Hantu Sungai Penyebab Kemalangan

Aku ni kalau nak cakap ada deria yang ke enam tu tak lah. Tapi aku boleh rasa kalau benda tu ada sekeliling. Setakat ni kalau bayang-bayang, kelibat dah biasa. Tapi mintak jauhh laa weii kalau muncul tunjuk muka depan aku. Maybe benda ni ada kaitan dengan family aku kot. Biase lah kan, orang tua dulu dulu, kalau takde ‘benda’ tu taksah kan? Lagi lagi benda tu tengah cari waris sekarang sebab abah aku tengah sakit.

Cukup lah intro, sebenarnya bukan kisah tu yang aku nak cerita. Tapi ada kisah lain. Aku senangkan je lah, ‘Aku’ dalam kisah ni ialah kakak aku.


Kisah pertama

Hari petang, jadi kebiasaan bagi kanak-kanak kampung seperti aku bermain dengan kawan-kawan sekampung. Aku selalunya bermain dengan kawan-kawan sekampung di sebuah sungai dan jambatan yang antara menjadi laluan utama orang ramai. Di tepi kiri dan kanan jambatan ada rumah penduduk yang menetap disitu. Jadi ada lah ruang untuk bermain untuk kami. Masa benda ni berlaku jambatan ni kecil je. Hanya ada 1 lorong jalan dan ada lorong yang besar kat tengah untuk kereta bergilir turun dari jambatan. Kalau dulu waktu puncak orang balik kerja memang sangat-sangat sesak. Sampaikan ada yang hampir nak menetak sesama sendiri. Tapi alhamdulillah sekarang dah diganti kan dengan jambatan yang baru. Jambatan kecil masih ada, tapi hanya digunakan port untuk pemancing memancing ikan.

Hari semakin senja, azan magrib berkumandang, biasa lah budak-budak kan, selagi matahari belum terbenam, selagi tu lah taknak balik. Manfaatkan masa dengan baik lah katakan. Sedang asyik bermain dengan rakan-rakan yang lain, ada sebuah kereta sedan(kereta ape aku lupa) menaiki jambatan. Masa tu aku hanya tengok sekilas pandang je lah kan sebab takde ape-ape yang pelik. Masa tengah bermain tu, bunyi yang agak kuat dari atas jambatan tu. Aku tengok kearah jambatan tu, rupa-rupanya kereta sedan yang baru aku tengok tadi terjatuh dari jambatan. Kereta tersebut merempuh penghadang jambatan kat tepi lalu terjatuh dalam air. Orang kampung kecoh dengan kejadian ituu. Tapi tiada siapa yang berani turun untuk menyelamat walaupun air kat tengah sungai tuu hanya paras dada orang dewasa kerana sungai ituu ada ‘benda’.

Pasukan penyelamat dipanggil, mangsa seorang lelaki tidak dapat diselamatkan. Malam tu memang kecoh pasal insiden tu. Keluar paper, keluar tv. Sejak dari tuu kami dalam 2-3 hari juga lah tak ke sungai tu. Takut dan trauma sedikit sebanyak kerana benda berlaku depan mata.

Selang beberapa hari, kami semua berkumpul semula untuk bermain dekat kawasan tepi sungai tu. Masa tengah bermain, ada kawan-kawan yang membuka cerita yang masa kereta tersebut jatuh, mereka nampak 2 orang penumpang. Sorang pemandu, dan sorang lagi kanak-kanak duduk atas but kat luar kereta. Bukan kat dalam ye, kat luar. Tetapi bomba sahkan hanya 1 mayat sahaja yang ada. Aku hanya kusyuk mendengar mereka bercerita. Ya, memang aku pun ada nampak, tapi benda tu bukan kat atas but kereta, tapi kat tepi driver. Sama yang mereka nampak, kanak-kanak perempuan. Aku juga sempat nampak yang driver tuu ketuk-ketuk cermin kereta dan dia menanggalkan baju sambil melambaikan kearah luar untuk minta pertolongan. Tapi ajalnya sampai disitu. Ada yang pernah cerita yang pemandu akan tiba-tiba nampak jambatan tu perlu belok ke kiri padahal jambatan tu hanya straight. Mungkin itu kot penyebabnya sebab bukan 1 kes yang pernah jatuh dari jambatan tu, tapi banyak lagi dan kejadian akan berlaku pada waktu senja. Semuanya takdapat diselematkan. Aku sendiri pernah terkena, masa aku bermain kat tepi gigi air, aku dengar macam ada orang panggil nama aku. Sayuuuu dann jauhhh bunyinya. Suara perempuan. Dia panggil berkali-kali. Aku lekas-lekas pergi dari situ, bimbang takut perkara yang lebih buruk terjadi. Ituu hanya kisah pertama tentang sungai tu.

Kisah ke-2

Kali ni aku tak de tempat kejadian sebab aku balik kampung. Tapi aku ada dengar berita tentang seorang budak lelaki yang baru pulang dari hospital menjaga mak dia dalam wad. Satu malam, masa dalam perjalanan balik kerumah untuk ambil adiknya untuk bergilir-gilir jaga mak nya yang sedang warded. Kebetulan malam tu, jalan yang biasa dia lalu untuk kerumah ada roadblock polis. Jadi budak lelaki tu takde lesen menggelabah lah lari dari roadblock. Polis yang tengah buat roadblock tuu nampak budak tuu menggelabah lari, polis tuu kejar sampai ke satu anak sungai ni. Anak sungai ni ada jambatan dari 2-3 papan kecil je yang dibuat oleh orang kampung. Masa tu malam, keadaan sekeliling gelap gelita. Budak lelaki tuu teruskan menyeberang anak sungai tuu dengan cemas. Semasa dia menyeberang, tiba-tiba dia terjatuh.

Pasukan penyelamat dipanggil. Semua orang hairan, sebab anak sungai tu kecil, tapi mayat tak jumpa. Dah 3 hari mayat tak jumpa walaupun pasukan penyelamat dah mencari seluruh kawasan anak sungai. Ikhtiar yang terakhir panggil mereka yang berpengalaman dalam hal ini.

Aku tak pasti tokbomoh atau ustaz mereka panggil, tapi yang aku tahu, dia cakap budak tu takde kat sini. Ada dekat kawasan lain. Mereka pergi ke kawasan yang dimaksudkan tu. Ye, kawasan tu ialah sungai yang dalam kisah pertama tadi. Acara untuk ‘kait mayat’ dilakukan. Azan dilaungkan disetiap penjuru. 3kali azan dilaungkan, baru mayat timbul. Masa tuu suasana hiba sebab mak budak yang tengah warded tu dibawa oleh ambulans ketempat kejadian tambahan dengan tangisan dengan ahli keluarga lain. Emak budak tersebut diusung dengan katil keluar ambulans. Budak tu hilang 3 hari, tapi mayat nya masih elok seperti baru semalam lemas.

Takde kecederaan lain selain luka di hidung mayat. Sebenarnya banyak lagi kisah pasal sungai tu. Tempat pemujaan, buaya putih dan macam-macam lagi. Insyaallah jika ada jodoh, aku cerita lagi. Aku minta maaf kalau ada yang terbelit ke, susah nak faham atau yang typo. Sebab nak terangkan satu situasi dengan perkataan secara jelas dan untuk mudah faham ni susah sebenarnya. Aku minta maaf kalau cerita ni tak menepati ke-horror-an yang korang nak, tapi tu lah sedikit sebanyak kisah aku. Thanks min comel/hensem

Tiara

Tiara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

13 thoughts on “Hantu Sungai Penyebab Kemalangan”

  1. Mesti polis yg dok hambat budak tu dok terkesan gak…tak psl2 hilang nyawa…semua tu du qada & qadar…ajal kt tgn tuhan…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.