Hantu Jepun

Hi, aku just nak share pengalaman aku. Takda la seram macam cita orang lain.
Ok,rumah aku ni dekat kawasan perumahan, yang bila ko lalu jalan besar ko takkan perasan punya walaupun letaknya tepi jalan utama. Dulu sebelum naik area kampung ni, kawasan ni kawasan tempat askar jepun mendarat pertama kali dieorang touchdown kat tanah melayu ni. Kawasan ni dulu katanya muara sg, tempat pertembungan antara sungai dengan laut china selatan. Sekarang pun still ada tinggalan jepun kat sini macam jalan keretapi, kubu & kubur & etc. So kawasan perumahan aku & kg sekitar ni dibina atas tapak pelabuhan Jepun ni.

Dulu masa aku kecik memang seram giler la area sini, asal malam je takleh keluar, pagi pun bila dah cerah baru boleh keluar. Bila malam je akan ada askar jepun takda kepala berkawat la, kehulu kehilir mcm2 la. Paling teruk sampai satu tahap tengah2 malam pintu belakang rumah kena ketuk. Dulu bahagian belakang tak sambung lagi, so bleh direct ketuk pintu tu, ketuk 3x, kalau tuan rumah tak bukak beralih ke rumah sebelah. Memang hidup time tu dihantui betul la, malam jumaat paling hardcore punya. Dah la tv rumah ni dulu kat dapur, nak tengok tv pun takleh. Rumah aku pulak exactly depan pantai yg ada satu batu besar ni, katanya kubu satu masa dulu lepas tu batu korang boleh panjang & main atas dia, sbb mmg besar dan tinggi. Ptg2 dulu mmg ni lah port kteorg main, tapi maghrib je wajib kena turun dari batu ni & stop main, kalau tak malam tu merasa lah ‘bkawan’ dgn askar J tuh.

Lepas tu ada satu port lagi, sebelum masuk area perumahan ni ada kawasan tali air yg majlis daerah buat tempat duduk santai dan tempat ni dibina tinggi. Masalahnya tempat duduk tu dieorg buat atas kubur J, then ada plak pintu masuk nak msuk jenguk kubur tuh, mmg kteorg msuk jenguk lah. Hambek balik tu memang dok dlm selimut je. Tapi jarang la orang g situ coz situ area paling keras.

Tepi kubur tu plak ada kubu jgk, area ni mmg takda org dulu, tapi sekarang dah ada yang buat rumah. Kalau dulu malam2 je mesti dengar mak dgn anak nangis mendayu2, dahla tepi jalan utama je, memang malam takda orang berani lalu, yang tegar tu lainlah. Paling byk cerita pun kat area sini. Yg takda kepala, komader tgh bagi arahan, org menembak mcm2. Dekat surau plak dulu pernah jumpa tengkorak. Dulu surau kayu yang jenis tinggi atas tanah tu, so bawah tu memang takda sapa la berani masuk. Dekat area perumahan kteorg ni senapang, bom, topi Jepun semua pernah jumpa, sampai sekarang pun ada lgi. Contohnya masa banjir besar aritu ada jumpa lagi harta karun dieorg.

Tpi alhamdulillah sekarang kurang sikit dah, sebabnya kwsan keraa dieorg pun dah mula naik rumah, dieorg dah takda tempat duduk kot. Tapi still ada lagi kisah2 lain yang jiran aku kena sampai sekarang, macam pakcik jubah putih pusing perumahan ni pagi2 buta, askar J pun jrg2 buat comeback jugak, nak glemer balik lah tu.

Ok lah, tu je aku nak cita psal hidup tmpt sejarah ni. Best jgk sbnrnya sbb lain dari yg lain. Tq min

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 4.8]

3 thoughts on “Hantu Jepun”

  1. Kalo ikut kn zaman jepun dlu askar jepun la yg memancung org,tp nape hantu diorg yg xde kepala..dasar iblis n syaitan nk menyesat kn manusia kn..?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.