HANTU RAYA DAN KAK PONTI

Assalamualaikum terima kasih admin jika cerita aku ni disiarkan di ruangan FS. Hehe. Selama ni aku hanyalah ‘silent reader’ bak kata orang melayu , ehh salah omputih dan ada lar jugak join korang-korang komen .
Panggil aku Siti (bukan nama sebenar), sebab nama aku panjang sangat, berumur 26 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata lelaki yang kacak dan hensem bergaya macam maknya . Lol. Apa yang aku nak share ni bukan lar terjadi pada diri aku, tapi benda ni terjadi pada kakak Ngah aku, dan tempias tu kena lar sikit kat aku sebab aku serumah dengan dia.

2016
Kakak Ngah aku ada konflik dengan suaminya dan menyebabkan dia terpaksa tinggal dengan aku buat sementara waktu dan masa nie dia tengah sarat mengandung tujuh bulan anak nombor dua, selepas ‘kawtim’ dengan suami dan mak mertua aku, dia pun izinkan kakak Ngah aku dan anaknya yg sulung nie tinggal dengan kami. Dia tinggal dengan aku pun sebab mak aku dah tak ada, jadi dia tak ada tempat nak tinggal dan untuk pengetahuan, kakak aku nie memang hijabnya terbuka kot sebab masa zaman dia anak dara dulu dia selalu diganggu benda-benda halus nie. pernah satu hari masa kitaorg adik beradik yang bawah-bawah dia ni ke sekolah, dia tinggal sorang kat rumah. Dia kena tindih dengan ‘makhluk jantan’ yang badannya berbiji-biji, muka menggerutu, macam nak perkosa dia lar, dia menjerit sekuat hati Allahuakbar dan zappp ! benda tu hilang macam asap, yerlar dah pagi kan dah terang benderang.

Kak ponti ke , Cik cong ke Kak Lang, Penanggal ke semua tu dah biasa bagi dia. Selalu jer dia nampak kt kawasan rumah zaman childhood aku dulu, sebab kawasan perumahan ni ada rumah Bomoh. (Dia flashback masa kitaorg dah besar, kalau dia cerita masa kitaorg kecik-kecik dulu memang aku ajak mak ayah aku pindah rumah lain).

Okay kembali kepada cerita dia masa dia tinggal kat rumah aku sebelum dia bersalin, rumah aku ada empat bilik, dia dengan anak dia yg sulung aku bagi dia tidur dekat bilik belakang which is dekat dengan dapur, tak jauh dari bilik aku pun. Selama 8 tahun aku tinggal dekat kawasan perumahan ni,tak pernah lagi aku dan keluarga diganggu, start jer sebulan (kalau tak silap) kakak aku nie tinggal dengan aku, dia dah kena kacau, tiap-tiap malam tingkap bilik dia kena ketuk, ketuk macam burung Belatuk ketuk-ketuk pokok tu, tanpa henti dan start gangguan dari pukul 12 tengah malam sampai dekat nak subuh. Yang peliknya anak dia yang sulung tak nangis, tak sedar pun sepanjang tingkap bilik tu kena ketuk. Malam seterusnya pun sama, tingkap diketuk dan plus ada orang panggil-panggil nama dia (suara lelaki garau). Siapa jer yang nk bergurau jam 12 tengah malam kt rumah orang panggil-panggil nama dan macam mana ‘orang’ tu tahu nama kakak aku?

Selama sebulan tular aku pun turut terkena tempiasnya, tiap-tiap malam macam ada benda berlari-lari kt siling rumah, awalnya aku memang kecut perut, sebab tak pernah-pernah dengar bunyik tu, takut tetiba runtuh ke siling tu tak ker naya dia muncul depan mata, dah lar laki aku buat part-time malam basuh bas express pukul 1@ 2 pagi baru dia balik. Kakak aku memang dah cakap awal-awal dengan aku yg dia tak nak tidur lagi dah dalam bilik tu sampaikan dia tak suka waktu malam, dia nak tidur dekat ruang tamu, jadi dekat sikit dengan aku dan aku pun setiap malam tidur takkan kunci pintu sebab risaukan dia anak beranak tidur kat depan.

start dia tidur depan tu lagi ektrem sebab ‘benda’ tu dah berani munculkan diri, dan hampir setiap malam dia tidur buka TV siaran OASIS(kan ada ngaji-ngaji), dan letak yaasin dekat sebelah. ‘Benda’ tu kalau nak tahu dia datang, dia start dari berlari-lari kat siling(macam main kejar-kejar) aku kalau dah start dengar tu, dah tak boleh nak tidur dah sebab tahu ‘benda’ tu ada, masa ni dalam pukul 2 pagi, laki aku dah balik dari part-time, baru masuk bilik nak tidur, aku dan suami terkejut, sebab Kak Ngah aku nie tetiba menjerit, menjerit mintak tolong.

“ Adikkkkkkkkkkkkk !!!!!

Lintang pukang aku bangun dari katil nak pergi kat ruang tamu tu, and guess whatttt, yer ‘benda’ tu tengah bergayut dekat pintu bilik mak mertua aku, macam nak terkam Kak Ngah aku. aku dah cuak, anak-anak aku dah menangis plus anak akak aku tadi pun menangis, jadiknya riuh rumah aku malam tu dengan tangisan dan ‘benda’ tu, laki aku laungkan azan dalam rumah terketar-ketar (dia pun terkejut) dan benda tu hilang macam asap zassss warna putih tebal.  pastu dengar dia berlari-lari dekat atas siling. Dalam hati aku berdoa, semoga Allah lindungi anak-anak aku, dan doa cepatlaH subuh.

Apa yang aku ingat rupa ‘benda’ tu badan dia hitam, berbulu, muka bengis macam muka king-kong, bertaring, mata merah (mak mertua aku cakap ni rupa hantu raya). Kak Ngah aku tadi dah duduk bersila, menangis jugak sebab takut, Allahu aku yg tengok pun kesian dah lar tengah krisis, tengah sarat, kena ganggu pulak lagi dan malam-malam seterusnya aku yang kena temankan Kak Ngah aku nie tidur dekat depan huhu dahlar aku pun penakut,anak-anak aku suruh tidur dalam bilik, yer lar aku pun kena kacau jugak sebab ‘benda’ tu menyerupai suara suami aku, bila aku tengok akak aku nie dah lelap aku pun nak lelap lar.

Tengah-tengah mamai peluk bantal, tiba-tiba aku dengar suara suami aku kejut “yang, yang masuk bilik tidur”. Aku pun bangun lar masuk bilik. Elok jer laki aku tengah sedap main ‘game’ dekat ‘handphone’ , pastu aku tanya lar, “ Ehh, B asal kejut orang masuk bilik, kan orang teman Kak Ngah tidur kat depan”, dia cakap ehh bila pulak dia rajin nak bangun kejut (dengan nada tk sedap hati dah). Aku dah, hurmm damn memang tak selamat lar kalau aku sambung tidur kat depan ni, dia dah main menyerupai suara laki aku pulak. Aku nak sambung tidur dalam bilik pun kesian kat Kak Ngah aku ni, baru nak lelap.

Sudahnya aku berjaga sampai ke subuh tengok movie, ada lar dengar benda macam terbang kat atas bumbung (bunyik tu macam kau kibas selimut), dah laki aku pun join tidur depan ruang tamu anak beranak, angkut toto . Sebabnya dia pun dengar ada ‘orang’ ketuk-ketuk tingkap lepas tu siap pangil “abang,abang” ( ini Kak Ponti) itular yg aku dengar macam ‘benda’ terbang tu kot.

Start daripada ‘diaorg’ munculkan diri tu, aku, suami dan mak mertua aku bawak Kak Ngah aku nie pergi berubat nak pulihkan semangat dia. Dekat Darul Syifaa berdekatan dengan rumah aku. Masa dah sampai dan nak mulakan proses berubat tu, aku pun kena sekali sebab Pak Long (perubat Darul Syifaa) tu cakap aku ada pertalian d***h jadi dia nak tengok dan scan aku sekali. Masa Pak Long tu buka bacaan melalui kaset, aku tak ingat surah apa, sebab dia suruh aku dan Kak Ngah duduk kaki menjulur dengan mata pejam. Pak Long ada ‘mention’ ini surah Jin (maafkan daya ingatan aku), aku dengar akak aku bercakap, masa tu muka aku dah cebik-cebik, mata macam mengenyit-ngenyit dan nak menangis (tak tahu kenapa) tapi aku banyak diam, dengan mata terpejam bukan hitam yg aku nampak tapi hijau jer.

selesai sesi soal jawab dimana aku banyak diam dan ‘degil’ bila disoal aku banyak angguk-angguk geleng-geleng dan Pak Long bagitahu rupanya aku dan kakak ada saka dari arwah nenek sebelah arwah mak aku, dan kitaorg semua adik beradik ada. Benda tu dah bertapak, yang menyebabkan aku selalu dingin dan jadik pemarah dengan suami dan anak-anak, dan kadang-kadang emosi aku tak stabil. Benda yang ganggu Kak Ngah aku nie pulak dan aku pun turut terkena tempias memang yer hantu raya, belaan orang kampung kawasan tempat tinggal aku (mak mertua aku cakap memang dengar-dengar dari orang kampung ada orang ‘membela’), dia dapat tahu yang kak ngah aku nie tinggal dengan aku, dan memang niat nak ganggu sebab dia suka keadaan Kak Ngah aku yang dalam emosi, plus tengah sarat tu.

Dan gangguan yang lain tu sebenarnya ‘pagar’ rumah aku dah lama ‘terbuka’, sebab tapak rumah mertua aku ni dah lebih 17 tahun dan memang laluan ‘diaorang’ sebabnya sebelah rumah aku ni ada paya . Cumanya ‘diaorg’ ni muncul sebab dari gangguan yang kena kat Kak Ngah aku, dia tengah lemah, jadi semangat pun tak ada.

Hujung bulan 5, kakak aku selamat melahirkan, bayi perempuan (sekarang dah setahun lebih). Sepanjang gangguan yang kakak aku alami ni,dia banyak kali keluar masuk hospital sebab terkejut dan takut, sebab ‘benda’ tu selalu muncul bila Kak Ngah nak tidur, ‘dia’ suka muncul betul-betul depan mata, Kak Ngah aku akan banyak tidur siang sebab malam tak cukup tidur, dan dia takut.

Dia dan suami dia sah membuat haluan masing-masing, dan baby tadi kakak Ngah aku serahkan pada keluarga angkat, dan dia mulakan hidup baru bersama anak sulung dia. Keluarga angkat tu kawan baik aku sendiri, yang dah lama kahwin tapi belum dikurniakan rezeki zuriat.

2017
Aku dalam proses berubat, sebab aku dah start kena gangguan baru-baru ni, selalu rasa diperhatikan dan paling latest aku mimpi ular tedung hitam besar mematuk-matuk rumah aku nak patuk anak-anak aku, sudahnya tangan aku yg kena patukan tu, sebelum dari mimpi tu aku pernah mimpi beranak dan menyusukan bayi tu, apa yang aku tahu mimpi tu ada kena mengena dengan sihir, plus saka yang arwah nenek aku tinggalkan. Dia tak ganggu,tapi aku tahu sedikit sebanyak dia mengganggu hubungan aku dengan Allah, keluarga, suami dan anak-anak.

Dan gangguan yang Kak Ngah aku kena dulu dah takda, cumanya laki aku kalau balik dari kerja malam, dia nampak ada perempuan dengan baju lusuh(putih macam kain buruk) berambut panjang tengah berdiri pandang laki aku, tapi laki aku takkan masuk rumah dulu sebab dia takut ‘benda’ tu ngikut masuk rumah kacau anak-anak pulak. (Aku rasa tu Kak Ponti, dia berkenan kat laki aku lar tu, tapi hanya mampu melihat dari jauh hahaha).

Maaf andai cerita aku tak menarik dan tak berapa seram seperti yang korang harapkan, apa pun aku akan perbaiki penulisan aku dari masa ke semasa untuk kisah seterusnya dari pengalaman-pengalaman kawan aku sepanjang dia jadi tenaga pengajar di PLKN . Semua komen aku terima dengan hati yang terbuka. (InshaAllah)

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
HSZR

2 thoughts on “HANTU RAYA DAN KAK PONTI”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.