HANTU KUM-KUM ITU WUJUD

Hi FS dan fans FS. Aku suka baca kisah FS ni sebelum tidur, nak cakap aku ni berani, aku rasa boleh la jugak nak dikatakan berani. Aku jenis yang tak cepat lemah semangat, setakat kalau dengar bunyi-bunyi tu atau kelibat aku rasa macam biasa je sebab dalam keluarga aku, memang kitorang percaya ada nya makhluk-makhluk ni, tapi selagi dia tak kacau and tak memudaratkan, kita buat tak tau je In Sya Allah takde apa-apa.

Dulu ingat tak kisah hantu kum-kum pernah viral? Yang katanya pakai purdah lepastu naik kancil merah? Orang cakap benda tu hanya rekaan dan hanya lagenda urban kononnya si perempuan ni muka buruk kena carik anak dara/budak peremuan aku tak ingat berapa orang dia kena cukupkan untuk jadikan muka dia cantik. Masa kisah ni tengah top dulu, aku ingat lagi masa tu aku sekolah rendah. Masa tu kengkawan aku semua takut nak keluar rumah sebab takut kena culik dengan hantu kum-kum.

Memula aku macam tak percaya sehinggalah benda ni betul-betul kena kat diri aku sendiri and kawan-kawan aku kat sekolah. Aku ingat lagi masa tu aku darjah 3..tiap hari kan ada duty roaster kemas class sebelum masuk belajar kan, so masa tu aku dengan kawan-kawan aku kena kemas class, class aku tingkat 3 dan tepi jalan raya (tapi ada pagar hijau la yang pisahkan sekolah hope korang faham pagar hijau keliling sekolah tu).

Lepastu masa tengah syok kitorang kemas class, masa ni aku macam perasan ada orang perhatikan kitorang jadi aku pun tertoleh dekat tingkap. Allahuakbar, memang wujud rupanya hantu yang dikatakan naik kancil merah, berpurdah hitam berjubah hitam. Memang manusia berpurdah tu perhatikan je kitorang dari luar! Serious masa tu aku terkujat jugak la sambil dalam hati cakap betul ni sah hantu kum-kum orang cakap tu.

Aku pun apa lagi jerit kat kengkawan aku, korang tunduk tundukkkk hantu kum kum naik kancil merahhh! Kengkawan aku tengok luar and masing2 terus tunduk mencangkong! masa tu tak tau nak buat apa sebab masing-masing macam blur dah la kitorang kecik lagi (darjah 3 kotttt). Lepastu dalam 5 minit macam tu kitorang ngendap balik kat tingkap nasib baik manusia berpurdah tu dah pergi.

Kat sini aku just nak tekankan yang hantu kum kum orang kata cuma mitos masyarakat tu sebenarnya memang wujud sebab aku dan kawan-kawan aku sendiri nampak dengan mata kepala kitorang ni. Nasib baik benda tu jenis manusia bukan hantu yang boleh terbang masuk dalam class kitorang atau yang tetiba boleh masuk dalam class kitorang!

Okay settle cerita hantu kum-kum, aku nak cerita kisah lain pulak. Adik-beradik mak aku ni memang jenis pandai ubatkan orang, kena sihir ke nak mandi bunga bagi seri muka naik ke apa ke berurut semua boleh. Antara adik beradik mak aku seramai 7 orang ni, ada 3 orang yang betul-betul pure ada ilmu2 ni..mak aku memang tak pandai amalan-amalan ni, tapi setakat petua-petua nenek moyang aku tu dia selalu la bagi kat anak-anak contohnya kalau ada longkang jangan langkah longkang tu if ada laluan yang boleh kita lalu, pastu kalau ada ampaian jangan lalu bawah ampaian, macam-macam lagi lah, semua tu memang jadi amalan kami adik-beradik (bukan syirik ye..nak percaya ke tak percaya ke ikut masing-masing tapi ini kepercayaan nenek moyang aku) tapi bab makan satay dengan lidi tu kitorang makan dengan lidi je sebab kami tak pakai susuk, yang pakai susuk memang tak boleh makan satay dengan lidi. kami amalkan benda ni dengan ayat-ayat al-quran cumanya aku kadang kalau ingat nak buat aku buat, kalau tak ingat aku tak buat. hehe. solat 5 waktu cukup confirm-confirm muka korang berseri tak payah nak amalan-amalan bagai.

Okay berbalik kepada family mak aku ni, rumah moyang aku ni sejak dia dah meninggal (masa tu aku kecik lagi rasa darjah 4 – 5 macam tu kot) yang tinggal dalam rumah tu kakak mak aku je, laki dia dah meninggal and anak-anak semua tak duduk dengan dia dah sebab masing-masing dah kahwin. Kakak mak aku ni memang pandai ubatkan orang. 1 hari tu kitorang balik la kampung and datang rumah kakak mak aku ni kitorang panggil dia Acik Alui.

Then Acik Alui ni cakap lah yang sedara jauh kitorang ni dah meninggal dunia. Sedara jauh kitorang ni memang jenis ada membela tau..ada ilmu kebal semua tu..Masa tu diorang ni sibuk la bercerita pasal arwah ni..orang cakap kalau meninggal belum 100 hari jangan disebut-sebut nak-nak orang yang m**i ni jenis ada ilmu and membela. tapi adik beradik mak aku dah bercerita-cerita pasal arwah ni sebab katanya macam-macam benda pelik jadik and terkena kat sedara mara kitorang sejak arwah ni meninggal.

Tengah syok-syok bercerita guess what? Booommm! bunyik benda jatuh kat atas bumbung wehhhh..kuat gila sampai kakak aku menjerit terkejut! masa tu kitorang semua tergamam! nak cakap buah kelapa jatuh memang confirm bukan sebab sebelah kiri kanan depan belakang memang takde tanam pokok kelapa pun, masa tu kakak mak aku cakap dah kita tak payah cakap pasal arwah..actually takde la cakap apa pun, just cerita pasal kejadian-kejadian pelik semenjak arwah meninggal and cerita ilmu dia ilmu apa gitu je lah tapi tak sangka pulak ada benda yang marah. Then kitorang pun balik lah rumah kitorang..tinggallah kakak mak aku tu dengan anak-anak buah dia malam tu…

Esoknya, anak buah kakak mak aku tu call mak aku (anak buah mak aku jugak la diorang ni). Diorang cakap Acikkk..Acik nak tau apa jadik malam semalam kat rumah tu? Ni kami ni masih menggigil lagi takut sebab kena kacau semalam tak tido 1 malam. Dia cerita masa tu dah siap-siap nak tido kat ruang tamu..masa tu pulak bulan mengambang jadi terang lah malam tu..ada pantulan cahaya kat tingkap. tingkap kaca rumah lama yang jenis bukak tutup kaca berbaris tu.

Malam tu diorang semua macam tak sedap hati, hati pun macam berdebar-debar je..dalam pukul 1 lebih macam tu tetiba diorang dengar bunyik macam benda seret kejap dengar kat luar dapur, kejap kat kiri rumah kejap kat kanan rumah macam benda terbang laju ke belakang ke kanan ke kiri macam tu! then Acik Alui ni yela orang pun pandai berubat kan..dia pun baca-baca lah ayat tapi sebab benda ni kuat sangat-sangat jadi dia macam tak boleh nak lawan sebab yela dia dah la perempuan kan..lepastu benda tu muncul kat tingkap kaca tu (nampak bayang perempuan rambut menggerbang, jari dengan kuku panjang tajam tengah cakar tingkap tu macam nak bukak tingkap tu nak masuk rumah wehh) bunyik menyeringai pulak tu..hehhh hehhhh hehhhh bunyik dia.

Acik Alui ni terus cakap kat benda tu, kami sekeluarga takde kacau kau, takde cakap buruk pasal kau, kau dah kat dunia lain jangan datang kacau kami yang ada dekat dunia lain! Kalau kau marah atau sakit hati kat kami, kami minta maaf. Pastu booommm bunyik orang tendang kat pintu dapur pulak! masa tu yang lain-lain dah geletar dah tapi sebab keturunan kitorang ni jenis kuat semangat takde la yang terjerit-jerit macam histeria, semua geletar je sambil baca ayat mana yang ingat.

Dalam beberapa minit lepastu terus gangguan tu stop. Agaknya maybe benda tu pun dah sejuk hati ke apa ke, atau dah give up tak dapat masuk rumah tu (dah berpagar dengan ayat) tu dia terus stop. Alhamdulilah takde benda yang jadik lepas pada tu..cuma nak ingatkan, kalau ada orang yang baru meninggal belum 100 hari tak payah la kite cerita pasal arwah..dalam kes ni kitorang pun tak tau kenapa kena macam tu, nak cakap cerita tak elok pasal arwah takde la pulak..entah..benda nak jadik kan..wallahualam..nanti aku cerita kisah lain pulak yang jadik dalam rumah kitorang and pokok langsuyar/langsuir yang mak aku tanam depan rumah.

Sekian.

Mistiqa

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

mistiqa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.8]

15 thoughts on “HANTU KUM-KUM ITU WUJUD”

  1. Struktur ayat tak berapa tersusun dengan elok so kena baca banyak kali baru boleh masuk… huhu
    Just tegur. Kalau boleh tak payah complicated sangat ayatnya. 🙂

    Reply
  2. Zaman 70an kampong akak banyak kisah misteri tapi semua kisah pendek2 je.. pontianak, toyol,.hanturaya dan harimau jadian

    Reply
  3. tahyul lh…kitorang dh puas cakap psl arwah sehari atau dua tiga hari lepas meninggal…takde pape pon berlaku…lepas 100 hari, mmg takde sape2 lg cerita ttg arwah… ‘life goes on’…

    Reply
    • “Sedara jauh kitorang ni memang jenis ada membela tau..ada ilmu kebal semua tu..Masa tu diorang ni sibuk la bercerita pasal arwah ni..orang cakap kalau meninggal belum 100 hari jangan disebut-sebut nak-nak orang yang m**i ni jenis ada ilmu and membela.” <<<<<<< Duman, penulis merujuk kepada yang ini. Bukan merujuk kepada semua hamba Allah.

      Reply
  4. Setiap nabi2 dihantar smuanya mengajak manusia untuk mentauhid kan allah swt,dan org2 yg tak nak briman akan cakap “adakah kamu nak suruh kami keluar dari kepercayaan nenek moyang kami?”

    Reply
  5. ….setakat petua-petua nenek moyang aku tu dia selalu la bagi kat anak-anak contohnya kalau ada longkang jangan langkah longkang tu if ada laluan yang boleh kita lalu, pastu kalau ada ampaian jangan lalu bawah ampaian, macam-macam lagi lah, semua tu memang jadi amalan kami adik-beradik (bukan syirik ye..nak percaya ke tak percaya ke ikut masing-masing tapi ini kepercayaan nenek moyang aku)..

    petua2 kat atas tu mmg petua umum..mak makcik pun ada pesan jugak..petua2 lain;

    takleh duduk atas bantal nanti naik bisul
    jangan nyanyi kat dapur nanti jd anak dara tua
    jangan duduk kat alang pintu nanti..yang ni tak ingat..

    maaf la..bagi makcik benda macam tu khurafat saja.makcik tak percaya.
    sebab makcik jenis semua kena ada logik, masa kecik, makcik langgar semua petua tu. alhamdulillah tak jadi apa2 pun.

    makcik lagi suka kalau generasi tua bagi pesanan yang benar dekat cucu..jangan berbohong
    jangan lalu bawah ampaian, kalau kain tesangkut nanti jatuh ke tanah kotorlah..
    takleh duduk atas bantal nanti kotor, nak letak kepala
    jangan nyanyi kat dapur tak manis didengar orang dan suara tu aurat
    jangan duduk kat alang pintu nanti susah orang nak lalu

    kan senang?

    dulu masa bersalin mak pesan alas kain kuning sebab keturunan.

    makcik serba salah

    “ah syirik ni..malas aku ikut”
    tapi akhirnya makcik terpaksa letak dengan mengambil kira makcik taat pada ibu dan tak mahu singgungkan hati ibu masa tengah berjuang nak beranak sulung.

    bukan pasal kain kuning tuu.

    anak yang seterusnya, sebab mak tak teman, makcik pun ambik kesempatan tak letak, kan khurafat semua benda tuu..
    pergantungan kita, hanyalah ALLAH swt yang Esa.titik.

    Reply
  6. hantu kum-kum ni muncul pertengahan tahun 80an la.mana ada kete kancil masa tu.hantu ni dipanggil kum-kum sebab hantu tu berpurdah tapi x boleh ucap “assalamalaikum” dia just boleh sebut ‘kum’ je..tapi ni urban legend rasanya sebab masa tu tahun kebangkitan dakwah dari pertubuhan al arqam.pendakwah – pendakwah diorang akan pergi ke setiap rumah untuk berdakwah (mcm kumpulan tabligh la) dan pendakwah perempuan dia berpurdah hitam dan sentiasa bagi salam kepada semua orang yang mereka jumpa.pegangan agama islam masyarakat masa tahun 80an x kuat dan ramai perempuan x pakai tudung,so masyarakat masa tu kurang senang dengan kehadiran dan dakwah pendakwah al arqam yang berpurdah hitam ni jadi ada segelintir orang mula panggil pendakwah ni “hantu kum kum”. jadi bila diorang nampak je kumpulan pendakwah tu datang,diorang kata ‘dah mula dah, hantu kum kum tu dah datang dah kat tempat kita”..

    Reply
  7. Aah sezaman lah dgn sy, masa sy sek ren mmg glamour hantu kumkum naik kancil merah tu sampai masuk surat khabar. Masa tahu cite tu sy fikir ah karut je kot, dia x lalu sini kot. Nak jadi cerita, mlm tu lps maghrib mcm tu sy dan mak duduk berdua di ruang tamu. Mak baca majalah, sy x ingat sy buat apa duduk2 aje kot. Tiba2 dga di dpn rumah bunyi komm..komm.. sayu perlahan je. Sy apalagi tkejut lah x caya dgn apa sy dga. Sy tgk mak, mak buat taktau je. Pastu dia ckp lg komm komm tp makin kuat pula, x benti lg. Sy dh tketar2 mcm parkinson dh mmg xleh nk buat2 cool muka mmg nk nangis dh trus ckp mak! Tu bunyi hantu kumkum ke??? Mak sy gelak ckp itu kucing lah. Elok lps mak ckp camtu trus bunyi komm komm yg x henti2 tu bertukar jadi bunyi kucing mengiau. Kurang asam punya kucing. Tp serius mmg awal2 tu bunyi mmg clear komm komm..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.