Assalamualaikum buat semua pembaca FS. Kisah kali ini agak berbeza. Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan iaitu mengenai keturunan aku. Aku terpaksa merahsiakan nama keturunanku demi menjaga sensitiviti dan rahsia keturunan.
Sejak dari kecil aku sering mendengar orang2 kampung memanggil keturunan kami sebagai keturunan harimau jadian. Terus terang aku bagitahu, aku tidak mempercayai manusia boleh menjelma menjadi harimau atau apa haiwan sekalipun. Aku percaya bahawa kemungkinan ada unsur2 ghaib atau jin yang membantu manusia menyerupai seseekor haiwan. Memang sejak kecil aku tidak mempercayai cerita karut-marut ini. Aku pernah bertanya kepada ayah aku, sebab keturunan ini adalah keturunannya juga. Aku pernah juga berniat untuk bertanya kepada atuk masa dia masih hidup dulu, tapi aku langsung tak faham apa yang dia bicarakan kerana bercakap pekat bahasa keturunan kami. Jawapan dari ayah aku langsung tidak meyakinkan aku.
Ketika aku berusia 16 tahun, aku bekerja di sebuah pusat beli-belah. Ada salah seorang pekerjanya wanita Orang Asli. Mungkin 15 tahun lebih berusia dari aku. Kebetulan kami berhampiran dan sempat berbual mengenai asal masing2. Panjang lebar dia menceritakan asal usulnya. Kemudian dia bertanya mengenai keturunan aku, sebab muka aku tidak seperti orang melayu yang lain. Aku sebut nama keturunanku. Kelihatan wajahnya berubah. Dia bertanya sekali lagi untuk memastikan bahawa aku benar2 berketurunan itu. Aku menjawab iya. Tiba-tiba terkeluar dari mulutnya ‘Harimau Jadian’! Aku belum pun perkenalkan keturunan aku, tapi dia seolah2 sudah mengerti. Mula2 aku senyum sinis. Yelah mungkin sahaja kisah keturunan aku hanya sekadar cerita dongeng masyarakat. Wanita tu bagitahu aku, bahawa dia mendengar kisah mengenai keturunan aku sejak turun temurun. Mereka suku Orang Asli sangat menghormati keturunan aku. Bukan sahaja suku Orang Asli, malah hampir kebanyakan orang2 tua mengetahui kisah ini. Aku semakin bingung. Bagaimana kisah keturunanku boleh sampai ke kumpulan masyarakat yang berbeza. Betul ke harimau jadian wujud?
Semasa aku berumur 18 tahun, aku pernah menyertai perkhemahan wajib bagi pelajar tingkatan 6 di kem askar. Sebaik sampai, kami semua diminta berbaris. Mereka bertanyakan nama kami seorang demi seorang. Sampai giliran aku, ada seorang askar, memandang aku dengan pandangan yang tajam dan agak lama. Aku perasan kerana dia berdiri tidak jauh dari aku. Aduh, apa pasal pulak dia pandang aku macam tu. Aku buat macam tak ada apa2 berlaku. Aku risau kalau kena ragging teruk je nanti. Hari kedua, askar yang memandang aku dengan pandangan tajam semalam menghampiri aku dan terus bertanya. Awak keturunan ******* ke? Aku tersentak. Macam mana dia tahu, aku tak cakap apa2 pun. Aku pun tak pernah bercerita pada sesiapa mengenai keturunan aku. Belum sempat aku balas soalan dia, dia terus menjawab, ‘aku nampak, harimau berantai’ . Woi , aku tak ada saka lah! Jerit aku dalam hati. Gila nak jerit depan muka dia, mahu tempeleng kepala aku. Sekali lagi aku bingung, kenapa ramai yang tahu mengenai kisah keturunan aku. Dan apa yang dia nampak??? Aku tak ada saka lah!!! Aku semakin bingung. Sepanjang perkhemahan tu aku asyik memikirkan mengenai perkara ini sahaja. Askar tu pun macam nak cerita lebih lanjut kepada aku. Arghhhh!! Betul ke harimau jadian ni wujud??!!
Masa berjalan dan sampailah pada ketika dan saat di mana aku berjumpa dengan orang yang betul untuk aku bertanya mengenai keturunan aku. Aku jumpa seorang pak cik ni yang berasal dari tanah asal keturunan aku. Dia datang kerana aku kenduri saudaraku. Itu merupakan kali pertama aku berjumpa dengannya. Pak cik ni juga membuat persembahan silat semasa perkahwinan saudara aku. Tapi, silatnya berbeza dari yang biasa aku lihat. Aku yakin, mesti dia tahu sesuatu mengenai keturunan kami.
Aku nampak pak cik tengah berehat. Aku datang dekat dan duduk berhadapan dengannya. Kali ni aku mesti kena tahu mengenai rahsia keturunan aku! Soalan pertama aku mengenai silat yang dipersembahkan awal tadi. “Sebenarnya ini adalah silat warisan keturunan kita. Keturunan lain tidak boleh mewarisinya.” Aku pun bertanya di mana aku boleh belajar silat ini. Dia pun menjawab, “kalau betul anak mahu belajar, nanti pak cik kirimkan pesan kepada Orang Tua kita.” Aku semakin pelik. Siapa pulak Orang Tua tu. Okay takpe, tanya satu2 dulu. Pak cik tu bagitahu lagi, silat ini tidak perlukan latihan. Nanti kalau Orang Tua sudah izinkan, dia akan datang dalam mimpi dan berikan sirih. Makan sirih ni, dan secara langsung pandai bersilat. Ahh sudah. Apa ni woi, syirik ke apa ni. Disebabkan aku sangsi, aku bagitahu pak cik tu aku nak kenal dengan keturunan aku dulu baru aku bagi keputusan. Pak cik tu pun start cerita mengenai keturunan aku. Haaa, baru boleh faham sikit pasal keturunan aku ni.
“Keturunan kita memang ada ‘penjaga’, dan ‘penjaga’ ini dijaga oleh Orang Tua. Orang Tua ini adalah wanita tua yang menjaga seluruh keturunan kita.” Apasal macam cerita nenek kebayan pulak aku rasa. “Silat ini tidak boleh dikeluarkan tanpa izin Orang Tua dan tidak boleh digunakan utk menganiaya sesama manusia. Hanya boleh digunakan utk mempertahankan diri sahaja.”
Aku sempat bertanya siapa penjaga tu. Dan dia bagitahu, penjaga tu ialah Harimau Kumbang. Jadi cerita mengenai harimau jadian tu memang betullah! Pak cik tu bagitahu lagi, jika dalam keadaan darurat, musuh akan melihat kita sebagai harimau kumbang, bukannya manusia. Aduh, ni macam cerita dongeng2 pulak aku dengar. Sebelum kami menamatkan perbualan, pak cik tu sempat berpesan, mungkin kamu tidak percaya, tapi itulah hakikat sebenar keturunan kita.
Habis pak cik tu bersyarah, aku sempat membuat beberapa kesimpulan. Harimau jadian itu mungkin saka. Jin yang menjelma sebagai Harimau. Aku yakin Orang Tua itu wujud dan tidak mustahil keturunan aku mempunyai saka. Tetapi cerita mengenai manusia boleh menjelma sebagai harimau, aku tidak percaya sama sekali. Manusia adalah manusia dan haiwan adalah haiwan. Hanyalah sekadar pembohongan jin and the gang.
Oh ya, aku lupa nak bagitahu satu kejadian luar biasa yang berlaku kepada ayah aku dulu. Ayah aku pernah tumbuh taring di tengah2 lelangitnya. Kejadian ini aku saksikan dengan mata dan kepala aku. Macam mana boleh tumbuh taring dekat lelangit ayah aku. Mula2 ayah aku biarkan sebab tak panjang lagi. Tetapi semakin lama semakin panjang sampai susah ayah aku nak makan. Akhirnya ayah aku ambil keputusan utk pergi ke hospital dan operate buang taring tu. Aku tak tahu dekat mana ayah aku simpan taring tu. Wait, kejadian ni ada kaitan ke dengan keturunan aku? Harimau? Wallahualam. Aku tak pasti.
Kejadian seterusnya berlaku semasa aku menyertai aktiviti jungle tracking. Kami dipisahkan kepada beberapa kumpulan. Aku ketua kumpulan dan salah seorang rakan aku ialah seorang perempuan India yang mempunyai Sixth Sense. Aku dah lama kenal dia. Semasa kami baru 15 minit masuk ke dalam hutan, tiba2 dia berhenti. Dia macam penat sangat. Kami diberikan sebuah beg utk dibawa, tapi tak ada lah berat mana pun beg tu. Aku berjalan di hadapan sekali, dan dia di belakang sekali. Mula2 aku buat tak hirau, yelah nanti okay lah tu kot. Tapi aku tengok dia tak bangun2 jugak. Macam penat betul tu. Aku datang dekat dengan dia. Aku mencangkung depan dia dan bercakap dgn dia. Mata dia tak pandang pun mata aku, dia pandang…..sebelah kiri aku! Dia tak bercakap, tapi asyik memandang ke arah kiri aku. Dah apa pasal pulak kau pandang kiri aku, aku tengah cakap dgn kau kot!! Sekali lagi aku pandang mata dia, aku jerit. Woii!!!! Kau dengar tak ni!! Barulah dia pandang mata aku. Tapi sesaat je. Lepas tu dia terus pandang atas kepala aku. Aduhhh. Kau ni jangan buat seram lah. Dah lah dalam hutan ni. Aku tepuk kepala dia sikit. Woii!! Kau pandang apa, tengok aku.! Dah bangun sekarang jom gerak! Aku memang marah gila masa ni. Team lain dah jauh kot. Kitorang stuck dekat 20 minit kat situ. Dia bangun je, dia sempat berbisik di telinga aku. “Nanti aku bagitahu masa kita dah keluar dari hutan ni”.
Alahai kau nak bagitahu apa pulak ni. Okay dipendekkan cerita, bila habis je program ni, barulah sempat aku jumpa dengannya dan bertanya mengenai apa yg terjadi hari tu. Dia bagitahu macam ni. “Aku jadi penat sebab ada something duduk atas beg aku. Masa kau duduk depan aku, benda tu terus turun dan berdiri sebelah kau sambil nak cekik kau. Tapi dia tak cekik lagi. Badan dia berbulu, mata warna hijau campur merah. Dia macam marah sangat sebab kita ganggu tempat dia.” Aku terdiam. Then aku tanya kenapa dia pandang atas kepala aku. Dia pun jawab. “Kita dah lama berkawan, tapi aku tak pernah nampak benda tu. Sejak bila kau ada ‘kawan’? Aikkk. Kau cakap pasal apa ni? Dia pun jawab, ‘kawan’ kau tu harimau hitam kan? Aku nampak kepala dia betul2 atas kepala kau, dia pandang hantu yang nak cekik kau tadi. Sebab tu hantu tu tak jadi cekik kau dan dia terus lari. Damnn.!! Seram weh, aku tak ada saka lah!
Maaf cerita agak panjang, korang rasa betul ke keturunan aku ada saka harimau hitam? Aku tak pernah minta tolong dia, kalau betul dia nak tolong aku dalam kesusahan, silakan. Aku tak suruh dan aku tidak langsung minta bantuannya. Jadi korang ada saka juga?..Ada masa nanti akan aku ceritakan lagi.. Sekian terima kasih..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
sikit sikit tak percaya, cerita lagi tapi tak percaya…sambung cerita tapi masih tak percaya…. poyo la penulis ni… kalau tak percaya sangat tak payah cerita laa…
Orang-orang di Alam Melayu memang kaya dengan Warisan ditambah pula Peradaban dan Tamadun Alam Melayu berkembang dan gemilang sejak jauh sebelum Agama Islam berkembang dan meluas di Rantau ini …
Bangsa Melayu memang sejak zaman sebelum Brahma dan Buddha lagi sudah handal dalam pelbagai Ilmu mistik dan alam …lebih dikenali Kebatinan …
Jadi tak hairanlah jika perkara sebegini berlaku pada setiap orang Melayu kerana sudah ribuan tahun menjadi tradisi warisan berzaman ….
Bersabar dan hadap jerlah …serah semuanya pada Allah swt …kerana Dia lah sebaik perancang …
haha tu la..xde bnda yg xmustahil..xyah pikir logik sgt kalu bab2 makhluk halus ni..mereka wujud, sama2 hamba Allah
Maybe awak nak check dgn perubatan islam ke? Baru boleh tau dengan pasti.
Penulis org KEŔINCHI ke?
Maaf tanya…. Kerinci ke??
Tak silap.org kerinci ni femes dgn ilmu rimau.asal tnh jmbi…
Yup
aa’aah kan aku pun nk tnye KERINCI ke ??
Alhamdulillah saudara… Jgn malu dgn keturunan saudara.. Bukan pilihan kita nak jadi keturunan kerinci ni.. Yang penting kita tak guna ilmu salah.. Moyang saya pun asal Jambi.. Ta[i sekarang saudara mara ramai di Perak..
My father macam tu juga.. bila marah.. orang akan nampak dia macam harimau.. keturunan belah ayah memang banyak bukan setakat harimau je.. biasalah drpd keturunan lama2 dulu kan.. nasib baik ayah belajar ilmu agama jadi benda tu mungkin takde dekat ayah lagi tapi dekat anak2 dia .. which is my sister and me.. belum pernah nampak lagi cuma dia datang dalam mimpi.. satu malam saya boleh dapat 10 mimpi back to back.. pelik bila org lain jarang dpt mimpi.. wallahualam..
Mengikut dari apa yang saya tahu jika seseorang itu membela saka dan tuannya m**i tanpa memberi memberi saka itu kepada warisnya maka saka itu akan memgancang keturunan tuannya hingga anak cucu.
Selain itu saka juga boleh di buang, Selagi pemiliknya asalnya masih hidup
tetapi jika sudah meninggal akan memjadi sangat susah.
Yang bagusnya ini adalah saka keturunan maka iya akan senang , berbeza pula dengan saka waris.
cerita ni betul….keturunan ni dari indonesia
wa caya lu bro…heheheheee
Nk tanya
KERINCi ke