Hadiah Daripada Jin

Syakirah Yaakub:
Hadiah dari jin.

Sejak aku masuk sebuah kolej di ipoh, untuk semester 1 wajib stay di hostel. Kira-kira sebulan duduk situ, nak dijadikan cerita dormmates nak surprise sorang ni birthday dia. Kitorang tunggu sampai pukul 12 semata-mata nak wish. Sebelum tu kitorang main truth or dare challenge. Dalam 30 minit sebelum 12 tengah malam, semua prank budak nilah (kecuali aku) jerit marah-marah dekat dia. Kata tak puas hati bagai. Time tengah galak tu aku terpandang dekat deretan loker. Perghh! Belakang loker tu aku nampak satu lembaga tunjuk muka. Pompuan rambut panjang. Muka remaja baya kitorang je. Pastu dia tunduk menghilang. Sekilas je aku sempat nampak sebab scene tu laju. Tambah-tambah lagi, aku ni rabun jauh. Mula-mula aku ingatkan Zii, roommate aku tengah buat prank belakang loker. Tapi sebenarnya Zii tengah berdiri depan katil dia. Btw, katil dia paling dekat dgn deretan loker tu. Dah naik meremang bulu roma aku! Aku yg gelak-gelak tadi terus diam seribu bahasa.

Tyra yang still buat lakonan kebetulanlah datang dekat aku. Terus aku bisik,

“Dahlah wei. Aku nampak benda…”

“Hah?”dia tak faham.

“Belakang loker tu. Aku ingatkan Zii. Tapi gigih pulak dia panjat loker nak main cikucak dgn kita.”

Gulp! Tyra pun senyap kejap. Maybe dia cari jalan nak tamatkan prank malam tu.

Then beberapa hari kemudian, aku nak kebas katil. Memang rutin aku setiap malam. Ada butir-butir kecil atas katil aku tu. Tapi aku tak fikir apa-apa. Terus libas sampai semuanya jatuh ke bawah. Esoknya, bila aku bangun, ada dua tiga butir transparent tu dekat tempat aku tidur. Aku biarkan je. Libas lagi. Balik dari kolej petang tu macam biasa, ada beberapa biji lagi atas katil. Cukup 3 hari perkara itu berulang, aku dah syak sesuatu.

“Apesal manik2 ni landing atas katil aku hah?” gumam aku.

Elly katil sebelah aku tengok, tapi dia pun konfius. Manik tu takde lubang. Warna transparent. Mula-mula ingatkan ubat gegat yang ada dalam kotak kasut tu. Tapi mana datangnya dengan jumlah yang banyak ni? Aku mula kutip butir-butir tu dan letak dalam satu bekas. Hari demi hari makin banyak yang aku dapat. Aku tunjuk kat warden. Dia kata nanti nak panggil pihak darulsyifa tp diorang sibuk. Kiranya kes aku ni pending lama sangat.

Lepas manik tu, aku mula mimpi bukan-bukan. Seram wei kerap kali mimpi hantu. Cuti midterm aku balik kelantan. Aku x tahu yg ada sesuatu follow aku. Sampai pagi tu aku nak amik wuduk untuk solat subuh. Tiba2 terdengar suara dalam toilet rumah, “hiiiiiii….”. Aku x layan pun. Kakak aku yang duduk rumah jadi takut sbb dia kena ganggu lepas aku balik. Pagi2 buta dia datang bilik aku kata nak tidur sekali. Dia dengar suara orang berdengung “hiiiiiiiii…” Sama macam aku dgr.

Seminggu aku cuti di rumah mmg kena serang kaw-kaw dgn jin. Malam aku tidur dgn kakak pun kena himpap sampai masuk mimpi sorang lelaki menyerupai harimau which means his body hv black n orange colour. Dia marah aku kenapa tak nak dia lepastu serang n cekik tengkuk aku. Dgn nafas tersekat-sekat tu aku lawan. Aku sepak dia berkali-kali walaupun aku tahu bukan taraf lawan dgn benda tu. Ikhtiar sampai alhamdulillah aku tersedar. Batuk-batuk. Sakit kot tengkuk aku masa tu walaupun dah bangun. Aku pandang kakak aku yg tengah tidur. Baca beberapa ayat dr al-quran dan aku sambung tidur.

Dalam minggu tu jgk hari raya haji 2017. Pagi raya haji aku x ikut family aku gi solat sunat di masjid. Aku tidur di sofa ruang kuarga. Bila terdengar suara kakak & nenek sedang bersembang, aku tak tidur. Just pejam mata sambil dengar apa yang diorang borak tu.

Tahu apa jadi? Tiba-tiba badan aku xleh gerak padahal aku x tidur pun. Maksudnya kena himpap dalam sedarlah. Aku rasa ada sesuatu yang berbulu sentuh aku dari kepala sampai hujung kaki. Geli ! Tapi aku x dapat gerak. Aku syak benda ni hantu raya. Dalam hati ni tak henti-henti baca ayat qursi, 3 qul & azan. Lepastu datang bayangan kucing hitam besar mengiau marah kat aku sebelum dia cakar habis tubuh aku. Sakitnya bukan kepalang !Bila sedar tu, cepat-cepat aku bangun.

“Kenapa tak tolong Sya?” aku marah kakak aku sbb tadi dia yang sakan bercakap dgn nenek aku.

Kakak aku pun pelik. Aku ulang semua ayat kakak aku dari awal sampai akhir, maksudnya aku mmg tak tidur time dia tengah bercakap tadi.

Cukup seminggu aku balik semula kolej. Warden dah pesan, balik Kelantan, pergi berubat. Tapi itulah… payah nak cari orang yang boleh rawat kita. Lagi-lagi orang perempuan. Manik-manik yang aku janji nak bawa balik untuk tunjuk dekat family pun aku tak bawa, sebab kakak aku takut nak tengok.

Sampai asrama ada sebiji je butir kecil tu. Aku ambil, lepas tu simpan dalam bekas. Dalam dua tiga hari lepas tu, aku pergi kolej and then terjumpa butir-butir manik tu dekat celah buku-buku. Di lipatan laptop aku ada terselit sebiji. Takut gila time tu walaupun ada ramai kawan kelas keliling aku.

Balik hostel aku saja je nak check beg aku kot-kot disumbat jugak. Sekali aku buka zip ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM memang berlambak benda tu. Setiap poket kecil beg ada.

Dalam sebulan sebelum final exam, aku ada dpt permintaan kawan-kawan untuk ajar dalam projek multimedia. So aku manage time malam jumpa kat kedai bawah hostel. Satu meja panjang tu memang geng kelas aku je. Ada 2 kumpulan tumpang guna laptop aku nak siapkan kiosk diorang.

“Syakk, ada kertas tak?” tanya Izzul.

Aku jenis tak banyak soal, terus bagi dia sehelai kertas. Lepas tu dia mintak tisu pulak. Orang lain tengah sibuk siapkan projek multimedia, tapi aku tengok si Izzul tengah buat origami. Yg kertas tu dia jadikan love bersayap. Tisu tu dia bentuk jadi bunga mawar. Cantik sebab aku tak pernah nampak orang buat depan aku. Aku kata nak simpan, dia kata ambik jelah. And aku betul2 simpan dua benda tu dalam kotak perfume kosong.

Aku kenal latar belakang Izzul ni dia ada ilmu silat dan dia sendiri mengaku dia ada ilmu kebal. Aku tak tahu kenapa aku stay berkawan dgn dia. Dan memang takde perasaan curiga pun dgn sikap dia kat aku.

Dua hari sebelum final exam, aku mimpi seorang pakcik yg aku tak kenal pun siapa dia. Dia bercakap dalam loghat kelantan.

“Aku nak bagi benda ni. Mu jaga molek.”

Aku diam je. Tak angguk dan tak geleng. Dalam mimpi tu jgk aku tahu apa yg dia nak wariskan. Pocong! Aku dpt tahu bila aku boleh lompat hanya dua atau tiga kali nak kejar orang yang jarak dia jauh dari aku.

Aku call mak dan dia suruh aku beli garam & asam keping untuk letak dalam dorm. Petua orang tua-tua kata hantu tak suka dua item tu. Alhamdulillah itu kali terakhir aku diganggu sebelum tamat semester 1.

Cuti 2 bulan kat rumah, lama jgklah baru kena ganggu lg. Aku selalu kena himpap dan mimpi seram. Latest aku kena himpap dan aku dapat rasakan benda tu sentuh ubun-ubun aku. Tapi aku menggelupur nak lepaskan diri. Baca ayat qursi sekali dua terlepas. Bila aku nak lelap balik, dia dtg lagi dan himpap aku untuk beberapa kali sampai aku lari dari bilik. Aku bawa masuk kucing 2 ekor untuk temankan aku.

Pagi esok bila aku bangun, aku dapati ada love bite kat bahu kanan aku. Naik habis bulu roma aku ! Macam tahu je siapa dalangnya.

Aku cerita hal ni kat abang aku. Abang call kawan dia yang ada sixth sense untuk tengok-tengokkan aku tp dia ada di KL untuk ubati orang. Kawan abang aku ni pandai meneka dgn betul. Bila abg aku cerita pasal gangguan yg aku kena tu, dia kata aku sebenarnya dah terima sesuatu yg bukan milik aku.

Manik2 yang aku kutip dulu tidak sepatutnya aku kutip sebab bila kutip & simpan itu tandanya aku dah terima benda tu jadi pendamping aku tanpa sedar. Serius seram bila dia kata camtu.

“Tanya adik kau dia ada terima apa-apa tak masa di kolej.” tanya abg kawan aku melalui fon.

“Maksud kau ?”

Lama dia diam sebelum jawab pertanyaan abang aku. “Kertas.”

Zupp! Aku teringat sesuatu. Izzul bagi aku kertas origami tu. Aku tunjuk kat abg aku. Aku kata sebenarnya aku sendiri yg nak simpan. Izzul izinkan. Bila aku cerita latar belakang classmate aku tu lagi confirm Izzul adalah suspek dlm kes ni.

Kawan abang kata lagi kalau betul dia ada niat buruk, maybe dia hembus sesuatu kat aku atau kertas tu sebelum tunjuk dekat aku. Aku terdiam. Tak tahu nak buat macam mana.

Malam tu aku buat terapi ruqyah itupun setelah abang aku paksa. Pelik jgak bila aku takut diruqyah. Alhamdulillah takde apa pelik berlaku.

Buat masa sekarang ni, aku diminta oleh kawan abang aku untuk membakar kertas origami tersebut dan biji-biji kecil disertai bacaan surah al-falaq. Ikhtiar dengan izin Allah, gangguan tu dah tak ada.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syakk

14 comments

    1. Saya pun x pasti, natasha sama ada dia ada pendamping atau x. Boleh jadi kertas origami & butir2 halus tu adlh dua perkara yg berbeza. Izzul cuma suspek. Apa2pun sy kena lebih berwaspada bila berkawan lpas ni.

    1. Xde bukti kukuh yg confirm izzul sihir sy. Dia hanya suspek. Buat mse ni sy akan diamkan diri. Semester 2 dah x sekelas dgn dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *