HALUSINASI….
Assalamualaikum. Aku cerita berdasarkan pengalaman rakan dan aku ceritakan ini mengikut apa yang diceritakan. Sekadar berkongsi dan ambil iktibar. Tidak semua orang bahagia hidupnya dan jangan kita persenda apa yang terjadi. Semuanya kita jadikan ikhtibar ke arah hidup yang lebih sempurna.
Aku dikurniakan Allah sedikit kebolehan untuk meninjau ke alam ghaib. Alhamdulillah, dapat juga membantu pada yang memerlukan. Kita teruskan kepada penceritaan. Pada suatu petang dalam tahun 2017, aku dihubungi oleh Adli dan Hakim (keduanya bukan nama sebenar). Adli mengatakan ada rakannya yang sedang menghadapi satu situasi yang sukar. Sara (bukan nama sebenar) mengatakan dia terdengar satu bisikan untuk tamatkan riwayat hidupnya. Suicide..
Aku pun cuba melihat melalui mata batin. Ya.. Sara sedang berhalusinasi. Sara ni pengkid. (maaf). Jadi untuk membantu, sebab aku tak ada nombor telefon Sara, aku bercakap dengan Adli. Hakim bercakap dengan Sara. Guna handfon masing-masing la. Aku minta mereka berdua ni pujuk Sara supaya bersedia untuk dibantu. Tiba-tiba bayangan hilang. Dan yang nampak, pisau dan d***h. mengelupur la hero dua orang tu.
Memandangkan rumah aku jauh jaraknya untuk ke rumah Sara, aku minta kedua hero tu ke rumah Sara. Aku rahsiakan ye alamat demi menjaga nama baik orang yang aku maksudkan. Jadi mereka pun mencari lah dengan sedikit pengetahuan yang ada. Alamat rumah pun tak lengkap. Akhirnya jumpa tapi rumah dah tak bertuan, yang ada hanya bangkai kucing yang tertusuk pisau. Lagi paniklah hero. Jam dah 4.30 pagi. Tidak lama kemudian, Sarah dapat dihubungi. Rupanya dia sedang berjalan kaki ke masjid negeri Shah Alam. Mak datuk… bukan dekat tau. Berkejar pula la mamat dua orang ni ke Shah Alam. Aku minta mereka cuba cari dan bila dah jumpa, bagitau aku segera.
Akhirnya jumpa juga la. Mereka kemudiannya bawa Sara lepak kat KFC. Adli video call dengan aku. Aku perhatikan Sara duduk dengan keadaan yang sangat kusut. Oleh kerana aku tak dapat turun ke Shah Alam, aku minta Adli dan Hakim bawa Sara ke satu tempat yang selamat. Ye la, tak mungkin aku dapat ubatkan dia dikhalayak ramai. Setelah Sara dibawa ke rumah rakannya, aku pun datang.
Aku duduk sebelahnya tapi aku rasa sangat berbahang. “Budak ni demam ke..” monolog la konon. Dah bagi air kosong, Sara buka cerita. Dia dah lama dengar suara-suara bisikan minta dia terjun sungai, terjun rumah (dia dok flat tingkat 5) dan macam-macam lagi. Tapi selama ni dia lawan, konon macho la kan. Lupa diri yang dia perempuan. Mujur Sara masih ada kekuatan untuk melawan semua itu.
Sara cerita, semuanya bermula pada usianya 16 tahun. Dia mangsa rogol hingga lahirkan anak. Anak pula diambil oleh kawannya, yang mulanya berjanji tak akan pisahkan kasih sayang seorang ibu. Dia juga sebenarnya adalah anak yang wujud tanpa ikatan nikah. Jadi bebanan demi bebanan membuatkan dia benci menjadi perempuan. Hingga dia ubah dirinya menjadi seperti lelaki. Dia bekerja dengan tekun tapi sejarah silam sentiasa menghantuinya. Hidup nampak riang namun sebaliknya. Ibu sendiri hanya perlukan dia untuk duit. Semua itu membuatkan jiwanya kosong dan sangat mudah dimasuki hasutan syaitan. Peluang terbesar bagi syaitan menyesatkan manusia.
Aku hanya mendengar dengan airmata. Ya Allah, kasihannya nasibmu. Sara semakin sembuh sekarang dengan sokongan rakan-rakan yang per. Dia dah mulai meninggalkan tabiat kurang baik. Aku sendiri sentiasa melihat dan memantau perkembangan hidupnya. Ingatlah, meroyan ini sangat bahaya. Campuran masalah jiwa dan hasutan syaitan. Semoga kita dapat bantu jika bertemu mereka-mereka yang menghadapi masalah begini.
Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit
as salam. kak Al, mcm mn nk cntact Kak Al
Boleh tolong saya juga?