GUGUR Part Akhir
Seminggu sudah berlalu, aku kembali kerumah ku selepas kejadian itu. Aku masuk ke rumah sambil memberi salam. Kelihatan Kak Emma dan Kak Solehah sedang berbual menjawab salamku. Mereka berdua memandang aku. Kak Emma bingkas bangun dan berjalan cepat kearah ku.
“Erra, okay tak ni?” Aku hanya membalas dengan senyuman. Aku terus berjalan keruang tamu beriringan dengan Kak Emma. Kak Solehah menyuruhku duduk. Aku terus menceritakan kejadian malam itu.
“Allah ye ke? Akak tak pernah pulak kena macam tu. Selama ni okay je lah tak pernah kan kena benda-benda macam ni.” Kak Solehah dan aku sama-sama angguk tanda mengiyakan kata Kak Emma.
“Akak, yang lain belum balik lagi?”
“Belum, yang roommate awak tu macam biasalah jarang melekat kat rumah jadi kami tak tahu. Ezzy kata malam tadi dah balik dah. Dia sorang je lah kat rumah tapi dia cakap tadi takda kena kacau apa-apa pun. Alin dia dah gi kelas pagi tadi. Diba sekali lah dengan Alin gi kelas. Qiela pulak keluar tadi beli makanan. Bella pulak belum sampai lagi. Kamu tu dari mana?” Kak Solehah bertanya semula kepada aku.
“Tadi dari kelas kak. Penat sikit. Nasiblah akak ada malam ni. Jom kita jemaah solat zohor jap lagi” Kak Emma dan Kak solehah serentak mengangguk.
——-
Pukul 5 pagi, kedengaran suara Qiela mengetuk pintu berkali-kali. Aku lantas bangun terus pergi buka pintu bilik. Qiela menggigil ketakutan.
“Eh asal dengan kau ni Qiela? Asal menggigil ni?”
“Weh kau gi tengok Ezzy kat dapur tu. Dia tiba-tiba gelakkan aku macam orang mengilai.” Aku terus pandang kedapur. Terlihat Ezzy memandang aku tersenyum. Dapur agak gelap. Lampu ruang tamu sahaja terbuka. Kelihatan seperti ada bayang hitam tinggi dibelakang Ezzy. Aku memberanikan diri mendekati Ezzy. Qiela menyorok dibelakangku takut untuk memandang Ezzy.
“Ezzy, kau asal okay tak?” Aku bertanya pada Ezzy. Bayangan hitam dibelakang Ezzy sudah hilang. Aku membuka lampu dapur, check keliling memang tiada apa-apa. Ezzy menyeringai sambil memandang Qiela.
“Qielaa kenapaaa takut ke?” Dia memandang Qiela. Ketawa melihat Qiela ketakutan.
“Weh Ezzy kau ni kenapa okay ke tak?”
Ezzy memandangku marah. “Kau diam” Aku memandang Ezzy. Dia kembali berpaling kepada Qiela.
“Kenapa Qiela takut dengan kita ni?” Dia kemudian ketawa lagi. Aku menarik Ezzy untuk duduk. Ezzy mengikut sahaja. Aku duduk di kerusi, sambil menepuk belakang Ezzy.
“Kenapa kau masuk badan kawan aku ni?” Ezzy kemudian berubah muka dan hanya diam. Tidak berkata apa-apa.
“Macam ni lah, kejap lagi nak azan. Dari rumah aku ni memang kuat dengar azan. Baik kau keluar sekarang.” Dalam hati aku banyak berzikir dan baca ayat qursi. Aku nak kata kuat takdalah juga tapi aku beranikan diri untuk bercakap. Kalau aku tak berani, Qiela macam tu. Susah juga. Aku pula masatu lupa nak kejutkan yang lain.
Ezzy bangun dari kerusi. Jalan menuju kebiliknya. Sangat slowmo, tiba-tiba dia rebah. Aku kemudian pergi kedapur ambil air botol dan tuang kedalam cawan. Aku baca 3 qul, ayatul qursi dan doa bismilahi syafi (kalau yang tahu akan tahu apa kegunaan doa tu) . Aku hembus kedalam air kemudian aku tuang ketelapak tangan, aku renjis ke muka Ezzy. Ezzy sedar kemudiannya. Dia memandang aku dan Qiela silih berganti. Pelik katanya. Last dia sedang tidur didalam bilik katanya. Aku ke biliknya, membuka lampu bilik tidurnya. Kelihatan tingkap biliknya terbuka luas. Qiela ketika itu sudah menangis kerana ketakutan. Aku marah juga lah Qiela masatu sebab terlampau menunjukkan ketakutan dia.
“Kau buka tingkap ke zie?” Aku cakap nada berbisik. Kak Solehah dan Kak Emma sedang nyenyak tidur. Ezzy menangguk. Aku terus menuju ke katil Kak Solehah. Aku membangun kan keduanya. Mereka tidur di katil double decker. Kak Emma diatas manakala Kak Solehah di katil bawah. Terpisat-pisat mereka bangun. Aku mengajak mereka untuk solat jemaah.
Mereka keluar dari bilik, dan melihat Qiela yang sedang menangis.
“Eh awat ni?” Kak Emma bertanya dengan muka serious.
“Nanti saya cerita selepas kita solat subuh kak. Sebab perkara ni dah semakin serious.”
Kak Emma hanya mengangguk.
—-
“Yeke? Allahuakbar! Takpe nanti akak dengan Kak Solehah kalau ada masa kami pergi darul syifa” Aku mengangguk tanda setuju.
Kami pun bangun dan masuk ke bilik masing-masing. Qiela masuk bilik aku memandangkan pintu bilik aku yang tidak tertutup. Qiela tutup pintu dan aku dengar bunyi ‘ketek’ tahulah aku dia mengunci pintu bilikku.
“Erra, aku nak cakap sikit boleh?” Aku memandangnya sambil mengangkat kening.
“Nape babe? Kau tak okay lagi ke?” Qiela melabuhkan p******g keatas katilku dan duduk disebelahku, aku sedang baring dan memandangnya.
“Kau kalau aku cakap jangan marah tau.” Qiela cakap sambil berbisik. Aku memandangnya tak mengerti.
“Kau perhatikan Ezzy tau, ada benda dia buat belakang kita semua”
“Dia buat apa?”
“Dia banyak kali bawak masuk rumah boyfriend dia. Setiap kali kita takda kat rumah ke, kakak-kakak takda dalam bilik time tu lah boyfriend dia akan masuk” Aku bangun duduk dengan wajah terkejut.
“Mana kau tahu ni?” Aku bertanya kepadanya.
“Aku rapat dengan dia. Kau pun tahu kan. Aku sebenarnya tak berapa setuju tapi kau tahu angin si Ezzy macam mana” aku terdiam sejenak. Kemudian aku mengangguk. Benar , Ezzy memang seorang yang baran.
Qiela bangun keluar dari bilikku sambil menutup pintu bilikku. Aku terus tidur memandangkan hari itu tiada kelas.
——
Aku baru lepas mandi, melihat jam menunjukkan pukul 1.35 petang. Aku baru ingin berpakaian. Sedang aku menyarung baju tiba-tiba pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Aku terus membuka pintu. Ezzy dan seorang lelaki meluru masuk bilikku dan terus masuk ke bilik air di dalam bilikku. Aku terpana seraya terkejut. Aku terus mencapai comforter dan menutupi tubuhku yang separuh berpakaian terus keluar ke ruang tamu.
Waktu itulah kak Solehah dan kak Emma masuk ke rumah dengan berpakaian baju kurung. Soalan pertama yang mereka bertanya.
“Siapa lelaki tu Erra?” Aku terduduk disofa. Termenung dan terkedu. Bukan kerana soalan itu tetapi kerana mungkin teman lelaki Ezzy sudah melihat badan aku.
Kak Emma dan kak Solehah duduk disebelah ku dan bertanya lagi. Ezzy keluar dari bilikku. Aku terus bertanya padanya.
“Weh jantan mana kau bawak balik ha?!” Aku jerkah Ezzy. Marah aku membuak-buak. Kak Emma menenangkan ku.
“Kenapa Ezzy bawak balik lelaki dalam rumah?” Kak Solehah bertanya.
“Kak, suka hati Ezzy la. Ni hal Ezzy bukan hal akak” Ezzy menjawab sambil tersenyum. Aku mula menbentak.
“Weh kami semua bayar rumah ni sekali lah betina. Hal kau bawak balik jantan jadi hal kami semua! Sekarang kau bawak keluar jantan dari rumah ni!” Aku menjerit kuat.
Aku terus meluru masuk ke bilik kak solehah. Tutup pintu dan menangis. Kak Emma masuk ke bilik menenangkan ku sementara Kak Solehah memerhatikan Ezzy diluar. Apabila pasti lelaki itu sudah keluar, kak Solehah masuk ke bilik. Kami bertiga duduk bersimpuh di lantai. Ezzy juga masuk dan memandangku.
“Aku ingat kau kawan aku, bukan nak backup aku. Hampeh kau ni” aku ingin bangun tetapi kak Emma menenangkan aku. Ezzy keluar rumah setelah ambil barang-barangnya.
“Kami dah pergi ke darul syifa tadi. Ustaz kata rumah ni banyak sangat buat maksiat.” Aku mengangguk tanda faham.
Malam itu aku mengajak Adiba, Qiela, kak Emma, kak Solehah dan Alin untuk sekali solat berjemaah dan bacaan yasin bersama.
Aku ingin tidur malam itu tapi tidak lelap. Aku call Zura roomate aku bertanyakan bila dia mahu balik. Zura, dia sekarang banyak menghabiskan masa di rumah boyfriendnya. Samalah juga dengan roommate aku satu lagi Farah. Sama-sama boyfriend tinggal di satu rumah yang sama, jadinya Zura dan Farah berkampung di rumah bujang boyfriends mereka. Berkali juga lah aku memaksa diorang pulang tapi orang sedang mabuk bercinta, agaknya nak dengar ke?
“Aku balik malam ni Erra. Ada benda aku nak cerita dengan kau.”
“Kenapa Zura?” Aku bertanya.
“Kau tunggu jelah nanti aku balik” aku mematikan telefon setelah memberi salam.
Terdengar lagi bunyi perempuan menangis, aku bangun terduduk. Memandang ke sudut bilik tapi tiada apa-apa. Aku lantas bangun membuka pintu bilik dan pergi ke bilik Alin. Aku mengetuk pintu berkali barulah pintu dibuka. Alin memandangku sambil menggosok matanya. “ Kenapa kak? “ Alin bertanya.
“Akak nak tumpang tidur dengan alin boleh?” Alin menangguk terus masuk kebilik baring dikatilnya. Aku pulak baring di katil atas alin. Katil double decker, cuba untuk melelapkan mata.
Tidak lama kemudian aku terlelap tetapi aku mendapat mimpi. Mimpi aku tak indah langsung dan sangat mengerikan. Apa yang aku ingat aku nampak bayi kecil, muka berdarah sedang menuju kearah ku. Dari kejauhan juga aku kelihatan ada seorang perempuan seperti pontianak sedang berdiri sambil menunjuk kearah bayi tersebut. Pontianak itu menangis. Wajahnya sungguh kesal. Rupanya tidaklah mengerikan cuma aku masih ingat mukanya memang sangat kesal dan seperti kecewa sambil menunjuk kearah bayi itu. Tangisan itu aku terdengar hingga ke alam nyata. Aku terbangun. Terdengar suara tangisan perempuan di tepi tingkap. Kebetulan aku tidur katil itu memang betul-betul di tepi tingkap. Sedang aku ingin melihat Alin di katil bawah telefon bimbit ku berbunyi. Zura menelefon aku.
“Erra kau mana? Aku dalam bilik ni nak jumpa kau” aku lantas memandang telefon aku. Jam menunjukkan pukul 2.34 pagi.
“Zura asal kau balik lambat sangat. Jap aku keluar. Aku dalam bilik Alin ni” lantas aku mematikan telefon dan keluar bilik. Suara tangisan sudah pun hilang.
Bilikku terang, tahulah aku Zura sudah balik. Aku terus membuka pintu bilik. Zura sedang mengemas baju didalam almarinya.
“Asal kau balik lewat sangat ni?” Zura memandang aku dan terus memeluk aku.
“Erra aku balik tadi dengar emmm” aku memandang zura , “perempuan menangis kan?”
Zura mengangguk. Seraya itu tingkap bilik kami seperti bunyi orang ketuk. Aku dan Zura berpandangan. Ha sudah! Dia kacau pulak dah. Zura memeluk lenganku. Aku menyuruh dia membaca apa yang patut. Aku kalau ada orang dengan aku, kurang lah sikit takut ni. Tapi kalau aku sorang memang lari dah hahahaha.
“Zura biar buat tak tahu. Kau amik wuduk, jap lagi aku amik wuduk jugak lepastu kita solat dan tidur” Zura mengangguk tanda setuju. Kami solat berjemaah selepas itu. Tiada sudah gangguan malam itu.
Keesokan paginya, Zura mengoyangkan badanku menyuruhku untuk bangun. Aku bangun dan memandangnya.
“Apa yang kau tak sabar sangat ni Zura?”
“Memanglah, benda-benda yang jadi kat rumah ni bersebab sebab tu aku kena cerita kat kau. Kita kena panggil ustaz ke sesiapa datang rumah ni”
“Kenapa? Apa yang kau dah buat?” Aku memandangnya marah.
“Bukan aku tapi Farah.”
“Apa Farah buat?”
“Malam yang kau whatapps group kami semua tu. Sebelum kau balik dari kelas haritu Farah ada balik. Dia ada buat something.”
“Buat apa, jangan cerita separuh-separuh boleh?”
“Dia buang uri dalam toilet ni. Dia dah flush dah. Dia gugurkan… “ belum sempat dia habis ayat aku terus berdiri.
“Aku dah kata jangan duduk lama-lama rumah jantan. Ha tengok apa jadi tengok. Lepastu nak buat perangai buang benda tu kat rumah ni pehal?! Asal tak tanam ke apa yang patut???? Korang berdua ni lah” Zura menggeleng kepala.
“Erra, aku baru tahu semalam lepas korang semua kecoh dalam group kata Ezzy bawak lelaki masuk pastu kak Emma ada whatapps kami semua personal tanya ada apa-apa kami buat tak elok tak kat rumah. Time tu lah baru Farah cerita semua kat aku. Aku pun terkejut”
“Allah. Mana Farah sekarang?” Aku bertanya dalam nada marah.
“Ada kat rumah Syah”
“Kau suruh dia balik harini jugak!”
“Boleh tapi kau janganlah cerita kat sesiapa, aib dia. Panggil jelah ustaz ke sape-sape ke datang rumah ke”
“Kau ingat ustaz-ustaz tu tak tahu ke apa yang dibuatnya orang-orang kat rumah ni?” Aku menjegilkan mata pada Zura. Zura terdiam.
Hari itu aku mengajak semua berkumpul. Farah pulang dan menceritakan semuanya. Dia takut untuk memberitahu keluarganya. Dia menangis atas segala silapnya dan meminta maaf kepada kami semua. Hari itu juga Kak Emma mencari ustaz untuk datang kerumah kami.
Selepas daripada itu, kami kurang terima gangguan yang bermacam. Alhamdulillah.
Cerita ni juga sebenarnya pengajaran untuk semua. Masa study tu study. Jangan sibuk sangat bercinta. Bila dah terlanjur jangan pula dibuang merata-rata kerana takut. Kalau boleh jagalah diri tu sebaiknya. Jaga maruah diri. Kalau rasa tak boleh nak commit dengan perkahwinan lagi jangan la menggatal sangat.
Sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Cerita yang menarik… cuma nak tahu yang hantarkan cerita ini Erra or Lina?
Remain question mark je lah hehehe. boleh? apapun thanks sbb suka cerita ni. just posted it for LESSON je. taknak org yg baca tau siapa pencerita sbnr sbb kisah benar.
Kalau aku pun menyirap d***h!!! Sorang punya pasal habis kena yg lain! Buat maksiat pandai dah jadi budak menyusahkan orang pandai pulak takut ngan family la apa. Masa buat x ingat takut. X paham aku apa yang nak diikutkan sangat budaya barat tinggal serumah dengan bf ni? Bercinta² jugak tapi pandai² la jaga diri.
Same story, hal bawa masuk bf kat rumah sewa tu likely happen to student yang menyewa dekat situ. Some of them ada yang satu rumah campur lelaki perempuan bilik je lain2.