Hadiah Awal KerjaKu

Assalam dan salam satu Malaysia. Salam kenalan buat semua. Terima kasih kepada FS andai menyiarkan kisahku yang tidak seberapa ini.

Nama pena aku Ato. Aku pernah bertugas di sebuah pedalaman di Negeri Sabah iaitu Pulau Banggi sebelum aku memohon bertukar ke tanah besar yang juga di pedalaman. Aku memohon bertugas di tempat tersebut kerana aku memang kelahiran anak pulau tersebut. Aku berasal dari Pulau Mandi D***h yang terletak dalam wilayah Pulau Banggi. Untuk pengetahuan para pembaca, Pulau Banggi adalah pulau yang terbesar di Malaysia. Ianya terletak di utara Negeri Sabah. Namun pulau Banggi sedikit mundur kerana kekurangan kemudahan-kemudahan asas. Itu dulu tapi sekarang ianya sudah mengalami perubahan sedikit kerana telah terdapat beberapa pembangunan walaupun tidak seberapa.

Aku tidak mahu bercerita panjang lebar tentang asal usul aku mahu pun tentang Pulau Banggi amnya. saya akan fokus kepada kisah-kisah seram yang aku pernah lalui ketika bertugas di Pulau Banggi.

Hari pertama lapor diri, aku dan sorang kawan yang juga merupakan pekerja baru terpaksa melapor diri dengan timbalan bigbos kerana bigbos ketika itu ada tugas-tugas khas di luar Pulau. Setelah selesai melapor diri, kami kemudiannya di tunjukkan rumah penginapan kami. Untuk pengetahuan semua, rumah pekerja di tempat kerja saya ni ala-ala rumah banglo setingkat dan ianya merupakan rumah berganding. Tempat saya bertugas ni sebenarnya tempat yang baru siap pembinaannya dan bangunan-bangunan semua baru saja digunakan dalam lebih kurang sebulan. Bangunan lama sebelumnya terletak di Pekan Karakit Pulau Banggi jaraknya kira-kira dalam 5 kilometer dari tempat baru. Tempat baru ini pulak dikelilingi hutan dan kawasan lalang tapi kawasanya luas.

Walaupun rumah yang kami tinggal masih baru, tetapi bila masuk ke dalam, terasa juga sedikit rasa seram.Berdiri juga bulu roma. Namun saya kuatkan hati kerana malu juga kalau kawan tu tau saya jenis penakut. Setelah selesai mengemas apa yang patut, kami kemudian berehat-rehat sambil berbincang tentang pemilihan bilik. Rumah kami ada 3 bilik d tingkat atas. Di tingkat bawah pulak ruang tamu dan dapur. Oleh kerana masih baru di tempat tu, maka kami ambil keputusan untuk tinggal sebilik di bilik utama. Lagipun biliknya besar. Pasti pembaca dah dapat baca akan fikiran kami kenapa tinggal sebilik..?

Kisah bermula pada malam pertama kami berada di rumah tersebut. Selepas habis makan kira-kira jam 8.30, kawan ku kemudiannya meminta izin untuk naik ke bilik dan membiarkan aku sorang d bawah di ruang tamu sambil membaca majalah JORAN. Majalah kegemaran aku. Sedang asyik membaca, tiba-tiba aku terperasan seperti ada orang lalu di belakang rumah sepertinya orang sedang melintas untuk ke rumah sebelah. Ruang tamu kami ada tingkap yg mengadap belakang. Jadi memang jelas kalau ada orang lalu. Mulanya aku anggap ianyanya orang rumah sebelah. Aku teruskan membaca tapi dalam masa yang sama, aku dah mula rasa seram sendiri bila terfikir bahwa rumah sebelah belum ada penghuni. tidak lama kemudian, bebayang tu lalu lagi. Aku da mula rasa lain. Aku cuba beranikan diri terus ke luar rumah untuk memastikan bebayang tu adalah manusia. Tapi apa yg memeranjatkan aku, tiada siapa pun yang kelihatan. Aku cepat2 masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

Tidak lama kemudian, kedengaran kawan aku di atas bilik teriak ketakutan dan lari lintang pukang ke bawah. Aku dah mula cuak. Aku biarkan dia tercungap-cungap dan tidak mahu tanya apa yang terjadi.Aku kesian melihat keadaan mukanya yang pucat disamping badannya yang menggigil. Aku biarkan dia bertenang. Dia kemudiannya memberitahu bahawa dia dengar suara memanggil dia disebalik tingkap. Bila dia pandang ke arah suara tersebut, kemudian tiba-tiba muncul bebayang yang besar. tanpa dia sedar, dia terteriak dan kemudian lari ke bawah sebab ketakutan.

Kami sudah mula tidak ketentuan. Rupa-rupanya kami berdua sama-sama penakut. Kami duduk diam membisu sambil berpandangan antara satu sama lain. kejap dia angguk kepala ke arah aku, kejap aku angguk kepala ke arah dia. Rasa seram dan takut ketika itu menyelubungi kami. Kemudia aku cadang agar kami keluar dari rumah dan duduk-duduk di luar rumah untuk memanggil semula semagat kami yang hilang. Setelah berada dalam 30 minit di luar rumah, keadaan kami kembali stabil dan ketakutan sudah mula beransur-ansur hilang.

Kami masuk semula ke rumah tetapi kami ambil keputusan untuk tidur di bawaha sahaja di ruang tamu malam tu. Nak ambil bantal ke atas bilik pun dah tak berani. malam tu kami tidur tanpa bantal. hanya berbantalkan tangan sendiri. Pasti para pembaca tahu betapa sukarnya nak lelapkan mata bila dalam keadaan ketakutan. Nak tumpang rumah orang, tak berani sebb kami baru ja sehari dan belum biasa dengan staf-staf di tempat baru ni. Mujur kami tertidur malam tu mungkin sebab letih melintasi lautan selama 4 jam semasa masuk ke pulau siang tadi.

Esoknya, sorang staf bertanya kepada aku tentang apa yang dia dengar malam tadi. Katanya dia terdengar orang menjerit dari rumah kami. Kemudian aku menerangkan apa yang terjadi. Maka bermula la cerita tentang peristiwa-peristiwa seram yang berlaku dalam kawasan baru kerja kami. Menurut cerita, ada sorang pekerja telah meninggal di salah satu rumah staff. tapi tidak pasti di rumah mana. Kekadang perkerjaan binaan selalu nampak lembaga perempuan berpakaian putih di pintu utama. Demikian juga jaga yang bertugas malam selalu dihidangkan dengan kehadiran lembaga putih tersebut. Kekadang dihidangkan dengan bau wangi-wangian dan kekadang bau busuk. Mendengar cerita dari kawan i, jiwa aku dah mula terganggu. Rasa macam nak balik kampung ja. Namun apakan daya. Kerana tugas, maka aku kena kuatkan diri menghadapi apapun yang bakal dihadapi.

Malam kedua kami agak ceria sedikit dengan kehadiran jiran rumah hadapan rumah kami. Kami sembang-sembang tentang pengalaman dia bertugas di pulau. Dia dah hampir 6 tahun bertugas di pulau. Kira-kira jam 9 malam gitu, dia meminta izin untuk balik. Malam kedua ni kami bercadang untuk tidur di bilik. Belum sempat kami naik, “Prabakkkk” bunyi pintu di atas bilik seperti pintu yang ditutup dihempas. “Sudah” bisik hati ku. Bulu roma mula naik dan pelan2 rasa takut menyelimuti aku. Aku pandang kawan sebelah, dia juga pandang aku. Tidak lama kemudian, sekali lagi bunyi tersebut berkumandang. Kami tak jadi naik tidur dalam bilik. aku berdua duduk d bawah saja dan nampak gayanya memang terpaksa la tidur di ruang tamu lagi.

Bukan hanya sekadar bunyi pintu dihempas, Bebayang yang mengganggu kami malam pertama muncul lagi. Kali ni dia lalu sambil mendengus seperti orang yang sedang marah. Aku tengok kawan dah mula pucat. aku plak dan kelu lidah tidak terkata apa. “Syirittttttt’ pintu utama plak perlahan-lahan terbuka. kemudian bebayang menampakkan diri seketika melalui pintu utama. Aku dah rasa macam nak terkencing ketakutan. Aku mula baca surah-surah pendek yang aku hafal dalam hati dengan hrapan dapat menaikkan semula semangatku. Semakin ku baca, semakin kuat dengusan di belakang rumah. Semakin kedengaran garangnya dengusan itu. Oleh kerana ketakutan yang teramat sangat, kemudian aku mencapai sebilah parang dan kemudia keluar rumah dan memerhatikan sekeliling. Sepertinya aku antara sedar dengan tidak sedar saja apa yang aku lakukan. Kawan aku pun turut sama keluar rumah.

Aku mula bercakap sendiri meminta supaya tidak mengganggu kami. ku meminta maaf andai terbuat sesuatu yang membuatkan dia marah dan terus mengganggu kami. Tidak lama selepas itu, keadaan pulih dan kami kembali masuk rumah. Dengusan-dengusan yang mengerikan sudah tidak kedengaran lagi. Setelah berfikir sampai bila nak tidur di bawah di ruang tamu, maka kami ambil keputusan untuk tidur di bilik. Setelah berada di bilik, kami cuba tengok kalau ada apa-apa kesan terhadap bunyi pintu yang seperti dihempas tadi. Tapi tiada apa-apa kesan. Malam tu kami tidur tanpa gangguan mungkin setelah saya meminta maaf tadi. Wallahu’alam.

Selepas kejadian malam pertama dan kedua, kami tidak lagi diganggu teruk. Kalau ada pun hanya sekadar bunyi-bunyian yang alam dari nyanyian-nyanyian unggas-unggas malam. Namun agak menyeramkan juga sebab kekadang bunyi-bunyian tersebut disulami dengan bunyi-bunyi yang ganjil. Tapi kami buat tidak tahu saja. Kami lenyapkan bunyi-bunyian tersebut dengan bunyi radio. Ketika itu, telefon android belum muncul lagi. yang ada pun hanya telefon biasa saja yang hanya ada nada dering ringkas-ringkas saja. Kalau dah ada phone android kan senang. download saja al-Quran digital dan biarkan ianya berkumandang.

Kami sangkakan bahawa gangguan yang kami alami tidak akan berlaku lagi. Sangkaan kami meleset sama sekali. malam ke-20 kami menerima lagi undangan gangguan. Kali ini lebih dasyat dan agak lama. Inya berlaku ketika kawan saya nyenyak diulit mimpi. Ketika itu jam menunjukkan 11 malam. Aku buat kerja sorang-sorang d bawah. Mula-mula dia usik aku dengan bunyiair di dapur. aku ingatkan kepala pili terlepas. bila aku ke dapur, tiada apa-apa berlaku. aku dah mula rasa pelik. tidak lama kemudian, bunyi oeriuk dan piring seperti dihempas ke lantai. Aku ingatkan kucing masuk dalam rumah. Aku pun masuk semula ke dapur dan alangkah terkejutnya aku, semua peralatan dapur masih ditempat asal. Aku tak tunggu lama lalu lari pecut naik atas bilik. Bila ku buka saja pintu, kawan aku duduk bersila dan terpaku sambil memandang ke arah aku dengan mata yang merah tanpa berkelip. Aku cuba untuk sedarkan dia tapi perkara diluar dugaanku berlaku. dia menolak aku hinggakan kepala aku terhantuk pada almari. Tenaganya memang cukup kuiat. Lalu aku ambil langkah seribu dan terus pergi ke rumah kawan hadapan untuk meminta tolong. Tanpa berlengah, dia bersiap dan terus bergegas berlari ke arah rumah bahagian atas rumah paling hujung. Rumah tukang kebun. Aku ikut dia sebb tidak sanggup berdepan dengan keadaan kawan serumahku. Setelah bersiap dan membawa beberapa keperluan, pakcik tukang kebun tu pun berpesan pada kami supaya jangan lupa untuk azan dalam hati sebagai pendinding diri ketika upacara mengubati kawanku berlangsung.

Bila kami sampai dalam bilik, keadaan kawanku semakin parah kerana menggeliat seperti orang kesakitan yang sedang nazak. Dia sekali sekala menghempaskan diri. Mujurlah tilam tebal. Pakcik tukang kebun tenang saja menghadapi situasi tersebut. Kemudian dia mengunyah sesuatu dan semburkan ke arah kawan ku. Meronta-ronta si kawan nampak semakin kesakita. Si Pakcik mengarahkan kami untuk memegang kawan ku. Dia pegang kepala kawanku sambil mulutnya kumat kamit mebaca sesuatu. Selepas itu, dia lumurkan benda yang dia kunyah tadi ke muka kawanku. Setelah itu, kaawan aku beransur-ansur pulih. Bila dia tersedar, dia seperti tidak tahu apa yang sedang berlaku. Bila ditanya, apa yang dia rasa sebelum dia kerasukan, katanya tiada apa-apa sebab katanya dia sedang tidur dan tidak sedar apa-apa.

Sebelum pakcik tu balik, dia berpesan supaya berjumpa dia besok paginya kerana dia ingin ajak kami untuk memagar kawasan rumah kami. Malam tu aku memang tak dapat tidur. Demikian juga dengan kawanku. Kami berborak di ruang tamu sampai pagi sehingga kami bersiap2 untuk kerja. Memang ngantuk gila la hari tu. Petang tu selepas kerja, kami bersama Si Pakcik memagar rumah dengan ayat-ayat al-Quran. Selepas rumah kami di pagar, memang kami tidak di ganggu lagi. kalau ada gangguan pun, bukan kami tapi staf-staf yang lain.

Sekian dan terima kasih di atas kesudaian para pembaca membaca serba sedikit pengalaman aku ketika mula-mula masuk kerja. Semoga kita dipertumukan lagi di masa lain dengan kisah-kisah yang lain pula. Maaf andai ada kesalah-kesalahn tatabhasa. Ini Pertama kali aku melakarkan cerita tentang kisah seramku.

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.