Hantu Menyerupai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku nak kongsikan sedikit kisah seram yang pernah aku alami dalam 10 tahun yg lepas. Aku pun tak pasti seram atau tak,kalau tak seram minta maaf.

Setelah pemergian bapak aku waktu aku masih sekolah dan mak aku jatuh sakit akibat strok, aku hidup menumpang di rumah abang aku di sekitar selangor. Rumah abang aku ni dua tingkat dan bilik aku di tingkat atas, suasana taman perumahan ni agak seram jugak lah sebab berdekatan dengan kubur dan hutan simpan. Bila malam2 faham2 aje lah memamg padu jugak tahap keseramannya.

Satu malam yg agak lewat aku baru lepas habis bergayut dan bbm dengan awek aku yg berasal dari sabah. Memang waktu tu tengah hangat bercinta,mana tak nya, awek sabah ni memang terkenal dengan kecomelan dan kemulusan kulit nya. Aku pulak muka mcm mesin basuh rosak dapat pula awek keningau yg putih melepak memang aku bangga habis. Tak pasti lah mcm mana dia boleh minat aku yg tak hensem dan tak berduit ni.

Balik pada cerita, sambil aku berangan terbang ke sabah utk meminang dia, aku pun terlelap. Setelah dalam 2 jam berlalu aku terjaga dari tidur dan aku lihat jam dah pukul 4 pagi. Yang aku pelik bilik aku tiba2 macm berkabus. Berasap- asap,puas aku perhatikan dan pastikan yg aku bukan bermimpi. Waktu tu suasana memang sunyi sepi. Aku pun bangun dari katil untuk memastikan apa yg terjadi.

Tetapi ini aku rasa lain macam. Kejantanan aku tercabar bila terlihat ada satu susuk tubuh berdiri dihadapan cermin bilik ku. Aku berasa agak pelik kerana tidak pernah berlaku situasi sebegini. Aku amati susuk tubuh itu seperti seorang lelaki dan aku amat yakin ianya bukan abangku. Aku yg tak berani ni cuba memberanikan diri utk pergi ke arah lembaga itu. Nahhh!! Sekali dia toleh, aku mcm nak terkencing berdiri. Pertama kali aku lihat wajah aku sendiri berdiri dihadapan ku. Ya makhluk itu sebijik macam aku dari badan smpai la ke paras wajah. Mata kami saling bertentang,dan yg membuatkan aku hampir pengsan apabila dia senyum menyeringai pada aku.

Ya allah, tak tahu nak buat apa waktu tu. Bayangkan lah muka sebiji macam aku cuma pucat dan bila setan tu senyum punya lah ngeri muka dia. Memang totally berbeza dari senyuman manis aku. Aku hampir pengsan namun aku sempat berlari menembusi nya dan terus melompat atas katil mak aku yg lumpuh. Ibarat dah jatuh ditimpa tangga apabila aku menerima makian dari ibu tercinta kerana dia terkejut. Kau p****g lah kau punya tuttt,penakut punya jantan, itu lah salah satu kata2 hikmah yg aku terima dari ibu kesayangan yg telah 8 tahun meninggalkan ku selamanya..

Pagi tu memang aku tidur dengan mak aku sampailah azan subuh,aku masuk bilik aku kembali dan semuanya mcam biasa dan tak berasap lagi. Esok aku ceritakan pada kakak ku yg tinggal berhampiran. Kakak aku ni ada kelebihan senang nampk benda2 halus ni. Dia bagitahu yg dia pernah ternampak dalam bilik aku ada perempuan tua rambut panjang mulut terbuka dan lidah terjelir smpai lantai. Dia sengaja tak mahu ceritakan padaku kerana dia tahu adik nya seorang yg acah2 rambo je. Padahal penakut. Aku tidak percaya pada dia dan aku katakan semua tu karut dan mungkin kebetulan

Malam tu juga ketika aku tidur sekali lagi aku diuji,kali ni lain pula, waktu sedang nyenyak tidur badan aku tak boleh bergerak macam ditindih, aku tak boleh bercakap walau aku cuba menjerit. Aku meronta-ronta dengan harapan dapat melepaskan diri, tetapi kali ni lagi dasyat, aku terasa kepala aku bagai ditarik dari paras dagu hingga keatas. Agak kuat juga tarikkannya. Aku cuba menjerit lagi dan kali ini aku dapat mengeluarkan suara. Aku terus berkata “Aku Percaya” Aku Percaya” . Tak semena-mena tarikkan kepala aku tak terasa lagi dan badan ku kembali boleh bergerak. Mungkin menatang tu marah bila kakak aku cerita dan aku tak percaya serta mepersendakan kakak ku. Wallahualam

Setelah kejadian itu aku lebih perbanyakkan bacaan quran dan solat di dalam bilik ku atas nasihat org yg berilmu. Selepas itu, alhamdulillah gangguan yg dasyat sudah tiada lagi,tetapi kadangkala masih ditindih tetapi itu perkara biasa bagi ku selagi tidak mencapai tahap ekstrim..

Dan sekarang aku tidak lagi tinggal di rumah abang ku. Aku dah 6 tahun mendirikan rumahtangga. Awek sabah ku juga telah berkahwin dgn org yg lebih layak utknya. Tetapi isteri ku seorang jawa selangor ada juga mirip chinese mcm org sabah..hihi..Abg ku masih menetap disitu dan tak pernah pula aku dengar dia diganggu.

Minta maaf jika tidak seram aku hanya ingin berkongsi dan mencuba. Ada masa aku cerita pula pengalaman seram ditempt kerja.aku seorang penjawat awam berpangkat rendah yg sering dahagakan overtime dan pulang lewat malam hihi..wassalam..

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

BaruBotak

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Hantu Menyerupai”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.