What Goes Around Comes Around

Cuti sem sememangnya cuti yang paling ditunggu2 utk para2 student , heheh . Aku , Roro , Zaat , Kika , Faten dan Ain adalah 1 housemate di mana kami menetap di sebuah rumah yang disediakan khas utk para2 student . Bila cuti sem bermula semua student mula meninggalkan rumah masing2 utk pulang ke kampung halaman . Aku ? Padan muka aku pemalas nak beli tiket punya pasal so aku kena balik 5 hari slpas cuti sem bmula.

Roro dan Kika terpaksa terjebak balik lambat dgn aku sebab rumah diorang sebelah taman aku so kami memang selalu balik saing . Fateen dah balik dlu . Ain pun balik lambat sebab aku paksa dia stay dgn kitorang lagi pun rumah dia tak jauh sgt dgn kawasan perumahan kami , adalah dalam 20 min .
Taman perumahan kami jadi lengang , so krik krik jugak situation di tempat itu . Aku decide nak kemas rumah sama2 at least time balik senang la hati nmpak rumah clean and clear . Kitorang divide keje masing2 . Roro aku suruh sapu smpah sebab umah tu dah mcm hutan aku perhati , Ain aku suruh buang sawang2 dedekat penjuru dinding takut2 spiderman membiak dgn berleluasa , dah bertambah hero dongeng dekat malaysia ni nanti , Kika aku suh dia masak kat dapur , aku pulak mop lantai . Sampai hampir senja jugak kami siapkan kerja2 kami .

Bercahaya mata aku tengok rumah aku . Eh ni rumah presiden bush ke ? Kemas betul . Aku siap boleh make up tengok mozek dah tak payah lagi guna cermin . Aku punya lah jalan hati2 sebab sayang nak pijak hahah . And then kami pun makan bersama untuk meraikan kejayaan kami sebagai pemalas level max bet dalam bab2 kemas mengemas ni.

Selepas isyak Kika dah masuk tidur dulu. Apa yang dia penat sangat pun aku tak faham lah sebab tugas dia memasak sahaja . Tak logistik betul. Time camni tak memasal kluar pulak idea jahat dalam palaotak aku . Aku rancang nak pedajal Kika. Cipet dia dah janji dengan aku malam tu nak pijak belakang aku . Roro dan Ain sokong pulak. Apelagi kitorang masuk bilik master dan bermula lah kerja make up . Telekung aku , aku korbankan. Ain lah jadi mangsa sape suruh dia tinggi kan dah sesuai kena petik jadi hantu bungkus. Then result dia memang menarik sebab Roro mmg la pakar bab conteng muka kawan ni. Cuma spoil skit tang bibir. Yelah apehal dia apply lipstick colour nude . Pocong bibir colour nude ? Mampus tak layan .

Then lets the game begin . Aku dgn Roro dah stanby belakang pintu . Ain aku suruh dia berdiri tepi penjuru katil bila Kika bangun je pepandai la dia start aksi dia . Alarm sekuat bom aku dah standby sebelah kika . Bila alarm tu berbunyi confirm lah dia bangun kan . Then bila kitorang dah set time kami pun standby kat tempat masing2 . Dalam hati excited betul nak pedajal Kika . Then alarm pun bunyi dah . Tapi Kika ni tak bangun2 pun , kaki betul lah . Kuat kot ! Aku frust lah aku pun matikan alarm . Bingit telinga aku . Kesian Ain peluh2 dia nak berlakon tapi mangsa tak bangun pulak.

Tengah sibuk2 nak set second alarm tu Roro cuit bahu aku , dia tak boleh cakap time tu dia pakai isyarat mata je suruh aku tgok atas cupboard . Umangai …. Ko tahu ape nampak ape ? Perempuan pakai baju putih koyak2 duduk dekat situ . Kalau duduk sopan2 tak pe lagi . Ni kaki kat atas kepala dia terjuntai kat bawah . Maknanya kaki dia sangkut kan kat atas cupboard tu lah . Dgn rambut dia menggerbang lagi . Gigi berdarah , lidah dia umangai panjang weh aku rasa ada sikit2 mix ular , mata pecah 1 , kulit terkopek-kopek mnyeringai dekat aku.

Ain dan Roro dah pengsan dah lepas menjerit . Untunglah habis aku ni ? Argh aku pun pura2 pengsan , tapi tu lah aku cuma pura2 . Aku denga beb dia mengilai seolah-olah tahu yang aku ni main watak penipu . Tak lama kau tau dia cakap apa ? Hai tidur ke pura2 tidur ? Sambil mengilai. Suara dia aku taktau nk explain cemana , macam suara orang pecah tekak , garau sengau , senang cerita kalau join AF juri pun akan ludah tanpa belas kasihan lah.

Aku dalam hati ayat kursi doa makan doa tido semua aku campur aku baca skali . Dah tak boleh fikir dah. Menggigil aku weh. Hati aku nak meletus , meletup , lebur , kejang kaku keras semua lah . Lepastu dia cakap lagi. Tak pandai baca doa eaaaaa . Ah kali ni aku panjatkan kesyukuran yang kepada tuhan yang maha esa aku bebetul pengsan . Hmm

Aku terbangun esoknya Kika kejut . Dia tanya aku macam2 . Kenapa Ain pakai camtu kenapa korang tido dekat bawah bla bla bla. Aku dengan rasa penuh kesal di dada cerita semua yang terjadi . Sumpah aku menyesal weh. Badan aku panas dah . Roro dengan Ain pun naik demam sama. Kika gelakkan aku. Dia kata kalau time tu dia terbangun dia amik Ain jadikan bantal peluk. Sombong betul. Aku menyesal dah aku takkan pedajal kawan aku lagi tapi aku harap Kika suatu hari nanti jumpa situation macam aku. Dari pagi smpai petang dia tak habis gelakkan aku . At the end keesokkan harinya juga kami semua balik. Parents amik hehe. Selepas daripada kejadian ini aku berubah menjadi yang lebih baik dan bertakwa. Serik dahh!

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]

9 thoughts on “What Goes Around Comes Around”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.