Hantu Hospital

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua fans FS dan terima kasih kepada admin FS jika cerita ini disiarkan. Sebelum aku memulakan cerita ini lebih baik aku perkenalkan diri aku dahulu, nama aku Jamal aku seorang doktor pelatih (housemanship) di sebuah hospital di ibu kota. Jadi cerita seram ini berlaku di hospital tempat aku berkerja yg sebaiknya dirahsiakan.

Ia bermula pada hari isnin yg normal dimana aku mulakan rutin kerja seperti biasa pada siang hari. Pada waktu itu aku ditempatkan di wad obstetrics dimana patientnya semua ibu yg lagi sarat mengandung atau yg lagi menunggu waktu bersalin. Hari berlalu dengan cepat mungkin kerana dek kesibukan merawat dan melayan kerenah patient tanpa aku sedari waktu sudah hampir masuk pukul 5 petang. Sesudah selesai megerjakan beberapa report dan konsulan aku bersiap utk pulang.

Tanpa aku sedari ada yang memegang bahu ku dari belakang dan aku terus menoleh “eh kau rupenyer Eli asal?” Eli adalah kawan aku yg juga seorang dokter pelatih disitu. ” Mal tolong aku bole tak supposedly aku oncall malam ni kau gantikan aku malam ni aku ade emergency la my mom sakit masuk hospital kat ampang” kata Eli dengan muka yang gelisah. “Ok la aku ok je gantikan kau pegila gerak sekarang before jem” walaupun hatiku berat utk oncall malam ni tapi kerana kesian dan mengenangkan Eli ni yg sudah banyak membantu dan back up aku jadi aku terima dengan hati yg terbuka. “Thanks Mal I owe you one” sekelip mata Eli hilang mungkin dia nak cepat.

Disebabkan aku harus oncall malam ni aku batalkan niat aku untuk pulang. “Hmmm baru nak balik landing atas katil melepas la nak rehat” kataku sendirian. Aku lanjutkan kerja ku seperti biasa, tiba2 aku disapa lagi “doktor tak solat maghrib ke? da pukul 8 da ni”. Aku pun melihat ke arah suara tadi rupa2nya kak Nun seorang nurse di wad tersebut “eh da pukul 8 tak sedar pulak saya, ok kak saya solat dulu pastu nak mandi pulak kalau ade pape call saye tau nanti jadi pape kat patient m**i pulak saye nak menjawap kat Dr Imelda esok”. Aku pun bangun dan berangkat ke bilik doktor. Ketika aku berjalan ke bilik dokter aku berkhayal ” ya allah tolong la amankan oncall malam ni jgan la ade pape complicated cases or pape yg tak di inginkan terjadi pada patient aku” doa aku dalam hati. Aku sebenarnyer bukan ape aku cuma takut kalau aku kene marah dengan Dr Imelda seorang specialist O&G di hospital itu kalau Dr Imelda da marah bukan aku je yg takut hantu atau setan pun boleh jadi terberak terkucil kene marah dengan beliau.

Sesampai je aku di bilik dokter tanpa membuang masa aku terus ambil wudhu dan solat maghrib. Sebelum aku solat aku da siap silent kan hp supaya tak menganggu kekhusyukan aku nak solat so mmg tak dengar la kalau ada incoming call atau msg. Selesai solat aku terus mencapai hp ku aku lihat ada 3 miss call dari kak Nun perawat wad tadi. Hatiku mula berasa aneh mungkin ada apa2 ni lebih baik aku balik wad. Aku berjalan menuju ke wad sesampai aku di depan pintu wad aku terkejut wad gelap tidak ada sedikit pun bunyi atau suara seingat ku ini waktu melawat takkan wad gelap dan sunyi macam ni.

Tanpa berfikir panjang aku menolak pintu lalu masuk ke dalam dan aku terkejut sebab wad yg aku masuk tu mmg lain dari sebelum ini, Dalam fikiran aku, ini wad yg lain bukan wad yg sama, tapi tak mungkin aku salah wad. Di dalam wad kosong tidak ada satu orang patient atau pun nurse dan gelap satu lampu pun tidak menyala. Aku perhatikan betul2 kelihatan seperti wad ini usang dan sudah lama ditinggalkan.

Katil tidak bertilam dan yg paling pelik ada bau busuk yang amat sangat mencucuk hidung ku. Aku mengambil keputusan untuk keluar. Kemungkinan aku da salah tempat la ni. Aku mula bergerak ke pintu keluar tetapi sesampai saja aku di pintu, aku terdengar satu bunyi tangisan. Perasaan ku berderau seperti nak tercabut jantung ku “siapa pulak yang menangis ni” kataku sendiri. Walaupun sebenarnya aku takut tapi aku cuba memberanikan diri mungkin tangisan ni dari patient yang ada dalam wad ni.  Mana la tahu wad ni blackout ke apa kesian kalau ditinggalkan sendiri patient dalam gelap.

Aku melangkah ke arah katil2 dan satu persatu aku lihat semuanya kosong. Aku tidak berputus asa lantas aku jalan ke arah katil yang paling hujung sekali. Dari jauh ada seorang patient wanita sedang berbaring dan sedang menangis teresak esak. Aku mendekatinya aku melihat dia menutup mukanya dengan tangan dan masih menangis. Aku lihat pada kain yang dipakai wanita tersebut kelihatan seperti basah. Oleh kerana keadaan gelap maka aku tidak memastikan apakah ia air atau pun d***h.

Aku pun menegur wanita tersebut “puan kenapa menangis?”. Dia tidak menjawap. Aku pun cuba menyentuh kain yg basah tadi lalu aku cuba membau tangan ku yg menyentuhi kain tadi sah ini bau d***h! Perasaan ku yang tadinya takut bertukar menjadi risau terhadap keadaan patient. Mungkin patient bleeding aku harus melakukan sesuatu. Aku tanyakan lagi “puan kenapa menangis dalam gelap ni?” aku tinggikan nada ku sedikit berharap dia menjawap. Wanita tersebut mula membuka telapak tanganya yang menutupi mukanya. Aku lihat mukanya pucat, matanya merah menyala dan mukanya sangat menakutkan seperti nenek tua yang sudah berumur 100 tahun. Aku terus kaku tak terkata fikiran da bercelaru, jantung berdegup laju seperti enjin ferari. Peluh menitis dan rasa sejuk menyelubungi diriku.

Tiba2 wanita tersebut bersuara “anak aku m**i, anak aku m**i, anak aku m**i! HAHAHAHAHA!” Suara wanita tersebut seperti suara yg sangat kasar macam suara Mufasa ayah kepada simba. Tanpa berfikir aku mengorak seribu langkah dan berlari ke arah pintu keluar. Sesampai saja di pintu . keluar aku cuba membuka pintu tapi tidak berjaya kerana pintu terkunci.  ketawa wanita tadi masih sangat jelas didengari oleh aku. Aku masih berusaha membuka pintu yg ketat bagaikan digam dengan gam gajah. Tiba tiba bunyi tertawa wanita tersebut berhenti dan keadaan kembali sunyi.

Aku menjadi sedikit berani dan menoleh kebelakang dari jauh dan aku melihat ada sesuatu berwarna putih seperti sedang berbaring diatas lantai tetapi ia bergerak menuju ke arah ku. Aku hanya kaku mulutku mula membaca ayat suci yang aku ingat. Aku menoleh lagi kebelakang dengan jelas kelihatan wanita tadi sedang merangkak seperti hantu Ju-On dengan rambutnya yang mengerbang.  Kepala ku berasa ringan, kaki tidak kuat utk berdiri lalu aku rebah pengsan.

Setelah aku sedar dari pengsan, org pertama yang aku lihat kak Nun dan beberapa org pak guard. Kepala aku sangat sakit berdenyut2 dan badan ku sakit seperti baru selesai marathon. Aku lihat sekeliling. Kini baru aku sedar yang aku di bilik dokter. Aku tanya kak Nun apa yang terjadi. Menurut kak Nun, dia menelefon aku beberapa kali kerana ada patient yang mahu bersalin tapi tidak diangkat lalu kak Nun terus ke bilik dokter untuk memangil aku. Dia mengetuk pintu bilik tapi tidak ada yang membuka kerana ingin cepat, kak Nun membuka pintu di dalam bilik tersebut dan kak Nun menjumpai aku sedang duduk bersila sambil menutup mata seperti orang yang sedang bertapa.

Kak Nun terus memanggil nama ku tapi aku tidak menyahut, kerana heran kak Nun pun mendekati ku dan menepuk bahu ku tiba tiba aku ketawa dan meracau seperti orang kerasukan. Kak Nun pun apa lagi terus cabut lari. Kak Nun pun panggil pak guard untuk membantu ku untung salah sorang dari pak guard bernama pak Man pandai menangani masalah kerasukan ni. Mereka terus ke bilik tadi dan memegang ku dan pak Man membacakan ayat2 ruqyah. Tidak lama kemudian aku mulai sedar. Alhamdulillah tiada apa2 yang serius berlaku. Sekarang aku dah berpindah department dan peristiwa itu masih dalam ingatan dan tidak akan aku lupakan.

Terima kasih kepada yg sudi membaca sampai habis maaf jika cerita ini tidak terlalu seram atau penulisannya bercelaru.

By: Jamaldr

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.3]
jamaldr

7 thoughts on “Hantu Hospital”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.