Hantu Hotel di Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat malam

Terima kasih kalau cerita ini di siarkan..
Pengalaman aku dalam hidup ini tak lepas dari mistik…

Aku adalah busineswoman yang selalu mengikuti seminar seminar usahawan di merata negeri di malaysia. Setiap kali ke seminar , aku akan berjumpa dgn kawan kawan baru dan kami akan sama2 menukar no tel utk sama2 sewa hotel untuk seminar seterusnya. Menginap hotel sepanjang ke seminar2 ini.. memang aku tak lari dari diganggu.

Pada pertengahan thn 2015, aku mengikuti seminar keusahawan yg berlangsung di sebuah hotel di shah alam, selangor iaitu intekma shah alam.

Kami ada seminar selama 4 hari 3 malam. Pada hari pertama, siang dan malam kami berada di dewan. Balik bilik dalam pukul 11. Kami share 1 bilik 4 orang.. selepas balik bilik..masing2 mandi dan tidur. Pada malam pertama, setiap kali lepas mandi.. pasti akan terdengar air shower terbuka dlm beberapa minit dan tutup. Tapi kami abaikan ingat tekanan air ke apa.. tapi setiap kali je keluar bilik air pasti bunyi air shower terbuka sendiri ..

Pada hari kedua.. lepas habis seminar .. kami balik dan mandi..macam biasa, bunyi air shower terbuka setiap kali sorang2 dari kami mandi.. kami abaikan lagi. Actually masa kami tak tidur lagi, kami dengar bunyi bilik sebelah dok ketuk dinding. Kami abaikan dan aku xrasa pon benda tu hantu.

Dan menganggap bunyi itu dari bilik sebelah. Kot kot housekeeping tengah mengemas. Opss..malam tu aku tak tidur lewat, lagi 3 kawan aku dah hanyut. Aku ni kategori berani sbb jenis suka abaikan bunyi2. Walaupun kerap sangat aku dengar. Aku tidur lewat sbb nak siapkan asignment dari cikgu yang beri seminar tuh. Memang aku rajin bab homework..hehehe . Tgh buat homework tu, bunyi bilik sebelah makin kuat .

Bunyi katil dan kerusi meja dialih2. Aku kata pelik la pukul 1 pagi bunyi macam ni… tetiba aku rasa bulu roma naik dan sah sah ada benda ni. Sbb aku jenis dpt tau benda ada sbb aku keturunan bidan. Memang bab ni tau juga nak rasa macam mana.. lepas tu bunyi di bilik air…bunyi sora perempuan panggil macam ni… heeeeyyyy…. heeeey… heeeeyy. Panjang2 ja bunyi.. aku yang tidur bawah melompat ke atas katil kawan aku sorang tu. Kawan aku terkejut bangun dan dengar juga dan dia pon takut.

Dia sempat buka surah apa aku tak ingat di hp dia. Dia buka tv sbb nk lawan bunyi bilik sebelah yang lagi kuat bunyi. Tapi tv tutup sendiri. Yang aku heran kawan aku lagi 2 orang tu boleh tidur nyenyak. Memang hantu tu nak sakat aku je. Hahaha geram bila aku ingat balik. Aku dan kawan aku cuba tidur sampai esok pagi baru sedar. Kawan dua orang lagi kejut bangun tidur… aku dan kawan yang kena kacau. Terus demam masuk seminar hari ketiga. Aku ingat benda tu settle malam tu ja.

Aku tak bole teruskan seminar. Aku minta rehat dan dijaga petugas di lobi. Aku demam dan tak bermaya dan rasa ada benda control body aku. Aku tak bole bangun dan tak larat dan aku lawan berubat sendiri. Pertugas minta hantar aku balik bilik utk aku berehat tapi aku tak nak. Sbb 3 orang lagi kawan2 aku dalam dewan. Tak berani nak dok bilik sorang2.

Time rehat aku jumpa 3 org kawan aku. Semua masam ja muka dan demam.. semua sakit badan. Allah hebat dugaan kami nak menuntut ilmu. Aku tau kenapa kami diganggu. Malam ketiga aku dan kawan2 minta bantuan kawan yang kami kenal di dewan tu yang tgal berdekatan. Kami minta nak tidur rumahnya malam tu sbb ada sehari lagi seminar.

Alhamdulillah malam seterusnya kami tidur di rumah kawan dan esk seminar habis tengahari, kami ambil semua barang dan checkout. Masa beredar, sorang kawan aku tanya cleaner situ, cleaner cerita mmg sini ada gangguna sbb bangunan hotel ni lama dah dari tahun bila aku tak ingat dah.. boleh google.. sbb dulu ni adalah asrama budak uitm shah alam.

Pastu masa checkout aku complain kat receptionist kata sini berhantu. Dia cakap..eh saya tak tau pon.. hahaha rugi semalam tau kami xtidur tapi bayar.. syok hantu tu tidur free. So kami habis ja seminar dan balik ke negeri masing2. Yang kami berempat geram time google je intekma berhantu.. bukan kami ja kena..ramai lagi kena… hahahaha sabar je la.. rugi sbb tak google awai2.

Kalau tak aku sanggup dok hotel budget jalan kaki jauh sikit pon tak apa.. pastu kami ada snap gambar ramai2 malam tu. Bila amati ada makhluk atas pokok.. huwaaa seram….. semua delete gambar tu sbb bila buh di fb, depa semua suruh delete. Cakap bahaya apa ntah.. tu kenangan hantu yang paling xdapat aku lupakan… ngeriiiiii.. sebenarnya banyak lagi yang penah aku kena. Tapi yang ni paling rare.. naseb tak tunjuk muka je…

Sekian dari aku usahawanita berjaya.

Kawan kawan aku yang terlibat ..hangpa baca sambil senyum ja dan pasti rindu kenangan ni kan..

Nur hidayati hassan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

8 thoughts on “Hantu Hotel di Shah Alam”

  1. Dulu saya pernah juga ada seminar kecermerlangan kat Intekma..biasa la bdk2 bkn blh nmpk swimming pool..nak mandi tapi Cikgu dah bgtau awai2 x blh mandi..bahaya..dah la mkn keliling kolam skt hati he masa tu..blk goggle tau ada something kat situ

    Reply
  2. Dulu pernah 2x tdo intekma sebab trip time study.. bilik bdk laki pocong tunjukkan diri.. bilik saya benda tu just kacau bukak pintu je.. tapi lecturer bagitau petugas intekma pesan jangan mandi swimming pool time mlm sebab dah ada kes sebelum ni.. wallahualam..

    Reply
  3. baru2 ni sh kursus kat intekma.. sy xbermalam sbb rumah dkt.. kwn2 yg bmlm mmg kena kacau.. ade bunyi loceng kaki n lampu ttp sdiri.. spi xtido la member tu..

    Reply
  4. Reading your website is big pleasure for me, it deserves
    to go viral, you need some initial traffic only. If you want to
    know how to get it search for: blackhatworren’s strategies

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.