#hans_pp: 1B16 – Party Bedroom

`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

Justin masuk duduk di sebelah aku sambil melihat-lihat 4 penjuru bilik aku. Aku terpinga-pinga, apa yang dicari sahabat aku ini. Tiba-tiba dia mula memekik memanggil lagi seorang dalam biliknya, Jijo. Sebelum aku menyambung, supaya pembaca dapat bayangkan dengan lebih jelas, didalam apartment (kolej) ini, terdapat 3 bilik. Bilik 1 dan 2 adalah bilik aku yang terletak ditengah-tengah antara bilik lain. Bilik 3 dan 4 adalah bilik didepan bilik aku (pintu bertentangan). Bilik 5, 6, 7 dan 8 adalah bilik yang dibelakang sekali. Kedudukan macam rumah panjang, bilik selari. Jadi orang yang tinggal dalam bilik 5, 6, 7 dan 8 adalah Justin, Jijo, Ali dan Abam. Yang paling banyak berlaku pertemuan dan perpisahan dengan makhluk ini hanya kami berempat (Ali, Justin, Jijo dan aku). Kali ni kisah Justin dan Jijo. “Apa dia kamu ni?” jijo yang sedang makan megi di meja luar biliknya. Kamu join la sekali cerita ni.

Justin empunya cerita.

Aku ni pemain DoTA yang agak tegar. Setiap malam pukul 2 atau 3 pagi baru nak tidur. Jadi memang Ali akan tidur dulu la. Ali tidur diruang tamu tempat yang sama aku main DoTA menggunakan laptop aku. Sebab aku main lewat malam, sebab aku ada internet burung hantu (pada ketika itu). Jadi coverage waktu itu sangat-sangat bagus. Taka da istilah ‘lagg’ ketika aku ber’online’ waktu itu. Jadi aku ni macam penjaga Ali la masa dia tidur untuk sejam atau 2 jam yang pertama. Aku suka main dalam gelap supaya dapat feel untuk main game online. Tak lah aku diganggu oleh sinaran putih lampu Kalimantan yang ada di atas kepala aku ni. Selepas 2 minggu aku dalam kolej ni, perasaan aku mula rasa pelik. Aku yakin kita menghuni rumah ini bukan 8 orang. Aku dapat rasakan lebih dari tu. Aku tak tahu kenapa, aku selalu dapat mimpi yang pelik-pelik.

Aku mimpi yang dalam bilik aku ni ada seorang lelaki yang hanya termenung melihat tingkap. Ada 3 kanak-kanak yang bermain dalam rumah ini dan seorang perempuan didalam bilik Hans. Pakaian mereka bukan lah dizaman 80an atau 90an. Tetapi macam zaman sekarang. Yang menakutkan setiap seorang dari mereka tidak mempunyai muka. Dalam mimpi aku, aku berjalan melihat seorang demi seorang. Aku mulakan dengan lelaki yang berada dibilik aku, aku hanya melihat dia melihat diluar jendela. Muka tidak ada tetapi hanya duduk diam tanpa ada sebarang pergerakkan. Aku keluar bilik menuju ke ruang tamu depan rumah kita. Tempat yang ali tidur itu tempat budak-budak itu bermain. Mereka tidak bermain menggunakan fizikal sangat, mereka hanya duduk dan bermain masak-masak. Agak berbeza sedikit apabila aku memasuki bilik Hans. Dalam bilik ini, aku mendapati ada seorang perempuan sedang bermain kerusi. Perempuan ini tidak bermuka cuma dia dalam keadaan basah. Tidak seperti yang lain, perempuan ini seolah-olah perasan akan kehadiran aku. Dia akan serang aku dengan menjerit. Dia menjerit seolah-olah aku ni perogol yang mahu merogol dia. Aku yang terkejut dengan jerit jatuh terduduk di lantai, aku cuba bergegas keluar dari bilik. Malangnya perempuan yang tidak bermuka dan berbaju lusuh kekuningan telah mencapai kaki kanan aku, dan menarik aku perlahan-lahan ke bawah katil ini(katil yang hans tidur). [Hans dan Ali yang sedang duduk diatas katil tiba-tiba angkat kaki yang berada di lantai dan duduk bersila]. Aku meronta-ronta cuba melepaskan diri dari perempuan itu. Masuk je aku ke bawah katil Hans, aku pun tersedar dari tidur aku.

Sudah 2 kali mimpi yang sama, kali ketiga agak berbeza sebab aku tak terus terjaga. Aku tahu yang aku sedang bertungkus lumus untuk melarikan diri di alam mimpi, tetapi kali ni gagal. Aku tak boleh tersedar dari mimpi. Aku masuk di bawah katil, dibawah katil, aku ternampak satu makhluk telah merangkak cuba mengigit aku di bahagian pusat aku. Aku terasa sangat sakit walaupun di alam mimpi. Nasib aku baik, aku Berjaya memboloskan diri apabila badan aku digerakkan oleh seseorang. Aku kembali ke alam nyata. Terasa lega apabila orang yang mengerakkan badan aku adalah Joji. Walaupun hanya mimpi, aku terjaga dengan ada bekas gigitan di bahagian pusat aku. Hanya kesan biasa. Lalu, bermulalah kisah aku diganggu selepas aku terlepas dari mimpi yang pelik itu.

Kisah permulaan dia berminat dengan aku apabila aku bermain DoTA pada hari isnin minggu lepas. Aku pulang dari fakulti pada jam 6.00petang, dan niat aku memang hendak rehatkan diri selepas habis kelas. Aku tidur selepas mandi. Aku tidur sampai jam 9.00malam selepas aku terpaksa buka pintu Hans ketuk. Aku masuk dalam bilik air, dan menyegarkan mata aku, basuh muka, gosok gigi, tiba-tiba terbau wangi. “oh ni mesti hans nak keluar lepak kat kedai” bisik hati aku ketika dalam bilik air. Aku segera keluar dari tandas, dan meluru ke arah bilik Hans, tekaan aku memang tepat, Hans sedang bersiap sedia untuk pergi ke kandang, tempat lepak yang paling digemari budak-budak puncak ni. Aku meminta Hans membeli aku nasi goreng kampung tambah telur mata sebab aku dah malas hendak bersiap turun ke kandang. Hans mintak duit dan berlalu pergi. Aku terasa sangat kosong selepas Hans keluar, jadi aku pun masuk ke setiap bilik untuk melihat samada ada penghuni lain didalam rumah ini atau tidak. Malangnya, malam itu memang aku keseorangan. Tinggal seorang didalam rumah itu tidak menjadi satu masalah pada aku, sebab aku hanya balik ke kampung halaman aku di Sarawak sekali setiap semester. Aku tidak menghiraukan masalah itu. Aku ambil laptop hitam aku didalam beg, letak diatas meja, pasang plug dan on laptop aku. Tak lama selepas aku masukkan kata kunci dalam laptop aku, aku terus buka ‘game’ DoTA. Sedang asyik aku bermain DoTA di alam maya itu, tiba-tiba aku ditolak oleh seseorang. ‘Haish, jangan la kacau aku main ni.” Kata aku yang tak nak diganggu ketika sedang menghadapi musuh dalam DoTA ini. Kali kedua aku ditolak selang beberapa minit selepas itu. Pada mulanya dia menolak kaki aku, tapi kali ini dia menolak kepala aku. Aku agak berang pada saat itu, lalu menoleh ke belakang, tapi tiada sesiapa pun. jadi aku meneruskan bermain disebabkan ‘game online’ takde istilah pause. Sedang aku asyik bermain, baru aku teringat yang tiada sesiapa dalam rumah melainkan aku seorang. Tiba-tiba aku berasa seram sejuk. Mulalah aku tidak boleh fokus bermain. “lepas habis game ni aku nak lepak kat beranda lah” kata hati aku. Sekarang aku hanya duduk di ruang beranda rumah apartment aku, bukan kerana malas bermain DoTA, tetapi seriau akan perkara yang baru terjadi sebentar tadi. Tak lama lepas itu, Joji balik. Joji membuat kerja dia sendiri. Apabila dah ada orang didalam rumah, barulah aku terasa hendak bermain semula.

Gangguan ketiga aku kena baru-baru(pada masa itu) ni. Seperti aku pernah memberitahu kalian, yang aku suka tidur lambat sebab selalu ‘on-gaming’ waktu-waktu keemasan itu. Suatu hari, sewaktu aku sedang asyik main game sebab esok cuti, tiba-tiba aku terdengar suara orang ketawa dari bilik hans. Aku agak pelik sebab hans ni jenis tidur awal. Selalunya hans ni tidur pukul 11 ke 12, tapi hari ni, sudah 3 pagi masih bunyi ketawa. Bukan setakat itu sahaja, aku dengar suara ketawa dan bunyi kerusi. Kerusi besi yang diheret diatas lantai. Bunyi yang agak mengilukan. Pintu bilik hans tertutup rapat. Itu tidak lah pelik sebab hans memang jenis suka pintu biliknya ditutup. Cahaya lampu yang terkeluar dari bawah pintu bilik hans ni, menyakinkan aku yang hans masih terjaga. Aku fikir, yang hans sedang bergayut telefon. Jadi aku pergi ke bilik hans, aku ketuk pintu bilik dia. “Hans, tolong diam skit wei, orang nak tidur, bising.hahaha..”. Aku cakap dengan nada nasihat pada hans. Tak lama selepas itu, ketawa dan bunyi kerusi berhenti dan lampu dalam bilik hans dipadamkan. Aku berasa sangat bersalah. Rasa macam hans marah aku sebab tegur dia. Jadi aku nekad, esok pagi aku nak mintak maaf dekat dia.

Pada keesokkan harinya, aku pergi ke bilik hans, tetapi hans takde dalam bilik dia. “Mungkin dia ada plan dengan kawan-kawan dia kot. Takpelah malam japgi la aku jumpa dia” bisik hatiku. Aku menunggu hans, dari pagi sampai ke petang, tapi hans tidak muncul-muncul juga. Tidaklah aku menunggu dengan tidak membuat apa, Cuma aku menunggu didalam rumah. Hari sudah pun masuk pukul 6 petang. Namun hans masih tidak pulang. Aku mengambil keputusan untuk lelapkan mata aku sebentar untuk ‘recharging’ tenaga aku untuk meneruskan perjuangan aku dalam DoTA. Pukul 3 pagi, dari bilik hans, ada orang ketawa dan pasang muzik yang agak kuat. “Haish hans ni, dia buat perangai lagi ke? Dia buat party ke? Riuh rendah semacam ja”. Aku tidak terus menegur hans. Lalu aku rasa aku patut ajak Joji untuk sama-sama nasihat hans. Aku kejut Joji dan menceritakan niat di hati aku. Lalu Joji yang berat hati meninggalkan tempat tidur dia memaksa dirinya membantu aku menasihatkan hans. Aku pun ketuk pintu bilik hans. “Hans, ooo, Hans, aku nak masuk kejap bole?”. Hans hanya membisu. Tiba-tiba muzik dan ketawa tadi hilang dari kesunyian pagi itu. Tak lama selepas itu, bilik hans menjadi gelap disebabkan lampu telah ditutup. Joji bertanya pada aku, “Ko gaduh ngan hans ke semalam?”. Aku menceritakan apa yang terjadi semalam. Joji pun menenangkan aku yang risau akan hans yang mungkin terasa cara aku menegur dia semalam. “Esok kita setelkan sama-sama, sekarang ko tidur dulu.”, pujuk Joji.

Keesokkan harinya, aku masih tidak melihat hans. Aku buka pintu biliknya, tapi tiada sesiapapun didalam biliknya. Mungkinkah hans tak nak bersua muka dengan aku? Marah sangatkah dia dekat aku? Hans mana pernah marah aku sampai macamni. 1001 soalan yang bermain di minda aku. Aku pun menceritakan kepada Joji satu per satu dari pencemaran bunyi yang hans buat sampai apa yang aku katakan kepada hans sampai hans merajuk. “Hans balik je, terus aku nak mintak maaf kat dia, aku taknak la bermasam muka dalam satu rumah”. 10 minit selepas itu, ada orang ketuk pintu rumah aku. Joji bangun dan bukakan pintu. Hans muncul dengan galas beg yang besar. Joji tanya, “ko pergi mana hans?”, “aku balik kampong wei, lupa nak bagitau korang, sorry wei, ni aku ada bawah kudap-kudap, bolehkan makan waktu tengok movie nanti” hans menjawab sambil meletakkan beg yang digalasnya. Aku terus bertanya kan bila dia balik ke kampong dan katanya dia cuti 5 hari disebabkan kuliah minggu lepas banyak yang dibatalkan oleh pensyarah. Aku dan Joji binggung. Siapa yang ada didalam bilik hans semalam dan dua hari yang lepas? Sapa yang buka dan padamkan lampu dalam bilik hans? Siapa yang ketawa dan memasang muzik pada pukul 3 pagi dalam bilik hans? Aku hanya memandang muka Joji yang mukanya agak pucat. Kami membuat keputusan untuk merahsiakan perkara ini sampai sekarang. Tetapi apabila Ali telah memulakan bicara, aku pun rasa hans patut tahu yang biliknya lah tempat kegemaran penghuni selain kami.

Kembali kepada cerita Hans di dalam biliknya.

Selepas mendengar cerita dari Justin dan pengakuan Joji, malam tu aku memaksa mereka tidur diruang tamu rumah kami. Dan yang pasti aku nak tidur ditengah-tengah antara mereka. Selepas seminggu dirumah tu, aku berasa bersyukur, makhluk yang menghuni rumah aku tidak berminat dengan aku. Bermakna aku selamat dari gangguan. Yeay…

Maaf hans, kau salah. ‘Kami’ menggunakan kawan kau supaya kau extra takut. Cuma ‘Kami’ lambatkan masa untuk menganggu kau. Orang cakap, “save the best for the last”. And yes, that quote is true. Next, 1B16 – Pak Guard UiTM

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Hans

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

48 thoughts on “#hans_pp: 1B16 – Party Bedroom”

  1. Hurmm…jarang aku nak skip baca, kisah ko ni aku skip terus ke penamat. Maybe bukan taste aku sebab tu aku baca langsung tak faham dan tak feel. Sorry

    Reply
  2. satu je aku nak komplen.. sorry bro mcm x sampai la.. aku baca setori ni feel dia mcm kau tgh diving tgh malam tp x nmpk apa2.. mas bi samting werong samwer.. 4/10 kipidap bro

    Reply
    • Rasenye perenggan last tu.. ‘kami’ tu merujuk pada hantu tu.. maybe hantu tu yg cakap pd Hans.. cerita ni mungkin ada sambungan gangguan pd Hans

      Reply
  3. sory ye, nak tanye writer..

    erm…cerita ni dh habes ke?or mmg ad sambungan?? or mmg cara cerita tergantung? sbb cerita baru yang die nak cerita tu (1B16 – Pak Guard UiTM)…psl bende lain plak kan??

    Dah macam nak msuk dah feel, sebab dorg cuak, Hans rupe2 ye balik kampong and wondering spe dalam tu…tp lpas suh tdo kt ruang tamu…cmtu je hbes??hurm..plz hbeskn if cerita ni trgantung…

    Reply
  4. Saya rasa writer tak biasa mengarang, macam menulis diary.
    Terasa semput bila membaca.
    Macam peluru saja point point dia keluar, tiba-tiba TheEnd.
    Rajinkan membaca, teruskan menulis , jangan putus asa.
    Admin sendiri hendaklah menetapkan standard kualiti karangan yang hendak di’publish.
    Kalau rasa untuk santai2, kita terima seadanya.

    Buat-buat paham saja lah. 🙂

    Reply
  5. Apa apa orang komen. Teruskan menulis, semua orang buat silap. Belajar dari kesalahan. Mungkin sebab cerita pendek orang x faham.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.