Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan islam. Di sini aku ingin menceritakan kisah yang merupakan pengalaman diri aku sendiri yang berlaku tidak lama dahulu dan kisah pertama agak panjang dan aku harap korang tak bosan membaca kisah yang aku hendak kongsikan ini . Dan tanpa berlengah marilah aku cerita..
Pada hari raya ke – 2 tahun 2021 aku balik raya di kampung yang terletak di sebuah daerah di perak dan ramai sedara mara aku yang balik kerana hampir kesemuanya tinggal di perak. Untuk pengetahuan korang, sedara aku yang sebaya ataupun tua setahun atau muda setahun sangatlah ramai yg membuatkan aku amat rapat dengan saudara2 aku.
Jadi , pada malam raya ke – 2 kami beramai ramai telah bersetuju untuk beraya ke rumah sahabat kami yang secara tidak sengajanya terletak tidak berjauhan daripada rumah kampung yang kami balik beraya. Nama rakan kami itu aziq(bukan nama sebenar) . Setelah selesai solat maghrib kami pun mula berjalan kaki ke rumah aziq kerana rumahnya hanya sekitar 200m sahaja jaraknya. Tetapi sebelum sampai ke rumah aziq , kami perlu berjalan di sebatang jalan tar yang di kiri kanannya adalah kelapa sawit sepanjang 60m macamtu. Mungkin korang fikir ia adalah sebuah jalan normal yang biasa tetapi tidak…
Kami perlu menempuh 60m itu secara gelap yg teramat macam korang tutup mata..ya, memang korang takkan nampak apa2 dan nasib la jalan tu hanya lurus dan tiada simpang. Sampai saja kami sampai di lampu jalan terakhir (sebelum masuk ke jalan gelap gelita tanpa sebarang lampu) aku terfikir satu idea yang agak gila pada ketika itu iaitu kami perlu lalu jalan itu seorang demi seorang tanpa menggunakan sebarang lampu torchlight daripada telefon ataupun mana2 sumber. Waktu itu ada beberapa saudara aku yg tidak setuju dengan idea aku tetapi mereka setuju selepas aku berkata “sape yg taknak dan takboleh tu sebenarnye pengecut dan bukan laki” so diorang pun bersetuju dengan perasaan yang agak marah.
Tujuan kedua aku adalah untuk menyakat si yun , saudara aku yang paling penakut dan senang cerita dia kalau tidur pun bukak lampu dan kalau kata elektrik terputus dia boleh jadi separuh gila dalam bilik tu. Jadi bila semua dah setuju dia dah mula takut dan macam gelisah yelah mane tidaknye sbb mungkin itu akan jadi perkara paling buruk dalam hidupnya (hahaha kalau kau baca aku mintak maaf la yun😂)
Jadi untuk menunjuk bahawa aku yang paling berani diantara 9 orang ni jadi aku memutuskan bahawa aku akan pergi dahulu . Tetapi seorang saudara aku yang kami panggil dgn nama man ni tak bagi aku pergi dahulu sbb dia cakap “kalau kau berani sangat kau tunggu last sekali”. Jadi aku pun hanya cakap “okey” sambil senyum dengan riak dan mcm sindir sedikit.
Jadi selepas semua orang pergi tinggallah aku dengan yun yang belum melalui jalan tersebut sebab yun ni seccond last . Awalnya dia nak terus balik saja tapi setelah mungkin 1248 kali dipujuk maka dia pun setuju. Tapi malangnya aku dah kenakan dia sekali lagi . Aku berlari anak masuk ke dalam laluan gelap tu meninggalkan dia berseorangan di situ yang secara tak langsung membuat dia tercengang dan jantungnya hampir gugur.
Sedang aku berlari anak dan menghayati bunyi selipar yang berlaga dengan jalan tap…..tap….tap…..tap. tiba2 aku terdengar bunyi tapak kaki yg kuat dan laju dari belakang macam tap tap tap tap dan zzzupp berlalu di tepi aku dengan laju sekali sbb aku rasa angin yg melintasi badan tu kuat dan maksudnye orang yang lari pada waktu itu sangatlah laju. Tapi aku tidak pelik sbb yun tu mmg sangat penakut orangnya jadi perkara itu memang tak mustahil untuk dia lakukan.
Jadi tinggal aku seorang di laluan tu dan aku berhenti sebab aku nampak satu kelibat yg tinggi berbaju putih lusuh dan terkoyak serta berlumuran d***h mungkin . Mesti korang pelik sbb aku cakap jalan tu gelapnya sehingga takkan nampak apa2 kan? Aku juga musykil dari waktu itu sehingga kini mcm mane aku boleh nampak lembaga tu dalam gelap gelita macam tu! Muka lembaga tu hancur teruk seperti dirempuh lori. Matanya sebelah terjuntai dan muka nya dipenuhi nanah dan ulat serta kulit yg berwarna hitam menggelupas sambil menitiskan d***h yang banyak.
Lepas aku nampak lembaga tu aku terus rasa nak pitam , kepala jadi seringan kertas dan lutut aku juga sudah menggigil seperti tunggu masa untuk tercabut. Aku terus menatap lembaga tersebut selama mungkin 10 saat sebelum lembaga tu terbang ke atas aku yang membuatkan aku menjerit dan berlari lebih laju dari yang sepatutnya kerana aku dapat berlari 40m dalam masa 4saat bersamaan 10m dalam 1 saat…gila!
Sampai je aku di depan rumah aziq diorang tengok aku pelik macam ada sesuatu yang tak kena. Kemudian man tanya aku “asal? Apahal kau dh mcm kene kejar b**i hutan je? Ce cite ape jadi”. Lpstu aku pun cerita semua yg jadi dan aku seorang je yang dah “kena” malamtu. Aku mula tercari cari mana perginya yun. Yang lagi terkejut adalah diorang cakap yang hanya aku seorang sahaja orang terakhir melalui jalan tersebut bermakna si yun memang tidak melalui jakan tersebut! Jadi, siapa yang lari sebelah aku tadi? Masih menjadi tanda tanya kepada aku yang mungkinkah itu makhluk halus? Ataupun apa itu hanya Allah sahaja yang netahui
Setelah kami berbual dan makan kuih di rumah haziq dan diorang pun bantu aku untuk tenangkan diri, kami mula meminta diri untuk pulang (duit raya pun kami minta sebenarnya).
Lalu je jalan yang gelap tadi aku dah mula jadi takut kerana trauma dengan apa yg berlaku beberapa puluh minit yg lalu.
Disebabkan itu saudara aku berkumpul di sekeliling aku dan kiranya aku di tengah2 diantara mereka dan berjalan keliar dari laluan itu dan alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Sampai sahaja di rumah , aku tengok yun tengah santai duk tengok tv sambil makan kuih raya. Aku yang dari tadi musykil terus panggil dia datang dekat kami dan tanya dia tentang tadi.
Rupa rupanye si yun ni dah kena dulu sebelum aku sbb yun cerita “lepas kau lari tu aku nak lari sekali sbb aku dah nk menangis waktu tu tapi bila baru dua langkah aku berlari, ada satu benda pakai baju warna putih terbang dari tempat gelap tu menghala ke arah aku…aku pun apa lagi mmg cabut lari la balik rumah. Dah la aku terjerit jerit macam adik kau..buat malu aku je”. Mcmtu la lebih kurang apa yang dia cakap. Disini aku dah nampak silap kami berdua iaitu aku terlebih cakap besar dan bongkak manakala yun pula terlebih takut dan makhluk halus ni memang suka untuk menyakat dua jenis golongan ni.
Apabila cerita ini sampai ke telinga mak aku dan makcik2 aku di dapur maka mereka pun cerita yg di jalan yang kami lalu malamtu dulunya ada seorang perempuan yang m**i akibat disondol b**i hutan di jalan itu pada waktu malam dan perempuan tersebut meninggal di tempat kejadian dan di hujung jalan tersebut juga dulunya ada seorang yang membela hantu raya dan m**i kerana sakit lalu hantu raya itulah yang mendiami jalan dan rumah tinggal tersebut
Pada masa ini itu sahaja yg saya ingin kongsikan san banyak lagi kisah yang sy ingin kongsikan pada masa akan datang. Yang baik itu datang daripada Allah dan yg buruk itu datang daripada sy
Sekian terima kasih..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
baru la best nampak the real hantu tapi tetap berani..next!