Hai kawan kawan dan Fiksyen Shasha,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepoda Fiksyen Shasha jika cerita ini disiarkan. Nama saya Flora berasal dari Sarawak. Saya memang selalu menjadi pembaca cerita seram di Fiksyen Shasha ni,tapi kalini saya nak ceritakan pengalaman seram saya pulak.
Baiklah,nak dijadikan cerita pada 3 Januari 2023 saya keluar dengan teman lelaki saya dari siang sampailah ke malam. Tapi yang tak bestnye bila kami dah planning nak pergi ke pantai untuk chill chill sambil menunggu ketibaan sunset cuaca tak sporting hujan dari pagi sampailah ke petang.Teman lelaki saya bercadang untuk batalkan niat kami yang hendak ke pantai tetapi saya menolak. Saya memberi alasan bahawa saya sudah lama hendak ke pantai untuk menenangkan fikiran sebab stress asyik kerja aja 24jam. Cuti pun seminggu sekali je.
Masa kami dalam perjalanan hendak ke pantai tersebut,saya berceritalah dengan teman lelaki pengalaman kami sekeluarga waktu tinggal di sebuah rumah sewa dulu.Kami diganggu oleh makhluk yang dihantar oleh kawan bapa saya sendiri akibat rasa iri hati dengan bapa saya (cerita seram yang satu ini saya akan siarkan juga jika cerita saya ini dipublish hahahah ). Okey berbalik kepada kisah tadi, cerita punya cerita tiba tiba ada berlakunya kemalangan di jalan yang otw nak ke pantai itu.Sebuah 4×4 kira agak teruk jugalah.Apabila saya melihat kemalangan itu jantung saya tiba tiba berdegup kencang dan bulu roma pun tiba tiba meremang.Tapi waktu tu mangsa kemalangan tidak kelihatan.
Pada pukul 4.30petang kami tiba dipantai .Hujan masih merenjis renjis membasahi cermin kereta.Saya tidak tahu dan agak hairan kenapa saya tiba tiba rasa tidak mahu keluar dari kereta sebab selalunya kalau pergi ke pantai,sayalah orang yang terpaling excited tapi kalini agak lain ye.Apabila keluar dari kereta,saya dapati bahawa cuma kereta kami sahaja yang berada di situ. Saya rasa agak pelik sebab selalunya memang banyak yang akan berkunjung ke pantai itu sebab pantai itu merupakan pantai yang sangat popular di kalangan pantai pantai yang ada kat sini.
Tanpa berlengah lagi, kami berdua menuju ke arah ombak yang beralun,duduk,sembang,jalan jalan.Nak beli snek pun tiada siapa yang berjual.Jam menunjukkan pukul 6petang,hari pun semakin gelap hujan renjis renjis yang dari tapi tanpa henti.kami berdua menuju ke kereta dan kami melihat ada 2 orang lelaki berpakaian seperti orang kebun membawa cangkul dan satu plastik.Saya berasa aneh,dari mana datangmya 2 lelaki itu sedangkan tadi kami tidak melihat sesiapa disana.
Saya tak pernah sangka yang pada malam itu saya kena gangguan yang pertama kali berlaku dalam hidup saya.Tepat pukul 3.30 pagi,saya terbangun dan mengambil selimut kerana kesejukkan,saya tidur secara terlentang dan selimut menutupi seluruh badan termasuk muka.Untuk pengetahuan korang,saya tidur dalam bilik sendiri ye.dan saya tinggal bersama kakak dan abang ipar saya.Ok sambung,selepas saya hampir terlelap semula dalam separuh sedar saya rasa macam ada sesuatu yang menghampiri saya. Rasa seperti kaki kucing pijak tilam slow slow menuju ke arah saya.Saya tersedar dalam hati saya berkata “ehh aku ada bawak kucing ke malam ni” sebab kami ada inang kucing jugak. Belum sempat saya buka selimut yang menutupi muka saya tiba tiba bulu saya meremang dan saya dapati ada suara ketawa kecil di bahagian kiri saya. ”’hmhmhmhmhmhmhm”’ dia mengilai yang jenis kemam faham tak? selepas saja saya dengar ketawa yang menyeramkan itu badan saya terus rasa seram sejuk. saya menggigil peluh tapi dalam masa yang sama saya kesejukkan.
Dalam keadaan kelam kabut dan muka masih ditutupi selimut,saya mencapai tefeon yang berada di atas kepala saya dan menelefoni kakak saya yang berada dalam bilik sebelah.TETAPIIIIIII voice mail.saya dah mula cuak, sekali lagi saya cuba untuk hubungi kakak saya tapi kalini saya call nombor abang ipar saya,syukur dia angkat dan saya meminta mereka untuk pergi ke bilik saya.
Dalam keadaan yang masih menggigil dan menangis,mereka berdua membawa saya ke bilik mereka dan bertanya apa yang terjadi. Selepas saya menceritakan hal yang berlaku,kakak saya mengambil keputusan untuk membawa saya tidur bersamanya pada malam itu.Yang peliknya tadi saya call kakak saya langsung takda keluar dalam call log dia.
Selepas dari gangguan itu,saya rasa trauma dan takut untuk pergi kemana mana walaupun dirumah sendiri.jiwa saya kacau dan seminggu selepas kejadian seram itu berlaku ibu saya meminta saya untuk balik ke kampung dan berubat secara tradisonal.Katanya,benda itu ikut saya pulang sebab saya masa tu datang bulan.
Sampai sekarang saya belum pasti gangguan ini disebabkan kemalangan 4×4 ataupun berpunca dari 2 orang lelaki yang berpakaian kebun itu.
Sekian,itu saja dari saya maaf jika jalan cerita ini agak tunggang langgang sebab saya tak pandai nak susun ayat.Terima kasih dan challo bete
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit