat jalan tu memang seriau lah sebab kejap2 macam ada orang duk tepi jalan tapi entah manusia ke bukan kita tak tau sebab kalau manusia pun wat apa malam2 duk bediri je tepi jalan dekat hutan macam tu kan, tapi kita tak hiraukan je. Lepas lebih dari 2 jam perjalanan sampai lah kita dekat rumah Abil tu. Sampai rumah Abil dah pukul 9 malam (Malaysia pukul 10 malam) biasa lah kan borak-borak dulu kejap sebelum masuk tido.

Rumah Abil ni ada bilik tido tu satu je yang lain tengah renovate. Saya ngan suami tido dekat ruang tamu. Ruang tamu dia ni luas sikit tapi takde kerusi just guna karpet je dan ada meja dekat sudut ruang tamu. Dari ruang tamu tu bila tengok sebelah kiri boleh nampak dapur n bilik mandi, bila tengok depan boleh nampak bilik keluarga yang ada tangga nak ke ruang atas tapi ada pintu yang akan ditutup bila dah masuk tido n pintu keluar ada sebelah kanan saya n suami tido. Lepas borak2 tu kita orang semua dah penat sangat, Abil dan istri dia pun masuk bilik untuk tido. Saya ngan suami pulak letak tilam tu dekat je ngan meja, lepas tu kita tutup lampu n start nak tido.

Dalam berapa menit kami tido tetibe macam ada yang cuit lengan saya, ingatkan suami lah yg saje nak kacau terus saya tido balik. Baru je pejam mata ada yg tarik kain saya (tak guna selimut sebab panas kita guna kain je) saya belek mata sikit nak cari kain tu, tengah cari tu saya nampak ada orang lalu dapur, saya ingat Abil nak gi toilet ke ape tapi pintu bilik mandi tu tak tutup pulak, suara air pun takde. Saya fikir positif jelah mungkin Abil nak pegi toilet tak jadi pastu saya balik tido. Tengah sedap tido tu saya terbangun dengar suami ada meracau sikit tapi tak tau cakap apa, tengok jam dekat phone baru pukul 2 pagi macam tu. Bila nak tido balik je tetibe terase pulak nak terkucil, then sy pegi terus bilik mandi. Balik je dari bilik mandi, terkejut pulak tapi tak berani nak teriak sebab takut semua orang bangun, sy nampak kat tepi badan suami tu ada satu lembaga yang tengah duduk memerhati suami n suami pulak macam meracau lagi.

Pastu saya baca2 je surah apa2 yang saya ingat sampai doa makan n doa sebelum tido pun saya baca hahaha takut punya pasal, lepas tu benda tu hilang macam tu ja n suami pun berhenti meracau. Tapi tak sampai disitu, bila saya nak baring je nampak lembaga tu bediri je dekat tangga merenung saya dengan tatapan yang seram sangat sampai nak menangis saya dibuatnya n macam mana boleh pintu tu terbuka walhal tadi suami yang tutup pintu tu siap berkunci lg. Sebab takut sangat saya tutup je mata n baca apa2 yang patut, nak bangunkan suami tu pun tak sampai hati sebab penat sangat bawa moto berjam2 lamanya, tak tau la benda tu ada lagi ke tak sebab saya terus tertido. Tapi saya perasan sejak malam tu saya selalu terbatuk2 tapi tak keluar kahak pun sampai sakit bila bernafas, lebih2 lagi bila malam tiba & badan saya akan sering demam bila dah masuk waktu maghrib.

Bila dah subuh tu saya bangun pintu tu masih tertutup lagi, saya tengok suami tengah sholat, lepas dah terang sikit kita orang keluar la nak pegi balik bandar “M” sebab suami ada janji nak jumpa customer. Bila tengah hari pulak suami dah janji nak tengok anak2 kat umah ex mertua dia dan lagi2 saya tak boleh ikut jumpa anak2 (sedih betul). So suami suruh saya tunggu dekat kedai kopi berdekatan. Lama lah tunggu dah nak dekat 2 jam camtu, pastu suami datang n cakap yang hari ni anak2 nak sangat tido ngan ayah dia n ex mertua pun bagi suami tido kat rumah dia malam tu, so suami minta saya balik dulu kat rumah Abil sorang2 guna GPS takut2 kalau salah jalan.

Saya pun balik la sorang2, saya gerak awal sikit selepas ashar macam tu sebab takut bila dah gelap tak nampak jalan. Tapi biarpun guna GPS pun sy salah jalan jugak, sesat jugak sebab GPS suruh saya ambik kiri saya ambik lurus je hahaha, tapi Alhamdulillah pusing punya pusing sampai jugak rumah Abil tepat sebelum maghrib. Bila suami takde, maknanye saya nanti kena tido sorang2 lah kan… alamaaakkk… tapi Alhamdulillah mlm tu tido takde gangguan apa2 lagi.

Next day as usual I go to bandar “M” again nak jemput suami then kita pusing2 lagi bandar tu n sesekali kita ada jumpa customer suami (keje kita ni memang pusing2 bandar je sebab kita keja as a seller product herbal, perusahaan herbal ni pun berasal dari Malaysia, sebab tulah kita boleh kenal laki kita haha). Satu per satu rumah customer tu kita dah datang, tak rasa pulak hari dah masuk waktu isya’ lepas sholat je suami cakap…

“Adik hari ini babe tidur sama anak2 lagi ya? Masih rindu sama anak2. Adik pulang sendiri boleh?”.

I was like terbeliak mata ni, bukan sebab dia nak tido kat rumah ex mertua dia lagi tapi sebab ni dah malam kot, takkan nak balik sorang2 kan sedangkan siang je boleh sesat, lagi lah malam gelap gulita macam tu.

“What??? Babe ini kan dah malam, adik balik sendiri dalam gelap begini, sedangkan siang pun adik sesat???”

Akhirnya suami pun hanya tersengih2 n cadangkan untuk hantar balik rumah Abil, tapi dia bawa motor sendiri yang ada kat umah ex mertua. Lepas ambik motor je terus kita membelah malam menuju rumah Abil, sesampai rumah Abil dah lambat sikit, istri Abil n anak2 dia pun dah tido (masa ni Abil tengah kat luar bandar n akan balik hari juma’at pagi) so, kita ketuk2 pintu tu ada la jugak 15 menit baru dia terbangun n buka pintu. Masa tu suami saya tak masuk rumah n terus nak balik. Istri Abil pun hairan jugak pastu saya jelaskan serba sedikit n dia pun faham. Malam tu saya tido pun tak ada gangguan lagi sampailah esok malamnya gangguan tu termasuk dalam golongan teruk jugak la n malam tu rasa dunia saya gelap sekelam gelapnya malam paling pekat.

Hari juma’at malam, saya ngan Abil duduk2 kat luar mesjid lepas tunaikan sholat maghrib, malam ni rasa2 saya terlupa yang saya tengah datang period (haha boleh pulak terlupa) sebab tu sy sholat maghrib sekali sampailah suami dengan kawan kita sorang lagi dari Yogjakarta, panggil saja Alan, datang. Suami pun tanya lah kenapa saya sholat sedangkan tengah period? Barulah saya teringat yang saya tengah period hahaha. Dekat sebelah mesjid ni ada kedai makan padang so suami ajak lah kita orang semua makan tp Abil & Alan tak nak sebab Abil cakap istri dia dah masak kat umah. So kita pegi dua orang jelah. Bila dah masuk kedai je suami minta makanan tu tapau je kita makan kat rumah Abil. Masa kita tunggu makanan tu siap kita duduk2 la borak2 tetibe je suami aku ni romantis2 bagai n cakap…

“Adik jangan pernah tinggal babe ya, babe sayang adik sampai kapanpun, sampai Allah memisahkan jiwa dari raga ini”

Ceh kena sampuk apalah suami aku ni haha.. tak berapa lama lepas tu meme muka suami jd serius sangat n tetibe je meracau entah apa2. Bagi ucap selamat lah apa lah entah… tapi yang tiba2 je buat aku macam tersambar petir tanpa hujan bila suami cakap…

“Didi binti …..(nama dirahsiakan hehe) sy ceraikan kamu dengan talak satu.”

Bedebummmm, rasa2 nafas ni berhenti n jantung tu luruh macam tu ja. Terkejut tiba2 tak da angin takda hujan suami cakap benda merepek macam tu. Pada masa yang sama akak pemilik kedai tu datang dengan makanan yang kami pesan. Saya capai je makanan tu n langsung pegi dari situ, air mata ni rasa nak gugur tapi saya tahan sebab tak nak Abil n Alan syak sesuatu. Saya tengok belakang akak pemilik kedai tu tepuk bahu suami n suami pun terkial2 bayar nasi yang dah sy bawa. Suami datang pada saya pastu tanya kenapa, apa yang dah jadi? Saya tak jawab apa pun. Abil & Alan tengok je terkilan tengok kita orang. Saya capai kunci motor n terus melaju balik rumah Abil. Entah macam mana pulak saya boleh ingat jalan rumah Abil n tak sesat sikit pun biarpun dah malam n gelap.

Dalam perjalanan tu saya menangis tak henti2 sambil bawa moto, nasib baik tak terlanggar pape. Sampai je rumah Abil saya ambik barang saya semua n pamit kat istri Abil nak balik Sidoarjo malam tu jugak. Istri Abil pun blur je. Sesampainya tengah jalan saya sedar yang jalan semakin gelap n saya rasa yang saya dah sesat, ditambah takda satupun kendaraan yang lalu. Lepas tu saya pun buka waze. Waze tu cakap suruh saya ambik lurus je then saya nampak ada satu lori ni kat depan, lori ni punyalah lambat pastu saya potong je, waze tu pun masih suruh lagi saya jalan terus sampailah dekat macam pasar malam tapi tak ramai sangat orang kat situ. Suami dah call berkali2 tapi tak satupun saya angkat. Sampai trafic light dekat dengan pasar tu saya berhenti tengok minyak dah paras bawah akhirnya saya pun cari kedai berhampiran nak beli minyak sebab nak gi gas station tu jauh lagi. Tuan punya kedai tu tanya lah

“Mbak bade tindak pundi sampun ndalu ngeten?”
(Cik nak gi mana malam2 macam ni?)

“Bade tindak kota ‘M’ pak”
(Nak pegi bandar ‘M’ pak cik)

“Oooww atos2 pun ndalu piyambaan.”
(Kena hati2 dah malam sorang2)

“Njih pak, matur mbah nuwun.”
(Iya pak cik, trima kasih)
“Dugi mriki mendet pundi njih pak bade dateng kota ‘M’ ??”
(Dari sini lalu mana ya pak cik bila nak gi bandar ‘M’ ni?)

“Dugi mriki, panjenengan lurus mawon sampun Maospati, sampai maospati ke kanan lurus sampai terminal bis njenengan ngeri trus lurus pun kota ‘M’.”
(Dari sini cik ambik lurus je dah sampai maospati, sampai maospati ambik kanan lurus sampai bus station cik ambik kiri terus lurus dah kota ‘M’)

“Njih matur mbah nuwun pak.”
(Baiklah, terima kasih pak cik)

Saya pun tengok waze masih suruh lagi ambik lurus. Sy ingat lurus yang pak cik cakap tu jalan depan saya tapi rupanya jalan dekat trafic light tadi tu, so saya ambik la lurus ikutkan jalan tu (jalan depan saya yang sesuai waze) sampai lah saya tak sedar yang saya ni dah tersesat jauh sangat tapi waze masih suruh lagi saya ambik lurus sampailah saya masuk kawasan kebun tebu yg mana kanan kiri tebu semua tapi saya masih juga sangka baik. Dekat tengah kebun tebu tu saya nampak ada pak cik yang dah tua macam tu hanya guna seluar separas lutut n baju yang dah lusuh tengah menggali pasir. Lepas tu dari arah belakang saya nampak sorang laki2 bawa motosikal mengikuti moto saya.

Takut ada apa2 yang tak diinginkan keatas saya, terus saya pecut moto sampai saya melalui kawasan hutan yang mana sepi sangat2 macam takde kehidupan langsung. Lepas je melepasi hutan tu saya nampak ada kampung sekitar 3-4 KM dr kampung sebelumnya. Yang saya pelik kampung ni lain sikit dari kampung2 yg sebelum ni saya lalui. Suasana kampung ni macam masih siang tapi agak mendung, nampak budak2 tu masih main depan rumah, ada jugak budak2 yang tengah main basikal ramai2. Pastu saya tepikan moto saya n ada satu budak lelaki yang main basikal ni asik dok terpandang je kat saya macam hairan, lepas tu tetibe saya terdengar suara moto lelaki yg mengikut kat belakang saya tadi melintas di depan saya tapi peliknya saya tak nampak moto tu sampailah suara moto lelaki tu hilang.

Pastu saya dah sedar yang saya sesat dan sepatutnya hari dah malam tapi kenapa kat kampung ni hari masih terang lagi? Saya tengok waze saya macam jem takde suara or tunjuk arah mana sekalipun. Pastu budak lelaki ni senyum je pandang saya, dibawanya basikal tu menuju arah saya dan tangan dia menunjuk arah hutan tadi, saya anggap la yang budak ni nak tunjuk jalan kat saya. Terus saya pusingkan balik moto saya mengikut budak tu, sesampainya dekat pintu masuk kampung tu, budak tu ketepikan basikal dia dan tunjuk arah jalan kat hutan tu tadi. Saya keluar dari kampung tu, saya tengok kat side mirror budak tu lambaikan tangan n tetibe kat belakang tu dah gelap macam takde kampung langsung dan tetibe terkejut saya bila waze berfungsi balik n keluar suara dia, nasib baik boleh kawal lagi moto tu.

Kembali saya lalui hutan dan kebun tebu tu, pak cik yg gali pasir tu pun masih ada lagi. Waze arahkan saya untuk lurus je tapi saya perasan yang sepatutnya saya ambik kiri untuk balik kampung sebelumnya tapi saya tak boleh kawal moto saya kekiri moto saya tu terus lurus je, sampai akhirnya saya masuk dalam galian pasir yang cukup besar tapi tak dalam sangat. Masa tu moto saya sangkut tak boleh nak keluar tapi masih kekal berdiri sebab saya pegang, lampu moto pun macam nak mati. Tetibe macam ada orang lalu belakang saya tapi bila saya tengok belakang takde sesiapa (entah ada pun saya tak nampak sebab gelap sangat2). Lepas tu saya rasa ada tangan yang tarik kaki saya sampailah saya jatuh bersama moto saya. Then rasa semakin ramai orang kat sekeliling saya padahal tiada sesiapa pun kat situ kecuali saya, kemudian kedua tangan saya serasa di rentap dan ditarik kekanan & kekiri. Masa tu hanya Allah saja yang tahu macam mana perasaan saya. Saya menangis, menjerit sekuat-kuatnya tapi tiada siapa yang dengar atau mungkin suara saya yang tak terkeluar. Nak baca apa2 pun suara macam tersekat bahkan dalam hati pun macam tak boleh baca apa2 pun, saya hanya boleh menangis je malam tu di tengah gelap.

Saya teringat pak cik yang gali pasir tadi & ada satu moto lalu, masa saya panggil minta tolong pun orang tu macam tak dengar je. Saya menjerit lg sekuat hati tapi moto tu berlalu macam tu je n pak cik yang gali pasir tu pun tak bergerak sikitpun. Ya Allah dugaan apa yang Kau berikan. Badan saya dah sakit semua kena tarik sana sini. Masa ni akhirnya saya pasrah dan serahkan segalanya pada Allah, apa yang nak jadi pun jadilah. Saya kumpulkan segala kekuatan sebab teringat lg dekat Ayah, Ibu, Suami dan keluarga yg lain. Saya teriak sekuat hati membaca takbir “ALLAHU AKBAR” berkali-kali sampailah tangan-tangan yang menarik saya kesana kemari tadi lesap dan malam pun menjadi hening. Saya kumpul lagi kekuatan angkat moto tu dengan terus melaungkan takbir dan tetibe phone saya berbunyi, suami call.. saya angkat dan terus cakap yang saya sesat dan jatuh dalam galian pasir.

“Adik, adik di mana sayang? Babe call berpuluh kali nggak boleh. Adik di mana sayang?”, Terdengar menangis suami saya mencari-cari saya tapi tak jumpa.

“Babe adik sesat tak tahu adik dimana sekarang..adik takut babe..gelap disini..adik jatuh di galian pasir..kanan kiri semua kebun tebu & hutan adik takut.”

Saya bercakap sambil terus menangis tak henti2. Suami terus bagi semangat dan terus pusing-pusing cari jalan yang saya lalui tadi. Alhamdulillah dengan kehendak Allah moto pun mampu saya keluarkan dari galian pasir tersebut dan saya terus bawa keluar dari tempat tu. Saya bawa terus sampai lah dekat trafic light yang saya berhenti tadi. Saya call lagi suami, tadi sempat terputus sebab phone habis batrai, saya sambungkan phone kat powerbank, nasib baik powerbank belum guna lagi sejak siang, saya call suami saya bagi arah2 yang saya lalui tadi.

Saya masih lagi menangis dan satu pak cik ni perasan sejak tadi n bertanya kenapa. Saya jawab je saya nak gi bandar ‘M’ tapi sesat dan cerita serba sedikit yang saya lalui tadi pastu pak cik tu minta becakap ngan suami dan bagi arahan dimana lokasi kami masa tu. Alhamdulillah suami pun sampai dan terus menangis peluk saya. Pak cik tu pun pandang je n suruh kita orang berhati2. Pak cik tu pun cakap yang kawasan tu memang jalan hutan, nanti ada kampung lagi pun selepas 6-7KM dr tempat tu.. pelik.. padahal saya sampai pun masuk kawasan kampung tu dalam 3-4 KM je.┬áHabis tu yang aku singgah tadi kampung apa? Dan budak lelaki tu siapa? Malas nak fikir sebab masih terkejut lagi dengan peristiwa malam ni.

Malam tu jugak kami balik Sidoarjo. Janji nak tengok rumah sewa pun kami batalkan. Moto suami pun di letak dekat penitipan moto kat bus station. Sepanjang jalan saya hanya menangis dan meroyan kat suami. Suami hanya pegang tangan saya takut jatuh sambil bawa moto tu, lalu suami ketepikan moto sebab hujan dah turun semakin deras. Turun je dari moto terus tak ingat dah apa jadi lepas tu, saya rasa saya pengsan kot. Tapi suami cakap yang saya macam kena sampuk, suara saya jadi garau, mata meliar dan merah, tenaga saya macam jadi kuat sangat. Pastu suami azan kat telinga terus menerus sampai saya pun bangun. Bangun je badan rasa sakit2 belum lagi sakit pasal jatuh moto tadi. Hujan dah reda sikit, kami pun lanjutkan perjalanan & berhenti dekat mesjid. Malam tu kita tidur dulu kat mesjid tu sebab nak cari penginapan pun payah sikit.

Esok paginya kita pun gerak lanjutkan perjalanan kita, sempat singgah kejap kat gas station untuk isi minyak, sarapan n mandi. Sesampai rumah je kita tak bertegur sapa, tido pun bilik asing2 sebab saya rasa masa tu dia bukan lagi suami saya. Masih terkilan lagi ngan apa yang jadi & masih bingung lg macam mana nak bagi tahu ibu & ayah pasal ni. Batuk saya pun tak kunjung sembuh & bila dah masuk maghrib ja badan saya mesti demam dan mula meracau sampai lah lepas isya’. Berterusan hingga satu minggu lebih akhirnya suami bawa pegi jumpa doktor tapi doktor cakap saya ok je, doktor bagi je ubat batuk n paracetamol tapi sampai ubat dah habis pun batuk dan demam tu masih beterusan, dan bila malam je saya terus rasa banyak sangat orang2 berkulit hitam macam arang datang nak ambik saya.

Akhirnya suami pun bawa saya jumpa sorang ustaz ni. Dan ustaz ni cakap yang kita dua orang ni dah terkena sihir belum lagi gangguan dari luar. Masa saya sesat hari tu pun sebab orang yang hantar sihir tu nak saya sesat selamanya tak jumpa jalan balik, tapi alhamdulillah Allah masih terus lindungi saya sehingga saya boleh balik. Dan suami pulak masa jatuhkan talak tu dia tak sedar sebab bukan dia sendiri yang cakap & hukum dari talak tu menjadi tidak sah. So sampai sekarang pun kita masih lagi suami istri. Ustaz cakap jika kita pernah sakitkan hati orang tu sengaja ke tidak sebaiknya segera meminta maaf. Lepas kejadian tu, suami sedar dengan sesuatu lepas tu dia pegi balik kampung ex wife dia n minta maaf dekat ex mertua n jelaskan semua apa yang jadi sebetulnya antara dia & ex wife dia. Pastu minta maaf jugak dekat ibu mertua saya dekat bandar ‘P’ (kampung suami) n pada kawan2 kami semua pun kami minta maaf jugak tak kira siapapun itu entah kami salah ataupun tak.
Lepas dari hari tu batuk pun dah beransur sembuh dah dan tak pernah demam lagi. Kalau gangguan2 kecik tu ada la lagi, ustaz cakap tu efek je sebab kita hidup tak bersendiri je di muka bumi ni, masih ada maakhluk Allah yang lain.

Tu je lah cerita dari saya maaf la jika panjang berjela n tak memenuhi tahap klimaks keseraman pembaca. Dan maaf jika bahasa tunggang langgang tak keruan. Saya bukan penulis, just nak share je pengalaman supaya jadi ikhtibar. Jangan bepegian bawa kenderaan masa tengah emosi n jangan percaya waze 100% hehe..
Wassalamualaikum warrohmatullah.

NB: Jangan ada yang mengira2 siapa yang hantar sihir, huznuzon je sebab tak tahu siapa yang hantar, ustaz tak bagi tahu pun.

Leave a Reply

4 Comments on "Gelapnya Malam Semakin Kelam"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
harumanis

mencabar sungguh perjalanan..x boleh bayangkan.semoga tabah ya

hijabista

nasib bek dpt suami sweet. pujuk elok2 masa tengah marah..

syamsir

indonesian with a good command in malay slang write up..terbaik

dudapujaandara

dia org malaysia la

wpDiscuz