Hanya Kerana Orang Ketiga

Salam dan hello peminat tegar FS semua! Terima kasih FS sebab post cerita aku ni. Nama aku Hani. Aku nak cerita pasal “kawan baik” aku, Anna. Ni kisah kami bertiga. Siapa orang ketiga tu? Aku dengan Anna rapat sangat macam isi dengan kuku. Daripada kecik kami kenal sampai la ke besar tak pernah terpisah. Tapi mimpi ngeri bermula apabila aku bercinta dengan seorang lelaki.

Cerita bermula bila aku bercinta dengan laki ni. Nama dia, Aaron. Kami semua satu universiti. Aku, Anna dan Aaron. Aaron ni baik, gentleman orangnya. Anna pulak pendiam dan pemalu. Berbeza dengan aku yang hyperactive ni. So, one day, Aaron ni mintak putus. Dah 8 bulan kitaorang bersama tak alih2 je dia mintak break up. Alasan dia, dia suka orang lain. Aku tanya dia siapa orang ketiga tu. Dia diam. Ada dia cuba mengelak sampai la aku fedup, aku cakap selagi aku tak tau siapa orang ketiga tu, aku tak akan lepaskan dia. Haa jangan main2 dengan aku.

Aku mula siasat siapa pempuan yand dia suka. Sampai la suatu hari aku tak sengaja dengar perbualan Anna dengan kawan dia.

Kawan 1: Hani dengan Aaron serious dah break? Hani kena game ke?
Anna: Aku tak tau la dorang dah break ke belum… Aaron cakap dia suka aku. Tapi aku terpaksa tolak dia sebab dia bf kawan aku.
Kawan 2: Aaron mesti faham. Dia mesti rasa kau ni sweet giler berbanding si Hani tu. Hani tu macam berani and memaksa.
Kawan 1: Anna, kau tak rasa ke Hani tu just mempergunakan kau? Selama ni dia je yang melebih. Kau suka ke?
Anna: Sometimes shes a little bit aggressive but she is a nice girl. Masa aku takde kawan kat sekolah rendah dulu dia yang sudi kawan dengan aku. Masa aku kena buli dia yang tolong.
Kawan 2: So sweet lah friendship korang ni. Patutlah Aaron lebih suka kat kau!

Itulah apa yang aku dengar. Dalam masa yang sama dorang mengumpat pasal aku. Baru aku tau orang ketiga tu Anna rupanya. Aku tak marah pun. Aku cuma nakkan kepastian. Aku dah boleh terima kenyataan yang dorang lebih suka antara satu sama lain lagipun aku dengan Aaron officially broken up. Satu malam aku tak dapat tidur sebab memikirkan macam mana aku nak kasitau Anna. Aku nak bincang dengan dia. Aku text dia untuk jumpa aku dan berbincang pasal hal ni. Tapi satu hari sebelum aku jumpa Anna, aku jumpa Aaron dulu. Aku settle masalah aku dengan dia baik2. Aaron mintak walaupun dah break jangan sampai putus kawan. Tegur dia macam biasa. Aku pun setuju je. Bagi aku tu bukan masalah besar. Esoknya aku jumpa dengan Anna pulak.

Aku: Anna. Kau suka Aaron jugak kan?

Dia diam then angguk slow2.

Aku: Kau tak perlu risau pasal aku. Aku dengan Aaron officially broken up so, it’s okay, you can date him.
Lepas tu Anna jawab…”Well of course! Duhh!” Sumpah aku terkejut! Bukan tu sepatutnya yang dia jawab. And dia cakap lagi…
Anna: Selama ni aku pendam je perasaan aku. Aku memang dah lama suka Aaron even sebelum korang start dating lagi. Now, aku gembira sangat finally korang broke up jugak. Dah lama aku tunggu. Bila kitaorang dah date nanti, aku kesian tengok kau sorang2 so kau boleh join kitaorang since we’re best friends.

Aku terdiam seribu bahasa. Aku tak sangka Anna akan cakap macam tu. Anna yang aku kenal tak macam ni.

Anna: Kenapa? Terkilan sebab kau dah kalah dengan aku? Selama ni kau memang pandang rendah pada aku kan?!
Aku: Aku tak pernah pandang rendah kat kau! Kita kan kawan!
Anna: Pada engkau Hani… apa maksud kawan? Hamba yang kena patuh apa kau cakap yang buat kau rasa hebat sangat!

Lepas tu dia terus lari. Aku jerit nama dia sambil tu kejar dia. Sampai je kat dorm dia, tengok dia tengah menangis dikerumuni roommate dia. Aku dengan Anna tak satu dorm. Semua roommate dia marah aku. Semua salahkan aku. Dorang fikir aku marah sebab Anna dan Aaron suka antara satu sama lain. Dorang kata sebab perangai aku buruk lah Aaron tinggalkan aku. Ehhh bitch betul! Dan paling aku tak sangka. Anna jadi talam dengan aku. Anna cakap, “Dahlah korang! Aku faham kenapa Hani marah sangat kat aku. Aku yang salah jangan salahkan Hani disebabkan aku”. Tapi dorang semua cakap jangan backup orang macam aku ni. Dia tak salah pape tu semua masalah antara aku dengan Aaron.

Aku tak sangka Anna yang aku kenal dulunya pendiam, lembut, manis bertukar menjadi Anna yang talam dua muka dengan kawan baiknya sendiri. Sepanjang aku kawan dengan dia, aku tak pernah pandang rendah dekat dia. Aku anggap dia tu macam family aku sendiri. Aku buntu. Sampaikan aku mintak tolong dari sorang kawan aku ni. Family dia pandai dalam perubatan islam. Dia pun ada ilmu yang diturunkan oleh ayahnya. Ayah dia seorang ustaz. Aku mintak tolong dari ayah dia. Ustaz tu kata dia ada guna ilmu pengasih kat Aaron and kawan2 dia pun terkena jugak. Cuma ilmu tu belum cukup kuat. Aku betul2 tak sangka Anna jadi macam tu sekali. Aku kena kasitau Aaron! Aku kena pulihkan Aaron dan Anna balik. Ustaz tu suruh bawak Aaron Khamis malam Jumaat untuk berubat. Ustaz tu ada berikan aku air dan ayat untuk dibaca sebab si Anna tu macam nak kenakan aku sekali.

Sejak kes tu aku memang dah tak bertegur sapa dengan Anna even roommate and beberapa kawan dia yang lain. Cerita ni tak tersebar luas pun. Masing2 pandang sinis kat aku. Aku syak, dorang yang tau hal ni mesti dah kena guna guna dengan Anna. Hal Anna aku terpaksa tolak tepi dulu. Sekarang aku kena tolong Aaron dulu. Aku text Aaron ajak jumpa. Nasib dia kata okay. Bila aku mula nak start cerita pasal Anna, dia yang bukak mulut pasal aku bergaduh dengan Anna. Dia mintak maaf disebabkan dia persahabatan aku dengan Anna musnah. Yang tak boleh tahan, dia cakap Anna rindu aku, dia risau kat aku, dia nak berbaik semula.

Masa tu hati aku panas giler sampaikan aku lempang Aaron supaya dia berhenti cakap pasal Anna yang talam tu lagi. Korang bayangkan lah orang yang korang sayang kena manderem oleh kawan baik kau sendiri! Tak cukup dengan tu, kawan baik kau talam bermuka2 dengan kau and semua orang salahkan kau sampai kau dipandang sinis, sape tak marah. Aku ceritakan segalanya pada Aaron tapi dia tak percaya. Sampaikan aku mengamuk dan suruh dia ikut aku pergi berubat dengan ustaz tu. Thank god dia setuju! Itupun lepas bape kali desakan daripada aku. Aku betul2 terdesak. Ini jelah salah satu cara jalannya.

Lepas dah pergi berubat Alhamdulillah mata dia dibukakan kembali. Masa ni aku dengan Aaron plan untuk pujuk Anna buang segala perbuatan syirik dia tu. Aku cari dia dalam class tapi dia takde. Dah lama sangat aku berenggang dengan dia sampai dia takde dalam class seminggu pun aku tak perasan. So, aku beranikan diri pergi dorm dia. Roommate dia semua tak suka je aku kat situ. Aku tanya pasal Anna then dorang bagitau Anna balik dah lebih seminggu sebab dia sakit. Aku dengan Aaron plan hujung minggu ni pergi rumah dia. Aku call Anna tapi tak jawab, text tak reply sampaikan Aaron call and text pun dia abaikan jugak.

Tetibe lama lepas tu Anna reply, “Aku benci Korang semua! Jangan datang sini. Pergi balik! Jangan cari aku. Kalau korang masih berdegil tahu la apa nasib korang.” Kitaorang tetap teruskan perjalanan. Sampai kat rumah Anna malam. Beri salam apa semua dia tak jawab. Si Aaron cuba bukak pintu tapi tak berkunci. Kami masuk dan jerit panggil2 nama Anna takde sape pun. Aku rasa tak sedap hati. Anna macam baru lepas buat pemujaan, sebab satu rumah dia hanya lilin2 je yang menyala. Lampu dipadamkan. Ada bape sudut rumah ada lampu warna oren tu je yang menyala lain cuma dipenuhi lilin warna merah yang menyala.

Tengah jalan, sekali Anna kat tingkat atas, “Aku dah cakap jangan datang! Tapi sebab korang degil…. terima la nasibnya.” kat tangan dia ada pisau. Aku dah peluk Aaron sebab takut sangat. Nasib Aaron masih tenang sebab aku memang dah gabra tak boleh berjalan dengan betul. Menggigil. Aku mula menjerit bila Anna mula turun tangga cuba untuk tikam kami. Nasib tersasar sebab Aaron berjaya tolak dia. Tapi Anna bangun then lari ke atas dan masuk satu bilik pastu kunci. Time ni Aaron cakap kat aku biar dia yang bincang dengan Anna. Aku tunggu sini dan sedia untuk call polis kalau berlaku apa2. Sumpah time aku tak kuat giler. Menangis minta Aaron jangan pergi.

Aaron naik then ketuk pintu bilik tu tapi takde sebarang jawapan. Tiba2 Anna bukak pintu tu dan tarik Aaron masuk dalam. Aku cuak giler. Tanpa fikir panjang aku terus naik then ketuk pintu bilik tu. Aku dengar suara Aaron menjerit Anna tergelak2 pastu senyap. Aku menangis merayu kat Anna jangan buat benda bodoh. Aku lari kat dapur aku amik penukul dan ketuk daun pintu sampai jahanam.
Bukak je pintu aku nampak Anna tengah baca mantera manakala Aaron terbaring pengsan kat situ. Aku marah. Aku cakap dengan Anna, “jangan main2 aku b***h kau!”. Anna berang dia cakap, “kau jangan kacau aku!” terus bangun amik pisau lari arah aku.

Kitaorang bergelut kat koridor luar bilik sampai la aku terkena pisau kat perut. Dalam jugaklah luka dia. Time tu aku nak bangun lari, Anna sempat tolak aku dari tingkat atas aku jatuh terbaring kat bawah. Time tu aku memang tak boleh bangun. D***h aku dah meleleh banyak sampai basah baju aku. Anna cakap, “Aku dah fedup dengan semua ni. Daripada aku rampas dia baik aku b***h je dia! Kalau aku tak boleh dapat dia, takkan ada sesiapa boleh dapat dia! Lebih baik dia mampos! Dan kau, kau akan aku jadikan makanan pendamping aku! Hahahahaha!”. Aku dah terdaya nak buat apa. Hanya menangis je yang mampu.

Lepas tu aku dengar kat sebelah aku, suara pompuan menangis. Makin lama makin dekat. Nak kata Allahuakbar kuat2 pun aku tak terdaya. Aku menangis pun slow je. Kepala aku pun tak boleh pusing nak gerakkan jari pun tak boleh apatah lagi anggota aku yang lain. Kecuali mata aku je yang boleh gerak. Dari sisi mata aku boleh nampak pompuan makin lama makin dekat. Mata dia hitam besar terjegil, muka pucat lesi, rambut dia panjang. Mulut dia besar tengah senyum menampakkan gigi dia dia yang tajam sambil tu merangkak ke arah aku. Makin lama makin dekat. Aku nak menjerit tapi tak terkeluar suara.

Last yang aku nampak sebelum aku tak sadarkan diri aku nampak Aaron tengah bergelut dengan Anna manakala ada beberapa orang datang dan lepas tu segalanya gelap. Sedar je aku ada kat katil hospital dengan ustaz dan beberapa orang lagi, Aaron dan doktor. Perut aku kena jahit. Nasib Aaron luka ringan je. Ustaz tu ada sebab untuk pulihkan semangat aku. Dia selamatkan aku sebelum aku diratah oleh syaitan tu. Anna pulakk… dia ditahan polis sebab cubaan m******h. Pastu dia dimasukkan tempat pemulihan akidah. Lepas tu aku dah tak tau dah apa cerita dia. Aku dengan Aaron…. Alhamdulillah dah berkahwin dah sekarang. Tengah tunggu kelahiran cahaya mata kami yang kedua. Terima kasih kerana sudi baca walaupun panjang lebar berjela. Maaf kalau tak seram. Ada rezeki jumpa lagi~~~ Salam sayang, Hani.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]
Hani

21 thoughts on “Hanya Kerana Orang Ketiga”

  1. perghh.. kawan dajeiii gituuuu.. moga penulis tabah. kamu kawan yang baik sbb ada usaha nk baik dgn dia n betulkan akidah dia.

    Reply
  2. Huhuhu takut baca cita nie..tu kbnyakkan org ckp lebih baik org yg bsing2 dri yg pendiam..sbb klw yg jenis bsing2 kita sng tau ap dlm hati dy sbb ap2 g dy suka marah atau ap dy akan luahkan..yg jnis pndiam agak berbahaya sbb kita xtaw ap ad dlm hati dy..apa2 pon ini ckp org tua2 saja..bukan bmksud yg pndiam smua jahat , yg bsing smua baik.apa2 pn harap sidia berubah ke arah lebih baik??

    Reply
    • Btul tu..yg pnah sy jmpe slame ni ms dk kt ostel,yg pndiam kbnyakn nye ‘mkn dlm’…yg bsing,yg kepoh,so far ok..tp xsmua..cuma kbnyakan..allahu .mnta d jauhkan la…

      Reply
  3. x seram sgt tp not bad la…. blh dijadikian pengajaran dan kpd semua.. hati2 dgn kwn korg sebab mgkin leh jd musuh dlm selimut korg…

    Reply
  4. Serius cerita sebenar ni…?????
    Umang aaiiiii…
    Bior betol weeeiiii…
    Wujud gak ekkk konflik persahabatan percintaan sampai terok camni sekali…?????
    Part die nangis depan rumates lepas korg bersemuka psl arron tu, ghase nk pijak2 jer si Anna tu…
    Eeeiiiiii…geraaammmm jer…!!!!

    Reply
  5. kadang2 movie tu semua dicedok dari cerita sebenar . uols percaya lah mmg wujud kejadian2 mcm ni … bila ada movie or story tu smua based on TRUE STORY . trust me! Part paling aku sakit hati , masa Anna berlari menangis dgn roommates dia geramnyaaa…

    Reply
  6. Wahhh tahniah Hani.Tk sangka Anna yg dianggp kawn baik tu adalh kawn mkn kawn.Pape pn semoga Anna akn sedr kesalahnnya dn kembali ke jln yg benr.Semoga Allah lindungi kita dari prbuatkn syirik..Aminnn💕

    Reply
  7. Aku prnh alami..tp kwn baik ni adalah roomate aku..mase di u baik..tp after habis u, x sgka dia asyk keluar date dgn pakwe aku tnpa pgtahuan aku..pdhl dia tahu je tu pakwe aku dr zmn u lg..x sgka ada kwn cmni..mcm2 prkataan teruk dilemparkan pd aku slps dia konon2 pujuk aku suruh tgglkn laki tu krna x gune katanya..rupanya utk dia conquer pkwe aku sorg..x tahu lah dia hasut apa pd pkwe aku tu smpai pkwe aku pn hina aku..pdhl kitorg mse tu dh 3 tahun..pastu aku tgglkn terus laki tu..brpada2 masa brkawan..kwn yg baik hari ni, x smstinya baik pd msa akn dtg..yg pnting, aku bhgia dgn suami aku yg merupakan ank lecturer tmpt ex-bf aku tu bljr..hihi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.