Gurauan Manja II

Jun, Mun dan Yaa memandang aku dengan pandangan yang membawa maksud “Okey. Roger.!” Seperti memahami permintaan aku bahawa jangan menceritakan apa yang Jun alami kepada budak bilik. Bukan apa memandangkan budak bilik semuanya penakut namati, aku tak nak la apa yang berlaku dekat Jun jadi dekat budak lain pulak. Setahu aku ada sorang budak bilik aku yang pernah histeria masa dekat sekolah dulu. Lagi satu, hampir semua budak bilik aku yang lain nie penakut.haha

Pada pukul 9 pagi macam tu ustazah datang ke hostel untuk bawak Jun pergi ke darul syifa dimana ustaz yang datang malam semalam sarankan. Jun kata dia nak bagitau bapa dia dulu sebab Jun kata bapa dia boleh berubat dari jauh. Semasa Jun on call dengan bapa dia, tiba-tiba Jun bagi phone dia dekat aku katanya bapa dia nak cakap dengan aku. Aku pelik juga kenapa bapa dia nak cakap dengan aku?

Bapa Jun : Awak ke yang suruh Jun pergi berubat?
Aku : Yer pakcik. Semalam Jun kene gangu. Ustaz sarankan Jun datang berubat.
Bapa Jun : Tak payah pergi. Pakcik boleh ubatkan anak pakcik sendiri.
Aku : Tak apa la kalau begitu kata pakcik. Tapi, lebih elok kalau pergi. Tak rugi apa-apa pun.
Bapa Jun : Aku kata tak payah, tak payah la. Kau tak faham bahasa ke? Anak aku, pandailah aku uruskan.

Aku : (sambil buat muka boring) Baiklah. Sekejap saya pulangkan phone nie pada Jun.
Aku pulangkan phone pada Jun lepas tu aku duduk dekat katil Yaa sambil nak buka tudung balik. Yaa datang menghampiri aku dan duduk di sebelah aku.
Yaa : Kau okey ke Ast? Apa bapa Jun cakap?
Aku : Aku okey jer. Tak ada apa. Bapa Jun pesan jangan bawak Jun pergi berubat. Bapa dia boleh ubatkan.

Yaa : Kenapa bapa dia tak bagi bawa? ada apa-apa ke?
Aku : Tah la Yaa. Aku tak tau. So kita nak pergi darul syifa ke tak nie Yaa?
Yaa : Kita tunggu ustazah datang dulu la. Kita tanya ustazah.
Aku : Okey.

Tak lama lepas tu ustazah pun sampai.
Ustazah : Siapa yang ustaz suruh pergi tu siap la sekarang. Comey sorang tu ikut sekali. (sambil tunjuk dekat Yaa)
Yaa : Saya ke ustazah? Saya nak bawa Ast sekali boleh?
Ustazah : Ikut la hok sapo nok ikut kali tu.
Yaa : Baik ustazah. Ast, siap-sipa la. Ikut sekali.
Aku : Okey. Sapa jer yang nak tinggal nie?
Mas : Aku nak ikut sekali boleh tak Ast? Budak-budak nie nak keluar kejap lagi.
Aku : Okey la kalau macam tu. Siap-siap la sekarang Mas.

Jun pada mulanya berat hati nak ikut kita orang sekali sebab bapa dia dah pesan jangan ikut aku. Aku tak faham juga dengan bapa Jun nie. Apehal pula nak marah-marah masa call tadi lepas tu siap tak bagi anak dia ikut aku lagi. Bila ustazah cakap baru la Jun dengar tapi dia seret si Mun sekali. Sampai jer dekat darul syifa tu ustaz dah sampai dah, siap suruh kita orang tunggu dekat dalam sambil ustaz kemas-kemas sikit kawasan tu. Jun dah buat muka tak puas hati dia dekat kita orang. Mungkin dia tak puas hati sebab kena paksa datang sini la kut. Tak jauh pun hostel dengan tempat nie. Untuk pengetahuan, ustazah nie sebenarnya salah sorang dari darul syifa nie juga. Sepanjang proses berjalan Jun okey jer. Tak ada apa yang pelik pun.

Benda nie berlarutan lebih kurang seminggu juga dan keadaan Jun semakin menjadi-jadi. Korang tolong aku bayangkan kejap eh, dalam kelas betul-betul lepas azan asar masa tengah belajar pun dia boleh kena rasuk sampai kami yang satu bilik nie kena panggil masuk bilik pengarah sekali. Aku kalau boleh tak nak benda nie jadi besar sampai melibatkan pihak atasan semua. Dalam pada masa yang sama tu juga aku dapat tau yang ada budak bilik aku call bahagian pengurusan kata nak keluar dari hostel tu and mintak pihak pengurusan carikan rumah sewa. Uihhh lagi malu bai nak menghadap pengarah masa tu. Benda kecik macam nie boleh settle luar nak juga libatkan pihak pengurusan.

Malam tu juga family Jun datang hostel bawa dia balik. Katanya nak bawa berubat. Dua tiga hari lepas tu, waktu malam Yaa ajak aku lepak dekat kedai makan kejap.

Yaa : Ast, aku ada benda nak cakap dengan kau. Dah lama aku nak bagitau, tapi masa tak sesuai.
Aku : (sambil fikir apa benda yang tak kena lagi nie?) Hah, apa benda nya.
Yaa : Aku rasa benda yang jadi dekat kita nie ada kene mengena dengan Jun la.
Aku : Kenapa kau cakap macam tu?
Yaa : Bukan apa, haritu ustaz kata ada benda dekat Jun nie. Orang hantar untuk tengok-tengokkan dia dekat sini.
Aku : Huh? Serious la weyh? Sapa yang hantar? Benda apa yang dia hantar?

Yaa : Benda nie kita dua jela tau eh? Jangan cerita dengan orang lain pula. Bapa dia hantar untuk tengokkan dia dekat sini. Kira macam penjaga dia la tu. First time jauh dengan family kut. Benda apa yang kau nampak hari tu benda tu la yang di hantar. (memandangkan aku share dekat sini so dah bukan bedua jela yang tau kan?hehe)

Aku : Owh. No wonder la bapa dia tak bagi aku bawa Jun berubat. Tapi kenapa benda yang aku nampak tu lain dari yang aku biasa dengar eh?
Yaa : Mungkin la. Benda yang orang hantar sebagai penjaga nie ada banyak jenis. Yang kau nampak tu salah satu la. Biasa benda nya ada gual-gula, yang kau nampak tu macam penanggal, toyol and beberapa jenis lagi la. Aku pun tak sure sangat.haha

Aku : Eh kau nie, boleh pula macam tu. Tapikan, nasib baik benda yang aku nampak tu bukan gula-gula. Kalau tak aku dah pengsan kut dekat situ.haha
Yaa : Asal pula kau nak pengsan? Aku tengok kau okey jer jumpa benda tu?

Aku : Sebab pada aku, natang nie paling bahaya.haha
Yaa : Hahaha. Kau nie penakut juga kan Ast?
Aku : Aku bukan takut Yaa, cuma terkejut jer.bahaha
Balik hostel tu macam biasa la, masuk bilik bagi salam then siap-siap nak tidur semua and panjat katil. Tengah duk baca doa nak tidur tu tiba-tiba bilik kena ketuk.
Budak bilik depan (BBD) : Tuk tuk tuk.! (ketukan dekat pintu macam nak roboh jer gaya)
Mun : Yaa, Ast.! Nak buka pintu ke?
Yaa : Ast, macam mana?

Aku : Bukak la. Takut ada apa-apa yang penting ke.
Mun pergi buka pintu tu memandangkan dia yang paling dekat dengan pintu depan tu.
BBD : Kak Ast ada?
Mun : Ast, budak nie cari kau.
Aku : Sapa tu? Kejap. (sambil turun katil jalan ke depan)
BBD : Kak Ast, Mey meracau dekat bilik.
Aku : Pulak? Kejap akak ambil towel. (bukan towel mandi yang besar tu eh, towel kecik untuk kepala tu jer).

Yaa : Kenapa Ast?
Aku : Mey meracau dekat bilik depan. Meh ler ikut aku ke bilik depan.
Yaa : Okey, jom.
Aku : Assalammualaikum.
BBD : Waalaikummusalam. Masuk la. Mey dekat belakang tu.
Yaa : Sejak bila Mey meracau nie? Dah lama ke jadinya?
BBD : Dari siang tadi lagi sebenarnya. Ingatkan tak berlarutan tu biarkan jer.

Yaa : Patut la pun. Malam nie baca la yasin lepas tu nak tidur nanti buka la surah-surah al-quran dalam laptop.
BBD : Bawa bilik kau tak bole ke Ast? Budak bilik nie takut. Aku risau ada yang kena jer kang.
Aku : Nak kena tanya budak bilik dulu. Kalau dorang okey boleh la. (sambil pandang Yaa. Nak mintak tolong dia yang gi tanya budak bilik sebenarnya.hahaha)
Yaa : Ast, budak bilik kata okey.

Dah tak pasal-pasal malam tu kena berjaga. Nasib la esok tu jumaat, cuti. Kalau tak mana maunya budak bilik aku bagi dia tidur bilik.haha

Esok pagi tu kami call ustaz, kata nak jumpa pasal Mey nie. Ustaz kata bawa jumpa ustaz dekat darul syifa sebab ustaz ada pesakit dekat sana. Lepas dah deal dengan ustazah apa semua kami pun gerak la ke darul syifa. Masa berubat tu Mey nie asyik muntah jer tapi tak der apa pun yang keluar aku tengok. Lepas muntah tu aku tengok Mey dah okey sikit then kami pun balik la hostel. Tapi kali nie aku mintak ustazah turunkan dekat masjid jer, sebab malas nak masuk bilik lagipun dah tengah hari masa tu so nak keluar makan sekali la kononnya. Alang-alang dah duduk dekat masjid tu kami solat zohor sekali. Ada juga yang tidur kejap sebab tak cukup tidur seminggu dua nie. Yela duk jaga orang jer sampai diri sendiri pun tak terjaga.haha
Lepas azan zohor tu semua gerak ke tandas, amik wuduk and naik balik siap-siap nak solat.

Yaa : Mey okey tak? Nak solat sekali ke?
Mey : Nak.
Yaa : Dah amik wuduk?
Mey : Dah amik sekali dengan korang.

Kedudukan solat nie bermula dari Yaa, Mey, Aku, Mas dan Mun, Jun cuti waktu nie so takleh solat. Ingat tau kedudukan nie nanti korang tau la kenapa aku cakap macam nie. Lepas siap solat semua dah berkemas nak gerak pergi makan then masa tengah makan tu aku usha jam.
Aku : Eh? Dah nak masuk asar kut korang. Jom balik. (Biasa korang baca dalam mana-mana cerita hantu pun mesti kejadian pelik-pelik berlaku lepas asar kan?)

Yaa : Yeke? Mey, okey tak?
Aku : Mey? Tak okey kita balik sekarang.
Mey : ……
Mun : Aku rasa elok kita balik sekarang. Jun dah lain macam nie.
Aku : Jom la balik.

Waktu nie juga Mey start merenggek (ala yang macam nak menangis tu). Dia siap tutup telinga lagi weyh. Aku dah cuak dah, takut dia jerit dekat kedai jer. Lagi satu, aku duk pikir cemana nak bawak budak nie balik hostel? Sebabnya dia tak nak jalan weyh. Tak kan aku nak dukung dia balik kut, tak larat aku. Boleh tahan jauh juga kedai makan nie dengan hostel. Last-last Yaa mintak tolong kenalan dia datang amik kita orang balik.huhu (terima kasih bro)

Sampai je dalam bilik Mey dah meracau-racau yang Jun pula dah duduk hujung bilik sambil cakap dengan bapa dia. Yaa suruh aku call ustaz bagitau keadaan Mey sekarang. Aku macam berat hati la nak call sebab sejak pergi berubat dengan ustaz nie, aku perasan yang ustaz duk usha aku semacam jer. Cuak aku dibuatnya. Yela takut la kut dia nak bagitau aku ada benda tak elok dekat aku ke kan. Tak ke naya aku masa tu.haha

Aku : Assalammualaikum ustaz. Saya Ast, saya nak bagitau Mey kena balik.
Ustaz : Waalaikummusalam. Dakpe, kamu baca yasin rama2. Malam nanti saya mari. (jangan kecam aku sebab aku tak pandai guna bahasa pantai timur nie.huhu)
Aku : Baiklah. Tak apa ke biarkan Mey macam nie?
Ustaz : Dakpe. Yaa ado situ. Malam karang saya mari dengan kawan, kito berubat semua kali.
Aku : Okey.

Nak di jadikan cerita masa ustaz tengah beruatkan Mey, ustaz mintak tolong dengan Yaa untuk tarik benda dekat bahagian perut Mey.
Ustaz : Comey, tolong saya bole dok?
Yaa : Tolong gapo ustaz? Yaa tok panda bendo gini.
Ustaz : Comey raso dok gapo-gapo? (sambil tunjuk kawasan perut Mey)
Yaa : Raso.
Ustaz : (sambil senyum) Cubo tarik bendo tu turun. Dakpe nanti saya tolong kali.
Yaa : Ustaz, berat nok tarik niem. Dokleh tarik doh.
Ustaz : Boleh tu. Dakpe saya tolong kali.
Yaa : Dokleh niem ustaz. Yaa dok kuat.
Ustaz : Dakpe la.

Okey sebelum korang kecam aku biar kau terangkan kenapa aku bagitau conversation atas nie yang mana aku tau ramai kata part nie tak penting. Firstly, dari sini baru aku tau sikit pasal Yaa dimana dia nie ada keturunan yang berubat orang. So tak pelik la kalau dia boleh nampak and rasa benda nie semua. Secondly, tak semua orang boleh rasa macam yang Yaa rasa nie even keturunan dorang ada yang berubat pun. Kira Yaa nie gifted sungguh la.huhu

Tak lama lepas berubat nie kami ada cuti sem tau, so semua balik berubat dekat kampung memasing la. Masa nie ada beberapa budak bilik aku dah keluar dari hostel yang still tinggal dekat hostel masa nie Cuma aku, Yaa, Mas, Mun dan Jun jer. Budak bilik lain aku tak sure la sebab aku tak amik kisah sangat bukan budak bilik aku pun.haha

Masa cuti dekat rumah pun aku kena kacau, sadis betul.! Jujurnya masa nie first time aku dengar benda tu nangis seumur hidup aku.haha

Biasanya aku nampak gitu-gitu jer pun. Malam kejadian nie kalau tak silap aku dah dekat-dekat nak habis cuti juga la. Lagi 2 hari nak balik Terengganu rasanya dalam pukul 12 tengah malam macam tu aku dengar suara orang menangis betul-betul sebelah luar bilik aku. Masa dengar nie aku tidur dekat dengan dinding, dengar bunyi dia dekat tapi sayup-sayup jer. Padahal bapak aku ada dekat luar kut, tak kan bapak aku tak dengar apa-apa kan? Aku diamkan jer benda nie sebab tak nak kecoh-kecoh. Dalam aku duk tadah telinga dengar natang sekor nie menangis aku duk fikir pasal dekat hostel. Tak kan nak jadi balik kut? Tak larat dah nak hadap nie. Harap-harap semua okey la. Serius aku dah tak larat nak hadap benda nie lagi.!haha

Aku touch down jer dekat Terengganu tu Yaa dah tanya aku cemana cuti.
Yaa : Assalammualaikum, Ast. Cemana cuti kau? Ada kena kacau ke?hehe
Aku : Waalaikummusalam. Uihhhh, payah nak cita.haha
Yaa : Serious la, kau ada kena kacau ke?
Aku : Hmmm. Ada gak. Kelmarin la aku kena. Aku dengar natang tu nangis sebelah dinding bilik aku. Asal kau tanya?
Yaa : Aku pun ada kena juga. Tapi tak sampai tahap kau tu la. Aku takut la benda nie jadi lagi. Letih weyh, study pun kemana dah. Tak lama lagi nak exam dah.
Aku : Tau. Aku pun rasa macam tu juga. In shaa allah tak ada apa la kut. Kau kena kacau macam mana?

Yaa : Aku duk nampak kelibat musibat jer 3 4 kali dekat rumah.haha (maaf tercarut)
Aku : Hahaha.! Dia nak kenal-kenal dengan kau la tu.huhu
Okey sebelum aku tutup cerita nie, Yaa ada citer dengan aku sesuatu.
Yaa : Ast, kau nak tau sesuatu tak? Pasal benda-benda yang jadi dekat kita nie.
Aku : Hah, citer la. Dah lama sangat aku dibiarkan tergantung tak bertali.haha (padahal dia tau dah memang aku nak jawapan pada semua nie)
Yaa : Ingat tak aku penah bagitau kau pasal bapa Jun hantar untuk tengok-tengokkan dia tu?
Aku : Yup ingat. Kenapa?

Yaa : Benda yang bapa dia hantar tu tak ngam dengan benda yang dekat hostel nie. So bile dorang tak leh nak kawan tu yang dorang buat kacau. Padahnya kena dekat Jun.
Aku : Eh, tempat nie memang ada dah ke? No wonder la masa first time aku sampai sini aku tengok suasana suram semacam jer.
Yaa : Ha ah. Aku lupa nak cerita dengan kau. Ada satu hari tu sebelum cuti, aku ada keluar dengan Mas. Mak cik sebelah nie duk tanya macam mana duduk situ, tak ada kena ganggu ke?

Aku : Hurmm. Makna kata hostel nie memang dah ada penjaga la. Okey sekarang aku dah paham situasinya. So tak pelik la kalau benda-benda macam nie jadi.
Yaa : Lepas tu kau perasan tak masa kita solat dekat masjid lepas berubatkan Mey hari tu?
Aku : Tak. Kenapa nya?

Yaa : Aku perasan dia solat arah kiblat dia arah lawan weyh.! Aku try tolak juga kepala dia ikut arah kiblat yang betul tapi dia tetap juga sujud arah lawan kiblat. Siap mendenggus macam marah lagi dekat aku.
Aku : Yeke? Maknanya dia memang tak okey lagi la dari balik berubat tu?
Yaa : Aku rasa macam tu la. Lepas tu Jun cerita dekat aku yang masa kita on the way nak pergi makan tu kan Mey tiba-tiba jer jalan dekat Jun. Kau tau tak apa dia cakap dekat Jun?
Aku : Aku tak perasan pun Mey ada pergi dekat Jun. Apa yang dia cakapkan?

Yaa : Ada la. Dia kata dekat Jun yang dia suka Jun duduk dekat dengan dia (sambil senyum yang seakan-akan menyeringai tu). Jun pulak dah rasa semacam jer, terus dia blah jalan sebelah Mun.
Aku : Serius la? Kalau aku dekat tempat Jun tak tau nak kata la. Silap hari makan penampo jer budak Mey nie.haha

Yaa : Kau memang. Habis semua kau nak kaki tangankan. Lagi satu, ustaz ada pesan dekat aku 1 benda. Hati-hati bila dengan kau, jangan rapat sangat. Ada apa-apa yang kau sorok dengan aku ke Ast?
Aku : …….

Aku cuma nak cakap sikit, tak ada salahnya kita menjadi “protective” untuk orang yang kita sayang, tapi biarlah pada landasan yang betul. Aku pun banyak salah silap juga. Cukup lah kita percaya allah sentiasa ada untuk melindungi kita. In shaa allah. Okey untuk tajuk nie dah habis dah. Kalau ada kesempatan nanti aku cerita pulak pasal aku sikit. Maaf kalau cerita nie tak capai target keseraman korang. Maaf juga sebab buat sambungan, bukan apa aku tengok dekat words dah 8 page kut so aku ingat dah panjang la rupenya masih boleh sumbat lagi.haha

Okey next story aku akan story habis. Akan ada part pun mungkin kalau page tu dah nak masuk 30.huhu

Akhirulsalam, moga pembaca semua sentiasa di lindungi allah walau dimana saja anda berada serta berjaya dunia akhirat hendaknya. Aminnnn 

Astrophile

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

17 thoughts on “Gurauan Manja II”

  1. HKL banyak hantu.siap kena kat Parking .kena main2 dengan Jin kot.
    masa tido hosp.tido lantai.huhuhu…ternampak bawa katil.

    Reply
    • Ade citer psl HKL ke td ni…?
      Akk bace ni tgh ngantok2 sejuk2 ujan ni…
      Pastu blur2 wpon dh ulang2 bace bile terlelap tu…
      Hahahahha…

      Reply
  2. “Kedudukan solat nie bermula dari Yaa, Mey, Aku, Mas dan Mun, Jun cuti waktu nie so takleh solat. Ingat tau kedudukan nie nanti korang tau la kenapa aku cakap macam nie…”

    Utk part ats ni ade diceritakan ke kaitannye…?
    Ke akk yg dh terlepas pandang…
    Bersungguh tau akk hafal turutan kedudukan tu…
    Huhuhuhuu…

    Part yg Mey salah kiblat tu, apehal ditolak2 kepala org tu…
    Awat x pusing jer sejadah pastu pusingkan badan die terus jer…???

    Reply
    • ha ah kan….kalau dia salah kiblat …x kan Yaa je yg perasan..mesti Ast pn bleh nmpk kan (ni kalau kiblat menegak la..tak tau la kot kalau serong sket ke..sbb ada sesetengah bangunan cam tu) ..nk penjelasan bab ni please hehe….

      Reply
    • Mesti perasan punyelah kalaupon kiblat tu serong…
      Lainler klu mey solat saf blkg…
      Tp diorg sebaris kan…
      Heheheheh…

      Reply
      • Memang kedudukan arah kiblat tu straight jer. Tapi Mey nie solat kedudukan kepala dia serong ke arah Yaa.. Kira macam Mey nie dah masuk atas sejadah Yaa sebab tu Yaa perasan..haha
        saya tak perasan sangat sebab masa nie engt nak makan lepas tu balik tido jer..hahaha
        mengantuk teramat..
        Kak Yulie jgn slh paham pasal tolak2 kepala tu. Yaa tolak sikit jer sebab nak betulkan kedudukan kepala Mey.hehe

        Reply
        • Oooooooo….
          Laaarrr…
          Adtaghfirullahalazim…
          Tau dak, akk membayangkan lawan arah kiblat tu dh terpusing 180°…
          Ghupenyer melencong sket je yer, adeeehhh ampun ya ampun…
          Patutler Yaa leh tolak2 kepala die, dh berkongsi tempat sujud kekdahnye…
          Pastu yg memule akk pelik cmne Yaa leh nk pusing2kan Mey sbb memsg tgh solat…
          Alkesahnyee…
          Huhuhuhuuu…

          Reply
      • tak sebaris lah tu . bgunana kecik agaknya, penjuru2 kiblatnya mungkin. bersangka baik sikit. semua cerita nak komen, beli novella kalau macam tu. ni cerpen penulisan dariorang bebiasa je.

        Reply
        • Akk komen tu bertanya nakkan penjelasan…
          Drpd akk dendiam pastu pikir buruk sendiri2, lg mcm dok fitnah org plak…
          Akk pon tanye elok2 kan, xdelah nk maki hamun mencarut bagai…
          Marah ke akk jd pengomen tegar kat FS ni…?
          Akk komen tu tandanye akk hargai setiap cerita yg setiap penulis gigih share kt FS ni…

          Reply
      • Itulah pasei…
        Ghupenyer kiblat Mey menyenget sket arah Yaa…
        Akk dr awal ble kate lawan arah kiblat tu dok bayangkan lawan 180° dik non…
        Hahahahaha…

        Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.