Hantu No Face di Hatyai

Assalamualaikum. Aku nak cerita satu kisah di mana aku dan kawan2 aku pergi Hatyai. Time tu kami nak berehat sambil “food- hunt” aje. Ok, long to make it short, kami berenam check- in satu hotel di Hatyai. Tak silap aku, nama hotel tu Laem Thong hotel. Kami sampai di Hatyai lebih kurang 9 pagi sebab time tu peak season. Hehe. So hotel pun sememangnya last option.

Kebiasaannya, kami kalau travel ke mana2 kami akan tidur lewat dalam pukul 3-4 pagi macam tu. Tengok keadaan kadang2 kami main uno card atau pun daun terup. Normally kami main berempat je sebab yang lain normally suka tidur awal. Hehe.

Malam tu aku tatau lah kenapa aku mengantuk sangat. So aku mintak permission dengan kawan2 aku nak balik bilik dulu. Mengantuk dah macam orang mabuk ketum. Huhi. Aku peep handphone aku nak tengok waktu. Jam waktu tu menunjukkan around 3 pagi.. Dalam hati aku kental gila dorang ni. Esok pagi dah nak gerak pergi berjimba.

Dekat hotel tu, area elevator dan tangga memang sikit ter isolate daripada pandangan orang. Sunyi gila kot tempat tu. Aku naik la lift sorang2 menuju ke bilik. Honestly, walaupun aku tak boleh nampak entity halus, tapi aku boleh sense the presence of them. Plus aku kesian kat roommate aku tu. Sebab dia sensorang je. Sebab tu juga ah aku decided nak naik awal.

Bilik aku ni bilik paling hujung antara rakan2 yg lain. Hallway dia memang creepy macam cerita2 hantu thailand pun. Dengan keadaan dia gelap semacam. Aku terasa diri aku diperhatikan. Aku lari masuk bilik aku. Tengok2 pintu tak kunci dan terbuka sikit. Ahh sudah. Takkan roommate aku ni kena ganggu kot? Tapi aku buat tak tahu je malam tu. Aku cuci mata, then terus tidur.

Lebih kurang dalam pukul 4 macam tu, aku tetiba dengar orang bukak pintu bilik air aku. Aku tengok kawan aku lena je tidur kat sebelah. Tapi aku fikir positive je mungkin pintu bilik air orang atas. Haha. Anyway, honestly, aku takde lah acah2 berani nak pergi check bilik air aku tu ade orang ke tak. Haha. Aku pun cowardy jugak.. Ok lah.. Settled part ni.

Aku pun sambung tidur. A few minutes later, aku terbangun sekali lagi sebab terasa muka aku dikibas2. Aku bukak lah mata. “Ada perompak!” Getus hati aku. Aku letak handbag aku semua kat sebelah aku. Atas meja yang disediakan. Dia hampiri barang2 aku tu. Aku tengoklah perompak tu tengok ada pisau ke tak kat tangan dia. Aku dah cuak gila weh. First time jumpa perompak..

Dalam duk kalut bergelut dengan diri sendiri, dia paling kan muka dia kat aku. Haha takde muka wehhh. Aku pun dengan selamba badak pesan kat dia slow2, “ahhh aku penat nak tidur. Malas layan kau”. Kemudian aku tutup mata. Tidur. Esoknya2 bangun pagi2, aku suruh kawan aku tu kemas cepat sikit. Aku tak sabar nak ciao. Kat bawah tu, aku cerita lah kat member2 aku ape yang jadik. Rupa2 nya dorang pun kena kacau juga dekat area bilik air.

Balik rumah, baca lah review hotel tu. Sememangnya ramai juga mat saleh kena kacau. Bukan aku je. Tapi, syukur alhamdulillah sebab aku kena ganggu dengan hantu yang takde hodoh mana rupanya. Kalau hodoh semacam, aku mesti pengsan kat situ gak.. Kah kah

- A

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

6 Comments on "Hantu No Face di Hatyai"

avatar
Kak Yulie

Camne ekk org leh sempoi smbg tdo ble bertembung dgn makhluk haluuussss ni…???

Jenglot

saya pun pernah terfikir benda yang sama…hmmm

berselubung terus tertidur
pejam mata sampai terlelap

amazing!

sarsi

kak yulie aku penah la nampak antu ngah mamai2 aku sambung balik tdo.. dah terjaga baru aku mencicit lari pegi bilik mak aku.. hawau betol

Nurin Naufal

kental betul x takut langsung boleh sambung tidor lagi…

Jerangkung

bosan bace…bahasa dcampur2…hambar…

^IzZaTi^

Cuci mata ke cuci muka?? Hehe….

wpDiscuz