Halusinasi

HALUSINASI

Assalam dan salam sejahtera buat semua pembaca Fiksyen Syasya.Ya Allah,gembiranya Syaz bila dapat tahu yang ramai baca kisah Syaz.Tq sangat! Semangat nak tulis cerita hantu banyak-banyak.Kali ni kisah hantu ni bukan dari kisah Syaz. Syaz dapat dari kawan Dani. Dani gelak baca komen korang. Kami bukan berpisah sebab bercinta la. Maksud bagi ayat berpisah tu.Syaz dan Dani tak dapat nak jumpa tiap-tiap hari macam dulu sebab masing-masing dekat Universiti masing-masing. Kami selalu aje lepak.Eh! Dh melalut pulak. Jom start!

Jam di tanganku sudah menunjukkan 7.45 a.m . Boleh satu round lagi ni! kata hatiku. Lalu aku mengatur kaki ku untuk meneruskan jogging keliling taman. Earphone aku sumbatkkan kembali ke telinga. Azam untuk kurus tahun ni aku kena jayakan!
Setelah beberapa minit aku jogging, telingaku menangkap derapan kaki dibelakang aku. “tap tap tap” seram rasanya. Langkahku semakin pantas. Aku tak berani nak menoleh. Aku berhenti, si dia pon turut sama berhenti. Apabila aku berlari, si dia turut sama berlari. Tak boleh jadi ni. bisik hatiku. Mula la aku nak tunjuk bakat terpendam aku sebagai juara lari terpantas bila kena kejar anjing liar di taman perumahanku. Peluh di dahiku semakin meriah. Aku berlari semahunya.
Akhirnya,Si dia berjaya menekup mulut aku. Aku meronta! Peluang terakhir aku hanya menggigit tangannya.

“Arghhhh,sakitlah!” jerit si dia.Lantas aku toleh ke belakang.Aku rasa nak tumbuk aje muka si dia ni.Dani rupanya.Taguna punya kawan
“Syayatin laaa kau ni.Tau tak orang takut.Taknak kawan kau” aku berlalu dari situ.Sempat jugak jeling Dan.iAku nampak Dani tergelak beria sangat lalu mengekoriku
“Eleh,gurau pun tak boleh dah sekarang.Senyum la sikit cik adik”
“Malas cakap dengan kau”aku jeling dia
“Kau pun satu.Dengar lagu macam orang pekak.Lepastu,pergi jogging sorang pagi-pagi buta ni.Kau rasa orang jahat nak tatap aje body kau ni.Kenapa jogging waktu macam ni?” muka Dani bertukar serius.Eh,dia yang salah tadi.Aku pulak yang dipersalahkan.
“Yelah,aku mengaku aku salah.Tapi aku nak kurus lah.Kawan-kawan aku semua sudah berpunya.Aku ni takde siapa yang nak.Cuti sem ni,aku akan bersenam gila-gila” kataku dengan penuh semangat.

“Aku peliklah kau ni,berat kau normal kan.Nak kurus lagi buat ape? Aku nak dengan kau.Kau reject pulak aku” Dani pandang aku.
“Merepek lah! Jom balik” aku menukar topik lalu mengorak langkahku ke arah rumah aku.Tiba-tiba,tudung aku ditarik dari belakang.Nak cari pasal agaknya mamat ni.
“Jomlah teman aku breakfast.Aku belanja Mcd.Dah lama tak borak dengan kau”
“On!”aku bersorak gembira.
Kami dengan berpakaian sukan menapak di Mcd.Habis diet aku.Selepas makanan siap dipesan.Aku berbual kosong dengan Dani.Dani bangga dengan aku kerana ramai yang baca kisah hantu aku.
“Kau takde cerita hantu ker? Aku dah takda idea nak menulis”tanyaku kepada Dani.
“Nasib baik kau tanya.Aku ade cerita hantu yang baru aje terjadi dekat kawan aku.Cerita dia pasal halusinasi”
Bermulalah cerita Dani.Dani mempunyai seorang kawan perempuan.Nama diberi Kina.Dani mengenali Kina kerana mengambil jurusan yang sama.
(Situasi di dalam dewan kuliah)

Kina merupakan seorang yang pendiam.Di sebabkan itu,dia mempunyai seorang sahaja kawan baik perempuan yang diberi nama Lia.Tetapi Kina tetap menjadi pelajar dekan setiap sem.Lia dan Kina semakin rapat kerana mereka classmate.Ketika mereka menunggu Prof Isa(nama samaran).Kina membelek-belek cincin di jari manis Lia.Cantiknya.Matanya kagum melihat ukiran di cincin emas itu.
“Ni cincin tunang ker Lia?” Tanya si Kina
“Aish kau ni.Aku belum tunang la.Ni cincin aku.Mak aku yang hadiahkan”
“Cantiknya Lia.Nak mintak mcm ni jugaklah dekat mak aku.Kalau dapatlah” Kina bergurau di akhir katanya.
“Kau nak ker? Kalau nak aku nak bagi free ni sebab aku tak suka dengan cincin ni.Cincin yang boyfriend aku hadiahkan lagi cantik”
“Eh mana boleh Lia.Ni kan mak kau yang hadiahkan.Sedih dia nanti”
“Cincin aku berlambak dekat rumah.Famili aku memang suka beli cincin.Memang hobi kami” kata si Lia.Kina terkejut.Cincin dahlah mahal.Boleh pulak kumpul cincin tu jadi hobi mereka.Peliknya manusia sekarang.

Perbualan mereka terhenti saat prof Isa mula kan sesi kuliah.Setelah seharian kelas.Kina dan Lina kembali ke dorm masing-masing.Lantas,Kina menyelak calendar yang digantungnya di meja belajar.Senyuman mula terbit dibibirnya.Tak sangka sudah besar.
Tepat jam 12.00 malam,notifikasi di telefon samsungnya rancak berbunyi.Segala ucapan dan doa diberikan daripada keluarga serta sahabat handai.Terasa seperti artis pulak.
Tok Tok Tok…
Pintu dormnya diketuk.Kina membuka pintu.Lia rupanya.Lantas,Lia memeluknya.
“Happy birthday Kina.May allah bless you bestie”
“Thank you Lia.Susah-susah aje datang bilik aku untuk wish aku” Kina menyapu air mata yang mengalir di tubir matanya.
“Tak susahpun lah.Aku nak bagi hadiah dekat kau.Bak jari” Kina pun menghulur jarinya kepada Lia.Dan ketika itu,cincin yang diidamkan nya tersarung kemas di jarinya.Kina terkedu.
“Aku hadiahkan kau cincin ni.Jaga elok-elok.Sayang kau” kata si Lia.Sekali lagi Kina terharu,baiknya Lia kerana sanggup memberikan cincin itu secara percuma.
“Aku balik bilik dulu tau.Bye” kata si Lia.Tanpa Kina sedari,itulah perbualan terakhir dia dan Lia.

Malam itu, Kina sedaya upaya melelapkan matanya.Tetapi matanya seakan digam.Langsung tidak boleh lelap.Kina pelik,kipas berputar laju tetapi panas sangat.Badannya terasa dihimpit oleh seseorang.Kadangkala,selimutnya terasa seperti ditarik oleh seseorang.Tanpa ragu-ragu dia menjenguk ke bawah katilnya.Nasib baik tiada apa-apa.Dia tekad untuk melelapkan matanya walau apa pun yang terjadi.Sebelum perkara yang tidak diingini terjadi.
Kina tersedar dari tidurnya saat Kak aina(roomate) memetik suis lampu.Badan terasa lesu akibat tidur yang singkat.Tanpa berlengah Kina menuju ke bilik mandi.Dia perlu cepat kerana kelasnya akan bermula pada pukul 8.00 a.m .Saat air mengena badannya. Ibu jari kakinya terasa perit.
“Auch!” Kina menjerit kecil.
Matanya tertancap pada ibu jari kaki nya yang lebam.Ada sisa d***h disitu.Kina pelik.Bila pulak dia terpijak benda yang tajam ni.Kina mencuba untuk berfikiran positif.Mungkin dia tidak perasan.Tetapi dia tewas dengan mainan fikirannya.Seharian dia memikirkan perkara itu.
“Oi,menung jauh nampak?” tegur Dani.Dani mengambil tempat duduk di depan meja Kina.
“Eh mana ada,aku tengah baca buku ni” Kina menunjukkan bukunya kearah Dani.Dani menunjukkan mulut tanda O.Tak boleh cakap banyak-banyak kerana mereka sedang berada di perpustakaan.
Setelah beberapa ketika mereka mendiamkan diri.Kina berkemas ingin balik ke biliknya.
“Dani,aku nak mintak tolong kau ni.Kalau kau nampak perubahan dalam diri aku.Boleh tak kau call mak aku untuk ambik aku balik.Aku percayakan kau sorang aje ni.Aku mintak diri dulu tau.Bye” Kina berlalu pergi.Sedangkan si Dani masih tertanya-tanya dengan permintaan si Kina.Tapi biasa lah pemikiran si lelaki.Mungkin Kina sedang bulan mengambang.Emosi tak stabil.

Malam itu,Kina cuba menghubungi Lia.Tetapi,tiada jawapan.Kina hampa.Tiada sesiapa yang boleh menjadi tempat dia mengadu.Keluarga pulak jauh ke utara.Dia seboleh mungkin tidak mahu membebankan ibu ayahnya dek masalahnya.Dia mengambil keputusan untuk turun makan burger.Sedang dia leka menikmati burger double cheese special,kak Aina datang menyapanya.
“Laa Kina makan burger ker? Akak baru nak belikan bubur kat cafe untuk Kina.” Kina semakin pelik.Kenapa pulak kak Aina ni tiba-tiba nak belikannya bubur.
“Dah kenapa pulak akak nak belikan bubur untuk kita?” tanya Kina
“Kan tadi akak rasa suhu badan Kina.Kina kan demam tadi.Terbaring aje kat atas katil.Akak tanya nak makan ape pun,Kina diam aja.Baru kejap akak pergi bilik air,dah sampai ke sini pulak dia.Ni dah sihat ker ni?” Kak aina meletakkan tangannya di dahi Kina.Kina menggeleng
“Tiba-tiba segar pulak badan.Demam sebab stress kot.Sorry buat Kak aina risau” Kina terpaksa menipu.Dia tidak mahu Kak aina takut sepertinya.
“Ada-ada aje dia ni.Akak pergi dulu tau.Bye” ujar kak Aina sebelum berlalu pergi.Kina terkedu dengan kata-kata Kak Aina.Siapa pulak yang ada dalam bilik tadi?

Kina menghabiskan sisa burgernya.Semangat ingin tahunya melambung.Entah bagaimana semangat berani nya ini datang.Kina laju mengatur langkahnya ke bilik nya.Dia membuka pintu biliknya.Tetapi seluruh bilik gelap.Dengan kekuatan yang ada.Dia memetik suis lampu.Pada saat itu,dia terasa tangannya disentuh oleh benda yang sejuk.Lantas,Kina menarik tangannya.Peluh ketakutan menyelubungi dirinya
Ting….(lampu terbuka)
Jantungnya berdegup laju saat matanya menangkap figura dirinya sendiri duduk mencangkung di atas katil sambil menghisap d***h yang mengalir di jari jemarinya.Kina kaku.Mahkluk itu tersenyum sinis dan menerpa ke arah Kina.Tetapi alangkah malangnya,Kina tersalah langkah dan terhantuk kepalanya di bucu meja ketika ingin berlari keluar dari bilik.Dan dunianya gelap.
Kina terjaga saat 3 orang roomate nya membacakan surah yassin buatnya.Matanya meneliti ke sekitar bilik yang mereka berada sekarang.Mereka di bilik sakit blok.Entah apa yang merasuk Kina.Dia bingkas bangun.
“Boleh tak tolong diam.Bising tahu tak!” Kina menjerit kearah mereka.Kak aina mendekatinya cuba untuk menenangkan Kina yang sedang serabut.
“Bawak bertenang.Kina banyak berfikir ni” kata Kak Aina
“Berambuslah! Aku tak perlukan korang.Bla!” Kina berteriak seperti orang gila.Ketika itu,Tasha meluru kearah Kina lalu menampar pipinya.
“Kau ni sedar diri tak? Kami yang selamatkan kau taterKau meracau lepastu ugut kami nak k***r tangan kau.Nasib baik Kak aina datang.Kalau tak.Pergi matilah kau” Kina terkesima.Kenapa dia tidak ingat apa yang terjadi? Kina terduduk di situ.Air matanya deras mengalir.Apa yang aku buat ni.
Ketika mereka melihat Kina menangis teresak-esak.Mereja datang memeluk Kina.Ya,Tasha tidak bermaksud untuk menyakiti hati Kina dan mereka saling memohon maaf.

Keesokan paginya,perkara pelik terjadi kepada Kina sekali lagi.Dia menjerit-jerit kerana katanya dia melihat lembaga hitam yang berbulu merenungnya dari tempat duduk prof Ahmad.Kina semakin tertekan kerana dimana sahaja dia pergi pasti lembaga hitam itu mengekorinya.Malah ketika dia mandi,lembaga itu bertenggek di atas singki.
“Kau ok tak ni Kina?” tanya Dani ketika dia terserempak dengan Kina di library.
“Shushhhh,diam Dani.Nanti dia dengar.Dia tengah pandang kita dekat hujung sana tu” tangan Kina menunjuk kan meja yang selang 2 baris dari kami.Dani membaca surah pendinding diri.Jika diizinkan allah,dia akan nampak kerana itulah kelebihan dirinya.Ketika dia toleh,ya matanya dapat menangkap figura lembaga hitam itu.
“Apa yang dah jadi.Kau nampak teruk sangat dah ni.Pergi minta bantuan dari ustaz aliff.Insyaallah dia boleh bantu” Kata Dani.Ketika itu,Kina cepat-cepat mengemas barang dia.
“Aku tak nak dia cederakan kau.Dia nak datang dekat kau tu.Aku balik dulu” Kina berlari anak keluar dari library dan lembaga hitam itu juga mengkorinya.Lingkaran mata kina jelas kelihatan.Kina seperti orang kurang siuman gamaknya.Selepas hari itu,Dani semakin jarang melihat Kina di fakulti mereka.

Kina mengurung dirinya di dalam bilik.Dia tidak mahu bercampur dengan orang disekelilingnya.Sudah seminggu dia tidak pergi ke kelas.Malah,dia juga sudah tidak mandi,makan,minum dan solat.Kina semakin depress dengan bisikan halus yang sering menyuruhnya m******h diri.Malam itu,dia menghantukkan kepalanya di dinding berulang kali sehingga berdarah.Kina tekad dia sudah tidak mahu hidup.Lembaga hitam itu merenungnya dari atas almari membuatkan dirinya takut untuk bergerak kemana-mana.
“Ya allah,Kina!” Tasha meluru kearah Kina.Kina ketawa melihat Tasha cuba mengangkat badanya yang terbaring diatas lantai dengan kepala yang berdarah itu.Kina dibawa ke klinik oleh roomatenya.Dia ditahan wad kerana badanya lemah.Tasha segera menghubungi Dani kerana Kina kerap bercerita tentang Dani kepada tasha.

“Assalam Dani,tasha ni.Boleh tak datang dekat hospital sekarang.Kina kena tahan wad.Yang ada sekarang ni roomate dia aja” Setelah mendapat panggilan telefon itu.Dani segera ke hospital.Melihat muka cengkung Kina.Terbit rasa kesian dalam hati Dani.Tak boleh jadi ni.Dia perlu menghubungi ibu dan ayah Kina.Betapa luluhnya hati keluarga Kina saat Dani menyampaikan berita itu.Kasih ibu ayah tiada tandingannya.
Doktor memberitahu bahawa terdapat kesan lebam-lebam di sekitar tubuh Kina.Malah doktor itu turut bertanya kepada mereka adakah Kina didera oleh seseorang.Mereka menggeleng tanda perkara tersebut tidak benar.Doktor turut menasihati agar Kina mendapatkan rehat yang cukup dan jangan membebankan fikirannya.Malam itu,Tasha menemani Kina yang ditahan di wad.

Keesokan paginya,Dani bergegas ke hospital setelah kelasnya tamat.Dani kesian terhadap kina kerana Kina hanya bercakap dengan dia seorang di kelas berbanding kawan-kawannya yang lain.Ketika dia sampai di wad Kina.Ibu bapa Kina sudah sampai di situ.Dani bersalam dengan ayah Kina.Dia juga mohon untuk bercakap dengan Kina.Dia perlu tahu hal sebenar.
“Hai! Dah sihat?” tanya Dani.Kina hanya tersenyum dengan bibirnya yang pecah-pecah itu kerana kurang air.
“Apa yang terjadi sebenarnya ni Kina? Cuba bagi tahu aku” pinta Dani
“Kau dapat call tak Lia? Dia sudah lama tak telefon aku” Dahi Dani berkerut.Siapa Lia?
“Lia mana pulak ni?”
“Lia budak baru dalam kelas kita tu.Aku mula-mula jumpa dia dekat pohon belakang blok.Tak sangka pulak dia kelas kita masa tu” Kina tersengih mengingat kembali kali pertama dia berjumpa dengan Lia.
“Kina,listen to me.Orang yang bernama Lia tu tak wujud dalan kelas kita.Selama ni kau berhayal tahu tak! Semua orang nampak kau berbual kosong dengan orang dekat sebelah kau.Padahal tak ada siapa pon.Kau sedar tak ni” Dani cuba bertegas kali ini dengan Kina.Dia tidak mahu Kina hidup dalam dunia fantasinya lagi.Kina tergelak kecil
“Kau yang gila lepastu cakap aku yang gila” Kina mula menyampah dengan kata-kata Dani.Menyibuk hal orang.
“Kau ingat aku takada bukti ker?” Lalu Dani menunjukkan video yang Tasha rakam ketika Kina berborak dengan ‘LIA’.Kina juga terkejut kerana memang benar tiada siapa disebelah dia.Air matanya mengalir.Adakah aku gila? Pandangannya kosong kearah Dani.
“Selama ni Lia tu tak wujud.Benda tu yang menyerupai Lia.Aku harap kau pulih.Ibu dan ayah kau nak bawa kau pulang untuk berubat.Aku dapat doakan dari jauh aja.Get well soon Kina.Aku minta diri dulu.Kau kena kuat!.” Dani beredar dari situ.Dia tidak sanggup melihat kawannya dalam keadaan begitu.
“Pakcik,saya pulang dulunya.Ada kerja nak kena buat” Dani bersalam dengan ayah Kina
“Terrima kasihnya Dani kerana telefon pakcik dan makcik.Kalau tidak taktahu apa yang jadi.Bagaiman pakcik nak balas jasa dani ni?” Ujar ayah Kina
“Saya tak tolong apa-apa pun pakcik” Dani sengih sambil mengosok-gosok tengkuknya.
“Jadi menantu pakcik la kalau macam tu” gurau ayah Kina.Dani sudah terkulat-kulat di situ.
“Maaf pakcik saya sudah ada buah hati” ayat untuk selamatkan diri.Dani tersengih.Ayah Kina gelak sambil menepuk-nepuk bahu Dani.Fuh selamat! Dani beredar dari situ dan pulang ke rumah
Kina dibawa pulang oleh ibu ayahnya untuk berubat di kampung.Kina masih dalam proses pemulihan.Mohon doakankan kesihatan Kina.

(cerita ditutup)
“Macam tu la cerita dia.Kesian Kina” ujar Dani
“Kesiannya.Tapikan tadi kau mention kau dah ada buah hati.Siapa wey? Kongsilah dengan aku” aku menyakat Dani.
“Jom balik.lambat dah ni” ajak Dani kepadaku.Nak ubah topik la tu.
Sampai sahaja didepan rumahku.Aku mengucapkan terima kasih kepada Dani kerana belanja aku breakfast.
“Thanks Dani intan payung saya.See u when i see u.Bye!”
“Syaz wait! Kau nak tau tak siapa buah hati aku tu?” ujar Dani.Tak jadi aku nak masuj rumah.Duduk aku balik dekat dalam kereta dia.
“Siapa?”
“21 alphabet”ujar Dani.Aku pun gigihlah kira dari A sampai huruf sebelum U
“U?” aku tanya dia dan Dani angguk.Aku tak dapat nak tahan dari ketawa.Padahal nak control gugup.
“Tunggu aku sampai habis belajar and dont give up on me.Bye!” aku lari masuk rumah sebab dah malu.

Terima kasih kerama membaca.Please support syaz yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan.Kalau korang nak tahu.Syaz ada blog yang Syaz tulis novel cinta.Agak-agak korang nak baca tak? Sebab syaz tulis novel tu sikit-sikit dari sekolah menengah.But jangan risau Syaz still akan tulis cerita hantu dekat fiksyen syasya sebab itu memang hobi time boring.Bye! Luv uols

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syazt

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

15 thoughts on “Halusinasi”

  1. Aku nak baca cite hantu la, bukan kisah romantik. Kau nak buat cerita romantik berdiri bulu roma buka la website baru. Tq sudi share story.

    Reply
  2. bersemut baca kisah u & dani..haha
    btw, ur horror stories pun not bad..interesting!
    nanti share u punya blog tu ye..biar i baca ;D

    Reply
  3. Naluri kuat aku mengatakan yang Dani is not real.. mcm LiA.. Dani ni mcm imaginasi yang penulis reka untuk jadi watak dalam cerita dia.. tp kalau betul dani wujud.. hehe.. he is too good to be true..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.