Hai,apa khabar semua? Bertemu lagi kita pada kali ni. nama aku naz AKA robotnaz. Ini merupakan kisah yang ke tiga aku kongsikan kepada FS. Harap-harap kisah kali ni lebih mengancam.
Sebelum tu, saja nak bagitahu bahwa kisah ini pernah dan sudah berkali aku kongsikan kepada banyak pihak terutamanya fanpage ataupun group yang berkisahkan tentang seram. Jadi, jangan pelik kalau ada yang sudah tahu atau pernah terbaca kisah yang sama pada sebelum ni.
………………………..
Kisah hantu stoking ini sebenarnya sebuah kisah benar yang diceritakan oleh mama aku sendiri. Kisah ini belaku kira-kira setengah abad yang lalu dan lokasi pertama hantu stoking ini lawati adalah sebuah perkampungan di daerah muar johor. Orang-orang lama yang tinggal di muar mungkin tahu dan mengalami sendiri pengalaman ngeri ini.
Kisahnya bermula begini.
………………………
Lokasi rumah pak mail (BUKAN NAMA SEBENAR.)
Waktu: sekitar jam tujuh malam (SENJA/MAGHRIB)
Cuaca waktu kejadian: hujan renyai renyai.
Tok! Tok! Tok!
Pintu rumah pak mail diketuk oleh seseorang. Namun, dibiarkan saja oleh pak mail sekeluarga. Almaklum sajalah, orang zaman dulu memang takkan buka pintu kalau orang ketuk saja. Paling tidak, mereka mahu dengar suara si pengetuk tersebut atau mereka lebih yakin lagi sekiranya orang yang mengetuk pintu itu beri salam.
Tok! Tok! Tok!
Sekali lagi pintu rumah pak mail diketuk. Kali ini, pak mail tiba-tiba saja rasa terpanggil dan ingin tahu siapakah tetamu yang mengetuk pintu rumahnya pada waktu-waktu begini.
Zaman dulu, waktu senja memang waktu larangan untuk berada di luar rumah. Masing-masing akan masuk rumah dan biasanya orang dulu-dulu akan buat persediaan untuk solat dan sebagainya. Bukan macam orang zaman sekarang, pukul tujuh malam masih boleh bermain bolasepak, berjalan berpegangan tangan dan layan drama cintan-cintun di TV. Opsss, terbebel pula.
……………………..
Segera pak mail membuka pintu dan jelas di hadapannya seorang wanita tua sedang bediri sambil terdapat bakul atau raga di tangannya.
“Eh, makcik… ada apa ni datang rumah saya pada waktu-waktu begini?.” pak mail kehairanan. Biasanya, orang kampong akan selesaikan aktiviti jual menjual ni sekitar pukul enam petang. Tu pun dah kira lewatlah tu.
“Maaak ciiiiiik sejuuuuk.” Ujar wanita tersebut dengan nada terketar-ketar. Jika dilihat pada zahirnya, wanita itu berusia tidak kurang daripada tujuh puluh tahun. Pak mail pula ketika itu baru berusia lima puluh tahun. Sebenarnya, mengikut apa yang telah diceritakan pak mail agak berat hati untuk pelawa wanita tua itu masuk ke dalam rumahnya tetapi mungkin atas dasar rasa kasihan sesame manusia, akhirnya pak mail mengajak wanita itu masuk ke dalam rumah.
“Masuklah… kalau macam tu makcik berehat sebentar di sini dan selepas solat maghrib nanti, saya hantarkan makcik pulang.” Begitulah indahnya budaya orang melayu dulu kala, saling bertolak ansur dan hidup seperti sebuah keluarga.
Sebaik mendengar perlawaan itu, makcik tua tersebut terus melangkah masuk. Segera dia duduk di tengah tengah ruang tamu rumah pak mail. Isteri pak mail dan anak daranya pula sibuk ke dapur untuk siapkan apa yang perlu bagi menjamu tetamu yang tidak diundang itu. Sudah menjadi amalan orang lama, tetamu mesti dijamu dengan sebarang makanan. Paling kolot pun biskut kering dengan air kopi O.
…………………………
“Makcik, saya tak pernah lihat makcik sebelum ni, makcik orang baru ke di kampong kami?”, isteri pak mail membuka bicara. Orang-orang kampung biasanya mereka akan mengenali semua yang tinggal di kampung mereka. Bukan macam orang banda, kadang-kadang jiran sebelah rumah pun taktau siapa nama.
“A’ah, saya orang baru di sini. baru pindah dua hari.” Jawab makcik tua itu acuh tak acuh.
“Di mana rumah makcik? Sekejap lagi beritahu suami saya. Biar dia hantarkan makcik pulang. Hujan hujan begini tak elok jalan kaki sorang sorang.” Tambah isteri pak mail lagi. Makcik itu cuma tersenyum.
“Anak… makcik ada jual stoking. Hari ni makcik jual langsung tak laku. Anak tengok tengoklah, makcik jual murah saja.” Makcik tua itu berkata sambil menolak bakul atau raga yang dipenuhi dengan berbagai jenis stoking di dalamnya.
“Stoking? Sekejap ya makcik. Saya tanya suami, dia memang perlukan stoking yang banyak sebab dia hari-hari ke kebun.” Balas isteri pak mail.
…………………………
Pak mail segera memilih stoking yang dia berkenan, makcik tua itu pula seakan gelisah dan meminta agar pak mail memilih stoking dengan segera. Katanya, dia hendak pulang, dia terlupa sebelum dia keluar tadi dia ada menadah air dalam tempayan. Bimbang kalau-kalau air di dalam tempayan itu dimasuki serangga sebab hujan yang turun tadi telahpun berhenti.
“Betul ke makcik nak pulang sendiri ni? Kalau tunggu sampai lepas maghrib saya boleh hantarkan.” Berkali-kali pak mail mengulangi petanyaan tersebut tetapi makcik itu tetap bekeras hendak pulang sekarang.
“Makcik nak balik, makcik nak balik.. cepat pilih. Kalau kamu rasa tak cukup masa. Besok makcik datang lagi.” Bersungguh-sungguh makcik tua itu dengan pendiriannya.
“Baiklah… kalau macam itu. saya ambil tiga stoking ini. Berapa harganya makcik?”, tanya pak mail lagi.
“Takpa lah nak, makcik bagi percuma. Makcik nak cepat ni. Terima kasih sebab tumpangkan makcik tadi.” pantas makcik tua itu memasukkan semula stoking-stoking yang bersepah ke dalam bakul/raga. Kemudian, belum pun sempat isteri pak mail mahu menghantarnya ke muka pintu, makcik tua itu bingkas bangun dan segera meninggalkan perkarangan rumah mereka.
Pada mulanya, pak mail hairan dengan tindak tanduk makcik tua tersebut. Namun, isteri pak mail menenangkannya, kata isteri pak mail, tak bagus kita bersangka buruk pada orang. Lebih lebih lagi pada orang tua yang susah seperti makcik itu.
Apa yang menjadi kepelikan mereka sekeluarga adalah, sepanjang makcik tua itu berada di rumah mereka langsung tidak dengar ucapan salam daripada mulutnya. Kalau tadi dia kesejukan, memang boleh diterima tetapi apabila hendak pulang pun tidak sesekali ucapan assalamu’alaikum keluar daripada mulutnya.
…………………………
Semenjak daripada peristiwa tersebut, kampung mereka dilanda hujan yang sangat lebat dan berpanjangan. Setiap hari mesti hujan, hinggakan pekebun-pekebun seperti pak mail tidak boleh berkebun. Orang yang menorah getah apatah lagi. Hari-hari seterusnya makcik tua itu tetap menjalankan perniagaannya pada waktu yang sama. Dia akan ketuk rumah yang disasarkannya sekitar jam tujuh malam dan dia tetap dalam keadaan kesejukan. Mula-mula minta izin nak tumpang berteduh tetapi sesudah dibenarkan masuk rumah, dia akan menjual stoking yang.
Rumah yang seterusnya menjadi singgahan makcik tua AKA hantu stoking itu adalah rumah pa kali (BUKAN NAMA SEBENAR) rumah pak kasim (BUKAN NAMA SEBENAR) dan ada dua tiga rumah lagi. termasuk rumah tok penghulu yang merupakaan rumah singgahannya yang terakhir.
Berdasarkan apa yang telah dikisahkan, akhirnya hujan lebat yang melanda reda jua. Setelah terlihat sang mentari kembali menyinar dan tanah yang basah mulai kering, para pekebun kembali bersemangat untuk berkebun seperti kebisaan.
Kesemua pembeli stoking daripada makcik tua tersebut tidak sabar untuk memakai stoking baru. Mungkin sebab stoking percuma, itu yang semangatnya lain macam sikit kot. (HAT NI AKU TAMBAH.) ha ha ha
Namun, kampung tersebut yang suasananya sentiasa tenang menjadi gempar dengan tiba-tiba. Satu kampung kecoh sorang demi sorang yang pakai stoking baru yang diberikan oleh makcik tua mati dalam keadaan ngeri. Pak mail mati pakai stoking tersebut, keadaan mayatnya sangat ngeri kerana seluruh jasad pak mail menjadi kedut kedut dan menggerutu. Dua tiga orang kampung yang lain juga mengalami nasib yang sama. Manakala tok pengulu, jasadnya lebih ngeri lagi, jasad tok penghulu ditemui oleh orang kampung di kebunnya dalam keadaan tertiarap dengan kesan tebukan di bahagian tengkuk.
Jasadnya juga kehitaman dan kekeringan seperti seluruh darahnya telah dihisap oleh sesuatu. Setelah melakukan siasatan, rumah yang makcik tua itu maksudkan sebagai tempat tinggalnya adalah rumah papan yang sangat usang. Mustahil untuk manusia tinggal di dalam rumah yang berkeadaan begitu.
Kisah ini tidak terhenti di sini, malah dikhabarkan makcik tua itu berhijrah daripada satu kampung ke kampung yang lain. Setiap kampung pasti ada orang yang menjadi mangsanya. Ada sumber yang memberitahu, makcik ini menjelajah sehingga ke daerah Batu Pahat, Johor. Namun, kegiatannya terhenti dan hayatnya ditamatkan oleh seorang ustaz yang dapat mengesan siapakah makcik tua itu yang sebenar.
Kata mama, makcik tua itu sebenarnya seorang wanita muda. Dia jadi begitu kerana langgar pantang ilmu yang ditunttutnya. Kata mama lagi, ilmu yang ditunttutnya itu adalah ilmu cantik. Dia telah langgar pantang larang dan kecantikannya hilang serta merta dan dia perlukan seribu korban untuk kelihatan cantik semula. Tapi, dia tak sempat untuk capai syarat tersebut.
Pesan aku! Jangan bermain dengan ilmu syaitan dan iblis. Kelak, buruk padahnya. Hope enjoy dengan kisah ini.
Jumpa lagi.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ingat nak pesan jangan pakai stoking tadi. Haha.
Ngarut
haha…
ahah,,kan…apa jadah makcik sihir pakai stokin ,spe pakai mati….kah kah kah…cerita seram bebudak sangat…..seram lagi cerita misteri wan peah..
tengah ralek nak tggu words keluar.. Terperanjat tengok cover photo. Gulp!
Kesian buat baik last² mati
X seram langsung cerita ni gambar je seram
Pernah dengar nama hantu stokin masa kecil dulu, awal dekad 1970an. Tapi baru tau ceritanya hari ni.