Harimau Jadian

Aku nak kongsi cerita yg kena kat diri aku. Tp dah lama dah. Mase tu aku form 3, nk balik kampung. Ok sebelum tu nak bgtau, kampung aku kat negeri sembilan. Mase tahun ni femes cerita harimau jadian kat dlm tv. Sape perasan ada cerita ni, yg jd waris harimau tu pondan. Maya karin jd kwn die ke ape tah.

Ok cite die cmni. Waktu tu dah pukul 12 mlm, aku tengah gayut dgn bf, borak2 dlm hp, aku segan taknak bg org dengar ape aku borak, aku cari port paling baik taknak bg org dengar. Iaitu dapur, aku g duduk dapur, dapur kat bawah. Dapur je bawah, yg lain semua atas. Rumah uwan aku kampung, papan je sume. Luar dapur ada tandas, mmg org kampung dulu2 suke tandas kat luar kn. Seram gile tau tak setiap malam nak terkencing kene keluar. Belakang tandas tu kolam terbiar dan rumah arwah atuk yg terbiar. Berani tak aku borak2 kat dapur, haha. Bile aku tepikir balik, ape bongok la aku g duk dapur tu malam2. Ok sambung cite, bile kite on call, kite tak sedar tengah buat ape kot, aku bukak pintu dapur, keluar g borak kt tandas yg kat luar rumah padahal dah tengah malam.

Dlm setengah jam borak kat luar, Tibe2 line hp putus. Bile dah putus kan sunyi je, dengar bunyi mcm2 tp paling kuat bunyi mcm nafas kucing tu tp kuat pulak. time tu la aku rase mcm ade bende pandang aku, perasaan tu kuat sgt, ade benda tengah perhati. aku terus tutup pintu dapur. tunggu bf call balik, kat dapur ada tangga untuk naik atas, so aku duduk jap kt situ. sambung borak lg, tengah borak2 tu, aku terpandang tingkap dapur, tingkap tak tutup pulak dah, aduh, biasa tutup je malam2. Aku rase mcm ade benda pandang lg. Aku borak dekat sejam lebih dah, aku rasa lain mcm, so aku pon off jela call, tak sedap hati.

Aku naik tangga, lock pintu antara dapur dan ruang bilik. Aku jalan ke ruang tamu, family ktorg tidur bhgian depan. Masa aku jalan tu, aku jaga bunyi kaki, taknak org dgar, tapi yg takleh tahan, aku dengar kat bawah ade bunyi derap kaki jalan pijak daun2. Bile aku berhenti, die pon berhenti. Aku mmg cuak gile rase nak nangis, laluan ke ruang tamu ada bilik makcik sedara, aku intai nampak hp kakak aku menyala lg. Kakak aku sebaya makcik, die tidur dgn dorang. Aku g kat die tnye da tidur ke? Akak aku suruh g keluar tidur depan. Aku keluar dari bilik tu punyela takut, ingtkn akak aku nak offer tido sebelah, die suh aku blah plak, aku jalan g depan aku dengar lg bunyi tapak kaki, die mcm follow aku dari dapur sampai depan. Sampai kat depan aku terus tidur sebelah mak, tarik selimut. Time tu tengok jam da kul 3 pagi. Lme jugak aku borak. Bayangkan bpe lme die duk je tengok.

Final sekali, aku dengar bunyi cakar. Mcm bunyi kucing cakar tu tp versi kuat dan boleh dengar. Aku taktau die cakar ape dan kat mana. Lepastu aku dengar bunyi ayam kok kok belari2, mcm ada benda kejar pulak. Ayam tu mmg tidur bawah rumah port aku tidur tu. Aku rase nk ngs je tp bile ade mak kat sebelah rasa cm selamat skit. Aku tak dpt tidur, last2 amik earphone dengar radio sampai lah ke pagi.

Bile dah pagi aku dengar kecoh2 makcik tengah borak2, rupenye akak aku dengar tapak kaki tu jugak. Fuh aku pon lega, nampak nye bukan aku sorang je yg dengar. Aku cerita la dari awal sampai habis. Masa tu la bru tau cerita. Moyang laki dulu ada bela untuk jaga tanaman die, dan mungkin masa mlm tu die nak tengok cicit die, dah tengah malam pon tak tidur lg. Tp yg best nye, makcik2 yg duk uma tu takpena kene kacau. Kire aku ngan kakak aku jela yg berkesempatan nak dengar bunyi tu. Huhu scary tak. Dan mak aku ckp dulu tak silap dah buang dah. Tp takde org nak amik, die sibuk nak cari waris, tak jumpa kat siapa la die nak bg saka tu.

Uwan aku ckp Kebiasaannye kalau kite nak tau kehadiran die akan dengar bunyi burung. Burung ape tah mak aku ckp, tp burung tu mcm tau je. And bile dengar je bunyi tu mmg esoknye ade la cerita. So mak aku ckp petang tu die ade dengar bunyi burung tu tp die ckp ingatkan dh tak dtg dah. Sbb da lama da takde dengar. Sbb tu die takde ckp kat sape2. Huhu ok dah tamat.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ida

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

2 thoughts on “Harimau Jadian”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.