Hakikatnya….. Ada Hantuuuu…..

Assalammualaikum kepada admin dan semua warga yang menggemari Fiksyen Shasha..

Ok guys, aku cuma nak cerita pengalaman aku bercuti Disember 2019 yang lalu.. Bulan Disember masa tu musim hujan. Boleh dikatakan area johor ni, hari-hari hujan..Anak-anak aku asyik merengek je, Tanya bila nak bawa pergi holiday.

Aku bukan tak nak pergi. Sebab cuaca kurang baik, dan anak aku memang port pilihan, lokasi yang ada swimmimg pool dan pantai. Memandangkan tahun 2012 dulu, seorang cousin aku ni meninggal sebab lemas kat pantai desaru, so sejak tu, family aku memang dah jarang holiday dekat area pantai, especially dalam bulan Disember, sebab kejadian cousin aku lemas tu pada 21.12.2012. And kami semua masih trauma lagi.

But, after few decision with my husband, we decide to holiday at area Pahang. Daerah apa, nama resort apa, rahsia…Kang aku kena saman dengan owner lak… Itu pun sebab mersing dah penuh time tu, banyak resort and chalet yang penuh. Last minute kan… Malam sebelum tu, aku survey kat agoda, sebab aku memang tak suka main terjah. Actually, masa tahun 2018, kami pernah on the spot pergi holiday ke Port Dickson. Oleh kerana time tu, last minute plan, dah sampai sana, cari lokasi penginapan semua penuh. Time cuti, biasa la kan..

Masa tu asyik Pusing-pusing nak cari penginapan, ada seorang brother India tegur, “ Cari hotel ke?” Husband aku pun jawab, “A’ah, semua penuh”. Aku memang dah gelisah sangat, sebab you all paham-paham la, bawak anak kecil dua orang, merengek je, plus aku tengah mabuk pregnant anak no-3. Memang dah tak selesa badan. Then brother india tu, bawak kami pergi ke satu apartment, apartment 2 bilik, but only 1 bilik kami boleh guna, yang lagi satu, tak boleh, maybe owner punya tempat untuk letak barang kot. Dan masa tu, bermula la pengalaman pahit aku.…

Ok guys, aku tak nak cerita pasal apartment tu, aku cuma nak cerita pasal resort yang aku pergi baru-baru ni. Malam tu, survey punya survey, aku jumpa la one resort ni, ada pool and near beach area. Tengok kat gambar, memang nice. Harga pun, not bad la, chalet pun cantik, harga pun murah. Tunjuk kat husband aku, dia on, so, aku pun terus la booking and pay terus. Sebab left 1 room only!!!!

Esoknya, kami gerak pagi, Estimated time arrived around 3 pm. Ok la, sbb check in pun pukul 2 pm. Perjalanan memang smooth, just ada incident kecil bila time lunch kat mersing tu, stroller anak aku boleh tertinggal kat sana, masa kami rehat dekat tepi pantai yang ada lambang keris besar tu. Excited sangat nk bercuti, semua benda lupa. Nasib baik kakak ipar aku, cikgu kat mersing, dia la pergi kutip stroller tu. Kami dah sampai sini, baru perasan benda tu tertinggal…hahaha

Kami sampai dalam pukul 2 lebih la. Wow, view memang sama macam dalam gambar. Cantik dan bersih. Bukan apa, kebanyakkan yang time booked, gambar memang cantik, hakikatnya biasa-biasa, malahan ada yang sangat worse. But this time, aku tak salah pilih lokasi. Memang puas hati.

After pergi kat reception, aku nak ambil kunci, budak receptionist tu cakap, akak jalan depan ni, lepas tu naik tangga. Ok la, aku pun dukung baby aku jalan ke sana. Sebenarnya aku pelik sikit, sebab aku book chalet, tapi kenapa kena naik tangga? Lepas jalan depan sikit, baru tau, chalet tu ada 2 tingkat. Oh, maybe, chalet aku yang atas la kot. Lepas pusing-pusing 15 minit, still tak jumpa nombor chalet tu. Aku pergi semula ke bahagian reception. Adik manis tu pun cakap, “ Oh, sorry kak, kami tukar bilik akak ke deluxe room, die pun tunjuk la bangunan 4 tingkat depan reception tu.

Ok, aku pun start argue, “eh, kan akak ambil chalet?”. Budak tu pun senyum,” maaf ya kak, chalet memang kami dah reserve kan, tapi ada masalah air-cond, jadi tak boleh duduk situ” die pun jawab dengan muka serba salah. Aku senyum balik cakap kat dia, “kalau macam tu, tukarkan akak ke chalet lain. Akak tak nak bilik tu, anak-anak akak nak chalet yang sea view.” Aku pun request. Then budak tu pun jawab, “ Maaf kak, chalet semua penuh” Cuma tinggal satu je, yang akak booked tu, tapiiiiii…….. yang itu tak boleh bagi kat akak. Kalau saya bagi, akak susah nanti.” Dia jawab macam tu.. Kemain panjang tapiiiiii dia tu.. Hahaha..

Aku dah agak, something wrong ngan bilik tu. Sebab mula-mula dia cakap aircond rosak kan.. tetiba tukar ayat tak boleh bagi kat akak, nanti akak susah. You guess??? Tapi aku request juga nak chalet tu. Sebab aku memang nak sea view. Lagi satu, chalet tu jenis berkembar, sebelah-sebelah ada orang (agaknye kot, sebab mula-mula dia cakap semua chalet penuh). So, aku tak de la feeling seram atau takut.

For your information, normally mana-mana resort atau hotel pun, dia akan ada satu bilik yang special. Maknanya “keras” sikit. Siapa yang selalu bercuti, tau la. Tak tau, google, banyak je story pasal ni…Tapi ntah kenapa, aku gatal sangat nak chalet tu. So, budak tu pun bagi kunci kat aku.

Husband aku dah jalan ke depan bawa beg, aku masih terkedek-kedek kat belakang ni kejar anak-anak aku. Sebab memasing dah nak lari terjun ke kolam. Hahah.. Masa sampai depan chalet, aku ada bau something yang hanyir. Aku jeling husband aku, dia buat derk je. Sebab husband aku ni, hidung dia berfungsi macam hidung anjing sikit, Peka kemain,. Bau busuk sikit pun tak boleh.. Kalau dia duduk kat depan tengah drive, die boleh tau kat seat belakang ada botol susu terbalik, sebab dia boleh hidu bau susu jatuh seat.. Ko rase?? And sebab tu, aku pelik kenapa husband aku tak merungut pula kali ni..

Ok, aku masuk chalet, letak barang, tukar baju mandi untuk anak-anak, then start la kami mandi. Masa aku dalam toilet, aku rasa macam ada orang perhatikan, macam bayang hitam. Tapi aku buat tak tau je, sebab siang lagi.. So kami pun start la mandi kolam sampai petang.. Nak turun pantai, tak boleh, ada amaran ombak besar. Lepas mandi, husband aku suruh aku balik chalet dulu, sebab dia nak ambil barang dalam kereta. Aku memang dah gelisah sikit, sebab tadi dah ada pengalaman yang tak best. Sampai chalet, buka pintu, ada angin keluar dari dalam.. kuat sangat. Lepas tu, aku tengok, dalam bilik gelap sangat, dan seingat aku, aku buka lampu, sebab nak terang.

Masuk je bilik memang aku tak sedap hati, baby yang aku dukung, terus palingkan muka. Tak nak tengok area depan bilik air. Aku buat tak tahu, sambil buka TV, nak hilangkan rasa sunyi. Anak-anak aku yang lagi dua orang tu, masih kat luar, main pasir depan chalet. Lepas husband aku sampai, baru la aku panggil anak-anak aku, mandikan semua. Malam tu, kami decide nak makan dalam bilik je dan dah siap tapau makanan masa petang tu. Memang decide tak nak keluar ke bandar sebab area nak ke bandar tu, jauh dan sunyi.

Memasing penat, semua tido awal, termasuk la husband aku..tak lama kemudian, baby aku merengek, aku pun bangun la nak buat susu. Meja tempat aku letak susu ni, berdepan ngan bilik air. And ngam-ngam lepas aku siap buat susu, aku tertoleh ke bilik air, aku nampak kelibat hitam mata merah tgh menyeringai.. Dia macam melekat kat syiling, penjuru bilik air smbil kepala die toleh ke aku. Ala….gaya macam cicak man tu… Aku terus pusing semula ke arah anak aku. Terus aku peluk anak aku, sambil baca apa-apa yang patut.

Lepas anak aku tidur, aku pun start la nk tidur semula. Tapi tak boleh.. Sebab aku dengar bunyi perabot diseret, bunyi benda jatuh terhempas ke lantai, bunyi guli…..sebab aku dah ada pengalaman dengan benda macam ni, jadi aku tau ni bunyi apa (“Umur dia 7 tahun, aku ambil budak ni” 1st cerita yang aku hantar dan dipublishkan pada 30.11.2019 – boleh rujuk cerita ni.) Bising sangat.. Macam-macam ayat al-quran aku baca..tu tak masuk dengar budak-budak ketawa kat luar chalet. Dengar jelas yang dieorang main lari-lari kat luar. Aku rasa, malam tu macam panjang je. Dan setiap kali anak aku terjaga, dia asyik toleh ke depan pintu bilik air, dan terus tutup muka dia. macam nampak sesuatu. Aku jelling-jeling juga, takut benda yang aku nampak melekat kat syiling tu keluar ,merangkak dari bilik air ke. Tapi tak de. Hope, tak de la kan.. Kang keluar, seriau je…

Lepas subuh, baru la aman sikit. Pagi tu lepas breakfast, kami mandi lagi. Nak balik tu, aku jengah la chalet tingkat atas tu, tengok pasangan tua..tak la tua mana, dalam 50-an kot, sempat berbual jap ngan makcik tu, tanya, datang ngan sapa, dari mana? Sebab aku nak tau kot-kot dia yang seret perabot tengah malam. Hahaha… walaupun aku tau, memang bukan dia la,, makhluk lain…huhuhu

Masa nak pulang kunci, budak receptionist tu ada. Aku pun bagi la kunci kat dia. Dia pun tanya, “ malam tadi ok kak?. Aku pun jawab, “ Ok, puas hati la dik stay sini, lain kali nak datang”..aku balas. Budak tu ngan kawan sebelah dia pandang satu sama lain. Ada kerut sikit kening dia. Aku buat derk je.. Sebab tak nak dieorang ketawakan aku sebab semalam kemain tegas aku berdebat nak chalet tu. Nak tunjuk tak ada apa yang berlaku. Chewahhh….Walaunpun hakikatnya…….ada hantuuuu……..

Elmie..
P/S: Next aku cerita pengalaman aku stay kat apartment Port Dickson tu ya…Stay tuned

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
Elmie

4 thoughts on “Hakikatnya….. Ada Hantuuuu…..”

  1. LOL cari penyakit. Nasib baik tak jadi apa2 kat baby. Kot ye pun ego tak payah libat anak2. Aku rasa kalau jadi pape pun mesti kau dah siap sedia nak salahkan hotel tu kan? Kot dia ikut anak kau sampai ke sudah, nak tanggung? Lagi penting seaview dari keselamatan anak. Ye memang aku judge kau pun. Tanak kena judge jangan post. Simpan sendiri je.

    Reply
    • sha klu dgn fmily gi vacay semua bilik aku rse brhantu tk kesahlah chalet je hotel,,sbb sha klu diorg gi mkn aq mls nk ikut so ak akn kena lah dgn natang tu,,wlupun tkder amarn ap2 dr pihak hotel,,hah

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.